Takutlah kepada Allah! Dan hendaklah (tiap-tiap) orang memperhatikan apa yang diusahakan besok(hari kiamat)
Allah SAW berfirman:
“Wahai orang-orang yang beriman, takutlah kepada Allah! Dan hendaklah (tiap-tiap) orang memperhatikan apa yang diusahakan besok(hari kiamat).Takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan” (Q.S. Al Hasyr:18)
Sesungguhnya Malaikat, langit, bumi, siang dan malam. Pada hari Kiamat, mereka sebagai saksi atas apa-apa yang dilakukan oleh manusia. Baik atau buruk taat atau maksiat. Bahkan seluruh anggota badan akan mempersaksikannya . Bumi memberi kesaksian bagi mukmin dan zahid, seraya berkata, ” Dia telah bersolat,berpuasa , berhaji dan berjihad atas ku” Maka legalah mukmin yang zahid itu. Ia memberikan juga kesaksian atas orang kafir dan orang derhaka sambil berkata” Di atas ku dia mushrik,penzina, minum arak dan makan haram” Bumi itu akan membantah pengelakannya ketika dihisab.
Orang mukmin adalah orang yang takut kepada Allah dan seluruh anggota badannya, Sebagaimana Abul-Laits telah berkata,
“Tanda takut kepada Allah itu kelihatan dalam tujuh perkara.” Pertama , pada lisannya. Dia menghindarkan daripada dusta, ghibah,menyebar fitnah,berbual kosong dan banyak bercakap. Malah menyibukkan diri dengan zikir, membaca Al Quran dan muzakarah ilmu. Kedua, pada hatinya. Dia membuang rasa pemusuhan, kebodohan dan kedengkian terhadap sahabatnya. Lantaran kedengkian dapat menghapuskan kebaikan. Sebagaiman Rasullullah SAW telah bersabda:
“Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu.”Ketahuilah hasad itu penyakit hati yang amat berbahaya. Tidak ada ubat untuk penyakit hati selain dari ilmu dan amal.”
Ketiga, pada pandangannya. Maka dia suka memandang pada makanan, minuman, pakaian, atau hal-hal lain yang haram. Tidak pula terpikat kepada dunia tetapi dia memandang dengan mengambil iktibar. Rasullullah SAW telah bersabda: Barangsiapa memenuhi matanya dengan perkara haram maka Allah akan memenuhunya daripada api pada hari Kiamat”
In sya Allah saya akan memulakan siri syarah ringkas bagi karya agung Dr. ‘Aidh al-Qarni, La Tahzan (Jangan Bersedih). Ia adalah karya moden dengan cetakan pertamanya pada tahun 2001.
Buku ini merupakan hasil kajian yang bersungguh-sungguh oleh penulis, yang cuba menyelesaikan pelbagai masalah dalam kehidupan manusia. Permasalahan yang seringkali timbul mengakibatkan keraguan, kegelisahan, dukacita, penderitaan, hilang harapan, kekecewaan dan berbagai-bagai lagi. Ternyata permasalahan sebegini sedikit sebanyak mengganggu kehidupan kita semua dan perasaan sedih sudah pasti tidak dapat dielakkan.
Buku ini senang sahaja didapati jadi saya bukan menulis semula apa yang telah ada di dalamnya. Itu anda boleh baca sendiri. Namun di sini saya hanya meringkaskan tulisan penulis asal dengan memasukkan kupasan daripada saya sendiri. Semoga ia bermanfaat dan dapat membantu kita semua untuk menghilangkan kesedihan yang melanda diri kita.
1. Ya Allah!
Ya Allah! Ingatlah yang kita ini ada Allah ﷻ, Tuhan kita. Dia yang ada segala-galanya. Dia yang Maha Berkuasa, yang menentukan takdir, yang menguasai fizikal dan juga mental kita. Dia boleh menjadikan apa-apa sahaja. Maka ingatlah yang kita sebenarnya adalah tempat mengadu, ada tempat bergantung.
Maka jikalau hati gundah gulana, masalah kunjung bertimpa-timpa, maka waktu itu hadapkanlah wajah dan pengharapan kita kepada Allah ﷻ. Waktu itu sedarlah yang tidak ada yang dapat menyelesaikan masalah kita, melainkan Dia sahaja! Waktu itu lemahkan diri dan akal kita, jangan hendak bersikap bijak lagi tetapi serahkan diri kita sepenuhnya kepada Allah ﷻ. Let Go and Let God! Memang Allah ﷻ tempat meminta seperti firman-Nya di dalam Rahman:29
يَسئلُهُ مَن فِي السَّمٰوٰتِ وَالأَرضِ ۚ كُلَّ يَومٍ هُوَ في شَأنٍ Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepada-Nya. Tiap-tiap masa Dia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhluk-Nya)!
