Untukku...Ulangkajiku...
Khamis, 1 Oktober 2026
Selasa, 19 September 2023
Cara menangani marah menurut Imam Ghazali
Imam Ghazali dan cara menangani marah
Firman Allah dan Surah al-A'raf ayat 31 yang bermaksud: .."Dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau-lampau: sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas".
Dalam usaha melatih diri untuk mengawal hawa nafsu, kadang-kadang nafsu syahwat itu dapat menguasai jiwa manusia sehingga akal yang sempurna pun terlepas daripada mengendalikannya, tidak terdaya untuk menahannya daripada melakukan perkara-perkara yang keji atau maksiat. Tetapi apabila ia segera menyedari keterlanjurannya itu lalu bertaubat dan berazam untuk kembali kepada yang benar, maka insya Allah ia akan berjaya dan budi pekertinya akan berubah semula kepada yang baik dengan izin Allah.
sakit hati
rasa dianiayai
benci
dendam
tidak puas hati
rasa tidak patut diperlakukan sebegitu
dizalimi
dihina
dicaci
difitnah
ditipu
bagaimana utk menghilangkan RASA-RASA penyebab MARAH
sabar
redha
memaafkan
melupakan kesalahan orang kepada kita
mendoakan kesejahteraan org yg menyebabkan kita marah
Rawatan segera
1. Jika marahnya dalam keadaan berjalan/mundar-mandir, suruh duduk. (sambil baca Auzubillah himinashsyaitan nirrajim)
2. Jika dia marah dalam keadaan berdiri, suruh duduk (sambil baca Auzubillah himinashsyaitan nirrajim)
3. Kalau dia marah dalam keadaan duduk, suruh dia berbaring. (sambil baca Auzubillah himinashsyaitan nirrajim)
4. Berikan segelas air yang siap dibaca bismillah 5
5. Bila agak surut, suruh berwuduk
Cara untuk menyembuhkan penyakit marah pada diri sendiri:
1. Berdoa kepada Allah "Azza wa Jalla yang membimbing dan menunjuki hamba-hamba-Nya ke jalan yang lurus dan menghilangkan sifat-sifat jelek dan hina dari diri mereka.
2. Terus menerus berzikir pada Allah seperti membaca Al-Qur'an, bertasbih, bertahlil dan istighfar karena Allah telah menjelaskna bahwa hati manusia akan tenang dan tentram dengan mengingat-Nya. Dia berfirman :
3. Mengingat nas-nas yang menganjurkan untuk menahan amarah dan balasan bagi orang yang mampu menahan amarahnya, seperti sabda Nabi:
Kesimpulannya, tujuan dikawal hawa nafsu bukanlah hendak mencabutnya sama sekali dari akar umbinya atau menghapuskannya dari tubuh manusia yang dituntut hanyalah untuk mengembalikannya ke tempat yang benar dan sederhana. Sifat marah misalnya, dituntut agar tahu mempertahankan diri, jangan sampai mendiamkan diri atau terlalu pengecut walaupun diri atau umat Islam seluruhnya diancam dan dimusuhi, demikian juga jika hukum-hukum agama dipersenda dan dicabuli. Sabar ada batasannya. jangan sampai dipijak. jangan sampai maruah dijatuhkan.
Firman Allah dalam surah Al-Imran:134
Orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema'afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan
Dalam hubungan ini, Rasulullah SAW pernah bersabda:
Awak masih tak maafkan saya...Awak ungkit balik...Saya nak minta maaf atas semua yang berlaku.
Rabu, 1 Januari 2025
"Sudah-Sudahlah Mengata Orang" - Ustaz Dato' Badli Shah Alauddin
Updateku hari ini 1/10/26 :
Assalamualaikum...Ya betul sepatutnya daku sendiri berdoa bersungguh2 kan. InsyaaAllah daku sedar..
Syukur...Kau banyak menyedarkan aku. sahabatku.
Bismillah...Salam...Tolong doakan daku jika sudi...Daku perlu buat juga operation lututku...Doktor dah letakkan tarikh tahun hadapan...Daku kena berani. Jika di ikutkan memang daku takut. Daku takut sangat. Tapi jika nak pergi Umrah atau Haji daku kena buat jugak...MaasyaaAllah...Doakan aku...Eni kena berani!...Ya Rabb berikanlah kesembuhan kerana daku takut..Moga berjaya. Aku kena yakin Doktor Pakar dapat buat dgn Peliharaan Allah.
