Ahad, 29 Mac 2026

Tafsir Surah an-Nisa Ayat 38 – 41 (Nabi menangis)

 

Tafsir Surah an-Nisa Ayat 38 – 41 (Nabi menangis)

Ayat 38: Dalam ayat sebelum ini, disebut tentang mereka yang bakhil tidak mahu infak. Sekarang disebut tentang mereka yang infak, tapi bukan kerana Allah tapi kerana hendak menunjuk kepada manusia – ini yang dinamakan riak.

Sebelum ini telah disebut tentang bakhil (kedekut). Sekarang Allah sebut satu lagi yang lebih parah dari bakhir itu – riya’.

وَالَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوٰلَهُمْ رِئَاءَ النَّاسِ وَلَا يُؤْمِنُونَ بِاللهِ وَلَا بِالْيَوْمِ الْآخِرِ وَمَن يَكُنِ الشَّيْطٰنُ لَهُ قَرِينًا فَسَاءَ قَرِينًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [also] those who spend of their wealth to be seen by the people and believe not in Allāh nor in the Last Day. And he to whom Satan is a companion – then evil is he as a companion.

MALAY

Dan juga orang-orang yang membelanjakan hartanya dengan menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan mereka tidak pula beriman kepada Allah dan tidak juga beriman kepada hari akhirat. Dan sesiapa yang (mengambil) Syaitan itu menjadi kawannya, maka seburuk-buruk kawan ialah syaitan.

 

وَالَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوٰلَهُمْ رِئَاءَ النَّاسِ

Dan juga orang-orang yang membelanjakan hartanya dengan menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak),

Ada juga golongan manusia yang mereka infak juga, tapi kerana riak. Mereka mahu manusia tahu berapa banyak mereka berikan, mereka itu selalu sedekah dan sebagainya.

Sedangkan kita sudah belajar dalam Surah Baqarah dalam bab infak, sedekah dan infak itu hendaklah diberikan secara rahsia supaya menjaga keikhlasan hati kita dalam infak itu. Melainkan dengan sebab-sebab tertentu. Boleh rujuk kepada perbincangan dalam Surah Baqarah.

Mereka yang infak kerana ingin menunjuk kepada manusia akan dimasukkan ke dalam neraka awal-awal lagi. Sebelum orang lain masuk neraka, mereka sudah dimasukkan ke dalam neraka!

Telah mengabarkan kepada kami Yahya bin Habib Al-Haritsi, dia berkata, telah mengabarkan kepada kami Khalid bin Al-Haritsi, dia berkata, telah mengabarkan kepada kami Ibnu Juraij, dia berkata, telah mengabarkan kepadaku Yunus bin Yusuf, dari Sulaiman bin Yasaar, dia (Sulaiman bin Yasaar) berkata, “Ketika orang-orang telah meninggalkan Abu Hurairah, maka berkatalah Naatil bin Qais al Hizamy Asy-Syamiy (seorang penduduk Palestina dan beliau adalah seorang tabiin), ‘Wahai Syaikh, ceritakanlah kepadaku suatu hadits yang engkau telah dengar dari Rasulullah Shallallahu’alaihi wa sallam.’ ‘Ya, aku akan ceritakan,’ jawab Abu Hurairah.

Abu Hurairah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah Shallallahu’alaihi wassalam bersabda, “Sesungguhnya manusia pertama yang diadili pada hari kiamat adalah orang yang mati syahid di jalan Allah. Dia didatangkan dan diperlihatkan kepadanya kenikmatan-kenikmatan (yang diberikan di dunia), lalu dia pun mengenalinya. Allah bertanya kepadanya, ‘Amal apakah yang engkau lakukan dengan nikmat-nikmat itu?’ Dia menjawab, ‘Aku berperang semata-mata kerana Engkau sehingga aku mati syahid.’ Allah berkata, ‘Engkau dusta! Engkau berperang supaya dikatakan seorang yang gagah berani. Memang demikianlah yang telah dikatakan (tentang dirimu).’ Kemudian diperintahkan (malaikat) agar menyeret orang itu atas mukanya (tertelungkup), lalu dilemparkan ke dalam neraka.’

