Rabu, 11 Jun 2025
SS Dato' Dr Asri -Soal Hidayah Tidaklah Sangat Terkait Dgn Kecerdikan Ma...
Tentang agama jangan takut ...jangan Play Safe...jadi macam Assabiqulal awallun...
Ya Allah sayangkanlah kami Iman dan berikanlah kami Iman...
Jangan engkau tinggalkan kami
Rasullullah pesan kepada Muaz... Larangan sunat yg sangat di galakkan...Kalau boleh jangan tinggal
Allah hummaa inni ala zikrika ...wasyukrika wahusni ibadatika....
Ya Allah tolong aku mengingatiMu , bersyukur kepadaMu dan beribadat kepadaMu.
Doa Nabi Yusuf..."Matikan aku sebagai Muslim dan masokkan aku di kalangan orang soleh"
DrMAZA-Doa iktidal|Perkataan hambaNya yg paling benar..
Jangan kau puji orang politik berlebih-lebihan dan bela dia berlebih
lebihan...salah itu disisi agama. Kita akan menyesal. Yakinlah tidak
akan beri jika Allah halang dan tidak akan menghalang jika Allah
memberi. Tidak memberi manafaat kedudukan disisimu
kedudukan (harta,pangkat,) kerana yg dapat memberi manfaat
hamba yang soleh . Bersederhanalah dlm hidup ini.
Yg Allah pandang (Wal baqiyatussolihat) Yg kekal adalah hamba yg
soleh...Tiada pujian yang benar hanyalah puji Allah dan Rasul...
Aamiin.
Beberapa gambar yg terjumpa ..semadikan sebelum hilang terpadam...
Di KL ni...! Hujan renyai2. Udara suram...menjelang petang.!
Rasa macam Lenggong ni..Rinduku terubat sebentar...
Ini gambar lama, sebelum hilang terus daku letak sini dulu. On the Way "To Tobu World Square."
Lawanya pokok gondol di belakang tu..seolah2 macam tanduk2 rusa...Huh..Memang Allah jadikan alam ini penuh dengan keunikan. Rabbku daku Bersyukur padaMU...Aamiin.
Adzan di BB Bangi,
Di setiap menjelangnya adzan subuh daku pasti pergi ke tingkap, membukanya dan mendengar adzan. Very lucky hari ini, adzan bergema dari sebuah surau atau masjid sahaja, itu yg pasti. Ianya jelas kedengarannya pada hari ini, kerana lagi 4 /5 surau atau masjid tidak berbunyi adzannya. Daku tak tahu kenapa. Daku suka menjawab adzan dengan memerhatikan keluar jendela lantaran ianya jelas. Kebiasaan ku di sini terdengar dari 4/ 5 surau/masjid... Jadi jawab azan pada mana2 adzan yg kita dgr dgn jelas,
Paling menakjubkan semasa mula adzan berkumandang, serentak dengan itu bunyi burung seakan bunyi burung enggang, berbunyi begitu kuat sekali sambil terbang meninggalkan ruang udara Bangi... MaasyaaAllah... mungkin dia terbang pergi untuk mencari makan... Daku gagal merakamkan nya kerana untuk beberapa minggu ini hilang entah ke mana burung tersebut. Samaada telah berpindah ke tempat lain atau sebagainya.
Sedang adzan berkumandang inilah, daku dapat melihat 3 buah kapal terbang sedang menuju ke arah Lapangan Terbang KLIA. MaasyaAllah... Daku sempat melirik mata ku kepada kapal terbang pertama, kedua dan terus ketiga... Hingga hilang dari pandangan... Daku pasti bila kapal terbang mendarat berduyun yg beragama islam akan menuju ke surau lapangan terbang menunaikan solat subuh jika yang tidak ditunggu oleh keluarga masing2. Hihi... Uniknya kehidupan kita mempunyai Allah yg Maha Kaya... Mereka tiba menjelang subuh... MaasyaaAllah Rabbku... Syukur... Mereka tiba dengan selamat... Inilah cerita subuhku saban hari diiringi dengan satu penceritaan yg menarik bila menjelang adzan.
Dari sini juga kelihatan oleh ku sebuah kereta dan sebuah motosikal besar keluar dari kawasan perumahan di hadapanku membuat u turn ke arah kananku... Yg daku boleh pasti ianya menuju ke surau atau masjid. MaasyaaAllah apa yg daku dapat ingat dari hadith Rasullullah yg menyatakan, "bersaksilah bahawa seorang lelaki yg bersolat insya dan subuh di masjid itu adalah orang orang yg benar2 beriman dan beramal soleh... adalah syurga miliknya." Hadith ini , akan kucari nanti... Daku kadang2 banyak lupa tentang hadith... Maklumlah daku tak bersungguh2 menghafal hadith.. Eni... Bila lagi?.. Bila lagi...?
Rasanya aku pernah mendengar Dr Basallamah mengungkapkan Hadith Nabi lebih kurang seperti berikut" Jika kita dapat menghafal satu hadith adalah seperti mendapat seekor unta merah." Wow itu lah nilainya...Besarnya pahala menghafal hadith RasulMu, Rabbku... InsyaaAllah Rabb ku...Akan kami cuba. Aamiin.
Penceritaan ku di subuh BB Bangi yg permai ini berakhir dgn kesyukuran ku kepadaMU Rabbku. Dapat daku menitip sejarah pagiku yg permai di sini. Bandar yg penuh dgn orang2 Islam sepertimana Bandar Shah Alamku dulu, dlm kenangan...
Bye dulu masa...
Langgan:
Catatan (Atom)
Apa. Khabar..
-
Selasa, 16 Disember 2025 Bicara tentang Kadar ,...itu kekuasaan Allah. Jangan harap pada manusia. Bangi 16/12/25 Bersamaan 25 Jamadila...
-
Untukmu Yang Sedang Dirundung Kesedihan Dan Keputus Asaan - Ust. Hanan Attaki, Lc
-
03-12-2024 SS Prof Dato Dr MAZA : Keynote Speaker | Revelation And Scien...




