Sabtu, 13 Jun 2026

 

Sunday, 3 May 2026

JANGAN SAKITI HATI SAUDARAMU. BELAJARLAH DIAM.

 

JANGAN SAKITI HATI SAUDARAMU. BELAJARLAH DIAM.

 


Omongan itu melalui 7 kunci:
Jika ia keluar dari mulutmu ...maka ianya di tulis.
Malaikat akan mencatat...terus bagaimana kita belajar diam sebagaimana belajar berbicara.

Sabda Nabi yg menegaskan ..Pentingnya diam

1)Teruskan keimanan mu kerana keimanan ini menjadi penggerak , menjadi moto untuk diam.

2)Ngomong...Ini omongan ku kira2 di catat di kebaikan dan keburukan...kiranya apa kah catatan itu...Baikkah atau buruk kah? 

3) Menggunakan lisanmu untuk berzikir..: Engkau jangan banyak bicara.melainkan dengan berzikir kepada Allah.  Orang yang banyak ngomong adalah orang yang jauh dpd Allah.  Kata Nabi ...Dunia ini terkutuk...Dunia ini terlaknat.dan semua di dalamnya ikut terlaknat kecuali mengingat Allah. Dan ketaatan2 lain...yang belajar perlu belajar dan kemudian ketika kamu hendak kumpul bersama teman2mu , engkau perlu mempersiapkan bahan untuk di ngobrol..

Bila kawan2 mengundang untuk ngobrol...tanya , mahu ngobrol apa dan jika tiada apa yang hendak di ngobroli.."Tak ada apa, ngobrol aja" Maka lebih baik kita menghindar. tapi jika sesuatu yang hendak diomongkan berguna ...silakan Jemaah.

Kenudian bila kita duduk ngobrol di sana...ternyata ngobrolan yang dimurkai oleh Allah Azzawajalla...Apa sikap kita? "Diam?" 

Disini Engkau wajib berbicara,   Rasullullah bersabda:  Sesiapa melihat kemungkaran hendaklah dia merubah dengan tangannya....Tidak mampu maka dengan lisannya...Ini saatnya Engkau berbicara.   tatkala melihat kermungkaran terjadi...megghibahi saudaranya...buruk sangka sama saudaranya...menuduh saudaranya melakukan perbuatan dosa...Apa yang harus dia lakukan...Di rungkap  dengan lisannya.  Kasi tahu..."Ketika ada manafaatnya bicara engkau bicara dan ketika tak ada engkau diam".   Ketika engkau tak mampu menergur debgan lisanmu maka engkau membenci dgn hatimu...konsikuensinya kau harus tinggalkan tempat itu.  
Allah tidak RIDHO dengan kemungkaran yang terjadi dan Engkau diamkan.  

Kemuidian wahai hamba2 Allah yang taat...ketika selesai ngobrol sama sahabat2 kita " JANGAN LUPA UNTUK MEMBACA DOA KAFARATUL MAJLIS"
Mungkin di situ ada omongan tidak berguna...omongan yng tidk harus di ucapkan..."DOA KAFARATUL MAJLIS ITU BUKAN UNTUK SELESAI KAJIAN...BUKAN.... TAPI UNTUK SELESAI NGOMONG"

Kita ingatkan:  " Eh jangan lupa membaca doa kafaratul majlis" ..dengan lisan dengan hatinya...Dia memohon kepada Allah

"Subha nakallah humma wabiham dika..ash hadu ala illa ha illa anta..astagh firuka waatu bu illaik"
 
Dia memuji Allah dan memohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepada Allah.  
Maka di sini dalam rangka kita belajar untuk "Diam" Engkau perlu memohon kepada Allah agar memberi petunjuk...kerana banyak diantara kita yang menganggap biasa aja...

Saya yang banyak berdosa saya rasakan kerana ada sahaja saya tulis...meskipon tentang kenangan2 saya...ianya satu dosa saya dapat rasakan.  Apabila sahabat dan kawan2 bacapon ia sudah menjadi dosa kepada saya.  Dan dengan sedarnya saya pada ceramah "DIAM" ini saya berhasrat untuk berhenti menulis sebarang yang lagho.  InsyaaAllah.

