Matlamat cinta Allah, tiada cinta dunia, tiada cinta peribadi...
Selasa, 27 Januari 2026
Matlamat cinta Allah, tiada cinta dunia, tiada cinta peribadi...
UPDATE SELASA 27 JANUARI 2026 BERSAMAAN 1447 H
Saturday, 7 December 2024
Matlamat cinta Allah, tiada cinta dunia, tiada cinta peribadi...
Amalan apa yg paling Allah cinta.?
Matlamat cinta Allah, tiada cinta dunia, tiada cinta peribadi...
Tapi sorang pon tak bangun pergi tanya soalan...Nabi hantar pada kami lelaki yg dapat ilmu dari Rasulullah dan dia membaca surah As-Saff...Satu surah. Mungkin di kalangan kita tak jumpa apa2dlm surah saff. hari ini kita jumpa ...Intipati surah ini ialah galakan untuk menolong dan membantu bagi memenangkan agama Allah dan berjihad kpd Agama Allah dlm satu barisan.
Boleh ...Kita ada pelajar 14 orang jadi pelajar akan kita bagi masa 3 minit. Tengok ayat pertama...
Segala yang berada di langit dan di bumi, tetap megucapkan tasbih kpd Allah tasbih kepada Allah ...Dia lah yang maha berkuasa ,lagi maha bijaksana.
Ya semua makhlok berzikir kpd Allah mahipon hidup atau yang mati...
Dalil surah Al Israk ayat 44.
Semua yang ada di langit dan di bumi bertasbih kpd Allah...tidak ada sesuatupon yang tidak bertasbih dengan memujiNya..akan tetapi kamu tak paham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Allah maha penyabar, lagi Maha Pengampun...(Allah Halim...haliiman...Allah bagi isyarat...semua benda berzikir.kepada Allah...
Balik kpd surah Al Saff.,...
Kenapa Allah bagi tahu kita...Ni aku jadikan meja ingat pada aku...tak kan kamu ,,,I phone berzikir ,,,dia pulak tak berzikir...Bagaimana.?
Allah Maha Hakim...Maha Bijaksana...Buat sesuatu
Wahai orang yang beriman...(Bagi Perhatian) Dengar kerana ada perintah yg Allah nak bagi tu..."Kenapa kamu cakap sedangkan kamu tidak beriman,
Apa amalan yg paling awak cinta...
Apa kaitan ayat kedua dengan ayat pertama?
Antara bentuk Allah benci bila kamu tidak mensyucikan ..tidak menyampaikan.
Sangat besar kemurkaan Allah...berapa banyak kamu belajar tapi kamu tak buat...?
Ayat ni tegas...Allah murka...Nabi bila berkhutbah ..muka nabi merah..(Penegasan)Satu penegsannya...
Allah paling murka ialah tak buat apa yang Allah suruh..."Siapa yang Allah suruh tapi tak buat Allah sentiasa murka. Cinta ? " Sesungguhnya Allah amat cinta kepada orang yang pergi berperang..."Berperang pada Agama Allah" Masa nabi berdakwah di Mekah...mengapa Nabi tak lawan? Ketika itu Islam masih lemah.......
Allah izinkan berjihad... Istilah berjihad apa sahaja ibadat..Orang yang baik ialah dia mengajar dan memahami Al Quran..Membaca untuk dapat Ilmu...Tajwid ..proses membaca...Ilmu belum dapat.. dan bila telah pandai membaca cari dan fahami isi bacaan dgn bertadabbur. dan berdahwah/sampaikan dengan isi pelajaran yg di fahami.
Sesungguhnya Allah Cinta orang yang berdakwah...
Di syurga paling tinggi ialah Rasul2..mereka orang yang berdakwah/ menyampaikan llmu Allah..
Nabi Sulaiman yang berdakwah Cerita dari Al Quran) Allah suka berjihad kepada Agama Allah.
..
Kita pulak...Yg paling kita suka santai, healing, dll...
'Wahai Nabi sampaikan apa yg di turunkan kepadamu...Dakwah berlaku kepada Nabi..
.Dakwah dulu baru ajar solat..
Pertama sekali ajar kenal Tuhan .
Kedua baru ajar solat.
Ketiga ... keluarkan zakat...
