Selasa, 22 September 2026

 2 b read soon...

Selasa, 8 Januari 2013

Wasiat Rasullullah kepada Abu Dzar


WASIAT RASULLULLAH KEPADA ABI DZAR AL GIFFARY
Abi Dzar Al-Gifarry adalah seorang sahabat Rasullullah SAW yang terdekat dan amat mesradengan beliau. Ia menyebut Rasullullah lain dari sahabat lain, menyebut beliau dengan sebutan "khalilie" (sahabatku yang akrab). Abi Dzar menonjol dlaam keikhlasannya berjuang, dan sangat cinta dan sayang kepada kaumfakir miskin, dan kerana itu ia sering disebut Bapak kaum fakir-miskin, dan ada pula ia gelari orang sebagai Bapak sosialis Islam. Ia tidak kenal kompromi dalam membela kebenaran dan menghancurkan kebatilandari manapun juga datangnya. Ia beroposisi kepada Khalifah Usman bin Affan kerana dipandangnya pemerintah di kala itu royal dengan wang negara untuk kepentingan klient dan famili golongan yang berkuasa. Kepada Khalifah Usman ia berkata; " Beri khabarlah orang2 yang menumpuk harta benda ini dengan api neraka yang membakar!" dan kemudian dia susuli dengan membaca firman Allah: " Dan orang -orang yang menumpuk emas dan perak dan ia tidak nafkahkan dijalan Allah, maka peringatkanlah, bahawa mereka akan menderita azab yang sangat pedih! ( Al-Quran, Surat At-Taubat ayat 34 )
Kerana sikapnya yang redikal dan tidak kenal kompromi itu, pemerintahan Usman takut kepadanya kerana pengaruhnya yang besar kepada umat sebagai sahabat Nabi yang terpecaya. Usman membuangnya ke Syria yang waktu itu diperintah oleh Gab enor Muawiah yang terkenal korup itu. Di sana sikap Abi Dzar tetap seperti sedia kala, menyampaikan dakwahnya dengan peringatan-peringatan yang keras . Ayat-ayat yang dibacanya kepada Usman dibacanya pula terhadap Muawiah bin Abi Sufyan itu. Gabenor Muawiah menyogoknya dengan wang nya, tetapi Abi Dzar tidak mempan untukdiperlakukan demikian itu. Ia tetap berbicara di depan umum sesuai dengan fungsinya sebagai Ulama, yakni menyatakan kebenaran dimana sahaja,kapan saja tanpa terpengaruh dengan kondisi dan situasi. Dan sebagai waratsatul Anbiya', dengan segala keberanian dan kejujurannya yang menonjol, Abi Dzar berkata pada penguasa waktu itu:" Sekiranya kamu meletakkan pedang terhunus di leherku untuk mencegah aku dari mengucapkan kata-kata yang pernah aku terima dari Nabi SAW nescaya aku akan terus juga bicara walaupun leherku akan putus.|

 

Selasa, 16 Julai 2024

D'lloyd - Keagungan Tuhan [Official Music Video]

Isnin, 21 September 2026

 

Isnin, 30 Jun 2025


Apa cerita Zarina ni daku dah lupa ...ingin dgr sekali lagi...InsyaaAllah. Rabbku..

Isteri kedua jangan lebih-lebih! Zarina Zainuddin bahagia hidup bermadu


Poligami tak buruk sebenarnya jika pandai handle.   Semuanya bergantung keopada keadilan pihak suami...Isteri kedua pandai bawak diri...Hebat Zarina ni...Sabar tabah Redho.  Tabik daku.  Jaga perasaan dan adil. Wanita cepat terasa...Wanita sangat sensitif...
Zarina kata"Lelaki Nakal Tau"...

abtu, 16 Mac 2024

Selasa, 1 April 2025

DOAKU YA RABBKU. JAGALAH KAMI YA RABB

 

DOAKU YA RABBKU. JAGALAH KAMI YA RABB DLM MENITI HIDUP YG MASIH PANJANG INI.

 YA  AISYAH...MESKIPON DIA BUTA DAN TIDAK DAPAT MELIHATMU,  TETAPI ENGKAU DAPAT MELIHATNYA.  JAGALAH MATAMU.   RASULULLAH MENASIHATI AISYAH BILAMANA AISYAH MELIHAT SAHABATNYA YANG BUTA BERTANDANG. Beliau adalah Abdullah Ibn Maktum... LIMITKAN PERGAULANMU WAHAI WANITA2 ISLAM.