Selanjutnya Rasulullah Sahallahu alaihi wa sallam melanjutkan sabdanya, “Berikutnya orang (yang diadili) adalah seorang yang menuntut ilmu dan mengajarkannya serta membaca al-Qur-an. Dia didatangkan dan diperlihatkan kepadanya kenikmatan-kenikmatannya, maka dia pun mengakuinya. Kemudian Allah menanyakannya, ‘Amal apakah yang telah engkau lakukan dengan kenikmatan-kenikmatan itu?’ Ia menjawab, ‘Aku menuntut ilmu dan mengajarkannya serta aku membaca al-Qur-an hanyalah kerana Engkau.’ Allah berkata, ‘Engkau dusta! Engkau menuntut ilmu agar dikatakan seorang ‘alim (yang berilmu) dan engkau membaca al-Qur-an supaya dikatakan seorang qari’ (pembaca al-Qur-an yang baik). Memang begitulah yang dikatakan (tentang dirimu).’ Kemudian diperintahkan (malaikat) agar menyeret atas mukanya dan melemparkannya ke dalam neraka.’

Rasulullah Sahallahu alaihi wa sallam menceritakan orang selanjutnya yang pertama kali masuk neraka, “Berikutnya (yang diadili) adalah orang yang diberikan kelapangan rezeki dan berbagai macam harta benda. Dia didatangkan dan diperlihatkan kepadanya kenikmatan-kenikmatannya, maka dia pun mengenalinya (mengakuinya). Allah bertanya, ‘Apa yang engkau telah lakukan dengan nikmat-nikmat itu?’ Dia menjawab, ‘Aku tidak pernah meninggalkan sadaqah dan infaq pada jalan yang Engkau cintai, melainkan pasti aku melakukannya semata-mata kerana Engkau.’ Allah berkata, ‘Engkau dusta! Engkau berbuat yang demikian itu supaya dikatakan seorang dermawan (murah hati) dan memang begitulah yang dikatakan (tentang dirimu).’ Kemudian diperintahkan (malaikat) agar menyeretnya atas mukanya dan melemparkannya ke dalam neraka’,” (Hadits ini diriwayatkan oleh Muslim, dan darjatnya Shohih).

Lihatlah betapa malangnya mereka yang sengaja hendak menunjuk. Sengaja saya bawakan hadis yang penuh kerana ketiga-tiga perkara ini adalah amat penting. Maka, hendaklah kita menjaga hati kita dari tidak ikhlas.

Riak adalah salah satu dari syirik kecil yang disebut oleh Nabi Muhammad. Maksud Hadis Nabi SAW:

“Suatu yang paling aku khuatirkan kamu ialah syirik kecil, lalu ditanya oleh sahabat: Apakah syirik kecil itu ya Rasulullah? Kemudian baginda bersabda, iaitu riak.”  (HR Ahmad dan Baihaqi)

Ini adalah kerana kita sepatutnya mengharapkan pujian dari Allah sahaja. Tapi apabila kita riak, kita mengharapkan pujian dari manusia pula. Kita sudah menyamakan kedudukan Allah dengan manusia pula.

 

وَلَا يُؤْمِنُونَ بِاللهِ وَلَا بِالْيَوْمِ الْآخِرِ

dan mereka tidak pula beriman kepada Allah dan tidak juga beriman kepada hari akhirat.

Mereka jadi begitu kerana mereka tidak yakin kepada janji Allah dan janji kepada balasan di akhirat. Kerana mereka tidak percaya kepada janji Allah akan balasan baik akhirat kalau mereka infak. Mereka baca, tapi mereka tidak percaya.

Oleh kerana itu, mereka hendak juga dapatkan balasan semasa di dunia, dengan mendapat pujian dari manusia. Sedangkan Allah suruh kita infak dengan ikhlas dan Allah akan balas infak yang ikhlas itu di akhirat.

