Ahad, 27 September 2026

BISMILLAH...AKU NAK GI SOLAT DAN SAMBUNG JUZUK 3 PULAK,.....

MOGA HABIS .  SELAMAT PAGI HARI...

 BESTNYA... BANYAK TULISAN LAMA KU UNTUK KU BACA ...TQ

TERIMA KASIH TOLONG JUMPAKAN AKU INI SEMUA.

Khamis, 11 Julai 2024

Ha ha ha Tak jadi masak Nasi Daging...sbb En. Azid sedekah Nasi Ayam,,,


Ikutan daripada posting  (Ku rakam di bawah sana)  kena bagi tahu jugak...Ha ha tak jadi nak buat sebab En. Azid dah sedekah Nasi Ayam...Anakku bawa balik... so batal semua masak2. Daku  buka pose dgn nasi ayam ,..Moga Cik Azid dapat pahala sedekah macam pahala orang posa jugak...hihi...

Daku nak sambung cerita Makku/ Pakku.....

Aku ingat kembali mak every bulan Ramadhan mesti masak lebih untuk sedekah orang tua2 yang tinggal dlm kampong kami.  Masa kami di sekolah rendah, kami lah yang mak tugaskan kerja2 menghantar makanan kepada orang tua2 kampong kami.  Seingatku ada beberapa orang tua di kampong ku itu:

1) Pek (Nenek atau Opah)  Pek Yatim rumahnya Kecil saja.  Badanpon dah bongkok tiga. Kalau adikku yang nama Maznah hantar makanan dia panggil..sebut nama adikku.......Mentenah...hihi..rindu pulak kat orang tua2 ni...daku bacakan Fatihah  untuknya,,,Moga dia dikumpulkan bersama orang2 yang soleh...

2)  Pek Tok Hussin...Mengapa nama dia Pek Tok Hussain...Pek ni atau Nenek ni adalah isteri Tok Hussain yang telah meninggal.....Pek ini juga tinggal bersendirian... Rumahnya agak tinggi  ke atas... Kena naik tangga ...masa kami kecil2 susah juga nak panjat tangga yang di buat daripada batang pokok  sebab dia bulat...Kenangan betul...Moga Pek Tok Hussin di kumpulkan bersama orang2 yang soleh.  Aamiin.

3)  Pek Hawa...  Pek Hawa adalah seorang tua yang memelihara beberapa orang cucunya kerana mereka kematian ibu.  Mereka adalah menjadi kawan kami masa kecil.  Yang perempuan dan yang lelaki menjadi kawan kepada abg2 kami,...Moga Pek Hawa tenang di sana dikumpulkan bersama org2 yang soleh...

4)  Tok Pin..Tinggal di hujung kampong kami.  Jadi kami akan hantar makanan dengan berkawan kerana rumah nya agak jauh dpd rumah2 yg lain tadi,  Fatihah ku sedekahkan kepada tok ini,

Letih dah tulis...hihi 2 b continue,,,



                                     

Hari ni nak masak apa belum tahu,

Masak nasi Arab sedap juga atau Nasi daging.  Kalau Nasi daging cantik sangat sebab buah tomato ada.  Bolehlah kalau nak buat sambal kerisik.  Sebut sambal kerisik teringat kat Pak,  Pakku rajin masak nasi daging.  Daging tu dicicah dengan sambal kerisik.  Hmmm Yummy...Pak kalau masak nasi ,mesti dia yang masakkan bukan mak.  Pak hebat memasak untuk nasi kenduri.  Hebat pak masak..   Keluarga pak di Kedah semua terdiri dari mereka yang buat Catering hebat.  Tu sebab Pakku pandai masak.

 Jika nak menyambut puasa Pak akan masak dan jemput kawan2 Pak datang makan .  Menjelang Raya ,jika menyembeleh Lembu Pak mesti membuat soup seperiok besar dan kawan Pak dan mak di jemput makan pada bila2 masa.   Datang je.  Bawa anak2 mari makan.  Itulah  seni nya hidup Pak.   Pak dan mak suka bersedekah.  Kami dari kecik sedia maklum dah sikap mereka. Moga anak2 mak dan Pak ikut sama.  Seni sungguh .   Kami tak buatpon jika  sambut puasa sengaja happy2 ajak kiawan2 makan.rajin Pak Cuma kalau open house tu adalah daku buat masa sekolah.  Dah tua malas dah...Kan sebab tenaga tak macam kita muda...

Sabtu, 26 September 2026

 oooo...Awak ke tu?    I GUESS THAT I WAS YOU...

TERIMA KASIH TOLONG JUMPAKAN AKU INI SEMUA.

Sabtu, 12 April 2025

Kucurah Kasih Dalam Lagu


Lagu ni sedapkan...unik...

