Jumaat, 20 Mac 2026

Ya Rabb...Terimalah ibadat terakhir kami di Ramadhan bertuah ini. Aamiin Ya Rabbalalamin...

 Assalamualaikum.

Ya Rabb.  Ini malam terakhir Ramadhan kami.

Kau terimalah ibadat kami.

Kau ampunilah kami,

Kau Redhokanlah kami

Kau jadikanlah kami orang yg Redho terhadap ketentuanMu Rabbku.

Kau sejahterakan lah hati kami

Kau muliakanlah kami dan orang@ yang kami sayang,

Kau bahagiakanlah kami dalam hidup kami meskipon kekurangan. 

Kau penuhi dengan kecukupan bagi kami.

Janganlah kau jadikan kami tidak berpuashati dalam segala hal.

Percukupkanlah kami dgn kesyukuran.  

Kau bahagiakan kami.

Endahkan lah kami dalam segala hal.

Janganlah kami memungkiri janji kami padaMu.

Kami lemah, kau kuatkanlah kami.

Jadikanlah kewikhlasan menjadi penyeri hidup kami.

Ya Rabb..

Sayangilah kami,

Ya Rabb sayangilah orang yg kami sayang,

Ya Rabb, sayangilah orang yg menyangi kami,

Ya Rabb terimalah ibadat kami, 

Terimalah ibadat orang yg kami sayang ,

Terimalah ibadat orang yg menyangi kami.

Jadikanlah kesulitan sebagai pahala jihad bagi kami Rabb.

Alhamdulillah ala kullihal.

Aamiin Ya Rabbal alamin.

Makbulkanlah doa kami.

Aamiin Ya Rabbalaalamin.


Khamis, 19 Mac 2026

BACA ZIKIR HEBAT INI ALLAH TUNAIKAN APA SAHAJA HAJAT KITA - USTAZ KAZIM ELIAS


 

Hiburkanlah Hatiku

 

Wednesday, 8 May 2024

Hiburkanlah Hatiku

Sedih Mertuaku Berubah Total Sejak Kami Pulang Liburan


 

Padahal ini semua adalah himpunan derita, tapi dalam himpunan derita Allah suruh berikan khabar gembira

 

Wednesday, 15 October 2025

Padahal ini semua adalah himpunan derita, tapi dalam himpunan derita Allah suruh berikan khabar gembira

 


 Ya Allah Tutupkan aib aku dan amankan perasaanku...Kelaparan, kekurangan harta  dan nyawa dan buah2an.  Tapi Apa kata Allah( ni derita semua ni)   Tapi Allah kata..." Wabashshiril soobirin.."Berikan Khabar Gembirakepada orang yang sabar.  Padahal ini semua adalah himpunan derita, tapi dalam himpunan derita Allah suruh berikan khabar gembira,kepada siapa?  Kepada orang yang sabar.  Kemudian Allah describe siapa itu orang yang sabar?  Allah bagi apperience  orang yang sabar dulu sebelum pergi ke hati nuraninya dan akhirnya kita tahu apa yang diucapkan...Allah kata..."Orang2 yang apabila ditimpa musibah, ketakutan ,dihina , miskin, dimaki orang dianiaya orang dipukul orang dizalimi oleh orang lain..." Apabila di timpa musibah,mereka berkata,

Innalillahhiwainnailaihiroojiuun..
Kenapa kholu innalillahhiwainnailaihiroojiun...Kenapa penting?  kerana manusia akan berkata habislah aku ,musnahlah aku, nayalah aku, tapi kalau manusia fikir hakikat kepada kehidupan...Kita tak ada apa2 disini sebenarnya...sementara sahaja... maka ...kita lafazkan innalillahhiwainnailaihiroojiuun...Tak apa kerana hakikat kehidupan bukan disini...hakikat kehidupan dari Allah azawjalla ...Kita ini asal kita ,tanah air asal kita syurga,'  Kita bagaikan musafir...akan kembali tidak beberapa lama lagi... Tak apalah tak selesa pon kita akan kembali tak beberapa lama lagi...
Allah ajar kita ..Innalillah hiwainnailai hiroojiuun..."Kita datang dari pada Allah dan kepada nya kita akan kembali...  So itu tidak adil dalam beberapa keadaan...Ada orang yang baik dia telah dizalimi...ada orang yg bekerja kuat dia tak dapat seperti bekerjanya yg sedikit...pendapatan ,berpuluh kali ganda orang yg susah...tidak kerana kerajinan kita melebihi dia...dan tidak juga kerana kebijaksanaan kita melebihi dia...ALLAH Jalawaaqla... telah mengaturkan kehidupan kepada sebahagian manusia untuk menguji kepada sebahagian yang lain.  Sebab itu Quran menceritakan kepada Qarun kerana kesombongannya" aku diberi harta ini kerana kebijaksanaan ku" kerana kebolehanku...Allah rakamkan perkataan dia yang biadap ini...supaya ia tidak di ulangi oleh orang lain.
Maka kita sebut Innalillah hiwainnailaihiroojiuun." Dunia tidak pernah adil pada banyak keadaan...
Tapi apabila kita tahu kita akan balik, manusia berjuang 30 tahun, 40 tahun barangkali manusia mula senang, 50 tahun dia mula sakit, barangkali 20 hungga 30 tahun dia  menikmati dunia...Apalah sangat di bandingkan dengan akhirat yang kekal abadi...
Islam tidak anti dunia...Tapi dia mengajar supaya manusia dapat bertahan dengan   "' Inna lillahiwainnailaihiroojiuun."..jadi maksudnya apabila orang derita kita bagi kan khabar gembira, Tak apa kita akan balik kepada Allah.  Tak pa, Allah ada...(Orang Melayu ungkap) nice word...
Allah boleh melakukan berbagai cara.  
Allah bagikan dia kesihatan tapi Allah campakkan keresahan ke dalam hati sanubarinya yang tak berkesudahan...Allah yang melakukan apa yang dia mahu, kemudian Allah beritahu ini...orang yang ada perasaan ini

Ya Rabb daku Redhoo sebab aku akan balik padaMu...
Tak apa Allah ada.  Allah boleh bagi kan dia sihat, dan Allah boleh melakukan ALLAH KATA MEREKA ITU SELAMAT DARIPADA TUHAN MEREKA DAN RAHMAT...MaasyaaAllah...Kita selawat kepada Nabi...Allah kata kau sabar...dunia ini kecik aja,dunia ini debu sahaja nak di bandingkan daripada cakarawala yang luas. tetapi jika Allah memberikan kepujian ...memberikan inayahNya kepada manusia...Allah jallawaaqla bukan untuk di bandingkan. tetapi bila Allah berikan perhatian yang khusus kepada hambanya yang soleh..APA NILAI RAHMAT ITU? yang nak dibandingkan dengan kehidupan yang ada.

...MaasyaAllahallah   memberikan ucapan mulia kepada kita.  Dunia ini debu sahaja.  Apabila Allah memberikan ujian Allah letakkan jalan penyelesaiannya, .Allah jalla waaqla tidak ada yg lain untuk di bandingkan dengan segala nikmat itu.   Ya Rabb syukur atas segalanya.  Ya Rabb daku sedari bahawa sekejap sangat hidup ini kerana  daku sedari telah sampai ke usia ini.
Syukur Ya Rabb,  kuatkan daku Ya Rabb.   

DrMAZA-Agar Allah padamkan REKOD buruk dan dicatat REKOD yg baik...


 

Mereka Sudah Tiada Harapan, Delta Force Dijinakkan, US Ancam Guna Nuklear - Dr Mat Rofa


 

Apa. Khabar..