 

وَمَن يَكُنِ الشَّيْطٰنُ لَهُ قَرِينًا

Dan sesiapa yang (mengambil) Syaitan itu menjadi kawannya,

Mereka yang jadi begitu kerana syaitan telah menjadi qarin dia. Ini adalah jumlah ta’liliyah – Allah memberitahu kenapa mereka jadi begitu. Qarin maksudnya sesuatu yang duduk sentiasa dengan seseorang, jadi teman rapat, jadi personal assistant.

Apabila syaitan sudah jadi qarin manusia, syaitan itu bisik kepadanya: boleh kalau nak sedekah, tapi pastikan ada orang nampak. Kalau bagi banyak, pastikan ada replika cek besar dan ada reporter yang hadhir supaya apa yang kamu berikan itu akan masuk suratkhabar. Kemudian syaitan tu puji pula dia. Dia pun akan rasa bangga.

 

فَسَاءَ قَرِينًا

maka seburuk-buruk kawan ialah syaitan.

Kerana syaitan itu akan menjerumuskan mereka ke dalam neraka dengan buat perkara yang salah dan berdosa.


 

Ayat 39: Sekarang Allah mengajak pula manusia kepada beriman dan infak keranaNya.

وَمَاذَا عَلَيْهِمْ لَوْ ءآمَنُوا بِاللهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَنفَقُوا مِمَّا رَزَقَهُمُ اللهُ وَكَانَ اللهُ بِهِمْ عَلِيمًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And what [harm would come] upon them if they believed in Allāh and the Last Day and spent out of what Allāh provided for them? And Allāh is ever, about them, Knowing.

MALAY

Dan apakah (kerugian) yang akan menimpa mereka jika mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, serta mereka mendermakan sebahagian dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada mereka? Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mengetahui akan keadaan mereka.

 

وَمَاذَا عَلَيْهِمْ

Dan apakah (kerugian) yang akan menimpa mereka

Kenapalah mereka tidak ikhlas dalam amalan infak mereka itu? Apa susah sangat nak infak? Kalau mereka infak dalam riak dan tidak ikhlas, harta itu akan habis keluar juga. Habis kenapa tidak infak kerana Allah? Ayat ini adalah seperti keluhan.

 

لَوْ ءآمَنُوا بِاللهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ

jika mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, 

Jika mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, tentu lebih baik bagi mereka.

 

وَأَنفَقُوا مِمَّا رَزَقَهُمُ اللهُ

serta mereka infak sebahagian dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada mereka

Selepas mereka beriman, mereka infak pula dari harta yang Allah berikan kepada mereka. Allah ingatkan sekali lagi bahawa harta dan kekayaan yang kita miliki ini semua datangnya dari Allah.

 

وَكَانَ اللهُ بِهِمْ عَلِيمًا

Allah sentiasa Mengetahui akan keadaan mereka.

Allah akan tahu apa yang kamu beri. Dia yang penting untuk tahu apa yang kita lakukan kerana Dia yang akan beri pahala dan beri balasan, bukannya manusia.

Apakah bebanan yang mereka akan tanggung kalau mereka beriman? Ada rugi apa-apakah? Ada bala jatuh atas mereka kah? Tentu tidak ada. Semua ini kerana qarin mereka membisikkan kepada mereka yang mereka akan rugi kalau mereka infak.

Allah Maha Tahu siapakah yang mahu beriman dan beramal dengan kebaikan. Dia tahu siapakah yang mahu kepada kebenaran.


 

Ayat 40: Ayat tabshir

إِنَّ اللهَ لَا يَظْلِمُ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ وَإِن تَكُ حَسَنَةً يُضٰعِفْهَا وَيُؤْتِ مِن لَّدُنْهُ أَجْرًا عَظِيمًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, Allāh does not do injustice, [even] as much as an atom’s weight; while if there is a good deed, He multiplies it and gives from Himself a great reward.

MALAY

Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu). Dan kalaulah (amal yang seberat zarrah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar.

 

إِنَّ اللهَ لَا يَظْلِمُ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ

Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu). 

