Sabtu, 11 April 2026
Siri syarah ringkas bagi karya agung Dr. ‘Aidh al-Qarni, La Tahzan (Jangan Bersedih).
1. Ya Allah!
In sya Allah saya akan memulakan siri syarah ringkas bagi karya agung Dr. ‘Aidh al-Qarni, La Tahzan (Jangan Bersedih). Ia adalah karya moden dengan cetakan pertamanya pada tahun 2001.
Buku ini merupakan hasil kajian yang bersungguh-sungguh oleh penulis, yang cuba menyelesaikan pelbagai masalah dalam kehidupan manusia. Permasalahan yang seringkali timbul mengakibatkan keraguan, kegelisahan, dukacita, penderitaan, hilang harapan, kekecewaan dan berbagai-bagai lagi. Ternyata permasalahan sebegini sedikit sebanyak mengganggu kehidupan kita semua dan perasaan sedih sudah pasti tidak dapat dielakkan.
Buku ini senang sahaja didapati jadi saya bukan menulis semula apa yang telah ada di dalamnya. Itu anda boleh baca sendiri. Namun di sini saya hanya meringkaskan tulisan penulis asal dengan memasukkan kupasan daripada saya sendiri. Semoga ia bermanfaat dan dapat membantu kita semua untuk menghilangkan kesedihan yang melanda diri kita.
1. Ya Allah!
Ya Allah! Ingatlah yang kita ini ada Allah ﷻ, Tuhan kita. Dia yang ada segala-galanya. Dia yang Maha Berkuasa, yang menentukan takdir, yang menguasai fizikal dan juga mental kita. Dia boleh menjadikan apa-apa sahaja. Maka ingatlah yang kita sebenarnya adalah tempat mengadu, ada tempat bergantung.

Maka jikalau hati gundah gulana, masalah kunjung bertimpa-timpa, maka waktu itu hadapkanlah wajah dan pengharapan kita kepada Allah ﷻ. Waktu itu sedarlah yang tidak ada yang dapat menyelesaikan masalah kita, melainkan Dia sahaja! Waktu itu lemahkan diri dan akal kita, jangan hendak bersikap bijak lagi tetapi serahkan diri kita sepenuhnya kepada Allah ﷻ. Let Go and Let God! Memang Allah ﷻ tempat meminta seperti firman-Nya di dalam Rahman:29
يَسئلُهُ مَن فِي السَّمٰوٰتِ وَالأَرضِ ۚ كُلَّ يَومٍ هُوَ في شَأنٍ
Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepada-Nya. Tiap-tiap masa Dia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhluk-Nya)!
Mungkin selama ini kita selalu sahaja bergantung dengan manusia, namun sudah tiba masanya kita bergantung dengan Allah ﷻ. Sekiranya bergantung dengan makhluk, mereka pun bukan boleh berbuat apa-apa pun tanpa keizinan Allah ﷻ, maka sebaiknya kita terus bergantung kepada Allah ﷻ. Kerapkanlah menyebut di mulut dan hati dengan kalimah “Ya Allah!” Bantulah aku… hilangkan masalah aku, kasihanilah aku”…
Dengan doa ini juga akan menautkan hati kita dengan Allah ﷻ. Ia juga adalah zikir sebenarnya. Doa adalah tips untuk sentiasa berzikir. Ini kerana pada setiap masa hati kita memang berkata-kata pun, maka sebaiknya kita jadikan kata-kata ‘internal talk’ hati kita itu dengan doa. “Ya Allah aku nak cari makan yang sedap ni.. ya Allah nak naik kenderaan ini, bantulah aku dapat parking nanti, ya Allah aku nak mula bekerja ni, mudahkan kerja aku, ya Allah aku hendak menulis ni, berikanlah idea-idea bernas….”

Dengan sentiasa menautkan hati kita dengan Allah ﷻ, hati kita akan tenang. Inilah janji Allah ﷻ seperti firman-Nya di dalam Ra’d:28
الَّذينَ ءآمَنوا وَتَطمَئِنُّ قُلوبُهُم بِذِكرِ اللهِ ۗ أَلا بِذِكرِ اللهِ تَطمَئِنُّ القُلوبُ
(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.
Tulisan asal penulis berserta terjemahan:
- Ya Allah!
