Selasa, 2 Disember 2025

Jepun 2002-2003

 

Jepun 2002-2003




                                                        

Tokiwadai dalam kenangan

Tokiwadai dalam kenangan
“Obento” di Jepun”
Oktober 19, 2008
Teringat saya ketika di Jepun selama 3 bulan, mengambil cuti tanpa gaji untuk ke negara matahari terbit itu khusus mencari pengalaman hidup dan mengetahui budaya orang Jepun dari pelbagai segi. Saya selalu ke sekolah tadika anak saudara saya Qurrata Aini yang ketika itu berusia 5 tahun dan belajar di tadika Jepun di Tokiwadai, bandar Itabashi-ku di Tokyo. Setiap hari saya dan kakak saya akan berbasikal ke tadika itu yang dalam bahasa Jepunnya berbunyi “Hoikuen” atau tadika. Setiap hari kami menghantar bekalan tepat jam 11 pagi untuk Aini. Bekalan ini dipanggil ‘obento’ . Makanan yang siap dihias akan dimasukkan ke dalam bekas makanan kemudian dibungkus dengan kain seperti sapu tangan empat segi yang menarik dan cantik. Kemudian diikat keempat-empat bucu kain itu dan dijerut. Obento ini dimasukkan ke dalam beg kecil khas dibuat untuk obento, yang boleh dibeli di pasar raya. Beg ini comel dan dalam pelbagai warna dan design. Bagi orang Jepun obento selalunya dihias cantik. Saya dan kakak saya selalu memikirkan macam mana nak hias obento Aini supaya cantik dan menarik. Kalau kami masak burger ayam (halal, yang dibeli daripada kedai orang Pakistan) kami akan bentukkan daging burger menggunakan acuan pelbagai bentuk. Contohnya bentuk ‘kitty cat’ dalam bahasa Jepun ‘kitty chan” yang comel yang ketika itu amat Aini gemari. Kami akan meletakkan mata kitty itu menggunakan strawberry. Kemudian hidungnya menggunakan biji jagung. Memang comel sekali. Aini beritahu sensei (cikgu)nya cakap “Oishi desene?” atau “Sedap?”. Di Jepun obento amat mustahak. Di sekolah makanan dibekalkan. Baik di tadika, atau di sekolah rendah. Waktu rehat murid-murid akan diberi jadual tugas. Yang menghidang makanan akan memakai apron. Semua sudah faham tugas masing-masing. Jadi setiap kali tiba jadual masing-masing mereka sudah bersiap sedia menghidang makanan di dalam kelas. Menu di sediakan oleh pihak sekolah. Semua tukang masak memakai apron dan memasak berdasarkan menu yang diberi. Kajian lengkap terhadap makanan seimbang dibuat dan di sebelah menu disediakan kalori dan kandungan zat makanan. Sungguh sistematik dan berdisplin. Bagi pelajar Muslim, obento perlu dibawa atau dihantar oleh keluarga. Ketika saya di Jepun, saya pernah menghantar obento Aini. Kakak saya dah ajar saya bahasa Jepun. “Sensei, Aini no obento desu” Saya cakap pada cikgu. Maksudnya “Cikgu, ini bekalan makanan Aini.” Cikgu akan menjawab “Hait, Arigato gozaimas” sambil menunduk hormat dan sopan. Saya rasa sungguh teruja dengan kesopanan mereka. Para guru amat dedikasi. Mereka menghormati semua ibu bapa, tak kira bangsa. Di tadika Aini ada dua orang pelajar asing, Aini dan rakan dari Korea. Cuma Aini saja beragama Islam. Aini saja yang perlu dihantar obento oleh ibunya atau saudara Aini. Nanti saya akan terangkan tentang Hoikuen AIni.






 

Wednesday, 17 January 2024

Afgan - Padamu Ku Bersujud ( Lirik )

 

Tuesday, October 7, 2025

BERUSAHALAH UNTUK BANGUN QIAMULLAIL. NESCAYA KAMU AKAN RASAI NIKMATNYA |...

Isnin, 1 Disember 2025

Maherzain-Sepanjang hidup (Lirik Lagu)

 

Thursday, 21 March 2024

Golongan Yang Dihalau Dari Telaga Nabi SAW | Bukan Semua Perkara Ghaib N...

 

Friday, 5 July 2024 Apa Hukum Dengar Muzik ? Ini Jawapan Ustaz Yang Ramai Baru Tahu

 

Marilah kita bersama mendalami Al Quran untuk kita ke Syurga Allah"

 

Rabu, 28 Mei 2025

Marilah kita bersama mendalami Al Quran untuk kita ke Syurga Allah"

Ya Rabb....Fahamilah kami Al Quran Kitab Allah...Letakkan Quran di depan dan di ikuti dan jangan letakkan Quran di belakang tanpa di ikuti  kerana Quran itu  ialah mukjizat boleh merubahkan manusia yang memahami Al Quran dan ikuti ajaran Al Quran.  Marilah kita bersama Al Quran untuk kita ke Syurga Allah"

Kadang2 kita nampak orang itu bahagia tetapi tak bahagia.  Kadang2 kita melihat orang itu tak bahagia tetapi dia bahagia ;

Kata Rasulukllah SAW 

Jadi yang Allah tengok amalannya tu, kadang2 rumahnya kecil, Allah pandang dia walaupon dia miskin.,tapi orang kaya umahnya besar tapi Allah tak pandang dia ,maka Kebanyakan orang kadang2 jadi hamba orang, hamba nafsu, amalan akan sia 2 di sisi Allah.  Walau rumah kecil. Quran kata " Yaa aiyuhaklazi ku an fusikum waahli naaraa."  Waku yuhanna wal hijarrah.

