Jumaat, 6 Mac 2026
Tak Payah Masak...Ayam Mas Percik ada,
Assalamualaikum.
Anakku pulang dgn bawa satu kotak order makanannya.
"Mak ada bau apa ni?"
Dia bawa dekat2 padaku...
"Wow! kataku''
"Ayam Mas Percik" memang kesukaanku. Dah lama anak ku order ...banyaknya halangan. Kedai2 Ayamas kat Bangi semua dah tutup.
Kenapa mereka tutup. Herannya. Daku suka sangat.
Kalao nak bawa Asrama anakku, bawa balik kampung, ajak kawan di Lake garden itulah pilihanku.
Laa hari ni dapat pulak anakku order ...Kedainya nun jauh di Kajang. Hihi ada rezeki daku rehat tak yah masak.
Itik berenang2 maanja...
Ahad, 5 Januari 2014
Itik berenang2 maanja...
Di Taman Shinreen berbasikal dengan menyewa dari penjaga taman dan mengayuh basikal di sekitar taman yang agak luas sangat menyeronokkan. Sampai di tepi tasik yang mana terdapat itik berenang2 manja. Seronok sangat kerana suasana dingin menjadikan kita tidak mudah penat walaupun mengayuh basikal menaiki bukit...hmm menyamankan.
Jepun dalam kenangan. Qurrata dan Aini dekat Tokyo Bay . Shopping.
Baru sampai di Taman Shinrin dengan Qurrata yang pada masa ini dia sahaja tahu berbahasa Jepun.
Mummy Qurrata terpaksa tanya Qurrata nak cakap nak sewa basikal di Taman. Qurrata yang cakap dengan penyewa basikal di taman. Indahnya kanak2 baru Pra Sekolah fasih berbahasa Jepun.
He he he ...Seronoknya main salji. Bukan apa terasa teruja sikit dan kagum dengan keajaiban Illahi...maklumlah kita bukan selalu nak ke negeri 4 musim ni melainkan orang2 kaya dan pelajar2 yang belajar disini. Menurut jiran sebelah merekapun teruja bila salji turun...anak2 mereka bersorak ...yuki!...yuki!... cam tu lah keadaannya.... snow!...snow!...salji....salji...he he he...
Qurata dan Mak Cik di Taman Shinreen
wow sejuknye...Indahnya...Jepun dlm kenangan
Hadith Nabi SAW
Ahad, 16 Oktober 2022
Hadith Nabi SAW
Rasullullah S.A.W bersabda maksudnya,
"Sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (memuliakan dan menghormati) Penuntut Ilmu Agama"
(Hadith Riwayat Tarmizi &Abu Daud)
"Sesungguhnya Allah redho kepada seseorang hambayang makan sekali makanan lalu ia memuji kepada Allah atas makanan itu serta ia minum sekali minuman lalu memuji kepada Allah atas minuman itu "
(Hadith Riwayat Muslim)
PERLU DIKETAHUI Berikut 15 perkara struktur Kaabah yang merupakan keajaipan.
Ahad, 5 Januari 2014
PERLU DIKETAHUI Berikut 15 perkara struktur Kaabah yang merupakan keajaipan.
PERLU DIKETAHUI Berikut 15 perkara merupakan keajaipan yang kurang diketahui ramai tentang struktur Kaabah dari sudut sains
.Ini adalah beberapa petikan yang saya petik dari facebook yang saya rasa baik untuk saya share buat pembacaan kita bersama.
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman.kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itulah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
Langgan:
Catatan (Atom)
Apa. Khabar..
-
Waa bestnya... Beli buku.. Ambil tanda tangan dari penulis... Ustaz Abu Annas Madani...