BILA BERBICARA TENTANG SOLAT WANITA PALING BAIK DIMANA ADAKAH DI MASJID.  TIDAK !!!!!SOLAT WANITA ITU PALING BAIK DI RUMAH.   DARIPADA DI RUANG TENGAH RUMAH, PALING BAIK LAGI DI DALAM KAMAR ,  PALING BAIK LAGI DI TEMPAT YANG AGAK GELAP  DARIPADA SUDUT KAMARMU...YA RABBKU !!!!!DAPATKAH KAMI WANITA2 ISLAM BERBUAT DEMIKIAN.  KAU ISTIQAMAHKAN KAMI ,(WANITA2 ISLAM LAIN ) UNTUK TIDAK MENDEDAHKAN DIRI KEPADA RAMAI KERANA ITU BUKAN AJARAN RASULLULLAH.   KAU JADIKAN KAMI LOW PROFAIL AGAR CUKUP UNTUK MENJAGA IMAN KAMI RABBKU.   KAU UJUDKAN LAH LELAKI2 YG BERTANGGUNG JAWAB DI DUNIA INI UNTUK MENJAGA KESUCIAN MARUAH WANITA  ISTERI2 MEREKA DAN ANAK2 MEREKA DAN ANAK2 BUAH MEREKA SERTA WANITA YG DIAMANAHKAN KPD MEREKA.  JADIKANLAH KAMI ISLAM YANG SEPENUHNYA. PELIHARALAH WANITA2 ISLAM KAMI YA RABB.  UJUDKAN LEBIH RAMAI LAGI LELAKI2 YG BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP WANITA2 MEREKA DI DUNIA INI....RABBKU.   HIDAYAHKAN LAH MEREKA SEMUA ...RABBKU.   

YA RABB ISLAM ITU BERSIH ZAHIR DAN BATIN.   AKU MASIH BERSYUKUR KERANA DIRIKU TIDAK BERMINAT BERGAUL BERAMAI2 DI LUAR SANA TANPA HAD.  SEMUA INI ADALAH ANUGERAHMU YG PERLU AKU SYUKURI. ISTIQAMAHKANLAH AKU TERUS, AKU  CUMA INGAIN MENJAGA MATA KU TELINGAKU AGAR TERPELIHARA DPD IANYA  MENDORONG BERLEGAR LEGAR KEMANA SAHAJA.  SYUKUR RABB KU. KAU JADIKAN ISTIQAMAH INI UNTUK AKU JALANI TERUS HIDUPKU.   AAMIIN YA RABBALALAMIN... MAKBULKKANLAH DOAKU PAGI YANG BERSIH INI.

 

Sabtu, 14 Februari 2026

Maher Zain - Tuntunku KepadaMu (Guide Me All The Way) - Bahasa Version | Official Lyric Video

Selasa, 28 Mei 2024

Rabu, 11 Jun 2025

Dari Jauh Kupohon Maaf

 

Khamis, 4 Januari 2024

Allah menjadikan perasaan belas kasihan


Abu Hurairah melaporkan, " Saya mendengar Rasullullah berkata, ' Allah menjadikan perasaan belas kasihan sebanyak 100 bahagian.  Allah menyimpan bahagian untuknya dan menurunkan satu bahagian ke bumi.  Daripada satu bahagian itulah makhlok-makhlok ciptaan Allah saling berkasih sayang sehingga seekor binatang mengangkat kakinya kerana bimbang terpijak anaknya."

                                                                                                               Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim


 Dalam laporan lain, Rasullullah berkata " Allah ada100 perasaan belas kasihan.  Dia menurunkan satu belas kasihan sahaja peda jin,manusia, binatang dan serangga.  Dengan satu belas kasihan itu,mereka saling menyangi dan saling mengasihi antara satu sama lain.  Dengan satu belas kasihan itujugalah binatang buas menyangi anaknya.  Allah menangguhkan 99 lagi perasaan belas kasihan bagi mengasihani hamba2nya pada hari kiamat."                 