Wahai orang beriman  jagalah diri kamu ,anak2 kamu daripada api neraka, Allah tak kata,Allah tak kata jagalah diri kamu anak kamu dari kemiskinan...

Allah tak kata jagalah diri kamu dan keluarga kamu dpd penyakit,tapi Allah kata jagalah diri kamu dan anak2 kamu daripada api neraka, tak ada satu yang Allah kata jagalah diri kamu dan ahli2 kamu dari kemiskinan...kenapa Allah tak kata begitu?...sebab miskin bukan lah berdosa,, miskin bukan masaalah kalau miskin tak ada masaalah tapi kalau kaya ,dia tak solat dia berdosa jadi Allah kata kpd kita jagalah daripada musibah yang paling besar, apa musibah yang paling besar tersebut?  bukan miskin tapi api neraka itu...Ramai orang takut miskin tapi tak takut api neraka. sebab itulah ramai orag yang banyak duit kejar dunia" akhirnya dia lupa Allah dia tak jaga dia dia akhirnya dia masuk neraka, jadi yang paling penting apa yang Allah pesan jagalah diri kita dan ahli kita dpd neraka Allah.  Orang sibuk nak jaga kesihatan sampai tak solat, akhirnya dia dapat sihat ,tapi dia masuk neraka.Orang sibuk nak kaya tapi tak solat akhirnya dapat kaya tapi masuk  neraka.  Jadi "jagalah dirimu dan ahli mu daripada nerakaka, tak apa miskin pon sekejap aja, tapi masuk syurga...Jika kita kejar kaya , kaya sekejap ja , masuk neraka ,kekal selama2nya.

Sebab itu ada kisah dalam surah Al Kahfi kisah  Musa dgn Khidir , Khidir bunuh budak kan,  Kenapa dia bunuh budak, budak tu tak berdosapon sampai Nabi Musa sebut" Kenapa kamu bunuh budak yang tak berdosa, tanpa sebab, sebenarnya Khidir bubnuh itu atas arahan Allah..Jadi persoalan nya kenapa Allah suruh Khidir bunuh budak itu?...Sebab allah nak selamatkan budak itu daripada musibah besar, ...apa dia?...api neraka...mungkin mak bapak dia sedih sekejap, tapi bila tapi di akhirat bila dia tahu kenapa anaknya di bunuh ..dia akan bersyukur kepada Allah.  Kenapa dia bersyukur ,walaupon hilang anak ?  Sebab...anak di selamat dari neraka...dia akan jumpa anaknya dalam syurga.  Jadi sabar sekejap saja...kalau kita sabar tak rugipon...dapat pahala tanpa jhad.Jadi nak sayang kepada kepada kita...Allah bukan bagi duit tapi allah bagi pahala sabar...Ramai orang duit banyak tapi pahala tak banyak...bila mati...dia mintak balik kedunia nak cari duit ke nak cari pahala?   Allah bagi anak sakit dan allah bagi pahala "Sabar"

Dalam satu hadith Nabi SAW...yang membawa maksud:   Nabi kata ...bila llah sayang pada seseorang , Allah uji ..apa makna uji?...Allah bagi susah.  Tengok ya ...Bila allah sayang , Allah bagi susah.  bukan allah sayang , Allah bagi duit.  bukan allah sayang allah bagi sihat tak.....Allah bagi susah sebenarnya Allah nak bagi benda yang sangat mahal itu iaitu;  Faizza Rajja....Kalau dia redho dgn susah tu dengan penyakit tu' DIA DAPAT REDHO ALLAH'  Mana kita nak?  kita sihat Allah tak redho dgn kita sakit tapi Allah tak redho. Mana kita nak?...Orang beriman dia fikir Allah.bukan fikir dia nak... tidak!!!! dia fikir apa yang Allah suka.

Allah nak ...bila aku sakit aku redho dan bila aku sabar Allah bagi ganjaran...Bila Jika kita tak dapat redho Allah...Jadi ini adalah satu tanda Allah sayang pada keluarga yang sakit ini, dan Allah datangkan kta semua dari jauh tandanya Allah sayang.  kalau allah Kalau allah sayang pada seseorang Allah bagi tahu pada malaikat...Wahai malaikat Kau sayag pada Si Fulan.  Maka malaikat bagi tahu pada malaikat semua agar sayang pada Si Fulan...si fulan ...maka malaikat akan mendoakan terhadap Si Fulan tersebut.