Rabu, 6 Mei 2026

KULIAH MAHGRIB KHAS " QURAN SEBAGAI PERINGATAN " - Ust Abd Muein -

 



Aku maafkan engkau sahabatku...Lillahitaala.
Aku mahukan keampunan Allah.
Aku mahu syurga Allah
Sekarang juga ...on the sport: Aku maafkan Engkau bila aku dengar ini.

Surah Al Imran ayat 133; 
Wasa riu....
Segeralah kamu kepada keampunan Allah. 
Dan Syurga seluas Langit Dan Bumi.Allah sediakan untuk orang yang bertakwa.

Definasi orag bertakwa
1) Yang suka Infaq, ketika senang dan susah.
Solat malam atau sedekah?
  kedekut...bukan orang bertakwa.
Tempat letak cemeti sahaja di dalam syurga ..lebih mahal dpd dunia dan seisinya.  Tiba2 kamu kedekut"Cinta benda yg kecil nilainya.
Sifat pertama banyak memberi sedekah.
Celakalah pengeumpat dan pencela yg suka mengumpul harta dan suka mengecoh.

Abu Bakar: 
 1) suka memberi; 
2) Tahan marah.
 3) Suka maafkan orang.

Ini jenis apa?  Ini adalah orang yang Berakhlak Baik. 

Mengapa ramai orang masuk syurga.
1) suka umrah
2) bangun malam
1) 3) 

Nabi kata ramai orang masuk syurga ialah 
1) Berakhlak mulia.
i) Tahan marah
ii) boleh memaafkan orang.

Surah Al Lail ayat 14;

1) Aku ingatkan kamu tentang api neraka yang bergejolak.  Siapa yang akan masuk.  Tiada yg masuk kecuali orang yg paling celaka.
Allazi kazzabawatawalla.



Siapa yg selamat ?
Waya tajannabuha arqa..
Sifat utama orang yg paling bertakwa.  
Subhanallah.

Allah tak kata solat malam, posa sunat, khatam Quran', 
: Tapi

 Allah kata orang yang bersedekah.  Abu bakar suka membenarkan apa janji Allah beri satu dapat 700. 

1)* Suka memberi
2)* Tahan marah

Allah puji Abu Bakar:
Orang yang paling bertakwa.
Surah Al Lail;

Satu lagi contoh.  
Umar menjadi Amirul Mukminin. 
Seorang lelaki datang..Uyainah:

Wahai anak khatab...awak ni tak bagi banyak pada Rakyat dan kamu tak berhukum dgn keadilan.

Lelaki yg ada bersama Umar: Al Khur bin Khais.
Ya ,  Amiral mukminin: Kamu dengar tak surah al Akraf 199:

1) Maafkan
2)Suruh benda membuat makruf (infak)
3) dan  berpaling dpd orang yg jahil.

Umar bila dengar terus maafkan .
 Alhamdulillah daku maafkan kamu Sahabatku.
Moga kita berlumba kearah  keampunan Allah dan berlumba kepada Syurga seluas Langit dan Bumi. 

Zaman Kahalifah Abassiah.
Orang yg bawa benda panas pecah dan kena kaki khalifah.

Khalifah di baca
1) Segeralah kamu kepada keampunan Allah... Tahan marah...
2)  Dan syurga seluas langit dan bumi...maafkan orang 
3) Allah sangat cinta pada orang yang berbuat baik
Khalifah lalu memerdekakan hamba itu.


Quran membentuk akhlak orang yang bertakwa.







 

 

Isnin, 20 Mei 2024

DrMAZA-Agar Allah padamkan REKOD buruk dan dicatat REKOD yg baik...

 

Thursday, 19 March 2026

DrMAZA-Agar Allah padamkan REKOD buruk dan dicatat REKOD yg baik...

Hadith dpd Rasulullah SAW...



 

Segala musibah dapat dileraikan dengan Al-Quran. Al Quran adalah sahabat kita di Dunia ke Akhirat.

 Assalamualaikum World.

Rabbku...Demi masa yang berlalu ternyata ianya dia.  Kau kuatkan daku meniti hari2 yang bakal ku tempuhi ini.  Penilaian daku untuk tahu siapa dan mengapa telah Kau tunjuk. 

 Kau Ampunkan lah daku dan sedarkan aku dalam menempuh hidup ini.  Janganlah kejadian ini membuatkan aku meminta untuk cepat2 menemui Mu.  Kau kuatkan daku dengan ibadat kepada-Mu.  Daku Redho ianya berlaku dan semoga ianya juga dlm RedhoMu Rabbku.  

