Isnin, 29 Mei 2023

Bingkisan Cinta Buat Noraini

  Tulisan kata-kata cinta di belakang sebuah lori membuatkan individu bernama Noraini satu Malaysia terhibur dan tersipu-sipu malu.

Tulisan kata-kata cinta di belakang sebuah lori membuatkan individu bernama Noraini satu Malaysia terhibur dan tersipu-sipu malu.

Pelbagai ungkapan menarik tertera di belakang lori itu antaranya, “berat muatanku lebih berat rindu padamu” dan “cintaku takkan lekang oleh waktu”.

Terpampang juga ungkapan, “putus cinta tak sakit. Yang sakit dah putus tapi masih cinta”, “setia ke hujung nyawa” dan “aku cinta pada Noraini”.

Sehubungan itu, beramai-ramailah insan bernama Noraini menghadirkan diri ke ruang komentar.

Diantara ungkapan cinta tersebut ialah:

1)   AKU CINTA PADA NORAINI.
2)   SETIA KEHUJUNG NYAWA.
3)   CINTAKU TAK KAN LEKANG OLEH WAKTU.
4)   JIWA KACAU.
5)   PUTUS CINTA TAK SAKIT ,YANG SAKIT DAH PUTUS
      TAPI MASIH CINTA.
6)   BERAT MUATANKU,LEBIH BERAT RINDUKU PADAMU.

Komenku:   Siapakah yg empunya diri menghantarkan bingkisan 
               cintanya padaku disepanjang  perjalanan ini?  
 
               Tidakkah dikau bimbang cinta itu tercicir  dan tidak dapat
                kita pungut lagi ?.
                    
                Malang sungguh Noraini...
   
    Hari ini  31 May 2023...Hari Jadiku Yang ke 65...
 walaupon usiaku bertambah, aku happy kerana dapat sedikit lagi peluang bagiku menambahkan ibadatku  untuk bertemuMu Ya Rabb...Kau kuatkan aku dan Kau tambahkanlah sedikit lagi usiaku,  Ya Tuhan yg Maha Menunaikan...Kau tunaikanlah cita2ku yang belum tertunai..Aamiin Aamiin Aamiin...Ya Rabbal Alamin.

Ahad, 28 Mei 2023

Lega Dgn Islam.

  Barang siapa yg Allah pilih dia mendapat hidayah Allah buat dia terbuka hati kepada Islam...

Bagaimana cara untuk dapat kejayaan...

1.  Doa

2. Quran mesti selalu baca.( pegang jugak hari2, ini baca menyuburkan iman kita

3) Perintah Allah buat...Sunat dsb 

4) Elak buat yg di Larang Allah...apa yg Allah larang ,,,jauhi

5)  Jaga Akhlak jaga

6) Cari kawan yg baik2

7)  Banyak Istighfar....

8)  Ya Allah hidayahkan kami  kepada jln yg lurus...

Bacaan duduk antara dua sujud...(Rabbigh firli.)

1)        Ampunkan lah aku ya Allah

3)        Kasihani lah aku Ya Allah

3)        Tutuplah aibku Ya Allah

4)        Angkatlah darjatku Ya Allah

5)        Pimpinlah aku Ya Allah

6)        Berilah aku hidayah Ya Allah

7)        Sihatkan lah aku Ya Allah

8)        Maafkanlah aku Ya Allah.

Rabu, 10 Mei 2023

Baby mengukir kenangan...

 Sayang Baby..Nenek memang sayang baby...Adik dah pergi...Sekarang Baby pon dah Tua...

Jumaat, 28 April 2023

Maalaikat

images-jpgs6

Tersebut dalam sebuah Hadis, Dari RasullullahSAW, baginda bersabda:

“Sesungguhnya, Sayapnya yang sebelah mencapai bumi bahagian timur.  Yang sebelah lagi mencapai bumi bahagian barat.  Kepalanya di bawah Arasy dan kedua  kakinya di dasar bumi ketujuh.  Ia mempunyai bulu sebanyak bilangan makhluk Allah.  Ketika seorang lelaki atau perempuan daripada umatku membaca selawat kepadaku, maka Allah memerintahkan Malaikat itu agar menyelam kedalam lautan daru Nur di bawah Arasy.  Malaikat yang menyelam itu kemudian keluar dan mengibas-ngibaskan sayapnya sehingga setiap bulu menitis setitis Nur.  Daripada setiap titisan itu Allah menjadikan Malaikat yang memohon keampnan bagi orang tersebut sampai hari Kiamat.”

