Selasa, 15 Oktober 2024
Isnin, 14 Oktober 2024
Breakfast Nasi Lemak terus sebagai makan tghari.
Diet sihat hari ini pecah...sebab Anis beli breakfast di food truck kat tepi hentian Kajang dlm perjalanan balik dari bertemu abah dan adiknya. Anis beli nasi lemak sambal limpa pedas tak manis. Tuan punya Food Truck tersebut adalah orang Kelantan. Boleh buat pilihan ...nak sambal manis atau sambal pedas. Sure anis tak mahu sambal manis Kelantan so ambil yang pedas. Ternyata ianya sedap dan boleh juga lain kali beli di situ jika mahu...hihi. Satu port yg baik..menurut anis Mak Cik ini menjual juga masakan2 untuk makan tengahhari...bagus tu... daku cakap kedai ini boleh tanda rait. Boleh masuk senarai untuk beli makan pagi, pon tengahari. Hari ini mungkin hampir 600kalori, agaknya. Tak pa mlm kami makan sotong kangkung dengan salad...seimbang juga.
Kelmarin berkelah lagi kat Taman Cempaka.. Anis makan ayam berempah dan sayur kangkung goreng . Daku makan masak lemak daging dan sayur kangkung. Sedap juga Gulai Adik di kedai Periok Tanah...Mantap. Lewat sangat, gulai dah hampir habis sebab kami pergi beli buah mempelam , dokong ,jambu dan nona dahulu di gerai tepi jalan. Syukur cukup utk seminggu.
Petang Mandikan baby... Kesian Baby nampak besen purple terus takut....Baby tak suka mandi. Tapi kalau baby mandi , dia akan tidur lena sekali. Baby baby. takut mandi.
Apa. Khabar..
-
Sedap sungguh gulai ikan Pari masak gulai rempah letak bendi. MaasyaaAllah sedap sangat. Syukur Rabbku.
-
Indahnya isteri yang di nafkahi suami. .. MaashaaAllah... janganlah isteri2 tak bersyukur dan tidak taat kepada suami. Jika mereka tidak be...
-
Lama hanya lah hitungan masa...Tak terluntur kenangan indah diantara kitaaaaa. (AKU DAN KAU)
-
Aku nak pergi makan ...Tiba2 aku teringat Seruling Senja...apa isi lagu ni ya... Sat lagi aku tengok...Hold on Eni ...aku kena telan ubat du...