يَا اللَّهُ
﴿يَسْأَلُهُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ كُلَّ يَوْمٍ هُوَ فِي شَأْنٍ﴾: إِذَا اضْطَرَبَ البَحْرُ، وَهَاجَ المَوْجُ، وَهَبَّتِ الرِّيحُ، نَادَى أَصْحَابُ السَّفِينَةِ: يَا اللَّهُ
YA ALLAH
“Hanya kepada-Nyalah memohon seluruh makhluk yang ada di langit dan di bumi. Setiap hari Dia dalam kesibukan (menunaikan hajat makhluk-Nya).” (Rahman:29).
Apabila laut bergelora, ombak memuncak, dan angin bertiup kencang, maka para penumpang kapal akan berseru: “Ya Allah!”
إِذَا ضَلَّ الحَادِي فِي الصَّحْرَاءِ، وَمَالَ الرَّكْبُ عَنِ الطَّرِيقِ، وَحَارَتِ القَافِلَةُ فِي السَّيْرِ، نَادَوْا: يَا اللَّهُ
Apabila sang penunjuk jalan tersesat di padang pasir, rombongan menyimpang dari laluan, dan kafilah kebingungan dalam perjalanan, mereka akan berseru: “Ya Allah!”
إِذَا وَقَعَتِ المُصِيبَةُ، وَحَلَّتِ النَّكْبَةُ، وَجَثَمَتِ الكَارِثَةُ، نَادَى المُصَابُ المَنْكُوبُ: يَا اللَّهُ
Apabila musibah terjadi, bencana melanda, dan malapetaka menimpa, maka mangsa yang ditimpa kesusahan itu akan berseru: “Ya Allah!”
إِذَا أُوْصِدَتِ الأَبْوَابُ أَمَامَ الطَّالِبِينَ، وَأُسْدِلَتِ السُّتُورُ فِي وُجُوهِ السَّائِلِينَ، صَاحُوا: يَا اللَّهُ
Apabila pintu-pintu tertutup rapat di hadapan mereka yang berharap, dan tirai-tirai dilabuhkan di hadapan wajah para peminta, mereka akan menjerit: “Ya Allah!”
إِذَا بَارَتِ الحِيَلُ، وَضَاقَتِ السُّبُلُ، وَانْتَهَتِ الآمَالُ، وَتَقَطَّعَتِ الحِبَالُ، نَادَوْا: يَا اللَّهُ
Apabila segala helah telah gagal, segala jalan terasa sempit, segala harapan terputus, dan segala tali pergantungan terlerai, mereka akan berseru: “Ya Allah!”
إِذَا ضَاقَتْ عَلَيْكَ الأَرْضُ بِمَا رَحُبَتْ، وَضَاقَتْ عَلَيْكَ نَفْسُكَ بِمَا حَمَلَتْ، فَاهْتِفْ: يَا اللَّهُ
Apabila bumi yang luas ini terasa sempit bagimu, dan jiwamu terasa sesak dengan bebanan yang kau pikul, maka melaunglah: “Ya Allah!”
وَلَقَدْ ذَكَرْتُكَ وَالخُطُوبُ كَوَالِحٌ … سُودٌ وَوَجْهُ الدَّهْرِ أَغْبَرُ قَاتِمُ
Sesungguhnya aku mengingati-Mu saat bencana datang menerjang dengan rupa yang menakutkan…
Gelap gelita, dan wajah zaman (masa depan) terasa berdebu lagi suram.
فَهَتَفْتُ فِي الأَسْحَارِ بِاسْمِكَ صَارِخاً … فَإِذَا مُحَيَّا كُلِّ فَجْرٍ بَاسِمُ
Maka aku berseru di waktu sahur dengan memanggil nama-Mu dengan suara yang kuat…
Maka tiba-tiba wajah setiap fajar (hari baru) pun tersenyum (menjadi terang).
إِلَيْهِ يَصْعَدُ الكَلِمُ الطَّيِّبُ، وَالدُّعَاءُ الخَالِصُ، وَالهَاتِفُ الصَّادِقُ، وَالدَّمْعُ البَرِيءُ، وَالتَّفَجُّعُ الوَالِهُ
Kepada-Nya akan naik segala perkataan yang baik, doa yang ikhlas, rintihan yang jujur, air mata yang suci, dan pengaduan hati yang penuh kerinduan.