Setengah hukama mengatakan, “Keselamatan jasad pada sedikitnya makan.  Keselamatan roh pada sedikit dosa.  Dan keselamatan agama terletak pada membaca selawat kepada ‘Khairil Anam’ (Muhammad SAW).”

Allah SAW berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman, takutlah kepada Allah!  Dan hendaklah (tiap-tiap) orang memperhatikan apa yang diusahakan besok(hari kiamat).Takutlah kepada Allah.  Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan”
(Q.S.  Al Hasyr:18)

Sesungguhnya Malaikat, langit, bumi, siang dan malam. Pada hari Kiamat, mereka sebagai saksi atas apa-apa yang dilakukan oleh manusia. Baik atau buruk taat atau maksiat.  Bahkan seluruh abggota badan  akan mempersaksikannya .  Bumi memberi kesaksian bagi mukmin dan zahid, seraya berkata, ” Dia telah bersolat,berpuasa , berhaji dan berjihad atas ku”  Maka legalah mukmin yang zahid itu.  Ia memberikan juga kesaksian atas orang kafir dan orang derhaka sambil berkata” Di atas kua dia mushrik,penzina, minum arak dan makan haram” Bumi itu akan membantah pengelakannya ketika dihisab.

Orang mukmin  adalah orang yang takut kepada Allah  dan seluruh anggota badannya,  Sebagaimana Abul-Laits telah berkata,

“Tanda takut kepada Allah itu kelihatan dalam tujuh perkara.”
Pertama , pada lisannya.  Dia menghindarkan daripada dusta, ghibah,menyebar fitnah,berbual kosong dan banyak bercakap.  Malah menyibukkan diri dengan zikir, membaca Al Quran dan muzakarah ilmu.
Kedua, pada hatinya.  Dia membuang rasa pemusuhan, kebodohan dan kedengkian terhadap sahabatnya.  Lantaran kedengkian dapat menghapuskan kebaikan.  Sebagaiman Rasullullah SAW telah bersabda:

“Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu.”Ketahuilah hasad itu penyakit hati yang amat berbahaya.  Tidak ada ubat untuk penyakit hati selain dari ilmu dan amal.”

Ketiga, pada pandangannya. Maka dia suka memandang pada makanan, minuman, pakaian, atau hal-hal lain yang haram.  Tidak pula terpikat kepada dunia tetapi dia memandang dengan mengambil iktibar. Rasullullah SAW telah bersabda:
Barangsiapa memenuhi matanya dengan perkara haram maka Allah akan memenuhunya daripada api pada hari Kiamat”

Khamis, 27 April 2023

Coretan kakakku tentang aku...

Eni dan Maths Sekolah Rendah

Posted by camy2008 in Uncategorized. 

Adikku Eni, seorang guru maths sekolah rendah yang boleh dikatakan hebat dalam bidang maths dah ada blog. Bloknya anda boleh tengok di sebelah kanan page ini,  https://wwwcikgumaths.blogspot.com

Aku tabek Eni adikku ini. Dia memang hebat dalam bidangnya. Seorang guru yang dedikasi dan sanggup berjaga malam setiap hari hingga jam 2 atau 3 pagi untuk memeriksa buku murid dan membuat kerja-kerja sekolah.

Dari segi mengajar maths, dia memang hebat. Ramai anak muridnya yang lemah maths berjaya mendapat skor terbaik kerana dedikasinya itu. Dia selalu dipanggil memberi ceramah dan motivasi kepada murid-murid dan guru yang akan menghadapi peperiksaan dan yang mengajar maths di sekitar negeri Perak. Mentornya hebat-hebat belaka, mereka yang berkekulusan PHD dalam bidang masing-masing.