Bila dah kenal Tuhan , baru ajar solat dan hukum lain seterusnya...
Alhamdulillah kita habiskan ayat ini...
Ayat pertama....
1) sucikan Allah
2) Jangan cakap tapi kamu tak buat...belajar buat...mensucikan Allah
3) Jihad ...sebelum berdakwah ...halangan besar ialah Nafsu....
Berdakwah satu tanggungjawab yang berat....
InsyaaAllah...
Tajuk
"Carilah sahabat yang baik kita menjadi orang yang baik"
ahli syurga boleh bercakap antara satu sama lain... Demi Allah kawan itu hampir mengheret aku ke dlm Neraka...hanya nasib aku Allah selamatkan aku dan tidak diseret sama ke neraka'
Pendakwah keduas.
Sebab itu Nabi bersabda : Dan Rahmat Tuhanmu lebih besar...Sesiapa yang mengikut Al Quran kita akan masuk ke syurga.'
Nak tak kita dapat unta yang besarbila balik dari pasar?
kalian keluar...Belajar satu ayat dan sampaikan sebarkan kepada kawan2 kita...kita akan dapat seekor unta yang Besar dan Gemok...Mari kita bersyukur.
Hakikat kejayaan yang sebenar yang kita dapat kecapi...suran al Imran ayat...
" Setiap nyawa pasti akan merasakan mati...sesungguhnya akan di sempurnakan ganjaran di akhirat Allah bagi tahu siapa org yang paling berjaya ialah orang yang selamat dari api neraka dan kita di masukkan ke dalam Syurga Allah.
Kisah 2 orang'
1) Dia tak dapat apa2 sangat di dunia ini... tapi dia orang beriman
2) Dia kaya apa saja dapat di dunia ini malang yang paling rugi dia orang yg tak beriman ..
Allah celup orang beriman di dalam syurga...aku tak pernah merasakan rasa susah di dunia...
Orang kaya di celup sesaat ke neraka ...merasa dia tak pernah merasa senang di dunia. Dia gagal kerana tidak beriman.' Kesimpulannya kejarlah kejayaan yang hakiki...ia itu kejayaan untuk ke akhirat. Wallalhuaqlam.
Pendakwah 4)
Nama saya Amsyar umur 13 Tahun
Tajuk utama : Menyrelamatkan diri kita dari api Neraka.
Allah tunjukkan dan beri pengajaran melalui al Kitab Al Quran,
Orang2 kafir telah menempah baju2 neraka mereka ,...diperbuat dpd api...air panas yg mendidih di tuang atas kepala mereka...bagaimana nak kita selamatkan diri dari api neraka?
Pasti sesungguhnya kami berikan Al Kitab.Al Quran ..maka kita akan sampai ke syurga jika kita mengamalnya kerana Al Quran...Gunalah Al Quran untuk berdakwah dan anmalkan...untuk menyelamatkan kita untuk ke syurga Allah.
Bismillah...Ana Ibrahim 16 Tahun...ana menyampaikan tazkirah pendek.Surah Saba ayat kelima..
Dan orang kafir berusaha bersungguh untuk menghalang ayat2 Kami...melemahkan ayat2 Kami...
Tafsir ulamak: mengatakan
1) berusaha membuat tak paham al Qutran
2) membuat orang tak paham al Quran
3) Bersegera bersungguh menyesatkan orang...mari kita mengelakkan dari orang yg menghalang mempelajari ilmu Allah...
Telah berkata orang kafir menghalang orang dari memahami ayat Allah...akhirnya kamu akan mendapat memahami ayat Allah...Mari kita bertadabbur untuk selamat dari azab Allah.
Salam...Ana nak cerita Beza orang beriman dsan tak beriman di hari akhirat... Saba...Mereka minta di segerakan azab...Allah kata Tak apa ...biarkan kerana akan ada satu masa yg mana ajakan didgkan kpd mereka hari kiamat...Maka dgn azab kami mereka minta untuk di azab...Jika orang beriman di surah Syura ayat ?' Orang beriman sentiasa takut pada hari kiamat adalah benar dan kiamat akan berlaku dia akan membaiki amalan mereka...ambil kisah Abu Bakar
1)Siapa hari ini dah bagi orang makan..
2) Siapa hari ini dah menziarah orang mati?
