Isnin, 1 Jun 2026

 

Jumaat, 6 Mac 2026

Hold On To Me | A Heartfelt Dua To Allah | Lyric Video

 

Jumaat, 9 Januari 2026


Tarikh yang sama 1 Jun, 2024 masak ketam bersource cili, hari ni 2026 daku dah 68 tahun satu hari,.Soup Tulang Korban.

Daku masak soup Tulang.  Tulang Daging Korban bahagian Ribb...

Kalau Pak dulu...selepas Pak sembeleh Pak akan buat soup seperiuk besar Pak buat soup ajak orang2 kampong makan.  Seronok sangat.  orang datang makan .   Baik kawan Pak mahupon kawan mak. 
Bestnya kenangan.



Tarikh yang sama Tahun 2024 masak ketam bersource hari ni 2026
daku dah 68  tahun....Soup Tulang Korban.

Dan Besok Hari Jadi Mak. 
Moga semua anak mak ingat untuk sedekahkan bacaan tertentu pada mak disana.











Apa daku masak.
Hari ini Anis demam selepas balik dari Wet Land Putrajaya.
Tahun 2024 tu dia belikan daku ketam daku buat Ketam tumis source cili..Sehari selepas Harijadiku ke 66.


Hari ini Anis yang request dariku nak makan Sop Tulang.  Maka dengan itu jadilah daku buat soup tulang.
Setelah Siap daku hantar satu Tray masuk kedalam bilik Anis  dakupon mula untuk makan Bihun Soup Tulang.  
Oleh kerana sedap dah...Bahagian Ribb daku terlupa nak rebus telur dan ambil daun sup dan daun bawang yang telah anis potong2 masukkan ke dalam peti.  Hihi.

Dah sedap dah daku dah tak mahu nak susah nak 
rebus telur lagi dah ...hihi 

 

 Bila kau view ini daku dapat rasakan itu 
ucapan hari lahir buatku... hi hi
jangan marah...


Daku mula masak pukul sebelas.  Sup Tulang bahagian Ribb dengan menggunakan Pressure Cooker. 
Siap masak daku terus buat sambal cilinya.



Nak tahu resepinya.
Jika meehoon soup tak ada sambal cili macam ini dah pasti makan bihoon soup  tak sedap.
(Itu pendapatku)

Cili kecil dalam 6 biji , masukkan bawang goreng
dalam 4 camca besar dan kicap masin dalam 6 sudu.
masukkan MSG( Aji No Moto) 
satu camca  maka blend hingga hancur.  
Jika terlalu pekat masukkan air masak.
Ikut kesesuaian kita.  
InsyaaAllah sedap.


Bihun pulak make sure rebus hingga benar2 lembek,
 cuma jangan hancur aja..
sedap sangat.


Makan dengan daun soup daun bawang ,
hari ini saya buat taugeh di tumis kicap.. perlu kicap masin,
dah siap.
Selamat Makan Eni.




Ketam Tumis Bersos Cili,

 

Sabtu, 1 Jun 2024

Ketam Tumis Bersos Cili,




Ini Tumis Ketam Bersos cili.  Sedap biasanya kita buat 
makan untuk di ratah sahaja.
Tapi hari ni kami makan dengan nasi..Sedap sangat.

 

Rupa2nya anakku pergi beli 2 ekor ketam besar juga dan isinya penuh.  Balik bawa cukup dengan bahan gandingan lain nak buat daku suka kerana hari jadiku ke 66.  Aku dah tua. Terkadang2 aku tersilap juga.  Ampunkan aku Ya Rabb.


Ini ketam masak tumis cili bersayurkan lobak merah, dan brokoli , perlu ada daun bawang dan daun sup.  Tomato buah ,tomato sos, cili sos, serta garam dan aji no moto.
Tumiskan bawang putih dan bawang merah serta halia yang di hiris halus...Tumis dengan minyak dan masukkan sos cili, sos tomato agak masak masukkan lobak merah yg di rencis halus .  Masukkan brokoli dan tomato buah.  Setelah itu masukkan ketam.  akhir sekali masukkan daun bawang dan daun sup separuh dpdnya dan separuh lagi tu,,,Tabur atas bila hendak dihidangkan.


Sedapnya.  Bila makan daku suka daun salad tu.  Sedap sangat bila dia layu untuk di jamah dgn Isi ketam.



Sedapnya ..Tq anakku sayang.   Hari ni mak banyak dapat ucapan dari kawan2 mak, murid2 mak.dan kenalan2 mak...Terima kasih  dan Syukur Rabb.   Allah meskipon daku buat kesilapan dan salah Engkau tetap memberi Aku rezekiMu melimpah ruah MESKIPON HAMBAMU MEMBUAT DOSA MENYAKITKAN HATI KAWANNYA.  MAAFKAN AKU YA RABB...MOGA DIA MAAFKAN DAKU YA RABB...

Dosa pada sapa tu? awak ke?  Maafkan daku ya...!
Daku dah luypa.
Aku harap kau maafkan daku dan daku maafkan kau
dunia akhirat.


 

Friday, 6 February 2026

Hadiah Lagu: Kau telah di sampingku 1974...

 

Monday, 29 September 2025

Hadiah Lagu: Kau telah di sampingku 1974...

 

Lagu lamaku...hmmm sedapnya.
masa lepas sekolah.

Bintang2 yang di langit telah menjadi saksinya...
cinta yang sejati dari hatiku ini
chorus yg sedap...
janganlah dikau pergi sayang 
lari dari sisiku
hatiku kan  bahagia. 
kau telah di sampingku.  

Sedap lagu lama ku ini.  daku suka nyanyi lagu ni dulu. 




PANDANGAN TENTANG HIDUP

Tiada ku fikir akan berulang lagi,
Tak ku fikir terjadi,
Itu hanyalah cabaran bagiku,
Yang pasti aku hadapi,

Tak dapat untuk kita menafikan,
Hidup semuanya senang,
Tanpa dugaan juga kesabaran,
Hidupmu takkan berjaya.
Tetapkanlah iman menghadapi kesulitan,
Yakinlah pada dirimu sendiri,
Tiada siapa di dunia ,
Inginkan kesusahan,
Cubaan atasi dengan adilnya.

Itulah pandanganku tentang hidup
tak semudah yg di fikir...
akal menjadi punca yang utama,
Mengatasi segalanya.

Kita hidup di dunia nyata penuh rintangan
Lalui liku fitnah dan hasutan,
Untuk menguji sejauh mana teguh  imanmu,
Menghadapi penuh tenang dan sabar.

Itulah pandanganku tentang hidup,
Tak semudah yang di fikir,
Akal menjadi punca yang utama,
Mengatasi segalanya.

 

Isnin, 30 Mac 2026

 

Metode Luqman Dalam Mendidik Anak


LOKMAN WALAUPON BUKAN GURU TAPI BELIAU DI SEBUT DI DALAM ALQURAN

 

Rabu, 4 Jun 2025

Ya Illahi Rabbi...

Apa. Khabar..