Mungkin selama ini kita selalu sahaja bergantung dengan manusia, namun sudah tiba masanya kita bergantung dengan Allah ﷻ. Sekiranya bergantung dengan makhluk, mereka pun bukan boleh berbuat apa-apa pun tanpa keizinan Allah ﷻ, maka sebaiknya kita terus bergantung kepada Allah ﷻ. Kerapkanlah menyebut di mulut dan hati dengan kalimah “Ya Allah!” Bantulah aku… hilangkan masalah aku, kasihanilah aku”…
Dengan doa ini juga akan menautkan hati kita dengan Allah ﷻ. Ia juga adalah zikir sebenarnya. Doa adalah tips untuk sentiasa berzikir. Ini kerana pada setiap masa hati kita memang berkata-kata pun, maka sebaiknya kita jadikan kata-kata ‘internal talk’ hati kita itu dengan doa. “Ya Allah aku nak cari makan yang sedap ni.. ya Allah nak naik kenderaan ini, bantulah aku dapat parking nanti, ya Allah aku nak mula bekerja ni, mudahkan kerja aku, ya Allah aku hendak menulis ni, berikanlah idea-idea bernas….”
Dengan sentiasa menautkan hati kita dengan Allah ﷻ, hati kita akan tenang. Inilah janji Allah ﷻ seperti firman-Nya di dalam Ra’d:28
الَّذينَ ءآمَنوا وَتَطمَئِنُّ قُلوبُهُم بِذِكرِ اللهِ ۗ أَلا بِذِكرِ اللهِ تَطمَئِنُّ القُلوبُ (iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.
YA ALLAH “Hanya kepada-Nyalah memohon seluruh makhluk yang ada di langit dan di bumi. Setiap hari Dia dalam kesibukan (menunaikan hajat makhluk-Nya).” (Rahman:29).
Apabila laut bergelora, ombak memuncak, dan angin bertiup kencang, maka para penumpang kapal akan berseru: “Ya Allah!”
Apabila sang penunjuk jalan tersesat di padang pasir, rombongan menyimpang dari laluan, dan kafilah kebingungan dalam perjalanan, mereka akan berseru: “Ya Allah!”
Apabila pintu-pintu tertutup rapat di hadapan mereka yang berharap, dan tirai-tirai dilabuhkan di hadapan wajah para peminta, mereka akan menjerit: “Ya Allah!”
Apabila segala helah telah gagal, segala jalan terasa sempit, segala harapan terputus, dan segala tali pergantungan terlerai, mereka akan berseru: “Ya Allah!”
Sesungguhnya aku mengingati-Mu saat bencana datang menerjang dengan rupa yang menakutkan… Gelap gelita, dan wajah zaman (masa depan) terasa berdebu lagi suram.
Maka aku berseru di waktu sahur dengan memanggil nama-Mu dengan suara yang kuat… Maka tiba-tiba wajah setiap fajar (hari baru) pun tersenyum (menjadi terang).
Kepada-Nyalah tangan-tangan terbentang di waktu sahur, tangan-tangan menengadah dalam hajat (kebutuhan), mata-mata menatap dalam kesulitan, dan pertanyaan-pertanyaan diajukan dalam setiap kejadian.
Dengan nama-Nya, lisan bersenandung, memohon pertolongan, menyebut-nyebut, dan memanggil. Dengan mengingat-Nya, hati menjadi tenang, jiwa menjadi tenteram, perasaan menjadi damai, saraf-saraf menjadi rileks, kesadaran kembali, dan keyakinan menjadi kokoh. “Allah Maha Lembut terhadap hamba-hamba-Nya.”
Allah: Nama yang terbaik, huruf yang terindah, ungkapan yang paling jujur, dan kata yang paling berharga. “Apakah kamu mengetahui ada seseorang yang sama dengan-Nya (yang patut disembah)?”
Allah: Maka (milik-Nyalah) kekayaan dan keabadian, kekuatan dan pertolongan, kemuliaan, kekuasaan, serta hikmah. “Milik siapakah kerajaan pada hari ini? Milik Allah Yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan.”
Allah: Maka (dari-Nyalah) kelembutan dan perhatian, bantuan dan pertolongan, kasih sayang dan kebaikan. “Dan apa saja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allah-lah (datangnya).”
Wahai Tuhan, campakkanlah rasa mengantuk sebagai tanda keamanan daripada-Mu ke atas mata-mata yang terjaga (tidak dapat tidur), dan ketenangan ke atas jiwa-jiwa yang gelisah, serta kurniakanlah kepadanya kemenangan yang dekat.
Wahai Tuhan, tunjukilah cahaya-Mu kepada hati yang bingung, bimbinglah mereka yang tersesat jalan ke jalan-Mu (yang lurus), dan mereka yang terpesong daripada jalan yang benar kepada hidayah-Mu.
Ya Allah, Hilangkanlah was-was dengan fajar cahaya-Mu yang benar, hapuskanlah kebatilan dalam jiwa dengan tentera kebenaran, dan tolaklah tipu daya syaitan dengan bantuan tentera-tentera pertolongan-Mu yang datang bertanda.
Kami berlindung dengan-Mu, Daripada rasa takut kecuali kepada-Mu, daripada bersandar kecuali kepada-Mu, daripada bertawakal kecuali kepada-Mu, daripada meminta kecuali daripada-Mu, dan daripada memohon pertolongan kecuali dengan-Mu. Engkaulah Pelindung kami, sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.
Tuesday, 9 December 2025
Azlina Aziz - Wajahmu Di Mana Mana
HEY - Julio Iglesias (English Lyrics)
Rabu, 28 Januari 2026
TERUNGKAP‼️INILAH RAHASIA SETELAH KEMATIAN - USTADZ KHALID BASALAMAH