Isnin, 31 Ogos 2026
Di Bawah Teduhan Surah al-Mulk
Khasiat Kacang Parang Untuk Kesihatan Tubuh Badan
9 Khasiat Kacang Parang.
1. Kaya Mineral
Kacang parang mengandungi serat, vitamin K, vitamin B6, zink, kuprum, zat besi, magnesium, kalori, karbohidrat, protin, lemak, serat, mangan, kurpum, fosforus, thiamine, riboflavin, kalsium, potassium dan banyak lagi.
2. Baik Untuk Sistem Saraf
Ia kaya dengan folate iaitu nutrien yang berguna untuk metabolisme tenaga, menyokong sistem saraf dan menyihatkan sel darah merah.
3. Kurang Risiko Cacat Janin
Kacang parang secara semulajadinya baik untuk bakal ibu. Ia mengurangkan risiko kecacatan lahir kepada bayi. Jadi, ia sesuai berada dalam diet para ibu.
4. Kurang Risiko Penyakit Kronik
Mereka yang makan kacang kuda mempunyai risiko yang kurang untuk menghidap penyakit jantung, kanser dan tekanan.
5. Kesihatan Tulang
Satu cawan kacang parang mengandungi 36% keperluan harian mangan. Mangan mengurangkan masalah kekurangan kalsium. Justeru, ia bagus untuk mendapatkan tulang yang sihat.
6. Merendahkan Tekanan Darah
Hipertensi boleh menyebabkan sakit jantung dan strok. Untuk mendapatkan jantung yang sihat, kita memerlukan magnesium. Magnesium boleh merendahkan tekanan darah sekaligus membantu mendapatkan jantung yang sihat.
7. Menguatkan Sistem Imunisasi
Kuprum yang ada di dalam kacang kuda membantu mengekalkan sel darah sihat. Sel darah putih adalah penting untuk memusnahkan patogen yang menjadi punca penyakit.
Tanpa sel darah putih yang sihat, tubuh mudah dijangkiti penyakit. Kuprum memainkan peranan memastikan sel-sel darah putih ini berfungsi dengan baik iaitu dengan melawan radikal bebas yang merosakkan.
8. Elak Risiko Anemia
Kandungan zat besinya pula memberikan kita tenaga harian yang diperlukan. 1 cawan sudah cukup memberikan kira-kira 14% keperluan harian.
Zat besi diperlukan untuk menghasilkan haemoglobin yang membawa oksigen ke seluruh tubuh dan kepada sel-sel. Kekurangan zat besi menyebabkan proses ini agak sukar.
Kita akan berasa letih dan tidak aktif. Kesannya, kita mungkin akan menghidap anemia.
9. Kawal Simptom Parkinson
Beberapa kajian menunjukkan kacang parang mungkin dapat mengawal simptom penyakit Parkinson. Ini juga menunjukkan kemampuannya dalam memperbaiki fungsi motor.
Kacang parang memberi banyak kebaikan kepada kesihatan kita. Namun begitu, kacang parang turut mempunyai kekurangan iaitu ia boleh menyebabkan alergi dan memberi kesan negatif kepada mereka yang mempunyai masalah tekanan.
Justeru, anda digalakkan untuk mendapatkan nasihat sekiranya ada keraguan atau khuatir mengenai kesihatan anda.
Tidak boleh merosakkan berhala atau sembahan orang lain. Perkara itu jelas dalam Islam.
Saya juga berharap sebagaimana pihak berkuasa memburu pihak yang terlibat merosakkan berhala di kuil haram tersebut yang kita tidak tahu siapa mereka, saya juga ingin mencadangkan sesuatu yang lebih mudah dilaksanakan.
Pemecah berhala, tak pasti siapa yang melakukannya. Pelaku mesti dikenakan tindakan sewajarnha mengikut lunas undang-undang.
Penceroboh tanah & pembina kuil haram, pihak polis tahu siapa pelakunya kerana mereka yang membuat laporan polis.
Tak perlu diburu penceroboh & pembina kuil haram kerana identiti telah dikenalpasti.
Tahan penceroboh tanah tersebut & dakwa mereka.
Takkan pemecah berhala perlu diburu & dikenakan tindakan tetapi penceroboh tanah & pembina kuil haram tersebut tak dikenakan sebarang tindakan?
Bukankah dua dua pemecah berhala & penceroboh tanah serta pembina kuil haram melanggar undang-undang?
Ianya umpama perompak membuat laporan polis terhadap pencuri yang mencuri hasil rompakan & merosakkan kereta yang digunakan mereka untuk merompak tetapi perompak tidak ditahan & didakwa kerana merompak tetapi pencuri diburu kerana mencuri hasil rompakan serta merosakkan kenderaan perompak?
Ahad, 30 Ogos 2026
Tuesday, 19 May 2026
Buah remia.. Buah star Dan kundang juga...
Sedapnya buah star... Ni. Anis order dah lama tapi daku baru cicah I biji ja dengan sambal belacan... Rasa masam sangat... And than Daku Buat jenis hancurkan dan masukkan sambal belacan macam buat pincop atau ke bebé kata Orang kampong ku. Pak ku punya bahasa pincop dan mak ku punya bahasa adalah... Kebebe. Tapi kebebe itu di buat dgn pelbagai pelbagai jenis buah. Hmmm sedap tapi... Buah star tu hanya daku blend dan alhamdulillah.. Masukkan sambal... Terus sedap