إِلَيْهِ تُمَدُّ الأَكُفُّ فِي الأَسْحَارِ، وَالأَيَادِي فِي الحَاجَاتِ، وَالأَعْيُنُ فِي المُلِمَّاتِ، وَالأَسْئِلَةُ فِي الحَوَادِثِ
Kepada-Nyalah tangan-tangan terbentang di waktu sahur, tangan-tangan menengadah dalam hajat (kebutuhan), mata-mata menatap dalam kesulitan, dan pertanyaan-pertanyaan diajukan dalam setiap kejadian.
بِاسْمِهِ تَشْدُو الأَلْسُنُ، وَتَسْتَغِيْثُ وَتَلْهَجُ وَتُنَادِي، وَبِذِكْرِهِ تَطْمَئِنُّ القُلُوْبُ، وَتَسْكُنُ الأَرْوَاحُ، وَتَهْدَأُ المَشَاعِرُ، وَتَبْرُدُ الأَعْصَابُ، وَيَثُوْبُ الرُّشْدُ، وَيَسْتَقِرُّ اليَقِينُ، ﴿اللَّهُ لَطِيفٌ بِعِبَادِهِ
Dengan nama-Nya, lisan bersenandung, memohon pertolongan, menyebut-nyebut, dan memanggil. Dengan mengingat-Nya, hati menjadi tenang, jiwa menjadi tenteram, perasaan menjadi damai, saraf-saraf menjadi rileks, kesadaran kembali, dan keyakinan menjadi kokoh. “Allah Maha Lembut terhadap hamba-hamba-Nya.”
اللَّهُ: أَحْسَنُ الأَسْمَاءِ، وَأَجْمَلُ الحُرُوفِ، وَأَصْدَقُ العِبَارَاتِ، وَأَثْمَنُ الكَلِمَاتِ، ﴿هَلْ تَعْلَمُ لَهُ سَمِيًّا﴾؟!
Allah: Nama yang terbaik, huruf yang terindah, ungkapan yang paling jujur, dan kata yang paling berharga. “Apakah kamu mengetahui ada seseorang yang sama dengan-Nya (yang patut disembah)?”
اللَّهُ: فَإِذَا الغِنَى وَالبَقَاءُ، وَالقُوَّةُ وَالنُّصْرَةُ، وَالعِزُّ وَالقُدْرَةُ وَالحِكْمَةُ، ﴿لِّمَنِ الْمُلْكُ الْيَوْمَ لِلَّهِ الْوَاحِدِ الْقَهَّارِ
Allah: Maka (milik-Nyalah) kekayaan dan keabadian, kekuatan dan pertolongan, kemuliaan, kekuasaan, serta hikmah. “Milik siapakah kerajaan pada hari ini? Milik Allah Yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan.”
اللَّهُ: فَإِذَا اللُّطْفُ وَالعِنَايَةُ، وَالغَوْثُ وَالمَدَدُ، وَالوُدُّ وَالإِحْسَانُ، ﴿وَمَا بِكُم مِّن نِّعْمَةٍ فَمِنَ اللَّهِ
Allah: Maka (dari-Nyalah) kelembutan dan perhatian, bantuan dan pertolongan, kasih sayang dan kebaikan. “Dan apa saja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allah-lah (datangnya).”
اللَّهُ: ذُو الجَلَالِ وَالعَظَمَةِ، وَالهَيْبَةِ وَالجَبَرُوتِ
Allah: Pemilik keagungan dan kebesaran, kewibawaan dan kekuasaan.
مَهْمَا رَسَمْنَا فِي جَلَالِكَ أَحْرُفًا … قُدْسِيَّةً تَشْدُو بِهَا الأَرْوَاحُ
Berapapun huruf yang kami lukiskan tentang keagungan-Mu…
Huruf-huruf suci yang dengannya jiwa-jiwa bersenandung…
فَلَأَنْتَ أَعْظَمُ وَالمَعَانِي كُلُّهَا … يَارَبُّ عِنْدَ جَلَالِكُمْ تَنْدَاحُ
Maka Engkau tetaplah yang paling agung, dan semua makna…
Wahai Tuhan, di hadapan keagungan-Mu akan sirna.
اللَّهُمَّ فَاجْعَلْ مَكَانَ اللَّوْعَةِ سَلْوَةً، وَجَزَاءَ الحُزْنِ سُرُورًا، وَعِنْدَ الخَوْفِ أَمْنًا
Ya Allah, jadikanlah kegundahan ini sebagai pelipur lara, jadikanlah kesedihan ini berbuah kebahagiaan, dan ganti rasa takut ini dengan keamanan.
