Jumaat, 3 Julai 2026
Khamis, 11 Disember 2025
Check up di Hospital sultan Abdul Aziz Shah Kajang..Warga Emas...
Aku suka sangat sudut ni sebab aku memang suka di mana adanya mural dilukis. Tak perasan siapa pelukis ni. Aku suka sangat pada Mural sebab aku adalah Pelukis Mural bila di sekolah dulu. Sekarang Mural2 yang daku lukis dulu telah tersembunyi dibawah Cat2 tebal dimana adanya terlukis Mural2 Baru di atasnya. Pada mural besar laluan sekolah dahulu daku dan Cikgu Hamimah Hashim ...melukis "Lukisan Di Alam Lautan" yang penuh dengan batu2 karang yang berbagai jenis. Aku suka melukis gambar batu karang. Di lapangan yang besar itu banyak jenis batu karang yang dapat aku lukiskan. Hmmm...kenangan...... Ianya semua meninggalkan kenangan yang amat seronok untuk di kenangkan. Aku pandai melukis sejak di sekolah lagi. Biasanya daku dan CikGu Azmi kawan sekelasku yang mendapat markah tinggi di dalam kelas Form Five Art 1, SMDA satu masa dulu. Masa ini kami di ajar oleh Cikgu Muhammad bin Yaakub lulusan Art dari luar Negara. Dia selalu megata aku sebab suka tolong kawan melukis bila diminta . Adik beradikku hampir semuanya pandai melukis. Cikgu Muhammad Yaakub inilah yang mereka cipta Lencana Sekolah Kebangsaan Lenggong yang digunakan hingga sekarang. Cikgi Azmi kawan ku ditransfer ke Sekolah Kebangsaan Bukit Sapi. Sekolah ini adalah sekolah dimana Datukku Cikgu Muhammad menjadi Guru Besar Pertama disitu semasa mula sekolah itu dibina dan daku pulak lambat masuk maktab sebab tak mahu jadi guru tapi tunaikan hasrat emakku , maka jadi juga aku seorang Guru... Cikgu Azmi dah beberapa tahun mengajar baru aku keluar maktab...Tabik buat kau Azmi.
Aku suka sudut ni/bergambar di sini. Aku ambil kesempatan mengambil gambar di sini. Pandai adikni melukis.Hmmmm!!!!
posing depan mural yg aku suka ni.
Lawalah.
Aku suka...
Hebat pelukis ni...
Cantik kerana keceriaannya. hmmm
Aku pulak senyumku yang dah tak menjadi...dengan tudungku yang dah tak terurus
selepas lama sangat check up .
Anakku kata senyum macam biasa mak...hihi...Tak tahu pon...macam mana hahah
Ni kot ,macam biasa...Ntah lah...
Ke ini senyum macam biasa...hihi aku tak tahu...
Anis suka tangkap gambarku , tapi gambar anis tak da pon...hihi.
Aku curi ambil gambar dia.. haha ...Nanti aku dah tiada baru dia nak lihat Blogku ini...hihi... Bacalah sejarah emak anis yang minat melukis di sekolah yang mana segala2 masa mak banyak mak gadaikan dengan kerja2 kebajikan di sekolah. Banyak masa mak abaikan anis agaknya ya... Tapi rasa macam tak. Mak rajin masak ,...macam2 mak masak untuk anis dan Pah. Moga mak ada sedikit pahala di akhirat nanti kerana bakti mak ni...Aamiin. Anakku memang tak kira...tak pernah make up macam ku......hihi pakai tudung simple biasa ja...dia kata ramai orang kata pakai tudung macam ni, tudung orang tua...dia kata "Anis sikit pon tak kisah mak,asalkan menutup aurat. " Anis! Anis!...Anis lebih baik pada mak masa muda.
Semua geng anis menutup aurat dari kecil lagi,tapi kami dahulu setelah era kebangkitan Islam mula naik dengan kuat...Ramai guru2 memakai mini telekung. kesekolah dan masayarakat kampong pon sama2 memakai tudung menutup aurat bermula era kebangkitan Islam Syukur Ya Rabb...Aamiin Yaa Rabb... Syukur. By Noraini at Disember 11, 2025
Bila daku buka page ini tak sabar daku nak baca . apa yang daku tuliskan pada kali ini. Hihi. Oic...Kenangan masa daku di sekolah dulu bersama kawan baikku CikGu Hamimah...Innalillahhiwainnailai hiraajiuun. Semoga Kak Mimah dikumpulkan bersama orang2 yang soleh. Aamiin.
Baik betul daku dengan Kak Mimah. Kami bertiga ia itu Kak Mimah Cikgu Razak,Kak Ani Cikgu Bahari dan daku kawan yang paling akrab di sekolah itu. Ya Rabb daku berharap Kak Ani juga di kumpulkan bersama orang2 yang soleh di sana. Mereka berdua telah pergi meninggalkan daku.
Rindunya pada mereka berdua Rabbku.
Daku sebut juga CikGu Azmi kawan sekelasku akhirnya dapat di transfer ke sekolah Kebangsaan Lenggong mengajar bersamaku juga. Akhirnya.!!!
Langgan:
Catatan (Atom)














