Ahad, 26 Julai 2026

 

Tuesday, 17 March 2020

Mee Goreng Bersos Korea



Mee Goreng Bersos Korea.

1/2 kilo mee
4 susu besar minyak masak
3 ulas awang putih
3 biji bawang merah
 Seinci halis
Tauhu 2 ketul atau telor 1 biji
Daun sup daun bawang sebagai hiasan
Sayur sawi (sesuai selera)
Kucai secekak
Taugeh secekak
Aji No Moto
3 susubesar kicap
3 sedu besar Sos Korea Adabi
2 sudu besar Sos cili mana2 produk Malaysia

Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia.
Panaskan kuali dengan 4 sudu minyak masak.
masukkan bahan yang di tumbuk hingga garing.Masukkan udang,
Masukkan sos Korea Adabi, sos cili, dan masukkan tauhu atau telur rebus yang di tumbuk tadi, masukkan batang sawi masukkan kicap dan masukkan serbok perasa.   Bila semua telah sebati baharulah dimasukkan meenya. 
Goreng mee dan masukkan daun sawi, kucai dan taugeh.  Biar sayurnya layu sahaja kemudian angkat.
Siap sedia untuk dihidangkan, Taburkan daun sup dan daun bawang.

 

Saturday, 21 February 2026

Doa Khatam Quran

  Ini adalah doa Khatam Quran yang di tulis dalam Tulisan Jawi.  Makanya saya ambil inisiatid merumikannya supaya mereka yang tidak berapa mahir membaca jawi dapat menghayati doa ini.  Aamiin.





(Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani)
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam, pujian orang2 yang bersyukur dan kesudahan yang baik adalah bagi orang2 yang bertakwa.  Dan selawat dan salam keatas Rasul kita Muhammad dan juga keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Ya Tuhan kami terimalah doa dan amalan kami,  sesungguhnya Engkaulah yang maha mendengar lagi yang maha mengetahui.  Dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah yang maha penerima taubat lagi maha mengasihani.   Tunjukkanlah dan bimbingkanlah kami kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus dengan berkat Al Quran.  Ya Allah, kasihanilah kami dengan berkat Al Quran, dan jadikannya  sebagai pimpinan,cahaya,petunjuk dan rahmat untuk kami. Ya Allah, ingatkanlah kami apa yang kami lupa dari Al Quran, dan ajarlah kami apa yang kami tidak tahu tentang isi Al Quran, dan kurniakanlah kami keupayaan untuk membaca sepanjang malam dan siang, dan jadikanlah Al Quran itu, sebagai cahaya untuk kami, wahai Tuhan pemelihara sekalian alam.

Ya Allah, hiaskanlah diri kami dengan keindahan Al Quran, muliakanlah kami dengan kemuliaan Al Quran dan serikanlah kami dengan ketinggian martabat Al Quran dan pakaikanlah kami dengan pakaian permata Al Quran, masukkanlah kami kedalam syurga dengan syafaat Al Quran, selamatkanlah kami daripada segala bencana dunia dan azab hari akhirat dengan berkat kehormatan Al Quran.

Ya Allah, Jadikanlah Al Quran semasa hidup kami didunia rakan dan didalam kubur sebagai kawan yang mesra, pada hari kiamat sebagai pemberi shafaat dan di atas titian sirat sebagai cahaya penyuluh, semasa menuju syurga sebagai teman, sebagai pendinding dari api neraka, dan jadikanlah Al Quran untuk kami sebagai panduan dan ikutan kepada segala kebaikan, dengan limpah kurnia, kemurahan dan kemuliaan jua Ya Allah, Tuhan yang maha pemurah.

Ya Allah, tunjukkanlah kami dengan petunjuk Al Quran, selamatkanlah kami daripada api neraka dengan kemuliaan
Al Quran, tinggikanlah darjat martabat kami dengan kelebihan Al Quran, dan hapuskanlah dosa kejahatan kami dengan membaca Al Quran, Ya Allah Tuhan yang memiliki segala kelebihan dan ihsan. Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Mahasuci
Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan dari apa yang mereka katakan dan selamat sejahtera kepada sekalian Rasul. Dan segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir seluruh alam.

Nak tahu jugak... 

Jumaat, 6 September 2024

PAS dedah 4 isu ancam Melayu bandar dalam akta baharu KPKT

 

Jumaat, 14 November 2025

BAHTERA MERDEKA - AHMAD JAIS VS AISHAH


Kedua2 Lagu ini didendangkan dengan penuh kesempurnaan...
Tq.  Aisyah n Ahmad Jais

 

Jumaat, 16 Januari 2026

Tan Sri P. Ramlee - Dengarlah Gemala Hati (Audio)

 

Selasa, 27 Ogos 2024

Bila Rindu Ku Sebut Nama Mu


Daku suka Lagu ni...Masa daku drive daku suka nyanyi lagu ni...  hihi kenangan sungguh...

 

Isnin, 8 Julai 2024

Yang Pertama Kali - Pance Pondaag (Cover Harry Parintang)