Semua perlakuan tersebut merupakan doa dan tidak mengundang frekuensi positif, aura dan kecemerlangan. Contohnya apabila anda bercakap tentang keburukan orang lain, kehinaan atau aib orang lain, sebenarnya dari segi Undang-undang Daya Tarikan, ia akan menarik apa yang anda lakukan itu kepada diri anda semula.
Sabtu, 2 Mac 2024
Janganlah kamu mengutuk makhluk yang lain, kerana kutukan itu akan kembali kepada diri kamu.”
Takutlah kepada Allah.
Tersebut dalam sebuah Hadis, Dari RasullullahSAW, baginda bersabda:
"Sesungguhnya Allah mencipta Malaikat. Sayapnya yang sebelah mencapai bumi bahagian timur. Yang sebelah lagi mencapai bumi bahagian barat. Kepalanya di bawah Arasy dan kedua kakinya di dasar bumi ketujuh. Ia mempunyai bulu sebanyak bilangan makhluk Allah. Ketika seorang lelaki atau perempuan daripada umatku membaca selawat kepadaku, maka Allah memerintahkan Malaikat itu agar menyelam kedalam lautan daru Nur di bawah Arasy. Malaikat yang menyelam itu kemudian keluar dan mengibas-ngibaskan sayapnya sehingga setiap bulu menitis setitis Nur. Daripada setiap titisan itu Allah menjadikan Malaikat yang memohon keampnan bagi orang tersebut sampai hari Kiamat."
Setengah hukama mengatakan, "Keselamatan jasad pada sedikitnya makan. Keselamatan roh pada sedikit dosa. Dan keselamatan agama terletak pada membaca selawat kepada 'Khairil Anam' (Muhammad SAW)."
Allah SAW berfirman:
"Wahai orang-orang yang beriman, takutlah kepada Allah! Dan hendaklah (tiap-tiap) orang memperhatikan apa yang diusahakan besok(hari kiamat).Takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan"
(Q.S. Al Hasyr:18)
Sesungguhnya Malaikat, langit, bumi, siang dan malam. Pada hari Kiamat, mereka sebagai saksi atas apa-apa yang dilakukan oleh manusia. Baik atau buruk taat atau maksiat. Bahkan seluruh abggota badan akan mempersaksikannya . Bumi memberi kesaksian bagi mukmin dan zahid, seraya berkata, " Dia telah bersolat,berpuasa , berhaji dan berjihad atas ku" Maka legalah mukmin yang zahid itu. Ia memberikan juga kesaksian atas orang kafir dan orang derhaka sambil berkata" Di atas kua dia mushrik,penzina, minum arak dan makan haram" Bumi itu akan membantah pengelakannya ketika dihisab.
Orang mukmin adalah orang yang takut kepada Allah dan seluruh anggota badannya, Sebagaimana Abul-Laits telah berkata,
"Tanda takut kepada Allah itu kelihatan dalam tujuh perkara."
Pertama , pada lisannya. Dia menghindarkan daripada dusta, ghibah,menyebar fitnah,berbual kosong dan banyak bercakap. Malah menyibukkan diri dengan zikir, membaca Al Quran dan muzakarah ilmu.
Kedua, pada hatinya. Dia membuang rasa pemusuhan, kebodohan dan kedengkian terhadap sahabatnya. Lantaran kedengkian dapat menghapuskan kebaikan. Sebagaiman Rasullullah SAW telah bersabda:
"Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu."Ketahuilah hasad itu penyakit hati yang amat berbahaya. Tidak ada ubat untuk penyakit hati selain dari ilmu dan amal."
Ketiga, pada pandangannya. Maka dia suka memandang pada makanan, minuman, pakaian, atau hal-hal lain yang haram. Tidak pula terpikat kepada dunia tetapi dia memandang dengan mengambil iktibar. Rasullullah SAW telah bersabda:
Barangsiapa memenuhi matanya dengan perkara haram maka Allah akan memenuhunya daripada api pada hari Kiamat"
Jumaat, 1 Mac 2024
Apa. Khabar..
-
Waa bestnya... Beli buku.. Ambil tanda tangan dari penulis... Ustaz Abu Annas Madani...