Baik atau buruk, Allah akan balas. Allah takkan zalim dengan tidak balas. Kalau buat kebaikan, Allah akan balas. Kalau Allah tidak balas, barulah boleh dikatakan Allah zalim, tapi Allah tidak pernah zalim.

Dan dalam ayat yang lain Allah Swt. telah berfirman:

{يَوْمَئِذٍ يَصْدُرُ النَّاسُ أَشْتَاتًا لِيُرَوْا أَعْمَالَهُمْ. فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ. وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ}

Pada hari itu manusia keluar dari kuburannya dalam keadaan yang bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka. Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarrah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula. (Az-Zalzalah: 6-8)

Maka infaklah harta kita kepada orang yang memerlukan, kerana memang tidak rugi pun. Sekecil infak pun Allah akan kira. Satu lagi terjemahan zarrah dalam ayat ini adalah semut merah yang kecil yang selalu digunakan membawa maksud benda kecil dalam bahasa Arab. Kalau infak sekecil itu pun Allah akan balas.

 

وَإِن تَكُ حَسَنَةً يُضٰعِفْهَا

Dan kalaulah (amal yang seberat zarrah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya

Kalau kita melakukan kebaikan yang sebesar zarah, Allah akan gandakan kebaikan itu di akhirat.

 

وَيُؤْتِ مِن لَّدُنْهُ أَجْرًا عَظِيمًا

dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar.

Dan Allah akan balas kebaikan itu dengan pahala dan pahala itu dari sisiNya. Apabila dikatakan dari sisiNya, tentunya ia adalah sesuatu yang besar dan istimewa sekali. Oleh kerana itu, ada yang berpendapat yang dimaksud pahala yang besar adalah syurga.

Dan pemahaman dari ayat-ayat yang lain, kita tahu yang pembalasan yang baik akan diberikan kepada pembuatnya sekiranya mereka melakukannya dengan ikhlas. Oleh itu, hendaklah kita infak dengan hati yang ikhlas. Kerana kalau tidak ikhlas, akan sia-sia sahaja.


 

Ayat 41: Takhwif Ukhrawi

فَكَيْفَ إِذَا جِئْنَا مِن كُلِّ أُمَّةٍ بِشَهِيدٍ وَجِئْنَا بِكَ عَلَىٰ هَٰؤُلَاءِ شَهِيدًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So how [will it be] when We bring from every nation a witness and We bring you, [O Muḥammad], against these [people] as a witness?

MALAY

Maka bagaimanakah (keadaan orang-orang kafir pada hari akhirat kelak), apabila Kami datangkan dari tiap-tiap umat seorang saksi (iaitu Rasul mereka sendiri menjadi saksi terhadap perbuatan mereka), dan Kami juga datangkan engkau (wahai Muhammad) sebagai saksi terhadap umatmu ini?

 

فَكَيْفَ إِذَا جِئْنَا مِن كُلِّ أُمَّةٍ بِشَهِيدٍ

Maka bagaimanakah, apabila Kami datangkan dari tiap-tiap umat seorang saksi 

Bagaimana nanti keadaan orang-orang kafir itu pada waktu itu? Waktu dunia sudah hancur dan manusia waktu itu berhajat sangat kepada pahala amal kebaikan mereka dulu. Tapi bagaimana kalau semua umat dikumpulkan bersama Nabi mereka masing-masing, Allah akan tanya Nabi mereka adakah mereka telah dakwah kepada umat mereka?

Ini seperti pengertian yang terkandung di dalam ayat lain, yaitu firman-Nya:

وَأَشْرَقَتِ الْأَرْضُ بِنُورِ رَبِّها وَوُضِعَ الْكِتابُ وَجِيءَ بِالنَّبِيِّينَ وَالشُّهَداءِ

Dan terang benderanglah bumi (padang mahsyar) dengan cahaya (keadilan) Tuhannya; dan diberikanlah buku (perhitungan perbuatan masing-masing) dan didatangkanlah para nabi dan saksi-saksi. (Az-Zumar: 69), hingga akhir ayat.

