Ahad, 22 Mac 2026

CARA SOLAT SEPERTI RASULULLAH SAW | Dr Maza

 

Rabu, 18 Mac 2026

CARA SOLAT SEPERTI RASULULLAH SAW | Dr Maza

 

Rabu, 4 Mac 2026

CARA SOLAT SEPERTI RASULULLAH SAW | Dr Maza

 BILA BANYAK DI VIEW...ARTIKEL INI PON BANYAK YG DI BACA DAN JADI POPULAR.  BAGUS . .  TQ DAN SYUKUR.  MOGA BERMANFAAT UNTUK SEMUA.

CARA SOLAT SEPERTI RASULULLAH SAW | Dr Maza

UPDATE  26/2/26 BERSAMAAN 8 RAMADHAN 1447 H.

 UPDATE 18/2/26 BERSAMAAN 30 SYAABAN 1447 H

November 8, 2025


Wuduq tidak boleh berlebihan tapi sempurna.  (Ratakan wuduq)

Mengadap Kiblat...Jihah kiblah...Arah kiblat.

Takbir..."AllahhuaAkbar"  (Allah yang Maha Besar)

Baca apa yg mudah dpd Al Quran. (Mana yang wajib sahaja nabi sebut) Suratul Fatihah.

Hadith sebab Nabi sabda kerana Solat yang salahNabi respond pada lelaki yg solat yg Nabi lihat) Nabi jawab salamnya dan Nabi kata Nabi suruh solat semula kerana kamu belum solat. (sampai 3 kali) 

Sabbabul hurur bil hadith Sebab mengapa haditah itu timbul

"Sempurnakan salam."(Assalamualaikumwarahmatullah)
Sunah bagi salam bila jumpa kembali.

Kemudian kamu roko'...yakni dgn baik
(ada tomakninah) 

Kemudian hendaklah kamu angkat sehingga kamu lurus berdiriBelakangmu...

Kemudian kamu sujud (Dengan tomakninah)

Kemudian kamu bangun dan betul2 dalam antara 2 sujud (tomakninah)

Kemudian kamu sujud sehingga tomakninah dlm sujudmu

Kata para ulamak apabila tahu apa yang salah maka jika masa masih ada perlu solat kembali.   Jika yang lalu   maka Allah ampun yang lepas.  Allah maafkan.

 Tegur terus jangan tangguh2...bisik pelan2...kadang2 orang tak perasan 

Nabi mengajar para sahabah ...Hal2 yang lain ..maknanya lelaki ini telah paham yg lain2nya.

Para ulamak khilaf pendapat...antaranya bacaan Fatihah.  Berdasrkan Jumhur Ulamak maka baca Fatihah di setiap rakkaat.

Solat Taubat...
Antara cara bila kamu membuat dosa dengan Allah maka Solat Sunat Taubat.

Jika ada dosa mengambil harta orang perlu pulangkan kembali hak orang lain.

Eni Keluar Sekejap...Bukan ikut Khairi Jamaluddin...

 

Selasa, 10 Oktober 2023

Eni Keluar Sekejap...Bukan ikut Khairi Jamaluddin...


Keluar sekejap ja, ingat nak mesen rumput. Eh eh...Keluar Sekejap?...macam program Khairi Jamaluddin dengan Shahril Hamdan dalam (Potcast Keluar Sekejap) la pulak.  Ambil mesen rumput...Entah kenapa batri belum cukup. Charge kembali bateri untuk mesen rumput waktu lain.  Daku  sambung dengan menggunting beberapa biji buah rambutan yg masih ada.  Yang tinggal satu ,2 dan 3. Paling banyak 5 dalam satu tangkai. Daku kutip, ketuk buang semut, dapatlah dalm 20 biji lebih ,  Daku sayang tengok buah yang masih tinggal.  Rambutan ini sedap betul tambahan bila dikopek kulitnya dan diletakkan dalam peti sejuk.   Memang sedap.  Krup krup...jadi rapuh isinya.   Tak pernah jumpa buah macam ini.