                                                                                                              Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim

Khamis, 29 Februari 2024

AKU DAN NAH ADIKKU,


 AKU DAN NAH ADIKKU.  KAMI MASIH ADA LAGI.  INSYAAALLAH SAMPAI BILA BELUM TAHU.  HIDUP UNTUK ABDIKAN DIRI PADA RABBMU.  ADIKKU INI PANDAI TAJWID.  AKU BELAJAR QURAN ONLINE DENGAN ADIKKU NI. TABIK MAZNAH, ENGKAU TELAH MENJADI GURUKU.  MOGA RAHMAT BUATMU.  PAHALANYA ORANG YG MEMBACA AL QURAN DAN LANTAS MENJADI GURU QURAN...WOW.  MAZNAH JUGAK MENJADI GURU QURAN BAGI KAWAN2 NYA DI B.B BANGI.  TAHNIAH ADIKKU SAYANG.

Isnin, 30 Jun 2025


Apa cerita Zarina ni daku dah lupa ...ingin dgr sekali lagi...InsyaaAllah. Rabbku..

Isteri kedua jangan lebih-lebih! Zarina Zainuddin bahagia hidup bermadu


Poligami tak buruk sebenarnya jika pandai handle.   Semuanya bergantung keopada keadilan pihak suami...Isteri kedua pandai bawak diri...Hebat Zarina ni...Sabar tabah Redho.  Tabik daku.  Jaga perasaan dan adil. Wanita cepat terasa...Wanita sangat sensitif...
Zarina kata"Lelaki Nakal Tau"...

abtu, 16 Mac 2024

Aku nak buat Cucur Udang Kuah Kacang dan Tempura saja petang ni untuk berbuka puasa,

 Menu batal semalam akan dibawa kehari ini.   Hmm.

Cucur kucai udang diatasnya dengan tempura lagi....Apa istimewa cucur kucai udang di atasnya tu?  Istimewanya cucur ni ,udang di atas tepong tu menjadi cucur itu berbau sedap.  Jika kawan anak2ku datang daku buat ini...MaasyaaAllah sedap kata mereka.   Hihi aku suka sangat.  Cicah dengan kuah kacang.  Aku belajar cucur ni di masa "Remove Class" dulu...Kantin jual cucur ni dengan letak 2 ekor udang di atasnya bila digoreng, bau udang goreng terkena tepong cucur berkucai itu, alamak bukan main lah sedapnya.   Hihi.  Tapi hari ni Udang ku agak besar...sepatutnya letakkan udang kertas di atasnya tu...Mak oi rangup sampai kekulit2nya...Jangan buang kepala udang tu tapi basuhkan pada bahagian atas leher udang hingga bersih.  Jangan buang ekor udang...Semua bahagian boleh di makan.   Syarat udang kertas.  Jika udang ku nanti nak  kena cari yang agak kecil jika tidak kena buang kulitnya.  Bila buang kulit udang tu dah tak wangi cucur tu...Jika udang kertas boleh rapuh krup krup rangup udangnya.Hi hi 

Tempura pula ...yang daku ada adalah brokoli,lobak merah,cendawan citaki yg agak besar tu. kobis pon boleh, terung, hmmm dah banyak tu.   Hari tak payah makan nasi.  Sedap ja. Cicah sos soya. sos kicap.  Hmm mengancam.  Makan sayur aja hari ini. 

Semalam Makan Nasi beriani Faiz sedekah dan daku pula nak sedekah menu Ramadhan kepada mereka. Nak upah Mariam masak untuk 3 keluarga Maznah, 2 keluarga kak Hindon ,2 keluarga Aini Rohaya...2 untuk Faiz.  InsyaaAllah untuk minggu depan. Upah buat Nasi daging pula.  Teringat pulak pada Bapak ku jika bulan Ramadhannya dia pasti buat Nasi Daging untuk keluarga dan jemput kawan2nya datang berbuka Puasa di rumah.  Pak pandai masak..Keluarga dari Titi Serong Parit Buntar, bakat memasak mereka nombor satu.  Kan keluarga sebelah sana banyak ambil Cateering.  Zaman dulu di Lenggong tak pernah ambil Catering..tapi anak2 Pak semua jika Kenduri Kahwin ambil Catering dari Parit Buntar.  Pak kalau masak Nasi Daging akan pak buat "Sambal Kerisik"..,.Sebelum ni orang Lenggong tak Pernah makan sambal kerisik...mereka belajar dari orang sebelah sana "Sambal Kerisik"  Sedap sangat.  Pak modern orang nya...Pergi sekolah zaman tu pakai Coat.  Pak selalu kata Mana Pentaloan aku tu...hahaha...Pak! Pak !  Mintak duit...Pi ambik dlm pentaloan aku...hihi...