Nasihat "Diam" Encik, sahabat saya  kepada saya itu sangat2 berharga... Ianya adalah  untuk saya buat "Bekal Akhirat" Terima kasih.   Banyak2.  

InsyaaAllah "Diam" Ustaz Hannan Attaqi sapa peluk dengan rapi dan begitu juga ceramah Ustaz Reza Basallamah ini.  Moga Encik dapat doakan sahabatmu ini menjadi   sebagai sahabat yang berjalan menuju Allah.  Dah tak berapa lama lagi dah saya ini.  Terima kasih dari saya buat Encik  dan Maaf atas apa yang berlaku.    Saya akan manfaat Ramadhan saya dengan baik.  Moga mendapat perlindungan Allah.

"Subha nakallah humma wabiham dika..ash hadu ala illa ha illa anta..astagh firuka waatu bu illaik"

Wallahhuaqlam.

 

Sabtu, 26 Julai 2025

Ada rindu untukmu - PANCE PONDAAG ( cover & lirik ) Bertuahnya dia...

 

Sunday, 7 July 2024

Ada rindu untukmu - PANCE PONDAAG ( cover & lirik )


 

Saturday, 2 March 2024

Rasullullah Menyinari Kegelapan Hidup

 


Rasullullah Menyinari Kegelapan Hidup


PRAKATA
Segala puji bagi Allah yang mengutuskan para Rasul-Nya dengan membawa
keterangan dan petunjuk. Tujuannya agar mereka mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya, dan menunjukkan kepada mereka jalan Allah Yang Maha Agung lagi Terpuji.

Selawat dan salam ke atas sebaik-baik Rasul dan semulia-mulia pendakwah; Saidina Muhammad s.a.w., penyudah segala rasul. Oleh itu Allah menjadikan sirahnya sebagai contoh teladan kepada setiap mukmin dalam semua aspek kehidupan mereka; kecil dan besar. Syariat yang dibawa Baginda juga adalah penyudah segala syariat. Oleh itu Allah menjadikan risalah Baginda sebagai risalah yang paling sempurna, memenuhi keperluan manusia di pelbagai suasana dan zaman. Selawat dan salam ke atas Baginda s.a.w. dan para sahabatnya yang membawa petunjuk lagi berbakti; golongan yang diketahui Allah kesejahteraan fitrah, kebenaran aqidah dan keagungan pengorbanan mereka. Lantaran itu Allah memuliakan mereka melalui tanggungjawab menyampaikan risalah Islam kepada seluruh manusia di muka bumi ini. Mereka sanggup mengalirkan darah dan meninggalkan tanah air demi memperjuangkan risalah Islam. Mereka melakukan semua itu sehingga berjaya menunaikan tanggungjuwab yang diamanahkan, menyampaikan risalah, memberikan nasihat kerana Allah dan Rasul-Nya. Mereka memiliki jasa kepada kemanusiaan yang tidak mampu digambarkan. 

Setiap orang Islam terhutang budi kepada mereka sehingga hari Kiamat. Semoga keredhaan Allah menjadi milik mereka dan milik sesiapa sahaja yang menyintai mereka serta memperjuangkan panji-panji dakwah selepas mereka sehingga hari kiamat. Catatan ini saya tulis secara tergesa-gesa dan ketika itu saya sedang sakit tenat. Iaitu selepas saya menyampaikannya dalam beberapa kuliah kepada mahasiswa tahun pertama Fakulti Syariah. Dalam catatan tersebut saya cungkilkan beberapa aspek qudwah yang terdapat dalam sirah Rasulullah s.a.w.. Setiap individu Islam, para pendakwah, ulama dan fuqaha hendaklah meneliti dan sentiasa meneliti sirah Baginda s.a.w.. Supaya mereka memiliki kemuliaan lantaran mengambil teladan daripada Rasulullah s.a.w.. Agar mereka
juga mampu membuka pintu kejayaan dakwah kepada manusia dan mendapat keredhaan Allah serta segala amalnya diterima. Mudah-mudahan mereka mendapat kemuliaan berada
bersama Rasulullah s.a.w. di dalam syurga yang kekal abadi. Sesungguhnya Allah berfirman:


"Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, akan dimasukkan oleh
Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai,
mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar." 
                                                                     (An-Nisa':  13)


Saya membahagikan perbincangan ini berdasarkan metodologi berikut;

A. Muqaddimah. Ia mengandungi dua perbincangan;
􀂃 Membincangkan keistimewaan sirah Rasulullah s.a.w. dan faedah mempelajarinya.
􀂃 Membincangkan sumber sirah dan rujukannya yang sahih.
www.dakwah.info 4

B. Fiqh sirah. la mengandungi 10 bahagian
• Kehidupan Baginda sebelum diutuskan menjadi Rasul
• Kehidupan Baginda selepas menjadi Rasul sehingga hijrah ke Habsyah
• Kehidupan Baginda selepas hijrah ke Habsyah sehingga hijrah ke Madinah.
• Penghijrahan Baginda sehingga kedudukan Baginda stabil di Madinah.
• Peperangan Baginda bermula dari peperangan Badar sehingga Pembukaan         Makkah.
• Perkembangan Islam di semenanjung tanah Arab selepas Pembukaan                   Makkah.1
• Kehidupan Baginda selepas Pembukaan Makkah sehingga kewafatan.
• Ciri-ciri perundangan Islam di Madinah.
• Akhlak Baginda serta fitnah orientalis dan missionaris.
• Pengaruh Baginda dan risalahnya kepada alam.
Saya memohon kepada Allah agar memberi taufiq kepada saya untuk meneliti dengan detil Sirah Nabi s.a.w. dalam tempoh masa yang singkat dan tergopoh-gapah ini. Supaya matlamat pengajaran subjek ini di Kuliah Syariah dapat dicapai. Pihak Kuliah Syariah sedang berusaha menanam minat kepada para mahasiswa dan mahasiswinya agar mempelajari pengajian Sirah Baginda yang bersih. Oleh itu mereka akan membawa nilai-nilai dan pengajaran sirah ke dalam jiwa mereka. Hasilnya, sikap istiqamah, perjalanan hidup yang bersih dan usaha-usaha pengislahan yang mereka lakukan akan menjadi teladan kepada orang
ramai. Hingga seolah-olah Rasulullah s.a.w. hidup dalam kehidupan umat Islam umpama sinaran mentari yang menyinari kegelapan kehidupan mereka. la membekalkan tenaga kepada hati, akal dan tingkah laku mereka. Lantaran itu kemurniaan, istiqamah dan idealisme masyarakat Islam dapat dikembalikan. Sekaligus bakal menempatkan mereka sekali lagi di persada kepimpinan dan peneraju bangsa-bangsa di dunia. 

Firman Allah Taala mengenai umat Islam dapat dicapai sekali lagi:  3 .   "Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan
bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala
perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk
dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar
iman)."
                                                                           (Ali 'Imran: 110)

 

Friday, 20 February 2026

Doa masuk dan keluar dalam keadaan yg terbaik dan memenangkan...

UPDATE 21/26 BERSAMAAN 3 RAMADHAN 1447 H


 Rabbi ad khilni mud khalasid qing wa akh rij ni mukh raja sid qing waj  alli mill ladun ka sultoo nan nasii raa...

Semak :   Quran Suratul Israq Ayat ke 80,


Wahai Tuhan masukkanlah aku pada tempat masuk yang benar dan keluarkanlah aku pada tempat keluar yang benar ( mulia ) dan jadikanlah untukku dari sisimu kekuasaan yg memenangkan.

 

Ahad, 13 Oktober 2024

DATO' DJ DAVE - ENGKAU BAGAI BAYANG BAYANG (Video Lirik)

 

Isnin, 30 Jun 2025

Assalamualaikum cinta,,

 Assalamualaikum ..

Mari kita  CINTA  " Sang Pencipta CINTA"  dan "KekasihNya" agar kita dapat menuai pahala di akhirat nanti. SEMOGA KITA BAHAGIA DGN ANUGERAHNYA.  BERSIH ITU INDAH.

AAMIIN. 

 

Jumaat, 12 Jun 2026

 

Rabu, 30 April 2025

Allah Al-Wadud