Setelah ambil buah daku  sambung ambil penyapu sampah.  Daku sapu daun2 pokok jambu yang gugur.   Kali ini daku lihat di atas jalan terdapat buah2 rambutan yang mak dan pak tanam tu banyak yang gugur, daku sapu agar bersih jalan yang nampak hitam kesan dari kulit buah tu.  Sedang sapu tersebut ,rupa2nya ada seekor beruk sedang mengutip buah yg gugur atas tanah.  MaasyaAllah dekat jugak dia dengan ku...Bila ku sedar, daku cuba halau ...Shuh, terkejutnya daku beruk tu menyerang, daku hanya ada penyapu aja di tangan.  Pergi pergi...dia serangku dah hampir sedepa dari hujung penyapuku...Daku jerit sekuat2 hatiku.  Pin! Pin! Pin!.tolong, monyet serang kak Eni..Kuat sangat daku jerit ..dia tak takut pon, bila adikku datang baru beruk  tu lari.   Bukan monyet tapi beruk. Beruk tu memang tak takut pada orang perempuan...Dia hanya takut pada susuk tubuh lelaki aja.  Memang aku menangis ketika tu...menggigil aku...Aku nampak Shah keluar jenguk aja...Malas nak  ambil hal tentang dia..  Jiwa Shah masih sakit.  Aku paham...

Berenti menyapu...adik iparku cakap mari masuk Kak Eni...Daku masuk rumah mereka...masih dalam ketakutan.   "MaasyaAllah memang dia berani menyerang," kataku.  Pin kejar dia lari naik atas pokok rambutanku dan lompat atas bumbung rumah dan terus buat short cut ke belakang rumahku.. Monyet yang beratus2 tu dah tak datang dah, tapi beruk jantan yang seekor ni yang datang...takutnya.

Dah pukul 12 tghari,Sebab aku puasa dan Shah pon puasa, daku tak berkejar nak masak tengahari... tiba2 rasa nak mesen rumput.  Daku ambik mesen rumput dan mesen dalam 6 depa persegi...istilah baru...Depa persegi...hihi...Sepatutnya tak boleh dah sebab matahari dah meninggi. Eh Eh aku teringat pak aku kata padaku dulu' "Ani! jangan nak tebeing  buat tengah2 panaih tu" Oooo baru ku ingat, dari kecil lagi daku suka menyapu halaman tengah panas...Pak Pak...Eni, ingat pak masa ni... Pakku , satu satunya dlm keluargaku panggil aku "Ani" agak ku pakku tak suka panggilan Eni macam orang lain panggil.  Mesti panggilan Eni tu pelik bagi pak...

 Tu sebabnya, kulitku dah dimakan hari. Suka main panas.  Aku dah tak putih lagi dah.  Tapi aku tak kisah.  Kakak ku selalu pesan padaku..."Hang nak ke, esok aku lagi nampak mude pada hang? "  Baru aku perasan kena jaga jugak.  Dia berikan aku toner dia, faundation dia serta krim malam dan siang dia.   Selalunya, anakku yang berikan...bila kakakku yang beri, baru ku rasa ....Hei, mustahak ni, kena ambil berat ni...Aku memang jadi orang kampung betul2 sejak now.  Aku tanam pokok buah2an, anggurpon aku nak trai, Limau Taiwanku berbuah sulung 3 biji aja sebab kurang baja...kesian aku.  Aku tak macam pak dengan mak.  Mereka pandai sangat tanam pokok buah2an.  Buah limau madu, bapakku tanam lebat sampai melentur dahan menyentuh  tanah.  Anak2 pak  yang ramai mewah dengan buah2an yang pak dan mak tanam. 

Apa yang aku nampak anak pak dan mak, hanya abang Halid sorang yang usahakan kebunnya hingga cantik menjadi dusun.   Kakak juga pandai tanam terdapat banyak pokok buah2an di kebunnya yang boleh menghasilkan buah...Tapi malang bagi kakak, ditebangnya pokok2 yang dia tanam...entah apa dalam pikirannya,   Kebunnya  dah tak banyak lagi pokok buah2an macam dulu.  Dulu durian D24 dll...sayang betul.   Arwah abg Halid tanam, telah berhasil memetik buahnya.  Bersedekah sakan dah.  Anak2nya kenalah upah orang lain menjaga kebun abg halid.