Jika kau orang baca cerita2 ku anggapkan benda santai ja...sebab aku rindu sangat "Nostalgia Kisah Dulu"  Pakku Masa tu pakai kereta A forty....tah aku tak tau ejanya..kiki...aku masih kecik masa Pak Mengajar...Mak ngajar aku masih ingat.  Zaman mak dgn Mak long Tah pergi Sekolah Temelong naik basikal...jauh tu...kesian mak yg anak ramai...Tapi mak kuat semangat...

Selalunya Mak ngan Pak bila ngajar satu2 tempat dapat dok rumah sekolah.  Masa di Sekolah Kerunai..mak duduk di rumah sekolah.   Bila mana daku kerja di Asrama Risda Grik daku teringat Cikgu dari SK Kerunai datang berjumpa aku di Asrama RISDA..MaasyaAllah  Kak Zam anak Cikgu Pa'uu.  Orangnya Comel mata bercelak, berjumpa aku di Asrama RISDA ...terus dia sebut..."MaasyaAllah kecilnya dunia ni."  Hanya aku yang paham..  Dia Guru, yang duduk dirumah Guru Kerunai bersama kawan2nya.   Masa itu dia belum berkahwin.  

Dia teringat nostalgia keluarga Mak duduk situ...Abang Manap dibesarkan di rumah tu...Kak Zam...Bekas kekasih Abang Manap...Tapi dia tak tanya pasal Abg Manap padaku...Dia hanya diam dengan perkataan tu aja...Aku dan dia aja yang paham...Nampak dia sedeh... Dia berkahwin dengan seorang guru jugak...Kesian mereka berdua...Kesilapan bicara , putus kasih mereka di tengah jalan...Dah datang meminang dah...Kesian sungguh.  Kata2 dlm surat Kak Zam pada Abg Manap amat menyedihkan..." Saya gagal  menikmati cahaya neon di Bandar Ipoh bersama orang yang saya sayang"  Kesiannya mereka...Abang manap cerita padaku hari tu bahawa dia akan ambil Kak Zam meskipon sakit, jika Kak Zam sama2 sorang...Abg Manap masa muda memang lawa...Macam bintang filem Hidustan "Rishi Kapor"  orang kampong panggil... Syukur abang manap setia pada Isterinya yang dah pergi.  Setiap Jumaat dia akan melawat kubur Kak Ami...Aku pon sayang Kak Ami...Baik sangat orangnya...Mukanya sebijik muka ku...Semua anak2nya akan pelukku sambil menangis sebut"Ingat mak "   Memang Mak Cik Eni macam mak" 


Wednesday, 22 October 2025

Menikah Lagi Setelah Usia 60 Tahun? 5 Kebenaran yang Wajib Diketahui Sebelum Memutuskan


Motivasi untuk orang2 tua. Think positif jika nak ambil dari sudut negatif  tak payah...jangan dengar...jangan tengok...

  Bismillah...Assalamualaikum...Mari kita grabbed pahala  sunat qabliah dan bakdiah ini. 4 sebelum dan 4 selepas.

Rabu, 18 Februari 2026

Kelebihan & Cara Solat Sunat 4 Rakaat Badiah Selepas Zohor- 2 rakaat, 2 rakaat @ 4 rakaat terus?

 


Sahabatku...mari kita semak  di semak hadith..Hadith ini ...mari kita tengok kedudukan hadith ini.  daku buat tapi adakah hadith ini soheh. (4 rakaat selepas, biasa kita tahu ada 2 rakaat selepas yg biasa kita dgr.)  Mari kita semak hadith ini. 

Saidina utuskan seorang perempuan... solat yg nabi buat selepas solat fardhu...

Nabi jawab...wahai puteri Abu Umaiyyah kamu bertanya dua rakaat selepas fardhu asar...seseungguhnya ...2 rakkat baqdiah zohor sebenarnya(Kadho')  jadi Nabi buat selepas waktu asar)

atau Qabliah zohor Bagdiah zohor...lakukan 2 rakaat  satu salam , 2 rakaat satu salam.

Hadith di Riwayatkan oleh Saidina Ali...

Adalah Nabi solat sunat memisahkan 2 rakaat dan 2 rakaat ...Qabliah Asar. 