3) Siapa hari nini
4) Siappa
5) siapa
Abu bajkar memenuhi semua ciri2. soalan Nabi.
Salam ...ana Asif berumur 14 Tahun...Beriman sebelum di azab
Mereka tidk beriman kpdNya(Allah) sehingga melihat azab yg pedih...Mereka tidak akan beriman jika tidak melihat azab...jangan ikut mereka ...Jika kita lihat ayat ini...Orang kafir bila melihat azab baru hendak beriman..sebab azab akan turun tiba2 tanpa di sedari...Jadi mari kita beriman sebelum azab di turunkan,
Bismillah...Kelantan 16 tahun...
Gunakan lah sifat tergesa.2 .Surah An Biak ayat 100.Telah di ciptalah dengan sifat tergesa...gunakan sifat tergesa...
Allah bertanya Musa: Apa penyebab kau lebih cepat dpd kaummu...mereka di belakangku...aku tergesa2 untuk mendapat redho Allah...Mari kita tergesa2 menuntut Ilmu...
Surah Abasasa ayat ,,,?
Tergesa Abdullah ibn Maktum yg buta...itu. menuntut ilmu..
Yassin ayat...
Dan telah dtg dari hujung kota dengan bersegera...gunakan sifat ini kepada yg Allah Redho...wassalam
Bismillah. Nama Ahmad Asad..
Tajuk: Punca manusia kufur dan maksiat..
Sesungguhnya orang2yg tidak mengharap bertemu dgn allah mereka bermaksiat mengumpat buka aurat mereka juga redho dgn kehidupan dunia...mereka senang dengan dunia ini...Dan m,ereka lalai dgn ayat2 kami ...tidak baca Quran ,tadabbur Al Quran...
Apa balasan mereka ...Mereka itu lah tempat mereka dlm Neraka.Bila hari kebangkitan dtg kepada mereka ...mereka kata pada diri mereka 'Celaka lah kami di dunia kami kufur dan lalai dpd ayat Allah kerana kami tertipu dgn dunia...
Belum semak..
Salam
Bismillah...assalam
Haikal 16 Tahun..
Jangan lah kita menjadi orang yg menyesal di akhirat Allah...
Jika mereka melihat berhadapan dgn Allah dlm keadaan hina...
mereka berkata'Waahai Tihan kami telah lihat semua ini dan kembalikanlah kami kedunia untuk membuat amal soleh...Semua penyesalah itu adalah sia2.." Kita ada menyesal? akan orang berdosa akan merasa menyesal ,,,Banyakkan lah amal soleh,,,berzikir...untuk mendapat syurga yg nikmat...Allah menunjukkan neraka kepada Alhi syurga...dan ahli Nertaka pula di perlihatkan rupanya syurga...'Moga2 kita tidak di golongkan sebagai orang2 yg menyesal di akhirat Allah nanti
Sata Khairul Ikhwan 18 Tahun
Tak pendek tak panjang...
Apakah manusia di seksa
'Mendustakan ayat2 Allah.?
Nabi Nuh AS telah berdoa dn
Allah perkenankan...dan telah kami menyelamatkan nya dpd orang2 yg berdusta ayat2 kami...
Di sebabkan mereka membuat kejahatan mendustaakan ayat2 Alllah...Jangan buat kjejahatan kepada manusia yg lain...Mungkin kita akan mendapat azab di dinia sebelum kita keakhirat.
Bismillah..
Allah kata dlm surah alBaqarah...Wahai orang beriman ...makan...makan sumber yang halal,,,dan bersyukur lepas makan...Jom baca doa ...Allahmdulillah............
Maksud ..Puji Allah kerna dapat yg Allah bagi kita...Dapatkan Buku kecil ini.(Buku Doa)..dah ada Syukur..Kaum Sabak ayat 17...Allah bagi mereka Azab dan mereka tidak bersyukur...Insyaaallah...Banyaklah bersyukur atas nikmat Allah.
Semua masih segar? Saya khalif dari Kajang umur 15 tahun...
Antara orang beriman dan org kafir tapi adakah mereka itu di redhoi allah? Tidak! Allah bagi tahu ...dan moga2 bagi kamu Ujian untuk kamu jauh dpd Rahmat Allah...Istidraj ...Lihat Qarun orang yg paling kaya...di tenggelamkan Allah ke dalam bumi...Bolehkah Umur panjang kita kita dapat buat amalan...Manusia yang terbaik...orang yg Umur panjang tapi diisi dengan amalan yag baik..