Tentu para Rasul itu akan kata yang mereka sudah sampaikan. Waktu itu apakah alasan mereka lagi?

Dalam riwayat, ada disebut bagaimana umat-umat yang kufur degil itu akan berbohong dengan mengatakan yang Nabi dan rasul-rasul itu tidak sampaikan pun. Kemudian para Nabi dan rasul itu akan mengatakan yang hujah mereka ada pada umat Nabi Muhammad.

 

وَجِئْنَا بِكَ عَلَىٰ هَٰؤُلَاءِ شَهِيدًا

dan Kami juga datangkan engkau (wahai Muhammad) sebagai saksi terhadap umatmu ini?

Dan Nabi Muhammad pun akan jadi saksi tapi baginda akan menjadi saksi kepada seluruh umat baginda. Ada yang mengatakan kalimah هَٰؤُلَاءِ (mereka) itu bermaksud manusia yang ada pada zaman Nabi Muhammad. Tapi ada juga yang mengatakan umat baginda hingga akhir zaman. Ini adalah kerana akan ditunjukkan amal ibadat umat baginda kepada baginda nanti.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah menangis dan mengatakan pada Ibnu Mas’ud ‘cukup, cukup’ saat membaca ayat ini.

Dari Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, dia berkata,

قَالَ لِى النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم – « اقْرَأْ عَلَىَّ » .قُلْتُ آقْرَأُ عَلَيْكَ وَعَلَيْكَ أُنْزِلَ قَالَ « فَإِنِّى أُحِبُّ أَنْ أَسْمَعَهُ مِنْ غَيْرِى » . فَقَرَأْتُ عَلَيْهِ سُورَةَ النِّسَاءِ حَتَّى بَلَغْتُ

( فَكَيْفَ إِذَا جِئْنَا مِنْ كُلِّ أُمَّةٍ بِشَهِيدٍ وَجِئْنَا بِكَ عَلَى هَؤُلاَءِ شَهِيدًا )

قَالَ « أَمْسِكْ » . فَإِذَا عَيْنَاهُ تَذْرِفَانِ

“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata kepadaku,

“Bacalah Al Qur’an untukku.”

Maka aku menjawab, “Wahai Rasulullah, bagaimana aku membacakan Al Qur’an untukmu, bukankah Al Qur’an diturunkan kepadamu?”

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Aku suka mendengarnya dari selainku.”

Lalu aku membacakan untuknya surat An Nisaa’ hingga sampai pada ayat (yang artinya), “Maka bagaimanakah (halnya orang kafir nanti), apabila Kami mendatangkan seseorang saksi (rasul) dari tiap-tiap umat dan Kami mendatangkan kamu (Muhammad) sebagai saksi atas mereka itu (sebagai umatmu)” (QS. An Nisa’: 41).

Beliau berkata, “Cukup.”

Maka aku menoleh kepada beliau, ternyata kedua mata beliau dalam keadaan bercucur air mata.” (HR. Bukhari no. 4582 dan Muslim no. 800).

Nabi Muhammad menangis semasa dibacakan ayat ini kerana ia sangat menyentuh hati baginda kerana ada sangkut dengan baginda. Baginda terkenang yang baginda akan menjadi saksi terhadap mereka. Nabi akan jadi saksi samada kita menegakkan dakwah Nabi.

Dalam hadis ada disebut bagaimana Nabi sebut yang baginda akan jawap sebagaimana Nabi Isa jawap. Iaitu baginda boleh jadi saksi semasa hidup di kalangan mereka sahaja. Selepas baginda mati, Allah sahaja yang mengawasi mereka.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 16 Ogos 2018

Ringkasan Surah Nisa’


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Mutiara al-Qur’an

Tafsir Ibn Kathir

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Maariful Qur’an, Mufti Shafi Usmani

Ulangkaji : Diam, Biarkan Allah Yang Selesaikan Masalahmu - Ust. Hanan Attaki, Lc 9.20 am

 

Tuesday, 17 March 2026

Ulangkaji : Diam, Biarkan Allah Yang Selesaikan Masalahmu - Ust. Hanan Attaki, Lc

 

Selasa, 10 Februari 2026

Ulangkaji : Diam, Biarkan Allah Yang Selesaikan Masalahmu - Ust. Hanan Attaki, Lc

 

AN-NISA AYAT 100...