 Aku ada 4 pokok limau.  Baru satu yang berbuah.  Aku kena ambil perhatian ni.   Beli baja, Eni...Dulu tu daku letak baja pada pokok mata kucing..Berbuah 4 dahan...bila buah dah besar tunggu masak tupai dah ambil..Aku dapat rasa beberapa biji sahaja.  Manis sangat mata kucing tu.    Memang 'Longan Pingpong'. buah jadi kecil sebab kurang baja.   Yg ku tanam di rumah Taman Jana Setia Taiping, buahnya sangat besar.

Petang masak untuk berbuka puasa.   Daku masak sotong , sayurnya terung ulam kobis dengan sambal tempoyak yg ku buat sendiri.  Beberapa jenis buah termasuk buah rambutanku.  Daku tak masak kuih manis pon sebab Shah kata nak beli..dibelinya bihun goreng aja...Daku goreng mee+laksa pendek...menu baru...sedap sangat bila dimasukkan kucai.  Shah banyak hari tinggal puasa masa dia sakit.   Aku kena tolong bagi dia semangat habiskan khadho dia. Walau hari ni hari selasa...Daku puasa kado masa kecilku kalau2 ada yang tak sempurna.  Khadho untuk bapakku selalu ku buat kerana emakku cerita padaku. Daku pikir ini adalah amanah mak "Eni, Pak banyak tinggal puasa sebab sakit"  Daku banyak khadho puasa untuk pak.  Daku cerita juga kepada anak2 pak yang lain,bantu khado puasa pak...mereka buat atau tak, aku tak pasti, cuma kadang2 adikku Maznah aku ada dengar dia buat untuk pak sebab kami rajin sembang personal...kami akrab dari kecil macam kembar...Aku berhenti buat untuk pak bila anakku anis kata "Mak dah cukup dah tu mak buat untuk Tok Wan".. Sekarang aku buat untukku sendiri disamping Isnin Khamis dan kadang2 hari putih.  Aku suka puasa sebab badan jadi sihat bila berpuasa...Allah anugerahku macam tu ...Syukur juga.  


Diari Isninku end disini...hihi ,..sepatutnya ini Diari selasaku.                                                            Malas nak ukur darah tinggiku harini sebab satu bateri AA, daku pinjamkan untuk jam...nanti beli lain sebagai ganti...


TAPAQ KING IKAN BAKAR UNTUK MAKAN MALAM.

 

Ahad, 29 Disember 2024

TAPAQ KING IKAN BAKAR UNTUK MAKAN MALAM.


Makan malam di Tapaq King Ikan Bakar.


Banyak orang yang datang makan.  Penyediaan makannya agak cepat kerana mereka telah menyesiakan banyak2 tersusun dan kita hanya memilih sahaja apa jenis masakan yang kita mahu.


Cantik pada waktu malam dengan penchayaan yang baik.






Pilihan kita hari ini...Ikan Bakar. Sambal ikan Sotong goreng , Tumis Udang Petai,Sambal belacan Ulam ulaman, gorengan  kentang dan sos.telor masin. Minuman air asam kasturi asam boi.


Mak hanya makan sotong bakar telor masin, dan udang tumis...
Anis dan kakak kena habiskan ikan bakar yang besar tu.
una nampak begitu mengantuk sekali kerana letih sangat berenang. 


Bergambar sebelum makan.  Hmmm.




Huih...nasi banyaknya...Tak habis daku...


Anis ... Meh kita mula makan ...Una dah ngantuk sekali...



Kesian una yang mengantuk sangat...


Perah asam limau.  Anakku komen...Memang sedap ikan bakar kat Umbai lagi, dengan sambalnya.  Sambal kat Umbai lagi mengancam., masin manis dan masam.






 





Pantai Cermin dengan Mangrov...Tidak boleh diambil daun pokok, batu karang ataupon memancing ikan di sini.  Semuanya adalah under protected.



Bergambar di sini sebelum bergerak pergi mencari makan malam...hmmm.


Esok kita mandi lagi...Daku suka berenang.  Masa kecil anak kampong suka main air.