Saidina Omar bersabda

Solat tu lail wan nahar...Masna masna

Riwayat Imam Ibn Daud Ibnu Wajah Imam Ibnu Hibban Hadith ...Solat sunat malam dan siang masnma masna ...

Catatan kedua

Imam Nawawi (Imam besar Mazhab Shafie)

Boleh di kerjakan 4 rakaat sekali gus satu salam tanpa ada tahyat awal pon boleh tanpa tahyat awal pon boleh...

Ada nasnya( pentingnya buat ja)  

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@



Kelebihan & Cara Solat Sunat 4 Rakaat Badiah Selepas Zohor- 2 rakaat, 2 rakaat @ 4 rakaat terus? Sila KLIK 👉 https://bit.ly/3rLebuj ​untuk dapatkan lebih banyak VIDEO! Jom LIKE, SHARE and SUBSCRIBE dan tekan butang 🔔 tanda support 💖 channel JalanSyurga Ringkasan Kuliah: Kelebihan 1. Pasti Allah SWT mengharamkan neraka baginya! Waktu dilakukan 1. Selepas solat fardhu Zohor Bilangan rakaat yang dilakukan 1. 4 rakaat Cara mengerjakannya (kaifiat) 1. Cara pertama: 2 rakaat salam dan 2 rakaat salam 2. Cara kedua: 4 rakaat satu salam Cara pertama- 2 rakaat, 2 rakaat 1. 2 rakaat pertama niat dengan menyebut 'badiah' 2. Surah dibaca selepas Al-Fatihah rakaat pertama surah Al-Kafirun dan rakaat kedua surah Al-Ikhlas 3. 2 rakaat seterusnya tidak menyebut 'badiah' 4. Surah dibaca selepas Al-Fatihah Al-Falaq dan An-Nas Cara kedua- 4 rakaat satu salam 1. Niat dengan membaca ada menyebut 'badiah' 2. Surah dibaca selepas Al-Fatihah masing-masing setiap rakaat ialah surah Al-Kafirun, Al-Ikhlas, Al-Falak, dan An-Nas 3. Boleh membaca tahiyat awal atau tidak membaca 4. Boleh tidak membaca surah selepas Al-Fatihah tidak mengapa Qadha Solat Sunat Badiah (selepas) Zohor 1. Boleh diganti qadha solat sunat badiah Zohor selepas mengerjakan solat fardhu Asar Catatan 1. Disunatkan mengerjakan 4 rakaat dengan 2 salam berdasarkan dua hadis sahih 2. Imam Nawawi menyatakan boleh dikerjakan 4 rakaat 1 salam dengan ada tahiyat awal atau tidak 🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸 Marilah Berinfak ! 🕌 وَأَنفِقُوا۟ مِن مَّا رَزَقْنَٰكُم مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِىَ أَحَدَكُمُ ٱلْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَآ أَخَّرْتَنِىٓ إِلَىٰٓ أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُن مِّنَ ٱلصَّٰلِحِينَ ‎ “Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu, Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau melambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat menjadi orang-orang yang soleh” [Al-Munafiqun, 63:10]
 

  

Wednesday, 18 March 2026

ASSALAMUALAIKUM SAHABAT,

 

Wednesday, 15 May 2024

Assalamualaikum salam persahabatan,

 


Assalamualaikum sahabatku.   

Sebenarnya Blog ini adalah blok peribadi yang santai dan  bukan Blog untuk buat wang seperti yang lain.  Saya ada Add Sence  berusia 13 tahun...masih hidup lagi.....tapi tak guna itu semua.    Jika ada Iklan saya rasa macam mengganggu sahaja... Ia nya hanya blok kenanganku sahaja.  Terima kasih kerana sudi bertandang kesini...Jika daku dah pergi, daku rasa Blog ini masih dikunjungi...at least dapat sedikit manfaat jika ada yang membaca petikan agama dan mendengar ceramah agama di sini.  

Selamat membaca...ala kadarnya sahaja.  Saya tulis apa terlintas di kepala saya   Saya letakkan salam Assalamualaikum , di situ agar tuan2 jawabnya saya suka dapat pahala dari jawapan tuan2 terhadap salam saya...Terima kasih.  (Tuan2 dapat pahala dan saya juga turut mendapatnya)  Berdasarkan hadith Rasulullah:  " Ucapkanlah salam kepada siapa sahaja yang kita kenali atau yang tidak kita kenali"

Terima Kasih.

Saya Noraini.