@GhulamAlDakwah(Demikian juga) kaum Aad telah mendustakan Rasulnya (lalu mereka dibinasakan); maka perhatikanlah, bagaimana buruknya azabKu dan kesan amaran-amaranKu!
@GhulamAlDakwah PENGAJARAN SURAH AL QAMAR : AYAT 18
@GhulamAlDakwah1. Mendustakan Allah dan Rasul iaitu menolak wahyu dan apa yang di buat oleh Rasulullah adalah satu jenayah yang paling besar yang menyebabkan manusia diazab dalam neraka untuk selama-lamanya.
@GhulamAlDakwah2. Tidak ada seorang rasul pun melainkan pasti akan didustakan oleh kaumnya dan dikatakan gila, tukang sihir
@GhulamAlDakwahإِنّا أَرسَلنا عَلَيهِم ريحًا صَرصَرًا في يَومِ نَحسٍ مُّستَمِرٍّ
@GhulamAlDakwahSesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang kencang, pada hari nahas yang berlanjutan; تَنزِعُ النّاسَ كَأَنَّهُم أَعجازُ نَخلٍ مُّنقَعِرٍ
@GhulamAlDakwahYang menumbangkan manusia gugur bergelimpangan, seolah-olah mereka batang-batang pohon kurma yang terbongkar.
@GhulamAlDakwah PENGAJARAN SURAH AL QAMAR : AYAT 19 - 20
@GhulamAlDakwah1. Allah Maha Berkuasa untuk mengazab hamba2-Nya yang ingkar dengan berbagai-bagai cara, bahkan dengan makhluk-Nya yang tidak nampak dan paling lembut.
@GhulamAlDakwah2. Sekiranya manusia mengetahui dan yakin betapa dahsyatnya azab Allah maka sudah pasti manusia tidak akan kufur kepada Allah walaupun satu saat.
@GhulamAlDakwahSambungan ayat hari ini: Sekarang disebut pula kisah kaum Tsamud berkenaan pendustaan kaum Tsamud.
@GhulamAlDakwahكَذَّبَت ثَمودُ بِالنُّذُرِ ... (Demikian juga) kaum Thamud telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh Rasul mereka, Nabi Soleh). ... Surah Al Qamar : ayat 23
@GhulamAlDakwahAtaukah mereka mempunyai ilah selain Allah? Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.
@GhulamAlDakwah PENGAJARAN SURAH THUR : AYAT 43
@GhulamAlDakwah1. Fitrah semulajadi manusia cukup yakin bahawa hanya Allah sahaja yang berkuasa dan layak disembah tetapi disebabkan kalah kepada nafsu akhirnya mereka menyembah yang tidak memberi apa apa manfaat.
@GhulamAlDakwahJika mereka melihat sebahagian dari langit gugur, mereka akan mengatakan: “Itu adalah awan yang bertindih-tindih”.
@GhulamAlDakwah PENGAJARAN SURAH THUR : 44
@GhulamAlDakwah1. Apabila manusia keras hatinya maka ia tetap tidak akan beriman kepada Allah walaupun diturunkan bukti-bukti yang banyak dan nyata sehinggalah mereka betul2 melihat azab Allah
@GhulamAlDakwahMaka biarkanlah mereka hingga mereka menemui hari (yang dijanjikan kepada) mereka yang pada hari itu mereka dibinasakan,
@GhulamAlDakwah PENGAJARAN SURAH THUR : 45
@GhulamAlDakwah1. Kewajipan manusia hanyalah menyampaikan risalah daripada Allah, bukan memastikan manusia beriman kepada apa yang disampaikan
@GhulamAlDakwah2. Sunnatullah (ketetapan Allah) bagi sesiapa yang kufur pasti akan dibalas dengan azab Allah yang pedih dan kekal
@GhulamAlDakwahيَومَ لا يُغني عَنهُم كَيدُهُم شَيئًا وَلا هُم يُنصَرونَ
@GhulamAlDakwah(iaitu) hari ketika tidak berguna bagi mereka sedikit pun tipu daya mereka dan mereka tidak ditolong.
@GhulamAlDakwah PENGAJARAN SURAH THUR : 46
@GhulamAlDakwah1. Sekuat mana manusia sebesar mana kuasanya apabila ia telah mati maka semuanya tidak akan dapat memberi manfaat kepadanya.
@GhulamAlDakwah2. Hanya Allah sahaja yang boleh selamatkan manusia daripada segala musibah di dunia dan azab di akhirat, maka bergantunglah hanya kepada Allah
@GhulamAlDakwah3. Manusia yang paling kuat dan paling selamat ialah manusia yang bergantung kepada Allah yang Maha Kuat, manakala manusia yang paling lemah dan paling tidak selamat ialah yang bergantung pada makhluk