 


Sabtu, 21 Mac 2026

 

Wednesday, 28 May 2025

Marilah kita bersama mendalami Al Quran untuk kita ke Syurga Allah"

 Ya Rabb....Fahamilah kami Al Quran Kitab Allah...Letakkan Quran di depan dan di ikuti dan jangan letakkan Quran di belakang tanpa di ikuti  kerana Quran itu  ialah mukjizat boleh merubahkan manusia yang memahami Al Quran dan ikuti ajaran Al Quran.  Marilah kita bersama Al Quran untuk kita ke Syurga Allah"

Kadang2 kita nampak orang itu bahagia tetapi tak bahagia.  Kadang2 kita melihat orang itu tak bahagia tetapi dia bahagia ;

Kata Rasulukllah SAW 

Jadi yang Allah tengok amalannya tu, kadang2 rumahnya kecil, Allah pandang dia walaupon dia miskin.,tapi orang kaya umahnya besar tapi Allah tak pandang dia ,maka Kebanyakan orang kadang2 jadi hamba orang, hamba nafsu, amalan akan sia 2 di sisi Allah.  Walau rumah kecil. Quran kata " Yaa aiyuhaklazi ku an fusikum waahli naaraa."  Waku yuhanna wal hijarrah.

Wahai orang beriman  jagalah diri kamu ,anak2 kamu daripada api neraka, Allah tak kata,Allah tak kata jagalah diri kamu anak kamu dari kemiskinan...

Allah tak kata jagalah diri kamu dan keluarga kamu dpd penyakit,tapi Allah kata jagalah diri kamu dan anak2 kamu daripada api neraka, tak ada satu yang Allah kata jagalah diri kamu dan ahli2 kamu dari kemiskinan...kenapa Allah tak kata begitu?...sebab miskin bukan lah berdosa,, miskin bukan masaalah kalau miskin tak ada masaalah tapi kalau kaya ,dia tak solat dia berdosa jadi Allah kata kpd kita jagalah daripada musibah yang paling besar, apa musibah yang paling besar tersebut?  bukan miskin tapi api neraka itu...Ramai orang takut miskin tapi tak takut api neraka. sebab itulah ramai orag yang banyak duit kejar dunia" akhirnya dia lupa Allah dia tak jaga dia dia akhirnya dia masuk neraka, jadi yang paling penting apa yang Allah pesan jagalah diri kita dan ahli kita dpd neraka Allah.  Orang sibuk nak jaga kesihatan sampai tak solat, akhirnya dia dapat sihat ,tapi dia masuk neraka.Orang sibuk nak kaya tapi tak solat akhirnya dapat kaya tapi masuk  neraka.  Jadi "jagalah dirimu dan ahli mu daripada nerakaka, tak apa miskin pon sekejap aja, tapi masuk syurga...Jika kita kejar kaya , kaya sekejap ja , masuk neraka ,kekal selama2nya.

Sebab itu ada kisah dalam surah Al Kahfi kisah  Musa dgn Khidir , Khidir bunuh budak kan,  Kenapa dia bunuh budak, budak tu tak berdosapon sampai Nabi Musa sebut" Kenapa kamu bunuh budak yang tak berdosa, tanpa sebab, sebenarnya Khidir bubnuh itu atas arahan Allah..Jadi persoalan nya kenapa Allah suruh Khidir bunuh budak itu?...Sebab allah nak selamatkan budak itu daripada musibah besar, ...apa dia?...api neraka...mungkin mak bapak dia sedih sekejap, tapi bila tapi di akhirat bila dia tahu kenapa anaknya di bunuh ..dia akan bersyukur kepada Allah.  Kenapa dia bersyukur ,walaupon hilang anak ?  Sebab...anak di selamat dari neraka...dia akan jumpa anaknya dalam syurga.  Jadi sabar sekejap saja...kalau kita sabar tak rugipon...dapat pahala tanpa jhad.Jadi nak sayang kepada kepada kita...Allah bukan bagi duit tapi allah bagi pahala sabar...Ramai orang duit banyak tapi pahala tak banyak...bila mati...dia mintak balik kedunia nak cari duit ke nak cari pahala?   Allah bagi anak sakit dan allah bagi pahala "Sabar"

