Jumaat, 3 April 2026

 

Monday, 20 May 2024

LIVE NOW Prof Dr Rozaimi Ramle

 

Tuesday, 6 January 2026

Allah pesan jagalah diri kita dan ahli kita dpd neraka Allah.

  Update 7/1/26 Bersamaan 17 Rejab 1447,Bangi

Rabu, 28 Mei 2025

Marilah kita bersama mendalami Al Quran untuk kita ke Syurga Allah"

Ya Rabb...".Fahamilah kami Al Quran Kitab Allah...Letakkan Quran di depan dan di ikuti dan jangan letakkan Quran di belakang tanpa di ikuti  kerana Quran itu  ialah mukjizat boleh merubahkan manusia yang memahami Al Quran dan ikuti ajaran Al Quran.  Marilah kita bersama Al Quran untuk kita ke Syurga Allah"

Kadang2 kita nampak orang itu bahagia tetapi tak bahagia.  Kadang2 kita melihat orang itu tak bahagia tetapi dia bahagia ;

Kata Rasulukllah SAW 

Jadi yang Allah tengok amalannya tu, kadang2 rumahnya kecil, Allah pandang dia walaupon dia miskin.,tapi orang kaya umahnya besar tapi Allah tak pandang dia ,maka Kebanyakan orang kadang2 jadi hamba orang, hamba nafsu, amalan akan sia2 di sisi Allah.  Walau rumah kecil. Quran kata " Yaa aiyu halazi ku an fusikum waahli naaraa.  Waku yuhanna wal hijarrah"

Wahai orang beriman  jagalah diri kamu ,anak2 kamu daripada api neraka, Allah tak kata,Allah tak kata jagalah diri kamu anak kamu dari kemiskinan...

Allah tak kata jagalah diri kamu dan keluarga kamu dpd penyakit,tapi Allah kata jagalah diri kamu dan anak2 kamu daripada api neraka, tak ada satu yang Allah kata jagalah diri kamu dan ahli2 kamu dari kemiskinan...kenapa Allah tak kata begitu?...sebab miskin bukan lah berdosa,, miskin bukan masaalah kalau miskin tak ada masaalah tapi kalau kaya ,dia tak solat dia berdosa jadi Allah kata kpd kita jagalah daripada musibah yang paling besar, apa musibah yang paling besar tersebut?  bukan miskin tapi api neraka itu...Ramai orang takut miskin tapi tak takut api neraka. sebab itulah ramai orag yang banyak duit kejar dunia" akhirnya dia lupa jaga dia tak jaga Allah,  dia akhirnya dia masuk neraka, jadi yang paling penting apa yang Allah pesan jagalah diri kita dan ahli kita dpd neraka Allah.  Orang sibuk nak jaga kesihatan sampai tak solat, akhirnya dia dapat sihat ,tapi dia masuk neraka.Orang sibuk nak kaya tapi tak solat akhirnya dapat kaya tapi masuk  neraka.  Jadi "jagalah dirimu dan ahli mu daripada nerakaka, tak apa miskin pon sekejap aja, tapi masuk syurga...Jika kita kejar kaya , kaya sekejap ja , masuk neraka ,kekal selama2nya.

Sebab itu ada kisah dalam surah Al Kahfi kisah  Musa dgn Khidir , Khidir bunuh budak kan,  Kenapa dia bunuh budak, budak tu tak berdosapon sampai Nabi Musa sebut" Kenapa kamu bunuh budak yang tak berdosa, tanpa sebab, sebenarnya Khidir bunuh itu atas arahan Allah..Jadi persoalan nya kenapa Allah suruh Khidir bunuh budak itu?...Sebab Allah nak selamatkan budak itu daripada musibah besar, ...apa dia?...api neraka...mungkin mak bapak dia sedih sekejap, tapi bila tapi di akhirat bila dia tahu kenapa anaknya di bunuh ..dia akan bersyukur kepada Allah.  Kenapa dia bersyukur ,walaupon hilang anak ?  Sebab...anak di selamat dari neraka...dia akan jumpa anaknya dalam syurga.  Jadi sabar sekejap saja...kalau kita sabar tak rugipon...dapat pahala tanpa jihad.  Kita nak Allah sayang  kepada kita...Allah bukan bagi duit tapi Allah bagi pahala sabar...Ramai orang duit banyak tapi pahala tak banyak...bila mati...dia mintak balik kedunia nak cari duit ke nak cari pahala?   Allah bagi anak sakit dan Allah bagi pahala "Sabar"

