Ahad, 14 September 2025

Instropeksi...




 

Kekuatan doa...


 

Bukti Jadi Sejarah


 

Tahukah anda...


 

 Aku suka Blog ni tapi ianya dah padat sangst... Tak pa... Banyak ceritaku disini... Dari Shah Alam  ke Sendayan pindah Lenggong dan terus ke Sri Kembangan.. Balik Lenggong balik dan lantas aku dtg ke Bangi...

Tak lama lagi aku akan pulang juga ke tempat asal ku... Cuma lagi buat masa ni daku rasa sedikit takut.  Jika Aripin balik dgn Bah je kampong ya daku rasa kecut juga. 

Daku terap baca Macam2 mada nak tidur tapi kecut tetap ada.  Daku tak takut hantu sumpah... Daku takut orang... Macam2 boleh berlaku jika orang tua tinggal sendirian... 

Tak apalah daku kena menetap disini buat beberapa ketika... Betul kara adik dan kakakku.. Lagi mudah kat sini kerana daku tak di sibukkan untuk bertani... Masa untuk beribadat... Daku berdoa agar di permudahkan Allah tinggal disini. 

I

Bila mereka view ini daku jadi rindu kampong...Ya Rabb sedehnya...

 

Salam Sejahtera 6



Assalamualaikum sahabat yang daku rindui...daku kasihi daku cintai kerana Allah,

Salam sahabat...Daku benar2 letih kerana daku mengerjakan urusanku di luar rumah...MaasyaaAllah daku terpaksa menggadaikan tenagaku 75% sekarang berbanding dahulu hanya 50%....Daku kena kuat.  Daku potong dahan kelapaku sejumlah 3 pelepah kerana ianya menutupi pokok durianku.  Ianya sangat memenatkan.  Daku gergaji menggunakan galah yang ku ikatkan dengan gergaji.   Boleh tahan juga makannya gergaji ini. Daku beli kat Shoppie...Selesai kupotong pelepah kelapa daku menyuci rumput2 di bawah pohon durianku...nasib baik cangkul kecilku membantu...kadangkala daku duduk di atas kerusi dan kekadang tidak...hehehe..".to be smart" daku korek 6 lubang di hujung julai pokok durianku ...daku letakkan baja anggaran diameter 180% (hari ini)...lagi 180% akan ku sambung esok hari.   Daku bancuh baja sejumlah 45 ml , kedalam 5 liter air dan ku siram secangkir kedalam setiap lubang. Lebihannya kusiramkan ke bawah pokok durian yg kucuci dan kupotong rumputnya.

Cuaca hari ini agak redup...daku agak pukul 12.30  daku bajainya...memandangkan ini musim hujan, daku berani melawan syarat2 membaja...InsyaaAllah moga pokokku tidak rosak... Yang menjadikan daku ghairah untuk meletakkan baja kerana...ianya telah berusia 9 tahun...tapi masih belum berbuah...telah lama daku meninggalkan pokok2ku tanpa dilayan...hari hari daku hanya dapat ucapkan salam dan kekadang siram pon daku tak sempat...tu sebabnya daku tamak sgt dengan masa terluang begini...Syukur Alhamdulillah pada pukul 3.00 petang tadi hujan turun...MaasyaaAllah...Tabarakallah...

Kepadatan masaku jugak  membuatkan anggurku yang mengeluarkan tangkai buah mengecut kerana tak sempat daku nak layan...kesian dia...tak apa...daku akan cuba lagi menjaganya di lain masa...

Wassalam...

Bye dulu...

Tanaman di keliling rumah saya yang baru belajar berbuah (Part 1)


Update...Pokok Rambutan yang saya sangkakan rambutan anak sekolah rupa2nya Rambutan Gading... Dah 3 kali berbuah .  Banyak buahnya malah saya sempat bersedekah kepada jiran2 sekeliling rumah saya.  Pernah juga Shah bawa  ke masjid pada masa itu.  Ianya adalah Rambutan Gading.  Penjual pokok2 tu pakai sebut aja nama tu...tapi daku tak menyesal kerana rasanya sedap sangat...Rapuh isinya.  Malahan jika daku kupaskan ia dan letak dalam peti sejuk ...sangatlah sedap.  hihi Syukur.  Menurut Bah adik iparku baru2 ni pokok mastaku atau manggis terengganiu yang rapuh dan sedap dah belajar berbuah.  Ianya perlu di letakkan baja.  haha.  daku asyik lupa aja nak surun pin baja.  tak apalah nanrtti akan ku berikan baja yang cepat berbuah yang ku lihat dalam you tube. 

Pokok  Limau Taiwanku berbuah begitu lebat sekali masa daku balik kampung dulu.  MaasyaaAllah manis buahnya.  Moga Pin dapat jaga dan daku pesan apa yang ada itu ambillah dan jika buah2 berlebihan maka sedekahlah kepada siapa sahaja yang mereka hendak sedekahkan.  

Masa daku tinggalkan dulu pokok mempelam emas hitamku berbunga lebat tetapi pokok itu diserang oleh anai2 akarnya , makanya ia sujud menyembvah bumi tanpa sempat menghadiahkan daku buahnya.  Adoi sayang sungguh...Daku memang suka mempelam"Emas Hitam"  sekarang daku tak pernah berjumpanya.  Dulu masa daku tinggal di Sendayan, banyak buah ni di jual di Negeri Sembilan.  Di Bangi daku tak pernah lihat buah tu...Hmmmm...kecewanya daku...

Harap pokok avokadoku boleh berbuah juga nanti.  InsyaaAllah.  Pokok merapuh  (Kundang Thailand)  pon sepatutnya dah berbuah. tap[i entahlah...mungkin satu hari nanti dia berbuah juga agaknya.  Pokok Cempedak durianku berbuah.  MaasyaaAllah buahnya mempunyai isi yg besar ulasnya dan manis tak terperi.  .

Daku kena balik bila2 nanti kerana daku rasa rindu sangat kepada pokok2 di keliling rumah kecilku...Hmmmm....Rindunya aku...  haha daku teringat pulak tentang pokok Longan pingpong Hibrik ...dah berbuah tetapi ruginya ia  diserang oleh monyet2...di sekitar hutan yang datang.  Pemerintah berdosa sebab mereka tak menjaga keselamatan tanaman orang2 kampong dengan membasmikan monyet2.   Macam mana lah orang2 kampong nak dapat hasil jika serangan dari binatang2 ini masih berleluasa.  

Daku dapat tahu monyet2 yang di tangkap di pinggir bandar yang di arahkan di hantar ke pulau2 tidak pon di hantar ke sana kerana ada pekerja yang tak amanah hanya melepaskan monyet2 itu dalam perjalanan ke Grik.  Alertlah pemerintah...dikau akan di tanya Allah nanti...Sudahkah dikau smart   (smart in everything)  dalam menjaga rakyatmu?  Sudahkah amanah mu kamu jalankan dgn betul. Tanggungjawab sebagai pemerintah itu BESAR sangat...Jika monyet masih berleluasa bagaimana orang2 kampung hendak menikmati hasil tanaman mereka? Fikir2kanlah wahai pemerintahku.  Allah akan tanya dikau nanti di MahsyarNya.    Sudahkah tanggungjawabmu kau tunaikan ?