اللَّهُمَّ أَبْرِدْ لَاعِجَ القَلْبِ بِثَلْجِ اليَقِينِ، وَأَطْفِئْ جَمْرَ الأَرْوَاحِ بِمَاءِ الإِيمَانِ
Ya Allah, dinginkanlah panasnya hati dengan salju keyakinan, dan padamkanlah bara jiwa dengan air keimanan.
يَا رَبُّ، أَلْقِ عَلَى العُيُونِ السَّاهِرَةِ نُعَاسًا أَمَنَةً مِنْكَ، وَعَلَى النُّفُوسِ المُضْطَرِبَةِ سَكِينَةً، وَأَثِبْهَا فَتْحًا قَرِيبًا
Wahai Tuhan, campakkanlah rasa mengantuk sebagai tanda keamanan daripada-Mu ke atas mata-mata yang terjaga (tidak dapat tidur), dan ketenangan ke atas jiwa-jiwa yang gelisah, serta kurniakanlah kepadanya kemenangan yang dekat.
يَا رَبُّ، اهْدِ حَيَارَى البَصَائِرِ إِلَى نُورِكَ، وَضُلَّالَ المَنَاهِجِ إِلَى صِرَاطِكَ، وَالزَّائِغِينَ عَنِ السَّبِيلِ إِلَى هُدَاكَ
Wahai Tuhan, tunjukilah cahaya-Mu kepada hati yang bingung, bimbinglah mereka yang tersesat jalan ke jalan-Mu (yang lurus), dan mereka yang terpesong daripada jalan yang benar kepada hidayah-Mu.
اللَّهُمَّ أَزِلِ الوَسَاوِسَ بِفَجْرٍ صَادِقٍ مِنَ النُّورِ، وَأَزْهِقْ بَاطِلَ الضَّمَائِرِ بِفَيْلَقٍ مِنَ الحَقِّ، وَرُدَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ بِمَدَدٍ مِنْ جُنُودِ عَوْنِكَ مُسَوِّمِينَ
Ya Allah, Hilangkanlah was-was dengan fajar cahaya-Mu yang benar, hapuskanlah kebatilan dalam jiwa dengan tentera kebenaran, dan tolaklah tipu daya syaitan dengan bantuan tentera-tentera pertolongan-Mu yang datang bertanda.
اللَّهُمَّ أَذْهِبْ عَنَّا الحَزَنَ، وَأَزِلْ عَنَّا الهَمَّ، وَاطْرُدْ مِنْ نُفُوسِنَا القَلَقَ
Ya Allah, Hilangkanlah kesedihan daripada kami, angkatlah kegundahan daripada kami, dan usirlah keresahan daripada jiwa kami.
نَعُوذُ بِكَ مِنَ الخَوْفِ إِلَّا مِنْكَ، وَالرُّكُونِ إِلَّا إِلَيْكَ، وَالتَّوَكُّلِ إِلَّا عَلَيْكَ، وَالسُّؤَالِ إِلَّا مِنْكَ، وَالِاسْتِعَانَةِ إِلَّا بِكَ، أَنْتَ وَلِيُّنَا، نِعْمَ المَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيرُ
Kami berlindung dengan-Mu, Daripada rasa takut kecuali kepada-Mu, daripada bersandar kecuali kepada-Mu, daripada bertawakal kecuali kepada-Mu, daripada meminta kecuali daripada-Mu, dan daripada memohon pertolongan kecuali dengan-Mu. Engkaulah Pelindung kami, sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.
MaasyaaAllah hari ni 11 April 2026. Ya hampir sama ke Perkampungan Sunnah dulu. (Tahun 2024)
Isnin, 22 April 2024
Lama aku tak tulis...bukan penting sangat pon saja2 ja.
Aku taip ja....hihih.....
Dhuha ...Paling baik/ paling afdhal adalah semasa anak unta menggeliat kepanasan matahari pagi.Tunggu sekejap. Dengar dulu ceramah ustaz. Lama aku tak menulis santai2 ni...Banyak yang aku fikir hihi. Pada 2 hb Mei 2024 , Anis , Kakak Aini Rohaya dan anak, Aini Alya, dan anak2 akan ke Perlis pergi ke Perkampungan Sunnah . Mereka telah booking tempat penginapan. Aku pada hari itu ada appointment dengan Klinik Kesihatan BB Bangi. Maka aku kena pergi samaada dgn Qurrata Aini Ke KK BB Bangi. InsyaaAllah. Aku kata aku tak takut tinggal sorang2. Anakku cadangkan agar aku tidur di rumah Mak Ndaknya ..InsyaaAllah daku buat keputusan nanti. Tak takut lah cuma kalau nak happy2 boleh lah daku saja pergi tidur sana. InsyaaAllah. Mereka akan ke Perlis selama 3 hari.