Dalam satu hadith Nabi SAW...yang membawa maksud:   Nabi kata ..."Bila llah sayang pada seseorang , Allah uji ..apa makna uji?...Allah bagi susah.  Tengok ya ...Bila Allah sayang , Allah bagi susah.  bukan Allah sayang , Allah bagi duit.  bukan Allah sayang Allah bagi sihat tak.....Allah bagi susah sebenarnya Allah nak bagi benda yang sangat mahal itu iaitu;  Faizza Rajja....Kalau dia redho dgn susah tu dengan penyakit tu' DIA DAPAT REDHO ALLAH'  Mana kita nak?  kita sihat Allah tak redho dgn kita sakit tapi Allah tak redho. Mana kita nak?...Orang beriman dia fikir Allah, bukan fikir dia nak... tidak!!!! dia fikir apa yang Allah suka.

Allah nak ...bila aku sakit aku redho dan bila aku sabar Allah bagi ganjaran.  Jika kita tak dapat redho Allah,  maka  ini adalah satu tanda Allah sayang pada keluarga yang sakit ini, dan Allah datangkan kita semua dari jauh tandanya Allah sayang.   Kalau Allah sayang pada seseorang Allah bagi tahu pada malaikat...Wahai malaikat Kau sayang pada Si Fulan.  Maka malaikat bagi tahu pada malaikat semua agar sayang pada Si Fulan...Si Fulan ...maka malaikat akan mendoakan terhadap Si Fulan tersebut.

Selepas Raja Bahrain, Raja Kuwait Pulak Cabut Lari - Iran Hampir Memiliki Senjata Nuklear


 

DrMAZA-Dalam himpunan derita Allah khabarkan ada kegembiraan pd mereka y...,

 

Khamis, 29 Mei 2025

DrMAZA-Dalam himpunan derita Allah khabarkan ada kegembiraan pd mereka y...,

  


 Ya Allah Tutupkan aib aku dan amankan perasaanku...Kelaparan, kekurangan harta  dan nyawa dan buah2an.  Tapi Apa kata Allah( ni derita semua ni)   Tapi Allah kata..." Wabashshiril soobirin.."Berikan Khabar Gembirakepada orang yang sabar.  Padahal ini semua adalah himpunan derita, tapi dalam himpunan derita Allah suruh berikan khabar gembira,kepada siapa?  Kepada orang yang sabar.  Kemudian Allah describe siapa itu orang yang sabar?  Allah bagi apperience  orang yang sabar dulu sebelum pergi ke hati nuraninya dan akhirnya kita tahu apa yang diucapkan...Allah kata..."Orang2 yang apabila ditimpa musibah, ketakutan ,dihina , miskin, dimaki orang dianiaya orang dipukul orang dizalimi oleh orang lain..." Apabila di timpa musibah,mereka berkata,

