DrMAZA-Dalam himpunan derita Allah khabarkan ada kegembiraan pd mereka y...,
Khamis, 29 Mei 2025
DrMAZA-Dalam himpunan derita Allah khabarkan ada kegembiraan pd mereka y...,
Ya Allah Tutupkan aib aku dan amankan perasaanku...Kelaparan, kekurangan harta dan nyawa dan buah2an. Tapi Apa kata Allah( ni derita semua ni) Tapi Allah kata..." Wabashshiril soobirin.."Berikan Khabar Gembirakepada orang yang sabar. Padahal ini semua adalah himpunan derita, tapi dalam himpunan derita Allah suruh berikan khabar gembira,kepada siapa? Kepada orang yang sabar. Kemudian Allah describe siapa itu orang yang sabar? Allah bagi apperience orang yang sabar dulu sebelum pergi ke hati nuraninya dan akhirnya kita tahu apa yang diucapkan...Allah kata..."Orang2 yang apabila ditimpa musibah, ketakutan ,dihina , miskin, dimaki orang dianiaya orang dipukul orang dizalimi oleh orang lain..." Apabila di timpa musibah,mereka berkata,
Innalillahhiwainnailaihiroojiuun..
Kenapa kholu innalillahhiwainnailaihiroojiun...Kenapa penting? kerana manusia akan berkata habislah aku ,musnahlah aku, nayalah aku, tapi kalau manusia fikir hakikat kepada kehidupan...Kita tak ada apa2 disini sebenarnya...sementara sahaja... maka ...kita lafazkan innalillahhiwainnailaihiroojiuun...Tak apa kerana hakikat kehidupan bukan disini...hakikat kehidupan dari Allah azawjalla ...Kita ini asal kita ,tanah air asal kita syurga,' Kita bagaikan musafir...akan kembali tidak beberapa lama lagi... Tak apalah tak selesa pon kita akan kembali tak beberapa lama lagi...
Allah ajar kita ..Innalillah hiwainnailai hiroojiuun..."Kita datang dari pada Allah dan kepada nya kita akan kembali... So itu tidak adil dalam beberapa keadaan...Ada orang yang baik dia telah dizalimi...ada orang yg bekerja kuat dia tak dapat seperti bekerjanya yg sedikit...pendapatan ,berpuluh kali ganda orang yg susah...tidak kerana kerajinan kita melebihi dia...dan tidak juga kerana kebijaksanaan kita melebihi dia...ALLAH Jalawaaqla... telah mengaturkan kehidupan kepada sebahagian manusia untuk menguji kepada sebahagian yang lain. Sebab itu Quran menceritakan kepada Qarun kerana kesombongannya" aku diberi harta ini kerana kebijaksanaan ku" kerana kebolehanku...Allah rakamkan perkataan dia yang biadap ini...supaya ia tidak di ulangi oleh orang lain.
Maka kita sebut Innalillah hiwainnailaihiroojiuun." Dunia tidak pernah adil pada banyak keadaan...
Tapi apabila kita tahu kita akan balik, manusia berjuang 30 tahun, 40 tahun barangkali manusia mula senang, 50 tahun dia mula sakit, barangkali 20 hungga 30 tahun dia menikmati dunia...Apalah sangat di bandingkan dengan akhirat yang kekal abadi...
Islam tidak anti dunia...Tapi dia mengajar supaya manusia dapat bertahan dengan "' Inna lillahiwainnailaihiroojiuun."..jadi maksudnya apabila orang derita kita bagi kan khabar gembira, Tak apa kita akan balik kepada Allah. Tak pa, Allah ada...(Orang Melayu ungkap) nice word...
Allah boleh melakukan berbagai cara.
Allah bagikan dia kesihatan tapi Allah campakkan keresahan ke dalam hati sanubarinya yang tak berkesudahan...Allah yang melakukan apa yang dia mahu, kemudian Allah beritahu ini...orang yang ada perasaan ini
Ya Rabb daku Redhoo sebab aku akan balik padaMu...
Tak apa Allah ada. Allah boleh bagi kan dia sihat, dan Allah boleh melakukan ALLAH KATA MEREKA ITU SELAMAT DARIPADA TUHAN MEREKA DAN RAHMAT...MaasyaaAllah...Kita selawat kepada Nabi...Allah kata kau sabar...dunia ini kecik aja,dunia ini debu sahaja nak di bandingkan daripada cakarawala yang luas. tetapi jika Allah memberikan kepujian ...memberikan inayahNya kepada manusia...Allah jallawaaqla bukan untuk di bandingkan. tetapi bila Allah berikan perhatian yang khusus kepada hambanya yang soleh..APA NILAI RAHMAT ITU? yang nak dibandingkan dengan kehidupan yang ada.
...MaasyaAllahallah memberikan ucapan mulia kepada kita. Dunia ini debu sahaja. Apabila Allah memberikan ujian Allah letakkan jalan penyelesaiannya, .Allah jalla waaqla tidak ada yg lain untuk di bandingkan dengan segala nikmat itu. Ya Rabb syukur atas segalanya. Ya Rabb daku sedari bahawa sekejap sangat hidup ini kerana daku sedari telah sampai ke usia ini.
TAZKIRAH : Sifat Yang Menjadi Perhiasan Seseorang Manusia - Ustaz Shamsuri Ahmad
Nabi suka manusia yang lemah lembut ,bertolak ansur, mudah berkira,..Manusia yang suka bertolerensi, manusia yang jenis macam ini maka sifat itu menjadi perhiasan baginya. Tidaklah manusia yang Allah cabut sifat itu daripadanya, manusia yang ada sifat rifk, manusia yang tidak lemah lembut, manusia yang tidak bertolak ansur, tak boleh bertolerensi, manusia yang jenis keras, manusia yg jenis garang(perongoih), manusia yang macam ni adalah manusia yg Allah cabut sifat rifk...nabi kata melainkan yang tinggal kat dia adalah buruk, keji, dan yg tidak baik.
Satu hari kata Ibn Umar..Abdullah bin Umar bin al khattab...mereka dalam musafir dgn Umar...dia naik anak unta liar. dia tak boleh nak kontrok...anak unta ini kontrol aku. dia potong kumpulan musafir. dia potong kumpulan termasuk unta Rasullullah.
Umar bila tengopk macam dia tangkap tali unta kebelakang dan ..
Bila Saidina Umar tarik sentap dan tarik balik ke belakang balik.
Nabi tak boleh tengok kekalutan (dia rimas). Rupa2nya sifat ini dahulu pon ada...keaadaan itu mengganggu nabi.
Umar jual pada akulah unta liar ini.
" Ambillah ...bagi engkau ya Rasulullah anak unta ini. Nabi tetap kata jual padaku. Nabi yg jenis tak ambil kesempatan. Saidina Umar pon jaul anak unta itu kpd Nabi. Nabi ambil anak unta itu . Nabi kata ... kepada Abdullah bin Umar, "Kau ambillah anak unta ini ...naiklah pi mana2 pon" Nabi tak suka kepada kekalutan.