Eni rajin mengkaji dan mengkaji mencari kaedah terbaik untuk anak-anak muridnya. Selalu juga aku telefon dia untuk minta panduan mengajar maths anakku. Sejak anakku balik dari Jepun Eni menjadi sasaran aku bertanya cara-cara nak selesaikan soalan maths melalui telefon. Kadang-kadang aku rasa nak menangis kerana tak pandai mengajar Aini maths. Eni beri semangat. Berbekalkan kertas dan pen, Eni menceritakan dan mengajar aku macam mana nak selesaikan soalan maths itu. Maths darjah 4 hingga 6 bagi aku dah cukup susah. Eni dapat memberi penerangan dan jalan mengira dengan mudah. Akhirnya Aini dapat selesaikan homework dengan jayanya. 

Di Kemunting, ibu bapa yang mengalamai masalah tak pandai maths macam aku ini akan call Aini. Aku call dari KL ke Perak tempat Eni mengajar. Ketika aku di Pulau Pinang, Eni juga jadi sasaran. Sekarang Eni dah pindah ke Shah Alam. Ibu bapa Shah Alam pula buat call.

Aku ini maths paling lemah. Eni pula cakap bahasa Melayu dia lemah kerana asyik mengajar maths…Bila mengajar maths aku selalu nak nangis. Aini anakku selalu cakap “Mami tak pandai maths. Malas nak tanya mami.” Akhirnya aku serahkan gagang telefon kepada Aini untuk bercakap dengan makcik Aninya. Selesai masalah. Terima kasih Eni.

Moto Eni, semua orang boleh mengusai maths…

Jumaat, 21 April 2023

Aku Rindu padamu...

    •  Rindu padamu terlantun  duka nestapaku...

  • Rindu… November 5, 2014

    Filed under: Uncategorized — enishah08 @ 7:03 pm

    Rindu padaMu terlantun duka nestapaku…

  •         Segalanya Di Sini September 25, 2009
    Filed under: Uncategorized — enishah08 @ 4:29 am

    Hello World!

    Teringat kepada seorang Doktor yang sama-sama menyertai  Kursus Usahawan Internet bersama-sama dengan Dr. Irfan Khairi.  Katanya dia menyimpan segala maklumat kerja-kerjanya di dalam blognya.  Hm…Terpanggil pula  untuk berbuat demikian.  Katanya kadang kala berlaku juga hilang maklumat di sini.  Apapun rasa saya kita kena akurlah kerana ini mesin yang ada otak dan terkadang-kadang boleh hilang ingatan… Betul tak?.  Apapun cubalah untuk seronok-seronok.

    Saturday, 3 November 2012

    Tersebut dalam sebuah Hadis, Dari RasullullahSAW, baginda bersabda:

    “Sesungguhnya  Sayapnya yang sebelah mencapai bumi bahagian timur.  Yang sebelah lagi mencapai bumi bahagian barat.  Kepalanya di bawah Arasy dan kedua  kakinya di dasar bumi ketujuh.  Ia mempunyai bulu sebanyak bilangan makhluk Allah.  Ketika seorang lelaki atau perempuan daripada umatku membaca selawat kepadaku, maka Allah memerintahkan Malaikat itu agar menyelam kedalam lautan daru Nur di bawah Arasy.  Malaikat yang menyelam itu kemudian keluar dan mengibas-ngibaskan sayapnya sehingga setiap bulu menitis setitis Nur.  Daripada setiap titisan itu Allah menjadikan Malaikat yang memohon keampnan bagi orang tersebut sampai hari Kiamat.”
    Setengah hukama mengatakan, “Keselamatan jasad pada sedikitnya makan.  Keselamatan roh pada sedikit dosa.  Dan keselamatan agama terletak pada membaca selawat kepada ‘Khairil Anam’ (Muhammad SAW).”