Salam..
Nama saya Muhammad Faris..Umur 10 tahun...Tajuk saya
Surah "
Marilah kita jadikan Al Quran panduan hidup kita...
Boleh menyampaikan tadabbur dari kecil.
Sebenarnya mind set kita perlu latihan ...Belajar saja tak cukup.
Kita libatkan mereka...bagi latihan pandai menggunakan masa yang pendek
dengan menyampaikan mesej yang penting dan penuh dengan dalil.
Aku pernah baca kisah Whitney Houston... Dia menyayi dengan sangat baik kerana ini adalah kisah Cinta sebenarnya yang tidak kesampaian. Bertenaga dan Sedap .
Whitney Houston - I Will Always Love You (Official Lyric Video)
Assalamualaikum Dato’ Seri. Amalan bacaan surah yasin 7 mubin iaitu setiap kali jumpa ayat mubin kita berhenti baca surah yasin dan ulang kembali membaca semula dari awal surah yasin sehingga habis bertemu ayat mubin sebanyak 7 kali dalam surah yasin, adakah boleh untuk di amalkan sekiranya kita diuji Allah dengan gangguan sihir atau hilang barang? Amalan ini adakah bertentangan dengan akidah ahli sunnah wal jamaah atau dibolehkan untuk kita mengamalkannya? Sekian, terima kasih.
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.
Membaca surah Yasin adalah satu ibadah dan mendapat pahala bagi sesiapa yang membacanya kerana ia merupakan satu surah daripada surah-surah di dalam al-Quran. Selain itu, hadith Nabi SAW juga menunjukkan bahawa sesiapa yang membaca al-Quran akan mendapat pahala yang besar. Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya:“Sesiapa yang membaca satu huruf di dalam al-Quran maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya. Aku tidak mengatakan “الم” satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf”.
Riwayat al-Tirmizi (2910)
Terdapat sebuah hadith yang dinilai sahih oleh Ibn Hibban walaupun status menjadi perselisihan oleh para ahli hadith, namun Ibn Hibban meletakkan hadith ini di dalam kitabnya Sahih Ibn Hibban sebagimana yang diriwayatkan daripada Jundub bin Abdillah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang membaca surah Yasin pada malam hari untuk mencari redha Allah maka akan diampunkan dosanya”.
Riwayat Ibn Hibban (2574). Syeikh Syuaib al-Arnaut dalam Takhrij Sahih Ibn Hibban (2574) menyatakan bahawa para perawinya thiqah tetapi al-Hasan melakukan tadlis dengan ‘an’anah.
Antara salah satu yang diriwayatkan oleh orang ramai yang menganggapnya adalah sebagai hadith berkenaan kelebihan surah yasin ialah:
سُورَةُ يَسٍ لِمَا قُرِئَتْ لَهُ
Maksudnya: “Yasin tergantung niat dibacanya”
Hal ini seolah-olah menunjukkan bahawa surah Yasin menjadikan pembacanya ditunaikan hajatnya dan dipermudahkan urusannya berdasarkan niat pembacanya.
Imam al-Sakhawi mengkritik riwayat ini dengan berkata: “Tidak ada asal dengan lafaz ini.” (Lihat al-Maqasid al-Hasanah, 741)
Al-Qadhi Zakariya pula berkata berkenaan riwayat ini: “Hadith palsu” (Lihat Kasyf al-Khafa’, 2/2215)
Mulla ‘Ali al-Qari berkata: “Dikatakan bahawa hadith ini tidak ada asalnya atau asalnya palsu.” (Lihat al-Asrar al-Marfu’ah, 377)
Membaca Surah Yasin dengan Kaedah 7 Mubin
Pertamanya, membaca Surah Yasin dengan kaedah ini membuatkan doa terkabul atau mengelakkan gangguan sihir atau untuk mencari hilang barang, maka daripada sudut syara’ ia tidak mempunyai sebarang sandaran.
