Rabu, 6 Ogos 2025

Kuatkanlah aku menghadapi sebarang masaalah,

 Ya Rabb...Kuatkanlah aku menghadapi sebarang masaalah, kesedihan yang kau timpakan agar aku redho terhadap sebarang yang kau timpakan kepadaku.  

Ya Rabb Mungkin aku bersalah kerana menganggap muzik boleh dan kau anugerahkanlah pencerahan yang jitu agar aku menjadi hambamu yang baik..  Jika daku ikut Ustaz Basalammah makanya daku tak boleh langsung meletakkan bunyi "ring tone" yang ada sekarang.  Itu menurut Ustaz Shihabuddin pon pendapat Dr Maza juga begitu.  Kau bagilah daku panduan agar aku tidak khilaf lagi.

MEMAHAMI BACAAN DALAM SOLAT - Siri 23 🚨🔊‼️ - Ust Abd Muein Abd Rahman

MUHASABAH MALAM IINI

Orang mukmin melihat dirinya sendiri dalam cermin saudaranya, begitu juga saudaranya melihat dirinya pada saudaranya, demikian itu terjadi kerana hadirnya asma ilahi pada diri setiap mukmin. Allah Ta’ala berfirman:

انما المؤمنون اخوة

Sesungguhnya orang - orang mukmin bersaudara.

Sama halnya dengan mukminin yang merupakan satu hakikat jiwa, begitu juga asma ilahiyah yang mengajarkan bahawa semua orang beriman saling bersaudara satu sama lain Allah Ta’ala berfirman:

فأصلحوا بين أخويكم

Maka perbaikilah hubungan antara sesama saudara kalian. Maksudnya adalah iaitu ketika kalian berpecah belah.

SeMUHASABAH MALAM IINI

Kredit kepada quotephotovideo 🎗🎗🎗

Selamat Malam Semua 

Kenapa Rasulullah SAW larang tampar muka?

Kenapa Rasulullah SAW larang tampar muka?

Tahukah anda, pada muka manusia ada saraf halus yang sangat penting, dikenali sebagai saraf kranial ketujuh atau saraf muka? Saraf ni uruskan macam-macam — senyum, menangis, rasa makanan, menelan, dan ekspresi wajah kita.

📌 Yang menariknya, bentuk saraf ni seakan-akan tapak tangan, lengkap dengan ‘jari-jari’. Bayangkan kalau kena tampar tepat di situ!

Kesan tamparan pada muka bukan main-main. Ia boleh menyebabkan:

Lumpuh otot muka (Bell’s palsy).

Sukar untuk kunyah atau telan.

Hilang deria rasa dan bau.

Masalah mata berair dan pergerakan mata terganggu.

☝️ Sebab itulah Islam dah ajar lebih awal. Rasulullah SAW pernah bersabda:

"Jika salah seorang daripada kamu memukul saudaranya, maka jauhilah muka."
— Riwayat Muslim

💡 Lihat betapa Islam mendahului zaman! Larangan ini wujud jauh sebelum perubatan moden faham betapa bahayanya tamparan ke muka.

Jadi ingat ya — jangan sesekali tampar muka sesiapa, lebih-lebih lagi kanak-kanak. Hargai wajah mereka, lindungi maruah dan kesihatan mereka. 
Lihat Sedikit
SemKom

Apa. Khabar..