Rabu, 6 Ogos 2025

Fauziah tegur ku di facebook hari ni.

 Selasa 6/8/25

Harini daku tak boleh tidur macam hari2 biasaku dulu.  Bila daku tak boleh tidur daku sengaja taip perbualklanku dengan Fauziah.  Fauziah ni sangat baik dengan ku.  Daku kenal dia pon tadi bila dia sebut dia adik Mat.    

Daku masuk ke facebook sekejap kerana ada hal penting.

Gie Fauziah Mohd Isa menyapaku.  Meskipon dah bertahun daku tak masuk, tapi harini Fauziah tegur.  Dia bagi nombor telefonnya dan minta daku call dia tapi tak jelas.  Makanya daku ynag kena call dia balik.  Hmm jelas bunyinya.   Daku rasa mungkin telefonku yang buat hal.  Fauziah dah tidak duduk di Bangi lagi dah.  Dia dah berpindah kerumah anak2nya.

Menurut Fauziah Khairiah pon begitu.  Khairiah ,katanya takut tinggal bersendirian .

Masing2 tinggal bersama anak.   Kata Fauziah Hatipah pon tinggal di rumah anaknya.

Fauziah cakap pasal Ainal Akmar.   Ainal Akmar dan kahwin baru2 ini.  Lama dia bersendirian.  Bila anak2 dah lepas dalam usia ku ini Ainal Kahwin.  Mungkin Ainal Kahwin dengan dia agaknya.  Aku tak mahu sedeh, biarlah kawanku gembira.   

Kawan baikku Zakiah bt Kamaruddin telah meninggal dunia.  Moga Rohnya di tempatkan bersama orang2 yang soleh.  Baiknya Zakiah denganku sebagaimana baiknya Kak Ani dan Kak Hamimah denganku dulu.  Terlalu baik Zakiah dgn ku dulu.  Sedeh rasanya.  Zakiah mengidap penyakit kanser.  MaasyaAllah.  Aku masih boleh bersyukur daku tidak ditimpa oleh penyakit bahaya.  Syukur Rabbku. 

Fauziah cakap padaku Yati juga dah meninggal dunia.  Daku tak boleh recall siapakah Yati itu.  Daku doakan Yati di tempatkan bersama dengan orang2 soleh di sana.  Aamiin.   

Masitah yang tinggal di Bukit Sapi dahulu itu sekarang ini tinggal kat Cheras.  Masitah selalu datang ke Asrama RISDA , semasa daku menjadi Warden Asrama Risda.  Bila dia datang ,kami selalu menyicah buah betik dengan sambal belacan.   Teringat dikau Masitah.  

Ainalpon selalu datang juga.  Ainal  datang berjumpaku selalu semasa daku di Lenggong.  Masa tu daku masih dengan Shah.  Bila daku sendiri, daku rasa cuak juga hidup sendirian , makanya daku datang tinggal dengan anakku.  Sukar lagi berjumpa kawan2ku dulu.,...

2B continue....







Kuatkanlah aku menghadapi sebarang masaalah,

 Ya Rabb...Kuatkanlah aku menghadapi sebarang masaalah, kesedihan yang kau timpakan agar aku redho terhadap sebarang yang kau timpakan kepadaku.  

Ya Rabb Mungkin aku bersalah kerana menganggap muzik boleh dan kau anugerahkanlah pencerahan yang jitu agar aku menjadi hambamu yang baik..  Jika daku ikut Ustaz Basalammah makanya daku tak boleh langsung meletakkan bunyi "ring tone" yang ada sekarang.  Itu menurut Ustaz Shihabuddin pon pendapat Dr Maza juga begitu.  Kau bagilah daku panduan agar aku tidak khilaf lagi.



MEMAHAMI BACAAN DALAM SOLAT - Siri 23 🚨🔊‼️ - Ust Abd Muein Abd Rahman

MUHASABAH MALAM IINI


Orang mukmin melihat dirinya sendiri dalam cermin saudaranya, begitu juga saudaranya melihat dirinya pada saudaranya, demikian itu terjadi kerana hadirnya asma ilahi pada diri setiap mukmin. Allah Ta’ala berfirman:


انما المؤمنون اخوة

Sesungguhnya orang - orang mukmin bersaudara.

Sama halnya dengan mukminin yang merupakan satu hakikat jiwa, begitu juga asma ilahiyah yang mengajarkan bahawa semua orang beriman saling bersaudara satu sama lain Allah Ta’ala berfirman:

فأصلحوا بين أخويكم

Maka perbaikilah hubungan antara sesama saudara kalian. Maksudnya adalah iaitu ketika kalian berpecah belah.


SeMUHASABAH MALAM IINI

Orang mukmin melihat dirinya sendiri dalam cermin saudaranya, begitu juga saudaranya melihat dirinya pada saudaranya, demikian itu terjadi kerana hadirnya asma ilahi pada diri setiap mukmin. Allah Ta’ala berfirman:

انما المؤمنون اخوة

Sesungguhnya orang - orang mukmin bersaudara.

Sama halnya dengan mukminin yang merupakan satu hakikat jiwa, begitu juga asma ilahiyah yang mengajarkan bahawa semua orang beriman saling bersaudara satu sama lain Allah Ta’ala berfirman:

فأصلحوا بين أخويكم

Maka perbaikilah hubungan antara sesama saudara kalian. Maksudnya adalah iaitu ketika kalian berpecah belah.

Kredit kepada quotephotovideo 🎗🎗🎗

Selamat Malam Semua 

Kenapa Rasulullah SAW larang tampar muka?


Kenapa Rasulullah SAW larang tampar muka?

Tahukah anda, pada muka manusia ada saraf halus yang sangat penting, dikenali sebagai saraf kranial ketujuh atau saraf muka? Saraf ni uruskan macam-macam — senyum, menangis, rasa makanan, menelan, dan ekspresi wajah kita.

📌 Yang menariknya, bentuk saraf ni seakan-akan tapak tangan, lengkap dengan ‘jari-jari’. Bayangkan kalau kena tampar tepat di situ!

Kesan tamparan pada muka bukan main-main. Ia boleh menyebabkan:

Lumpuh otot muka (Bell’s palsy).

Sukar untuk kunyah atau telan.

Hilang deria rasa dan bau.

Masalah mata berair dan pergerakan mata terganggu.

☝️ Sebab itulah Islam dah ajar lebih awal. Rasulullah SAW pernah bersabda:

"Jika salah seorang daripada kamu memukul saudaranya, maka jauhilah muka."
— Riwayat Muslim

💡 Lihat betapa Islam mendahului zaman! Larangan ini wujud jauh sebelum perubatan moden faham betapa bahayanya tamparan ke muka.

Jadi ingat ya — jangan sesekali tampar muka sesiapa, lebih-lebih lagi kanak-kanak. Hargai wajah mereka, lindungi maruah dan kesihatan mereka. 
Lihat Sedikit
SemKom