Khamis, 29 Januari 2026

Fatwa Pujangga


Ahad, 27 Julai 2025

Jamal Abdillah - Senandung Kasih

 

Saturday, 13 January 2024

Jamal Abdillah - Senandung Kasih


 

Isnin, 19 Januari 2026

Elvis Presley - Let It Be Me (with lyrics)

                

                   Elvis Presley - Let It Be Me (with lyrics)

                   Elvis Presley - Let It Be Me (with lyrics)

Adoi tersingkap Rinduku utk balik ke sini...InsyaaAllah.  Siapalah awak yg rajin memanggilku untuk ingat semua kenangan2ku...TQ .Awakkah tu?

Selasa, 15 Oktober 2024

Rindunya aku menjadi 'Seorang Tua di kaki Gunung"

                              "Rindunya aku menjadi 'Seorang Tua di Kaki Gunung"

















Cinta allah, Cinta Rasul dan Cinta Jihad Fi Sabillillah.  
Hidup dalam kecintaan yang baik...Cintalah kerana Allah.'Bukan kerana lain"
Berjumpa kerana allah...Berpisah kerana Allah...InsyaaAllah kita bercinta tak lebih daripada kecintaan kita kepada allah dan Rasul. 

Sesungguhnya ganjaran yang besar akan datang bersama ganjaran yang besar.  Jika datang ujian yang besar redholah..kerana allahnak beri sesuatu yang lebih besar InsyaaAllah.

Segala yg datang dari Allah...REDHO aja lah...Jangan sekali2 tak redho atas ketentuan Tuhan.
Saat kita kena sedih...sedih ja la...saat kita kena menangis...menangis aja...saat kita kena

 

 

Rabu, 18 Mac 2026

Rabb: Daku tak mahu berpisah dgn sesiapa pon terutama dgn org yg aku sayang. ...MaasyaaAllah.." Melodi perpisahan."

 

Melody Perpisahan

Melody Perpisahan


Rabb:  Daku tak mahu berpisah dgn sesiapa pon  terutama dgn org yg aku sayang. ...MaasyaaAllah.." Melodi perpisahan."  Sedeh...kenapa mesti berpisah...
Daku dapat rasa erti perpisahan.  Daku kena sabar.  Berpisah perlu terjadi.  Bila kita telah tidak diperlukan lagi,  kita kena pergi...  Bawa bersabar banyak2  Jadilah hamba Allah yg letakkan Allahlah segala2nya.  Memang bercucuran airmata kita curahkan tak dapat memberi apa2pon kesan,  Tambahan kita kena tahu siapa kita, 

 

Selasa, 11 Februari 2025

Solat Tahajjud, Amalan Kebiasaan Ahli Syurga Saat di Dunia,

 

Solat Tahajjud, Amalan Kebiasaan Ahli Syurga Saat di Dunia

Assalamualaikum...

Salam sejahtera sahabatku sekalian...

Solat Tahajjud itu adalah amalan kebiasaan ahli syurga saat di dunia.

Mereka itu ahli ehsan saat di dunia.

Mereka itu di waktu malam  sedikit tidurnya.

Mari kita berniaga dengan ayat ini.

(Oleh Kerana tersangat tingginya ayat ini maka, Nabi membangunkan isterinya, membangunkan anaknya Fatimah Az-zahra dan menantunya Ali bin Abi Tolib agar bersolat malam.)

Orang2 yang rajin bangun malam itu orang2 yg mendapatkan pujian langsung dari Allah Subhanahuwataala.

Quran surah ke  32, ayat ke 16

As-Sajadah : ayat 16.



tatajaafaa junubuhum 'anil-madhooji'i yad'uunarobbahum khoufaw wa thoma'aw wa mimma rozaqnaahum yungfiqun

" Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur,kerana mengerjakan solat tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredhoanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang kami beri kepada mereka.


Moga kita mendekati orang2 yang begini...Jika kita ketemu orang yang begini, jadikan mereka sahabat semoga kita juga mendapat pujian langsung dari Allah.


"Allah  merahmati seseorang lelaki yang bangun bersolat tahajjud dan membangunkan isterinya agar bersolat tahajjud dan Allah merahmati seseorang isteri yang bangun bersolat tahajjud dan membangunkan suaminya agar bersolat tahajjud."


Ayuh bangunkan isterimu meskipon kamu  merenjiskan air kemukanya...


Keutamaan Solat Tahajjud

1)   Allah S.A.W menjamin dia sebagai ahli syurga kerana kebiasaa tahajjudnya di dunia.

2)   Allah memuji orang ini.

3)   Tahajjud itu kebiasaannya amalan orang2

        soleh yang ditekankan oleh Allah...

 (Orang2 soleh itu sesyurga bersama  Para Nabi, Para syuhadak, para ambiak...para siddiqqin...



      Sekian dahulu...