Innalillahhiwainnailaihiroojiuun..
Kenapa kholu innalillahhiwainnailaihiroojiun...Kenapa penting?  kerana manusia akan berkata habislah aku ,musnahlah aku, nayalah aku, tapi kalau manusia fikir hakikat kepada kehidupan...Kita tak ada apa2 disini sebenarnya...sementara sahaja... maka ...kita lafazkan innalillahhiwainnailaihiroojiuun...Tak apa kerana hakikat kehidupan bukan disini...hakikat kehidupan dari Allah azawjalla ...Kita ini asal kita ,tanah air asal kita syurga,'  Kita bagaikan musafir...akan kembali tidak beberapa lama lagi... Tak apalah tak selesa pon kita akan kembali tak beberapa lama lagi...
Allah ajar kita ..Innalillah hiwainnailai hiroojiuun..."Kita datang dari pada Allah dan kepada nya kita akan kembali...  So itu tidak adil dalam beberapa keadaan...Ada orang yang baik dia telah dizalimi...ada orang yg bekerja kuat dia tak dapat seperti bekerjanya yg sedikit...pendapatan ,berpuluh kali ganda orang yg susah...tidak kerana kerajinan kita melebihi dia...dan tidak juga kerana kebijaksanaan kita melebihi dia...ALLAH Jalawaaqla... telah mengaturkan kehidupan kepada sebahagian manusia untuk menguji kepada sebahagian yang lain.  Sebab itu Quran menceritakan kepada Qarun kerana kesombongannya" aku diberi harta ini kerana kebijaksanaan ku" kerana kebolehanku...Allah rakamkan perkataan dia yang biadap ini...supaya ia tidak di ulangi oleh orang lain.
Maka kita sebut Innalillah hiwainnailaihiroojiuun." Dunia tidak pernah adil pada banyak keadaan...
Tapi apabila kita tahu kita akan balik, manusia berjuang 30 tahun, 40 tahun barangkali manusia mula senang, 50 tahun dia mula sakit, barangkali 20 hungga 30 tahun dia  menikmati dunia...Apalah sangat di bandingkan dengan akhirat yang kekal abadi...
Islam tidak anti dunia...Tapi dia mengajar supaya manusia dapat bertahan dengan   "' Inna lillahiwainnailaihiroojiuun."..jadi maksudnya apabila orang derita kita bagi kan khabar gembira, Tak apa kita akan balik kepada Allah.  Tak pa, Allah ada...(Orang Melayu ungkap) nice word...
Allah boleh melakukan berbagai cara.  
Allah bagikan dia kesihatan tapi Allah campakkan keresahan ke dalam hati sanubarinya yang tak berkesudahan...Allah yang melakukan apa yang dia mahu, kemudian Allah beritahu ini...orang yang ada perasaan ini

Ya Rabb daku Redhoo sebab aku akan balik padaMu...
Tak apa Allah ada.  Allah boleh bagi kan dia sihat, dan Allah boleh melakukan ALLAH KATA MEREKA ITU SELAMAT DARIPADA TUHAN MEREKA DAN RAHMAT...MaasyaaAllah...Kita selawat kepada Nabi...Allah kata kau sabar...dunia ini kecik aja,dunia ini debu sahaja nak di bandingkan daripada cakarawala yang luas. tetapi jika Allah memberikan kepujian ...memberikan inayahNya kepada manusia...Allah jallawaaqla bukan untuk di bandingkan. tetapi bila Allah berikan perhatian yang khusus kepada hambanya yang soleh..APA NILAI RAHMAT ITU? yang nak dibandingkan dengan kehidupan yang ada.

...MaasyaAllahallah   memberikan ucapan mulia kepada kita.  Dunia ini debu sahaja.  Apabila Allah memberikan ujian Allah letakkan jalan penyelesaiannya, .Allah jalla waaqla tidak ada yg lain untuk di bandingkan dengan segala nikmat itu.   Ya Rabb syukur atas segalanya.  Ya Rabb daku sedari bahawa sekejap sangat hidup ini kerana  daku sedari telah sampai ke usia ini.
Syukur Ya Rabb,  kuatkan daku Ya Rabb.   


Khamis, 2 April 2026

Tarikh Perkampungan Sunnah 2026, Perlis Sudah Diumumkan! Sertai Bersama Keluarga dan Rakan-rakan!

 



Dah di umum Tema hari ini:   



MGPerak: Tapak Pendidikan Terbuka Bakal Jadikan Lenggong Pusat Ilmu Antarabangsa



 

Doa yang Rasullullah SAW ajarkan kepada Abu Bakar RA baca pagi, petang dan nak tidur,

 

Monday, 9 December 2024

Doa yang Rasullullah SAW ajarkan kepada Abu Bakar RA baca pagi, petang dan nak tidur,

  Ya Allah yang Maha Mengetahui Yang Ghaib dan yg nyata,  Wahai ROBB Pencipta lagit dan bumi, ROBB atas segala sesuatu Yang Merajainya.  Aku bersaksi bahawa tidak ada ILAH (yang  berhak diibadahi dgn benar) kecuali Engkau.  Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan didiku, syaitan dan sekutunya,(aku berlindung kepadaMudari berbuat Kejelekan atas diriku atau mendorong orang Muslim kepadanya.

Apa. Khabar..