Apabila daku buat satu hantaran untuk melihat adakah itu benar dia...ternyata daku mendapat jawapan.  Sekarang senyap sunyi telah tiada lagi hantaran mengejut " Lagu Maut" melintasi layarku.   Syukur Rabbku.  Kau perlihatkan aku dengan jiwa ini.   Aku faham Rabbku.

Rabbku...  Janganlah dia mendapat musibah dari perbuatannya itu selamatkanlah dia dan keluarganya dari ketidakjujuran orang lain terhadapnya pula.   Rabbu segala balasan hanyalah di tanganMU.

Jangan tuan ulangi lagi perbuatan begini kerana tuan mempunyai anak2 perempuan yang tuan perlu lindungi agar mereka selamat.

 Walau perbuatan yang tidak sihat tuan persembahkan kepadaku daku berhak menegurmu tuan.  Aku petik pula ini dari petikan ku yang kau ulang view.



Disini Engkau wajib berbicara,   Rasullullah bersabda:  Sesiapa melihat kemungkaran hendaklah dia merubah dengan tangannya....Tidak mampu maka dengan lisannya...Ini saatnya Engkau berbicara.   tatkala melihat kermungkaran terjadi...megghibahi saudaranya...buruk sangka sama saudaranya...menuduh saudaranya melakukan perbuatan dosa...Apa yang harus dia lakukan...Di rungkap  dengan lisannya.  Kasi tahu..."Ketika ada manafaatnya bicara engkau bicara dan ketika tak ada engkau diam".   Ketika engkau tak mampu menegur debgan lisanmu maka engkau membenci dgn hatimu...konsikuensinya kau harus tinggalkan tempat itu.  

Allah tidak RIDHO dengan kemungkaran yang terjadi dan Engkau diamkan.  


Daku tak akan diamkan sahaja jika kesilapan yang dikau lakukan.  Daku wajib menegurmu. Jadinya ...inilah masanya aku harus menegurmu.   Allah tak akan redho atas perbuatan tak berhemah yang cuba sahabat pamerkan.  Meskipon orang lain tak melihatnya ,tapi Allah Azzawajalla melihat nya dengan terperinci, kerana Allahlah yang menjadikan kita.  Seluruh yang di langit dan di bumi adalah kepunyan Allah.

Saat tuan mengajarku dengan ilmu Allah, daku terima dgn penuh berhemah dan kali ini daku ingin mengajarmu dengan berhemah juga dan tuan wajib menerimanya dgn penuh berhemah.  Tuan  tahu apa yang tuan lakukan itu nyata tak berhemah langsung..(Kerana kita di usia tua.)

Lintasan ( Lagu Maut Hattan ) ini berlaku beberapa kali...Dan daku letakkan petikanku yg boleh menggamatkan perasaan dan menamatkan perbuatan tuan itu..   Tuan kan tahu, daku tak akan memilih suami orang.  (Lagu Maut Hattan)   ini tak syak lagi dari...tuan.   Setelah petikan itu tuan baca...Ia kembali sunyi, sepi , tenang, tiada lagi, mengganggu layarku, lantaran    (Terkejutnya tuan  yang teramat sangat terhadap pertanyaanku.?  yang sudahku tahu tak akan terjadi.

  

Jika saya terima tuan ,  bolehkah tuan berlaku adil?

(Tuankan  tahu saya tak mahu suami orang.  Bukankah tuan suami orang?)

Tidakkah saya terlalu tua untuk meneruskan sisa hidup ini bersama tuan?

(Saya lebih muda pada tuan...jauh...)

Bahagiakah kita kerana saya tak secantik dulu lagi dan tak sesihat dahulu?

(Saya masih cantik dan masih sihat maafkan saya untuk statement ini...)  InsyaaAllah.

Sebenarnya  tidak.   Cantik dan sihat pemberian Allah.   Maafkan saya.    

Adakah tuan ikhlas menerima  saya kerana Allah?  

Ini yang nak saya saya uji tuan bertahun...baru dapat jawapan.  Syukur Ya Rabb.

Sebenarnya semua ini menjadi kebimbangan bagi saya.

(Benar ...sedari dahulu saya bimbang dan ingin tahu kejujuran tuan)

Jika tuan masih ada impian hidup bersama dgn saya , tuan WhatsApp saya

(Saya berani kerana saya ingin tahu dan mendapat kepastian, ianya adalah tuan)

Jika tidak abaikan ini.