Dalam satu hadith Nabi SAW...yang membawa maksud:   Nabi kata ...bila llah sayang pada seseorang , Allah uji ..apa makna uji?...Allah bagi susah.  Tengok ya ...Bila allah sayang , Allah bagi susah.  bukan allah sayang , Allah bagi duit.  bukan allah sayang allah bagi sihat tak.....Allah bagi susah sebenarnya Allah nak bagi benda yang sangat mahal itu iaitu;  Faizza Rajja....Kalau dia redho dgn susah tu dengan penyakit tu' DIA DAPAT REDHO ALLAH'  Mana kita nak?  kita sihat Allah tak redho dgn kita sakit tapi Allah tak redho. Mana kita nak?...Orang beriman dia fikir Allah.bukan fikir dia nak... tidak!!!! dia fikir apa yang Allah suka.

Allah nak ...bila aku sakit aku redho dan bila aku sabar Allah bagi ganjaran...Bila Jika kita tak dapat redho Allah...Jadi ini adalah satu tanda Allah sayang pada keluarga yang sakit ini, dan Allah datangkan kta semua dari jauh tandanya Allah sayang.  kalau allah Kalau allah sayang pada seseorang Allah bagi tahu pada malaikat...Wahai malaikat Kau sayag pada Si Fulan.  Maka malaikat bagi tahu pada malaikat semua agar sayang pada Si Fulan...si fulan ...maka malaikat akan mendoakan terhadap Si Fulan tersebut.


 

Wednesday, 15 October 2025

ika ahli2 Negeri bertakwa kami berkati mereka...


Jika ahli2 Negeri bertakwa kami berkati mereka...
Kita mintak berkat...Kebaikan...Turunnya kebaikan dpd Allah.
Dari segi bilangan RM10 dengan RM100.
Dgn 10 yg berkat Allah bagi kebahagian, keberkatan , ketenangan...
Orang yg memberi dan bertakwa,, kami akan mudahkan nya kepada yang baik...Allah berkati...makan  cukup doa kyusyuk anak2 soleh...bahagia dlm dada.  Kita mendoakan kebarkata.  Amallah sunnah'
Ya Allah lkan mereka pada apa yg Engkau rezekikan kepada mereka.  NSAW tengok musim buah...Ya Allah brrkatkan kpd kami Madinanh ini, dan berkatkanlah buah2an kami...tamar , pada cupak kami , pada gantang kami.... 
Nabi doakan orang2 yg berawal2 Nabi doa supaya berkat..Subuhpon tak mai ke Masjid...
Mailah Subuh di masjid dan Isyak...Nabi doa
Ya Allah aku mintak kebaikan hari...Miantak jauh dpd sedeh dan dukacita...pagi2 mintak..

 

Khamis, 27 Mac 2025

Salam... Selamat berpuasa di akhir Ramadhan,

Berita Kembalinya Sahabatku KeRahmatullah..

 Kita... Entah Bila moga Allah panjangkan lagi umur kita agar dapatlagi  betambah ibadat kita .Aamiin

Khamis, 15 Jun 2023

Berita Kembalinya Sahabatku KeRahmatullah...

Hari ini dapat berita dari muridku menyatakan kawan baikku  Pn Hamimah bt Hashim Pencen Guru Besar  All Saint School Taiping,Isteri En Razak Jamal, PPD LMS satu masa dulu ,menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Sungai Buluh. Sedeh rasanya , beberapa kali airmataku keluar...Arwah kawan baikku, tapi kami lama tak bertemu kerana dengan tugas masing2 hinggalah kami sama2 pencen. Sebelum itu , beberapa tahun dahulu daku terima berita kawan baikku Kak Ani Isteri Cikgu Bahari Guru Besar juga pergi bertemu Illahi...Daku turut sedeh kerana kami memang tak sempat bertemu...Lama sangat.  Kami bertiga sangat akrab...MaasyaaAllah daku sayang Allahyarhamah berdua ini.  Entah bila pula Allah akan menjemputku...

Daku doakan kedua2 sahabatku ini di tempatkan bersama roh orang2 yang soleh...Aamiin...