Aku kena Istiqarah untuk terus tinggal disini atau balik.tahun depan...Kadang2 daku rasa betul jugak, dalam menghadapi usia tua ini kita lupakan saja pokok2,aktiviti siram2 pokok, potong rumput dll hobiku itu dalam memenuhi pencarian akhiratku. Bukanlah buang dunia tetapi takut ianya melalaikan aku. Aku terfikir Ustaz Moin kata itu betul juga. Kalau aku tinggal di sini aku akan dapat ibadat dan jaga kesihatanku ja. Kalo rindu kampong...balik... ke kampong dalam masa seminggu, dua minggu ke...betul. jugak. Daku boleh ajak Kak Hindon temanku untuk balik kekampong...rehat2...Kadang2 aku fikir betul..Moga Allah beri lagi petunjuk. Ntah apa aku tulis sambil mataku terlena terlelap hihi...
ha ha ha sambung balik...
Eni...JUST GO WITH THE FLOW LA...Betul jugak ya...Mana2pon boleh ibadat...Kampong boleh sini boleh..sama ja..dulu sebelum kerja make sure habiskan baca Quran...sini pon macam tu jugak ...tapi...kalo kerja kebun bahaya ada...kalo jatuh dlm kebun daku takut tu ja...dulu daku pernah jatuh 30 minit pon daku tak boleh bangun lagi...hah...??? Cam mana...Eni kau dah tua....! Muhasabbah diri....
Haa...dah 10.30am...paling baik untuk tunaikan Dhuha...Masa ni anak untu bangun...
#######################################
Peningkan diri kita dengan amal...
Kamu lebih kenal rumah kamu di Syurga daripada rumah kamu di dunia.
********************************************************
Daku Tak tahu di mana daku temui kata2 itu
#######################################
Daku baca balik petikan pukul 10.30 am
Isnin, 22 April 2024...
MaasyaaAllah hari ni 11 April 2026. Ya hampir sama masa nya mereka nak ke Perkampungan Sunnah dulu. (Tahun 2024) Hi hi. Moga daku happy sekali ini. Mereka dah Booking Penginapan...Macam biasa Alya dan Aini dengan anak2 akan naik train dan Anis akan balik dengan kereta bersamakuku. Balik awal sikit dapat rehat sekejap di kampong.
Mungkin sekejap sangat Anis tak sempat agaknya menjengok Abah dia di Grik. Seminggu aja cuti. Cuma daku aja dapat banyak manfaat lebih lama sedikit berada di kampong. Ntah la apa yang daku nak buat ...Daku kena sentuh sikit2 kerja luar rumah. Cuma ada beberapa pokok2 yg daku kena "prunning".
Apa. Khabar..
-
Assalamualaikum! Terimakasih kerana mengingatkan daku kepada kematian. Daku dah dekat dah...TQ daku sedar. Terkena pula saat daku menghada...
-
Wednesday, 25 March 2026 Aku pernah baca kisah Whitney Houston... Dia menyayi dengan sangat baik kerana ini adalah kisah Cinta sebenarny...
-
Antara Peribadi dan Akhlak Rasulullah S.A.W Baginda berdoa dengan penuh khusyuk dan airmatanya sentiasa berlinangan Wajahnya sentiasa ce...
-
Sabtu, 3 November 2012 T ersebut dalam sebuah Hadis, Dari RasullullahSAW, baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah mencipta Malaikat. ...
-
Amalan yg paling di cintai Allah. Dialog Nabi Musa Bertemu Allah. Nabi Musa Mendapat Wahyu langsung dari Allah. Wahai Allah, aku sudah m...
-
Selasa, 11 Julai 2023 Menginginkan Allah mencintai kita Jika mengingin Allah mencintai kita... Diberi Nya ampunan kepada kita... Cinta Al...
-
Tuesday, 15 October 2024 DrMAZA-Istiazah dibaca hanya pd rakaat pertama sahaja atau juga rakaat s...