(Ini kata kunci sebagai jawapan)

Ikhlas dari saya kerana Allah.

(Saya tak pernah tak jujur kerana Allah.)


Tuan lihat kejujuran saya menerima nasihat  dan semuanya menjadi bekal akhirat saya. Harap tuan dapat menerima nasihat saya dengan hati terbuka seperti saya juga.  


Saya yang banyak berdosa saya rasakan kerana ada sahaja saya tulis...meskipon tentang kenangan2 saya...ianya satu dosa saya dapat rasakan.  Apabila sahabat dan kawan2 bacapon ia sudah menjadi dosa kepada saya.  Dan dengan sedarnya saya pada ceramah "DIAM" ini saya berhasrat untuk berhenti menulis sebarang yang lagho.  InsyaaAllah.

Nasihat "Diam" Encik, sahabat saya.... kepada saya itu sangat2 berharga... Ianya adalah  untuk saya buat "Bekal Akhirat" Terima kasih.   Banyak2.  

InsyaaAllah "Diam" Ustaz Hannan Attaqi saya peluk dengan rapi dan begitu juga ceramah Ustaz Reza Basallamah ini.  Moga Encik dapat doakan sahabatmu ini menjadi   sebagai sahabat yang berjalan menuju Allah.  Dah tak berapa lama lagi dah saya ini.  Terima kasih dari saya buat Encik  dan Maaf atas apa yang berlaku.    Saya akan manfaat Ramadhan saya dengan baik.  Moga mendapat perlindungan Allah.

"Subha nakallah humma wabiham dika..ash hadu ala illa ha illa anta..astagh firuka waatu bu illaik"

Wallahhuaqlam.

Saat tuan mengajarku dengan ilmu Allah daku terima dgn penuh berhemah dan kali ini daku ingin mengajarmu dengan berhemah juga dan tuan wajib menerimanya dgn penuh berhemah.  Tuan tahu apa yang tuan lakukan itu nyata tak berhemah...Lintasan ini berlaku beberapa kali...Dan daku letakkan petikanku yg boleh menggamatkan perasaan dan menamatkan perbuatan tuan itu..  Setelah itu sunyi tiada lagi kedengaran Lagu  Maut Hattan yang mencengkam perasaan.

Tuan, percayalah saya maafkan tuan kerana Allah.   Tuan telah lama menjadi sahabat saya membuat pahala dengan mendengar ceramah2 dari Blog saya.  

Syukur ya Rabb.  Moga kami  saling tegur menegur untuk mendapat kebaikan ke akhiratMU ...Ya Rabb.     Moga Allah maaafkan kesilapan kami.  Besarnya Rahmat Allah  kepada kami dan kami yakin Allah sentiasa ada bersama. Moga segala kesilapan dan keterlupaan kami akan Allah padamkan dan Allah gantikan dengan yang baik.   

Ya Rabbku... Jadikanlah aku bersyukur terhadap jawapan ketidak ikhlasan hati manusia yang aku tersalah tafsir selama beberapa  tahun ini.  Telah kau ajari aku bahawa bukan semua yang kita anggap jujur itu benar. 

Syukur Rabbku. Jangan Kau jadikan Noraini ini dendam.  Lembutkan lagi hati NorainiMu ini Rabbku.  Moga musibah terhadapku ini dapat ku telan dengan penuh nikmat dalam mengingati-Mu Rabbku. 

Syukur.  percubaan untuk menilai dariku ternyata tepat.  Alhamdulillah ala kullihal.   Meskipon apa jua berlaku, Kau- kuatkanlah aku untuk berdoa  agar  "Ukhwah Persahabatan" di usia tua ini kekal membawa ke Jannah. 

"  Innimuhibbukum fillah"  Tidak aku leraikan begitu sahaja.  Itu syiar dari-Mu yang aku pelajari, selama ini.  Moga2 mendapat pahala dari-Mu Rabbku.

"Subha nakallah humma wabiham dika..ash hadu ala illa ha illa anta..astagh firuka waatu bu illaik"

Sakit Rabbku... tapi ianya satu nikmat untuk  kusemadikan hingga bertemu-MU Rabbku.  

Selasa, 5 Mei 2026

 

Tuesday, 4 June 2024

Ustaz Shamsuri Ahmad- Kelebihan 10 hari awal Zulhijjah,