    Allah SAW berfirman:

    “Wahai orang-orang yang beriman, takutlah kepada Allah!  Dan hendaklah (tiap-tiap) orang memperhatikan apa yang diusahakan besok(hari kiamat).Takutlah kepada Allah.  Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan”
    (Q.S.  Al Hasyr:18)

    Sesungguhnya Malaikat, langit, bumi, siang dan malam. Pada hari Kiamat, mereka sebagai saksi atas apa-apa yang dilakukan oleh manusia. Baik atau buruk taat atau maksiat.  Bahkan seluruh abggota badan  akan mempersaksikannya .  Bumi memberi kesaksian bagi mukmin dan zahid, seraya berkata, ” Dia telah bersolat,berpuasa , berhaji dan berjihad atas ku”  Maka legalah mukmin yang zahid itu.  Ia memberikan juga kesaksian atas orang kafir dan orang derhaka sambil berkata” Di atas kua dia mushrik,penzina, minum arak dan makan haram” Bumi itu akan membantah pengelakannya ketika dihisab.

    Orang mukmin  adalah orang yang takut kepada Allah  dan seluruh anggota badannya,  Sebagaimana Abul-Laits telah berkata,

    “Tanda takut kepada Allah itu kelihatan dalam tujuh perkara.”
    Pertama , pada lisannya.  Dia menghindarkan daripada dusta, ghibah,menyebar fitnah,berbual kosong dan banyak bercakap.  Malah menyibukkan diri dengan zikir, membaca Al Quran dan muzakarah ilmu.
    Kedua, pada hatinya.  Dia membuang rasa pemusuhan, kebodohan dan kedengkian terhadap sahabatnya.  Lantaran kedengkian dapat menghapuskan kebaikan.  Sebagaiman Rasullullah SAW telah bersabda:

    “Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu.”Ketahuilah hasad itu penyakit hati yang amat berbahaya.  Tidak ada ubat untuk penyakit hati selain dari ilmu dan amal.”

    Ketiga, pada pandangannya. Maka dia suka memandang pada makanan, minuman, pakaian, atau hal-hal lain yang haram.  Tidak pula terpikat kepada dunia tetapi dia memandang dengan mengambil iktibar. Rasullullah SAW telah bersabda:
    Barangsiapa memenuhi matanya dengan perkara haram maka Allah akan memenuhunya daripada api pada hari Kiamat”

    BAGAIMANA “KUASA MINDA” BOLEH MENGURUSKAN BADAN?

    images-jpgs8

    Kali pertama mendengar perkara ini, sudah pastinya membuatkan anda berasa pelik dan ragu-ragu! Tetapi, biar saya ceritakan kepada anda serba sedikit pengalaman saya.
    Semuanya bermula pada tahun 2000, selepas saya melahirkan anak saya yang pertama. Dari berat badan 46kg, kini, berat saya menjadi 70kg. Ianya bukan sahaja menyakitkan mata, tetapi, turut menganggu kestabilan emosi dan keyakinan dalam diri saya.
    Jesteru itu, saya mula mencuba pelbagai produk pelangsingan yang terdapat di pasaran. Sebutlah apa sahaja produk pelangsingan, semuanya telah saya cuba. Namun, tiada satu pun yang menampakkan hasil. Hinggalah pada suatu hari, saya diperkenalkan oleh rakan kepada satu pusat rawatan pelangsingan badan. Alhamdullilah, saya berjaya menurunkan berat badan dari 70kg kepada 62kg. Ianya mengambil masa hampir 2 tahun. Ya! 2 Tahun untuk penurunan sebanyak 8kg. Ianya agak lama..
    Selepas itu, berat badan saya kekal disitu, rawatan di pusat pelangsingan badan sudah tidak lagi memberikan kesan dalam penurunan badan saya. Lebih-lebih lagi, saya sudah mula sibuk dengan karenah anak-anak serta pengajian sarjana yang saya ambil. Ia menyebabkan segala jadual pemakanan serta senaman yang dicadangkan oleh pusat rawatan pelangsingan tersebut tidak dapat saya ikuti lagi dengan teratur. Perkara ini telah menyebabkan kesan negatif kepada diri saya dimana, saya disahkan menghadapi masalah tekanan darah tinggi serta kitaran haid yang tidak teratur.

    Apa. Khabar..