Khamis, 11 Jun 2026

 

Pertanyaan Jibril Tentang Iman Islam Ihsan...

Teks Bahasa Arab

كَانَ النَّبِيُّ ﷺ بَارِزًا يَوْمًا لِلنَّاسِ، فَأَتَاهُ رَجُلٌ فَقَالَ: مَا الْإِيمَانُ؟ قَالَ: "الْإِيمَانُ أَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ، وَمَلَائِكَتِهِ، وَكِتَابِهِ، وَبِلِقَائِهِ، وَرُسُلِهِ، وَتُؤْمِنَ بِالْبَعْثِ". قَالَ: مَا الْإِسْلَامُ؟ قَالَ: "الْإِسْلَامُ أَنْ تَعْبُدَ اللهَ وَلَا تُشْرِكُ بِهِ، وَتُقِيمَ الصَّلَاةَ، وَتُؤَدِّيَ الزَّكَاةَ الْمَفْرُوضَةَ، وَتَصُومَ رَمَضَانَ". قَالَ: مَا الْإِحْسَانُ؟ قَالَ: "أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ". قَالَ: مَتَى السَّاعَةُ؟ قَالَ: "مَا الْمَسْؤُولُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّائِلِ، وَسَأُخْبِرُكَ عن أَشْرَاطِهَا: إِذَا وَلَدَتِ الْأَمَةُ رَبَّهَا، وَإِذَا تَطَاوَلَ رُعَاةُ الْإِبِلِ الْبُهُمُ فِي الْبُنْيَانِ، فَذَاكَ مِنْ أَشْرَاطِهَا فِي خَمْسٍ لَا يَعْلَمُهُنَّ إِلَّا اللهُ". ثُمَّ تَلَا النَّبِيُّ ﷺ: ﴿إِنَّ اللهَ عِنْدَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ﴾ سورة لقمان: ٣٤ الْآيَةَ، ثُمَّ أَدْبَرَ، فَقَالَ: "رُدُّوهُ". فَلَمْ يَرَوْا شَيْئًا! فَقَالَ: "هَذَا جِبْرِيلُ، جَاءَ يُعَلِّمُ النَّاسَ دِينَهُمْ".

Teks Bahasa Melayu

Suatu hari Nabi ﷺ keluar berjumpa dengan orang ramai. Lalu seorang lelaki datang kepada Baginda, lantas bertanya: Apakah itu iman? Baginda menjawab: "Iman itu adalah beriman kepada Allah, para malaikat-Nya, kitab-Nya, hari pertemuan dengan-Nya, para rasul-Nya serta beriman kepada hari kebangkitan." Kemudian beliau bertanya lagi: Apakah itu Islam? Baginda menjawab: "Islam itu adalah kamu menyembah Allah dan tidak mensyirikkan-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat yang wajib dan berpuasa pada bulan Ramadan." Setelah itu, beliau bertanya lagi: Apakah itu Ihsan? Baginda menjawab: "Ihsan itu adalah kamu beribadah kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, dan jika kamu tidak mampu melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihatmu." Beliau melanjutkan soalannya lagi dengan bertanya: Bilakah akan berlakunya hari kiamat? Baginda menjawab: "Orang yang bertanya itu lebih mengetahui daripada orang yang ditanya. Namun, saya akan memberitahu kamu tentang tanda-tandanya; iaitu apabila seorang hamba wanita melahirkan tuannya, apabila pengembala unta yang miskin berlumba-lumba meninggikan bangunan. Maka itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda hari kiamat. Namun terdapat lima perkara lagi yang tidak diketahui oleh sesiapa kecuali Allah.” Nabi ﷺ kemudiannya membaca: {Sesungguhnya Allah mempunyai ilmu tentang hari kiamat} Surah Luqman, 31:34. Setelah selesai, lelaki itu pun pergi. Lalu Baginda bersabda: "Bawa dia kembali kepada saya!" Namun para sahabat tidak menemuinya. Baginda kemudiannya menjelaskan: "Itu adalah Jibril yang datang untuk mengajar manusia tentang urusan agama mereka."

 

Eni...Penuhi hidup yang sementaramu dgn amalan kebajikan. Moga Allah Rahmati ...Aamiin

 

Selasa, 11 Julai 2023

Menginginkan Allah mencintai kita

 Jika mengingin Allah mencintai kita...

Diberi Nya ampunan kepada kita...

Cinta Allah itu jika diberikan tanpa mengira batas...

Nescaya Allah akan mengampuni sebanyak mana dosanya sekalipon...

MaasyaaAllah ..."katakan pada hambaku" ( AKU ITU DEKAT)

Bertaubat ...Dia akan mendapat ampunan dari dosa2nya...

Rabighfirli. 2X semasa bangun tidur

..Jika dia diampuni Allah apa yg diinginkan  DLM HIDUPNYA di berikanNya

UCAPKAN ISTIGHFAR...TERUS MENERUS...

*******************************************************************************

7 perkara yg akan mengalir pahalanya setelah mati...

1) Ilmu yang pernah diajarkan...

Dunia ini telah tidak lama...Dia sedang tenat dan jangan lah kalian leka...Jadilah orang yang baik disisi Allah...orang yg hatinya yang sentiasa mengharap rahmat Allah.  Jika mengaji ilmu Tauhid kita tidak yakin dengan ALLAH KITA ADALAH ORANG YG GAGAL...KALAU KITA TIDAK BERUBAH MENJADI ORANG YG BAIK. KITA GAGAL

" JIBRIL BERTANYA RASULULLAH...APAKAH DIA IKHSAN?

-------------****-------------------****-----------------------****-

7 Amalan Yang Pahalanya Terus Mengalir
Daripada Abu Hurairah RA ia berkata : Rasulullah SAW bersabda bermaksud : “Sesungguhnya antara perkara yang akan mengikut orang-orang mukmin dari segi amalan dan kebajikannya sesudah mati antaranya :
1. Ilmu (berguna) yang diajar dan disebarkan
2. Anak soleh yang ditinggalkan
(memohon Istighfar dan berdoa untuknya)
3. Al-Quran yang diwariskan
4. Masjid yang ia bangunkan
5. Rumah yang didirikan untuk ibnu sabil
6. Sungai yang ia alirkan (untuk orang, tumbuhan atau binatang mengambil manfaatnya)
7. Sedekah (yang ia keluarkan dari harta miliknya dimasa sihat dan masa hidupnya)
semuanya (ganjaran pahala) akan mengirinya setelah ia meninggal dunia.” {HR Ibnu Majah no : 238}
Marilah sama-sama kita amalkan dan manfaatkanlah masa yang Allah SWT kurniakan sebelum kita dijemput oleh-Nya.

 

Monday, 12 May 2025

Tazkirah sedekah

 

Sabtu, 23 Ogos 2025

NASEHAT INDAH UNTUK PARA PECINTA DUNIA | USTADZ YAZID BIN ABDUL QADIR JAWAS

 

Wednesday, 8 May 2024

Whitney Houston - I Will Always Love You (Lyrics)

 

Thursday, 28 May 2026

Kuliah Penuh : Sucikan Hati Dengan Taubat Dan Zikir

Friday, 22 May 2026

Kuliah Penuh : Sucikan Hati Dengan Taubat Dan Zikir

 

 

Selasa, 15 April 2025

TAZKIRAH : Orang Yang Beruntung [Cahaya Sempurna Dihari Kiamat] - Ustaz ...