Ya Rabb...Semoga ianya berjaya... InsyaaAllah Eni...
Sabtu, 31 Januari 2026
Sahabatku , doakan daku agar berjaya pada usahaku kali ini.
UPDATE 31/1/26 BERSAMAAN 11 SHAABAN 1447 H.
Wednesday, 1 October 2025
Sahabatku , doakan daku agar berjaya pada usahaku kali ini.
Assalamualaikum sahabatku...
Hari ini daku masuk fasa memulihkan lututku. Daku benar2 berharap agar ianya berjaya. Daku orang biasa2 sahaja. Daku hanya mengharap peluang ini sahaja. Daku orang biasa tak punya banyak wang seperti orang lain yang pada bila2 masa mereka boleh mendapatkan rawatan dengan wang ringgit sendiri. Doakanlah daku berjaya. Kalau dulu daku buat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. ianya bertahan agak lama dan ku ulangi dengan memulihkan lututku ini di Hospital Tengku Ampuan Bainun Ipoh, ianya bertahan agak lama juga berbanding daripada kenalan kakakku yang pemulihan mereka cuma setahun sahaja. Moga daku berjaya .
Doakanlah daku. Itu sahaja harapanku kerana peluang bagiku, bukan datang banyak kali bagi orang sepertiku ini. Daku cuma berhadap agar daku dapat solat dgn sempurna dan sihat dalam usahaku untuk mengerjakan Umrah pon satu hari nanti Mengerjakan Haji. Moga Allah pulihkan dengan penuh rasa syukur sebagai sebagai seorang yang hidup sederhana ini. Ya Rabb moga daku berjaya. Itu doaku. Permudahkanlah urusanku hari ini.
Sahabatku , doakanlah daku nescaya daku doakan sahabat. Meskipon siapa sahabat daku tetap doakan agar sahabat bahagia dunia akhirat dan dengan doaku itu daku pulak akan mendapat doa dari malaikat. Aamiin.
Terima kasih.
ASSALAMUALAIKUM SAHABATKU.
SEDIHNYA BILA INI DI VIEW. YOU MESTI ORANG YANG MENGENALIKU JIKA TIDAK YOU TAK INTERESTED PUN UNTUK MELIHAT INI. JIKA YOU PERNAH MENDOAKAN UNTUK KU, TERIMA KASIH BANYAK2. DAKU UPDATE TENTANG KU DI SINI HARI INI YA !
YA..ISNIN LEPAS DAKU MASIH KE PUSAT PHYSIOTHERAPY DI HSAAS, UPM. DAKU MASIH DALAM RAWATAN PHYSIOTHERAPY SEBULAN SEKALI. SEBELUM INI DAKU TELAH BEBERAPA KALI JALANI PHYSIOTHERAPY. SEMUANYA BERJALAN LANCAR. KAKIKU BERTAMBAH KUAT.
DOKTOR MAHU DAKU JALANI PHISIO SELAMA 6 BULAN. DALAM MASA 6 BULAN INI BARULAH AKAN TAHU KESAN DARI SUNTIKAN YANG MEREKA LAKUKAN. BERJAYA ATAU TIDAK RAWATAN YG MEREKA BERI. RAWATAN DAN LAYANAN MEREKA SANGAT MEMUASKAN HATI.
IANYA AGAK BERBEZA DARIPADA , RAWATAN YANG SAYA JALANI DI HOSPITAL TENGKU AMPUAN RAHIMAH DAN HOSPITAL RAJA PEREMPUAN BAINUN DULU. AGAKNYA DAHULU TU MEREKA BIARKAN SAHAJA KERANA SAYA BUKAN WARGA EMAS KOT. DULU SELEPAS MENDAPAT SUNTIKAN , TAMAT DI SITU SAJA. MUNGKIN PADA MASA ITU PHYSIOTHERAPHY TIDAK PERLU DI LAKUKAN.
HIHI. BERBEZA BETUL. MUNGKIN TREATMENT SEKARANG LEBIH TELITI SIKIT AGAKNYA. SO TERIMA KASIH JIKA SAHABAT MENDOAKAN SAYA. INSYAALLAH DAKU BERTAMBAH KUAT. DAKU KENA BERUSAHA BERSUNGGUH2 JIKA DAKU NAK PERGI UMRAH. SAHABAT DOAKAN SAYA YA. TQ