Sunday, 8 February 2026

  UPDATE : 9/2/26 BERSAMAAN 28 SYAABAN 1447 H. 

Saturday, 11 October 2025


MaasyaaAllah
 Allah hantar Engkau mengajarku,Sahabatku. 
Terima kasih.  Diam adalah pembela diri.  Syukur Robbku .
Sahabat , dikau memang hebat banyak daku belajar dari kealpaanku.  TQ


Amazingnya diam itu dalam Al Quran..
Diam kalau kita lakukan tepat maka diam akan jadi jalan munculnya keajaiban. Jadi jalan munculnya keajaiban.  Kalau Allah bela kita ada berbagai cara, maka cukup diam biar Allah yg bela kita perlu sedar bahawa Allah yang menggenggam hati manusia.
Dalam Al Quran Allah ajar kita diam akan menyelesaikan masaalah lewat diam.
Ada orang yang mahu mennyelesaikan masaalah kita dengan diam dan  jadi  smart  dengan diam.  Mari kita bahas dari sudut kejadian harian.   Narasinya sama...kata Nabi yang paling banyak orang masuk Neraka ...mulutnya dan kemaluannya. atau nafsunya.

Saya yakin kita dapat selesaikan masaalah kita dengan diam...Nabi tidak menyelesaikan masaalah dgn isteri dengan hadith...hihi...
Nabi ngomong sama Allah dgn Jiobril dan Allah.
Akhirnya turunkah ayat2 menegur isteri2 nabi

Diam itu solusi.  Jangan libatkan media sosial .   Saya akan update untuk mereka  baca.  saya offkan komen agar tidak menyenyebabkan kontroversi.   Diam itu  solusi,bela diri yg affectif...ternyata diam...
Kita baca diam dlm surat Mariam
Adigan diamnya Nabi Zakaria.  Diam nya Surat Mariam(19) Ayat 10. . 


Zakaria, kamu diam dan jangan cakap dengan manusia kecuali zikir.  Allah mahu Zakaria  diam dan zikir.  Mengingat Allah pada waktu pagi dan malam.  Boleh zikir membaca ayat2 Allah tetapi tak boleh bercakap setelah 3 hari maka Zakaria mendapat jawapan dia akan mendapat zuriat.
Allah akan berikan rezeki ,kemudahan reward yang berlipat2.  Jadilah ayat al Quran sebagai  pedoman.  Pilihlah sikap diam demi Allah makbulkan hajat kita. 
"Sombong kepada orang yang sombong adalah sedekah Ustaz Abd Somad...
 Saya pula ...udahlah diamin aja  Saya percaya bangat, dengan diam...maka  saya sabar untuk diam...Hebatnya Ustaz Hannan Attaqi ini...ya betul dikau jadi lebih muda.  Hebat...Mari kita tidak diam...
Saya tak hirau komen di media sosial.  Baca komennya...tapi saya abaikan...2 hari baru khatam...mencuba lagi belajar...Kerana Allah kisah kan kisah Zakaria dll.   Bela diri dengan diam.  Mencoba lagi belajar. Yakin diam itu keajaiban kerana kisah Zaklaria dan Mariam...

