Jumaat, 5 Januari 2024

"Geng Subuh Macam Jumaat, Tahniah Alif Satar." - Ustaz Dato' Badli Shah ...



Buat kekasih...  "Syoknya ke Masjid"

Syok...asal perkataan Arab.  Syauq.

Makam Shauq.  : Makam rindu.

Shauki ilai ka kabir:   Rinduku padamu sangat besar

Ana mustaqhkul lagk  :  Saya sedang rindu pada kamu

Ahmad Shauqi:   Ahmad Kerinduanku.


Shauki ilai ka kabir:  Rinduku padaMu sangat besar.
Ana mustaqhkul lagk:  Saya sedang rindu padaMU.


Semenjak kucing naik haji,
Banyak tikus datang sembahyang.
Orang yg jaga Agama ..solat malam jgn tinggal

Nabi tak tinggal 7 perkara ini.
1) Nabi Tak tinggal Tahajjud
2) Nabi tak pernah tiada wuduk
3) Nabi istighfar setiap masa 
4) Nabi tak tinggal sedekah setiap hari
5) Nabi tak tinggal solat dhuha dan witir bahkan wajib              dhuha dan witir
6) Nabi tak tinggal baca quran 
7) Nabi tak tinggal solat Jemaah di Masjid


Indikator pemakmor Masjid a

Respond Dr MAZA Isu Alif Satar Kempen Subuh

Shauki ilai ka kabir

Muzammil Hasballah Ad Dhuha

Shauki ilai ka kabir

Perkara yang Dipelajari oleh Imam As-Syafie daripada Ahli Tasawwuf - Dr ...

Menjana Pelaburan dalam Kehidupan Agar Menjadi Penyumbang Akhirat - Dr Z...

#Shauki ilai ka kabir#

Khamis, 4 Januari 2024

Malaikat (Mukashafah Al-Qulub) Imam Ghazali

#Shauki ilai ka kabir#      

Malaikat.

Tersebut dalam sebuah Hadis, Dari Rasullullah SAW, Baginda bersabda:" Sesungguhnya Allah mencipta Malaikat.Sayapnya yang sebelah mencapai bumi bahagian timur. Yang sebelah lagi mencapai bumi bahagian barat. Kepalanya di bawah Arasy dan kedua kakinya di dasar bumi ketujuh. Ia mempunyai bulu sebanyak bilangan makhluk Allah. Ketika seorang lelaki atau perempuan daripada umatku membaca selawat kepadaku, Maka Allah memerintahkan Malaikat itu agar menyelam kedalam lautan dari Nur di bawah Arasy. Malaikat yang menyelam itu kemudian keluar dan mengibas-ngibaskan sayapnya sehingga setiap bulu menitis setitis Nur. Daripada setiap titisan itu Allah menjadikan Malaikat yang memohon keampunan bagi yang tersebut sampai hari Kiamat"

MIMPI RASULLULLAH S.A.W

#Shauki ilai ka kabir#


 Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

“Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan……..”
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
BERSABDA RASULULLAH SAW: “SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT”
Antara Sifat-Sifat Rasulullah s.a.w yang patut di contohi :-
- Paling penyabar
- Tidak sombong
- Tawaduk dan Tenang
- Tidak terganggu dengan urusan dunia
- Paling berani, paling adil dan paling menjaga diri.
- Sangat pemalu – tidak tetap pandangannya pada muka seseorang
- Mengasihi umat dan menyayangi ahli bait (keluarga) dan sahabatnya.
- Suka menunaikan pelawaan/undangan hamba sahaya dan orang merdeka
- Tangan Baginda tidak pernah menyetuh wanita yang bukan hambanya atau – - muhrimnya.
- Baginda adalah manusia yang pemurah, suka bersedekah apa yang ada pada dirinya.
- Makanannya hanyalah tamar dan syair, selebihnya adalah untuk jalan fiisabilillah
- Menampal sandalnya, kainnya dan mengurus kepentingan keluarganya.
- Lebih mengutamakan orang lain daripada diri baginda sendiri.
- Tidak pernah meminta pertolongan orang-orang musrik
- Menerima hadiah walaupun seteguk air/sepaha arnab
- Baginda akan membalas hadiah yang diterima.
- Baginda tidak memakan harta sedekah.
- Makan tanpa bersandar dan tanpa meja
- Baginda akan berhenti makan sebelum kenyang
- Paling beradab ketika makan dan menghadap hidangan
- Suka berpuasa, mengikat batu pada perutnya apabila lapar
- Saputangannya adalah kedua telapak kakinya.
- Bercincin perak di jari manis kanan dan kiri
- Menyukai kebersihan dan bau-bauan
- Berkenderaan kaldai dan unta
- Mengunjungi orang susah dan sakit
- Memuliakan orang-orang berakhlak
- Pembela golongan lemah dan wanita
- Memuliakan tetamu dan jiran tetangga
- Suka menasihati dan member tunjuk ajar
- Berbuat baik dengan golongan bangsawan
- Tidak takut kepada raja kerana kerajaannya
- Duduk dan makan bersama orang-orang miskin
- Tidak berdendam, Tidak memutuskan silaturrahim
- Tidak memukul kecuali bertujuan di atas jalan Allah SWT
- Bergurau/tersenyum dan tidak mengatakan kecuali yang benar.
- Memarahi dan melaksanakan kewajipannya atas dasar kebenaran
- Tidak pernah mencaci, memaki hamun, mengutuk dan menganiaya