Sabtu, 21 Februari 2026

Puasa kami Rabb...untukmu Rabb...

  Assalamualaikum

Ya Rabbku... 

Permudahkanlah kami mengingatiMu, mensyukuriMu dan beribadat kpdmu..Kami juga turut doakan, moga mereka di luar sana mengambil inisiatif mendekati Mu . Moga kami mendapat doa Malaikat kerana mendoakan untuk orang lain Aamiin.

Aamiin Yaa Rabbbal a'lamin... Tuhan yg Maha Pengasih dan Maha Penyayang...Terimalah ibadat kami. 

Waktu Solat Sunat Israq di BBB...

 Waktu solat sunat Israq sekarang ialah pukul 7.40 am.

Syuruq sekarang ialah 7.25 am.  

Kita tambah 15 minit...ianya menjadi 7.40

Selamat  Israq moga sihat selalu.

Cadangan Ustaz... Cara mengamalkan salah satu ibadat di bulan ramadhan.

Assalamualaikum.

Sahabat semua...

Mari kita lihatada nasihat yang diberi bab salah satu ibadat dlm bulan Ramadhan ini.  Ustaz Zulkifli Al Bakri mencadangkan agar bila masuk bulan Ramadhan kita baca terus ( sambung)  Al Quran surah berapa yang baca pada bulan Syaaban itu.  Kita sambung terus dan setelah khatam baru kita masuk Juz satu, ia itu ke surah Albaqarah kembali.   Khatam  dan sambung lagi...Itu cadangan beliau.   Itu cadangan beliau.

Daku juga suka macam tu tapi daku lebih gemar bila masuk Ramadhan daku mula dari Juz satu kembali dan surah yang kita baca dalam bulan Syaaban tu kita sambung juga.  Seiring dgn bacaan yg kita mula di Ramadhan kita...  Sama juga macam cadangan ustaz tu sebenarnya.  Apapon  kita buatlah apa saja cara yang kita suka.  InsyaaAllah kita serahkan kepada Allah ibadat kita moga Alah terima .   InsyaaAllah.  Wallahhuaqlam  

Doa masuk dan keluar dalam keadaan yg terbaik dan memenangkan...

UPDATE 21/26 BERSAMAAN 3 RAMADHAN 1447 H

 

 Rabbi ad khilni mud khalasid qing wa akh rij ni mukh raja sid qing waj  alli mill ladun ka sultoo nan nasii raa...

Semak :   Quran Suratul Israq Ayat ke 80,


Wahai Tuhan masukkanlah aku pada tempat masuk yang benar dan keluarkanlah aku pada tempat keluar yang benar ( mulia ) dan jadikanlah untukku dari sisimu kekuasaan yg memenangkan.

Apa. Khabar..