Kisah Saidah Maryam ada di ayat 26,




                                                             
                                                                    
                                                            Hebatnya Nabi..
Hafsah daku rujuk...Allah turunkan ayat agar Rasullullah merujuk Hafsah... Maka Turun ayat di Surah Talaq.   Semua itu adalah kerana dengan diamnya Hafsah. 
Ya Abu Bakar...Baca ayat2 ini...Maka Abu Bakar bercakap dengan Rasul ...Rasulpon tak Ngomongnya dgn Abu Bakar..  Hafsah tolongin dong...Kalian...Ni yang Omar marah..
2 kali kata2 Umar yang di ulang allah...
Kalau kalian tak minta maaf kepada Nabi nescaya Allah akan suruh Rasullullah ceraikan kalian...  Kesemua Isteri2 Rasullullah meminta maaf kepada Rasullullah.  Ya Rasullullah.  Bicara dong...Apakah Engkau ceraikan mereka semua.....Allah huakbar...Allahhuakkbar...Semua Isteri2 Nabi sujud Syukur.
Hafsah jemput Nabi untuk makan2...Mereka pon Hidup pahagia selamanya.  Nabi bagi pelajaran yg paling berharga.

Bahkan Nabi SAW juga pernah bersabda:

 هَلَّا إِذَا رَأَيْتَ مَا يُعْجِبُكَ بَرَّكْتَ

Khamis, 29 Januari 2026

 Bahkan Nabi SAW juga pernah bersabda:

هَلَّا إِذَا رَأَيْتَ مَا يُعْجِبُكَ بَرَّكْتَ

Maksudnya: “Alangkah baiknya jika kamu melihat apa yang kamu kagum, kamu doakan keberkatan buatnya?”

[riwayat Ahmad].

DENGARLAH GEMALA HATI 9.12am

 

Saturday, 28 March 2026

DENGARLAH GEMALA HATI 8.10AM

 DENGARLAH GEMALA HATI    8.10AM

Monday, 23 March 2026

 

Kucurah Kasih Dalam Lagu 9.12am

 

Thursday, 19 March 2026

Kucurah Kasih Dalam Lagu

  Lagu Kenangan Seumur Hidupku.  Rabbku Kau Maha Mengetahui Isi Hati Manusia.

Tuesday, 21 May 2024

Kucurah Kasih Dalam Lagu


 Tuan kena percayakan  saya..
." Cinta tak akan padam sampai kita menghembuskan nafas kita yg terakhir" 
Dah banyak dah air mata saya gugur kerana tuan.  Saya redho.   Hari demi hari saya cuba padamkan kenangan,  tapi saya tak mampu.  Kepada Allah saya serahkan.

Broery Marantika ~Seruling DiLembah Sunyi ~Lirik 10.17am

 

Thursday, 19 March 2026

Broery Marantika ~Seruling DiLembah Sunyi ~Lirik

 

Saturday, 23 August 2025

Broery Marantika ~Seruling DiLembah Sunyi ~Lirik



Aku nak pergi makan ...Tiba2 aku teringat Seruling Senja...apa isi lagu ni ya...
Sat lagi aku tengok...Hold on Eni ...aku kena telan ubat dulu... Gaya macam sedap lagu ni...

Sebenarnya pada Skrin komputerku  keluar Serunding orang Tua2..Tetiba aku baca Seruling Senja...Ha ha ha ...Lagu Cinta ni rupanya....Aku rasa Sedap pulak Lagu ni" Lagu lama sangat tak pernah dengar...
Hihihi.."  Seruling Di Lembah Lenggong"  Dulu aku rajin tiup seruling.  Seruling buluh yang panjang dan seruling untuk mencipta Lagu Kanak2
"""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""
Maafkan saya  jika kerana tulisan saya, buat ,hati tuan terluka kembali.  Saya ingat tuan kuat kerana tuan ada segalanya, berbanding saya yg serba kekurangan. Saya ingat tuan boleh saya bawa bergurau . Rupa2nya tuan bukanlah orangnya. Tuan maafkanlah saya.  Saya terima lagu ini  dgn penuh rasa syahdu yang teramat sangat.  Tq dari saya.  

 Tuan kena percayakan  saya..
." Cinta tak akan padam sampai kita menghembuskan nafas kita yg terakhir" 
Dah banyak dah air mata saya gugur kerana tuan.  Saya redho.   Hari demi hari saya cuba padamkan kenangan,  tapi saya tak mampu.  Kepada Allah saya serahkan.

Apa. Khabar..