Selain itu, Ibnu Kathir juga pernah menukilkan dalam tafsir dari sebahagian ahli imu, “Antara kelebihan surah Yasin ini ialah ia tidak dibacakan ketika seseorang itu berada dalam masalah, melainkan Allah akan mudahkan baginya.” (Lihat Tafsir al-Quran al-’Azim, 3/742)
Ini juga merupakan ijtihad daripada mereka dan bukannya sebagai dalil daripada al-Quran, al-Sunnah atau perkataan sahabat dan juga tabi’in.
Namun begitu, kaedah ini diamalkan lebih kepada tajribah atau mujarrabah (pengalaman yang dilakukan) sebahagian ulama atau orang-orang soleh dan hasil yang didapati adalah tercapai cita-cita atau kehendak pembacanya. Tetapi ia bukanlah fatwa dan tidaklah semestinya berlaku kerana ia hanya sekadar pengalaman mereka yang mereka kongsikan.
Tidak ada sesiapa boleh meletakkan kelebihan atau fadhilat sesuatu surah melainkan apa yang disebut dalam nas dan juga syara’. Bahkan sesiapa yang meletakkan tajribah dan pengalaman untuk menetapkan kaedah sesuatu surah itu dibaca disebabkan oleh hasil yang diterima oleh orang-orang soleh sebelum ini, maka bagaimana pula dengan pengalaman kebanyakan orang yang membaca surah yasin dengan kaedah ini untuk memenuhi hajatnya, tetapi Allah tidak memenuhinya?
ٍSyeikh Taqiyuddin Abu al-Abbas berkata: “Dari sini ramai orang yang keliru. Sesungguhnya telah sampai kepada mereka bahawa sebahagian orang soleh beribadah dengan suatu ibadah atau berdoa dengan suatu doa dan berhasil mendapatkan kesan daripada ibadah dan doa itu. Maka mereka menjadikan sebagai dalil kebaikan daripada ibadah dan doa itu dan menjadikan hal itu sebagai suatu sunnah, seakan-akan telah dilakukan oleh seorang Nabi. Hal ini merupakan suatu kekeliruan seperti yang telah kami sebutkan. Apalagi kesan daripada amalan itu adalah kerana keikhlasan hati pelakunya ketika melakukannya. Kemudian dilakukan oleh pengikutnya hanya sekadarnya dan bukan dengan keikhlasan sehingga mereka merosakkannya. Hal ini kerana amalan itu bukanlah amalan yang dianjurkan sehingga mereka mendapatkan pahala daripada orang yang mengikutinya dan juga tidak dilakukan dengan ikhlas oleh pelakunya, yang apabila dilakukan dengan permintaan yang ikhlas dan niat yang benar pelakunya dapat menghapuskan dosa pelakunya.” (Lihat Iqtidha’ al-Sirat al-Mustaqim, 2/698-700)
Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, kami katakan hadith-hadith yang menceritakan akan kelebihan surah Yasin ini, para ulama’ menyatakan bahawa kebanyakan hadith yang menceritakan akan kelebihan surah Yasin adalah dhaif (lemah) atau palsu. Walaupun begitu, kita sangat digalakkan dan dituntut untuk sentiasa melazimi dan membaca al-Quran tidak kira masa atau tempat, berdasarkan dalil umum yang terdapat di dalam al-Quran dan juga di dalam al-Sunnah al-Sahihah.
Selain itu, membaca Surah Yasin dengan kaedah seperti yang dinyatakan oleh saudara yang bertanya membuatkan doa terkabul atau mengelakkan gangguan sihir atau untuk mencari hilang barang, maka daripada sudut syara’ ia tidak mempunyai sebarang sandaran sama sekali sebagaimana perbahasan yang kami sebutkan di atas.
Namun begitu, kami katakan juga bahawa dari sudut amalan untuk kita baca dan lazimi mana-mana surah bukanlah satu kesalahan bahkan ia lebih kepada tajribah (pengalaman yang dilakukan) sebahagian ulama atau orang-orang soleh. Hasil yang didapati adalah tercapai cita-cita atau kehendak pembacanya. Maka, kami katakan ini kerana doa mereka dan juga kurniaan Allah SWT atas keikhlasan mereka dalam membaca ayat-ayat Allah SWT serta berdoa kepada-Nya.
Semoga Allah SWT memberikan kita kefahaman dalam memahami agama ini dan menjauhkan kita daripada terlibat dengan sebarang urusan kesyirikan.
Wallahua`lam.
Bertarikh: 13 Julai 2023 bersamaan 24 Zulhijjah 1444 H
Sabtu, 1 Ogos 2026
Jangan Tinggalkan Aku ya Allah Lagu Religi Terbaru By ReligiVerse
Rabu, 29 Mei 2024
Apa itu Ikhlas?
Satu hari Rasulullah pernah di tanya tentang Ikhlas.
Rasullullah berkata, beliau belum pernah ditanya tentang itu sebelum ini.
Ya Rasulullah...
Apa itu Ikhlas.?
Rasulullah berkata beliau tidak tahu dan akan bertanya Jibril...
Jibril berkata dia tak tahu makadia akan bertanya Allah Azzawajalla.
Jibril berkata: "Biarku tanya Rabbal Izzah."
Kata Allah Ikhlas adalah satu rahsia daripada rahsia2 yang kutitipkan kepada hamba2Ku, di kalangan Aku kasih dan hanya orang yang tahu ikhlas itu sahaja yang tahu erti Ikhlas.
Ikhlas hanya kerana Allah.
Susahkah hendak Ikhlas...Ya Memang Susah...
(Adakah tujuan lain datang bagi Ilmu...Tiada lain melainkan Allah.)
Itulah tujuan ibadat yg Allah terima. " Hati itu adalah pandangan Allah"
Kita besarkan anak2 bukan kerana mengharap pertolongan dari anak2 kita.
Bahawa memuliakan ibu ayah adalah kewajipan. Lepas tanggung jawab ibu ayah untuk memberi ilmu kepada anak2 agar mengenal Allah.
Ikhlas itu:" Jika Allah tak buat syurgapon daku beramal jika ada syurga pon daku beramal.
Jika solat Dhuha ...aku tak mengharapkan murah rezeki..tapi daku solat kerana Allah.
Bagi setiap makam itu ada orangnya. Mari kita jaga hati kita. Kita perbetul hati kita supaya hati kita di pandang Allah. Bila hati di pandang Allah...Maka dekatlah kita denganNya. Orang yang berjalan kepada Allah adalah orang yang dekat kepada Allah
Hati kena murni, dicuci sehingga bekas2 makhlok pon tiada.
Hati kena bersih dan suci... ketika itu ,,,masuklah kebesaran Allah kepada kita. Ianya satu perjuangan yang panjang. Berlawan untuk membersihkan hati. Umpama baju yang putih...didapati ada kotor...bersihkan cepat2. Barangkali baju kena minyak...kita tertanya2 keluar atau tidak.
Kalau hati kita ada hajat membuat kejahatan...maka hati melawan...jika kita buat juga ...maka kejahatan itu akan susah nak keluar...MaasyaaAllah,.
Tolong lawan nafsu yang ada dalam diri. Jika kamu tolong Allah , nescaya Allah tolong kamu. Tolong Allah ialah tolong nafsu dalam diri...
Cukuplah kita kata bagaimana kita nak mengikhlaskan diri kita. Perjuangan untuk membersihkan jiwa adalah perjuangan yg sangat mencabar. Tapi seandainya kita berusaha.
Almukhlasin...orang yang ikhlas dalam mungerjakan kerja2 agama.
Al Mukhlisin masih dalam tipu daya Iblis dan syaitan...Janji Iblis akan ku sesatkan mereka melainkan mereka2 yang Al Mukhlasin(yg ikhlas dlm mengerjakan kerja2 agama.)
Sabtu, 5 September 2026
Friday, 20 March 2026
Lagu Kenangan Seumur Hidup Kita. Rabbku Kau Maha Mengetahui Isi Hati Manusia.
Rabbku Kau Maha Mengetahui Isi Hati Manusia.
Tuesday, 21 May 2024
Kucurah Kasih Dalam Lagu
Percayalah...Dunia ini hanya pinjaman.
." Cinta tak akan padam sampai kita menghembuskan nafas kita yg terakhir"
Dah banyak dah air mata saya gugur kerana ni, Saya redho. Hari demi hari saya cuba padamkan kenangan, tapi saya tak mampu. Kepada Allah saya serahkan. Alhamdulillahalakullihal.