Ahad, 28 Mei 2023

Lega Dgn Islam.




  Barang siapa yg Allah pilih dia mendapat hidayah Allah buat dia terbuka hati kepada Islam...

Bagaimana cara untuk dapat kejayaan...

1.  Doa

2. Quran mesti selalu baca.( pegang jugak hari2, ini baca menyuburkan iman kita

3) Perintah Allah buat...Sunat dsb 

4) Elak buat yg di Larang Allah...apa yg Allah larang ,,,jauhi

5)  Jaga Akhlak jaga

6) Cari kawan yg baik2

7)  Banyak Istighfar....

8)  Ya Allah hidayahkan kami  kepada jln yg lurus...


Bacaan duduk antara dua sujud...(Rabbigh firli.)

1)        Ampunkan lah aku ya Allah

3)        Kasihani lah aku Ya Allah

3)        Tutuplah aibku Ya Allah

4)        Angkatlah darjatku Ya Allah

5)        Pimpinlah aku Ya Allah

6)        Berilah aku hidayah Ya Allah

7)        Sihatkan lah aku Ya Allah

8)        Maafkanlah aku Ya Allah.


Rabu, 10 Mei 2023

Baby mengukir kenangan...

 Sayang Baby..Nenek memang sayang baby...Adik dah pergi...Sekarang Baby pon dah Tua...

Khamis, 27 April 2023

Coretan kakakku tentang aku...

 

Eni dan Maths Sekolah Rendah

Posted by camy2008 in Uncategorized. 

Adikku Eni, seorang guru maths sekolah rendah yang boleh dikatakan hebat dalam bidang maths dah ada blog. Bloknya anda boleh tengok di sebelah kanan page ini,  https://wwwcikgumaths.blogspot.com

Aku tabek Eni adikku ini. Dia memang hebat dalam bidangnya. Seorang guru yang dedikasi dan sanggup berjaga malam setiap hari hingga jam 2 atau 3 pagi untuk memeriksa buku murid dan membuat kerja-kerja sekolah.

Dari segi mengajar maths, dia memang hebat. Ramai anak muridnya yang lemah maths berjaya mendapat skor terbaik kerana dedikasinya itu. Dia selalu dipanggil memberi ceramah dan motivasi kepada murid-murid dan guru yang akan menghadapi peperiksaan dan yang mengajar maths di sekitar negeri Perak. Mentornya hebat-hebat belaka, mereka yang berkekulusan PHD dalam bidang masing-masing.

Eni rajin mengkaji dan mengkaji mencari kaedah terbaik untuk anak-anak muridnya. Selalu juga aku telefon dia untuk minta panduan mengajar maths anakku. Sejak anakku balik dari Jepun Eni menjadi sasaran aku bertanya cara-cara nak selesaikan soalan maths melalui telefon. Kadang-kadang aku rasa nak menangis kerana tak pandai mengajar Aini maths. Eni beri semangat. Berbekalkan kertas dan pen, Eni menceritakan dan mengajar aku macam mana nak selesaikan soalan maths itu. Maths darjah 4 hingga 6 bagi aku dah cukup susah. Eni dapat memberi penerangan dan jalan mengira dengan mudah. Akhirnya Aini dapat selesaikan homework dengan jayanya. 

Di Kemunting, ibu bapa yang mengalamai masalah tak pandai maths macam aku ini akan call Aini. Aku call dari KL ke Perak tempat Eni mengajar. Ketika aku di Pulau Pinang, Eni juga jadi sasaran. Sekarang Eni dah pindah ke Shah Alam. Ibu bapa Shah Alam pula buat call.

Aku ini maths paling lemah. Eni pula cakap bahasa Melayu dia lemah kerana asyik mengajar maths…Bila mengajar maths aku selalu nak nangis. Aini anakku selalu cakap “Mami tak pandai maths. Malas nak tanya mami.” Akhirnya aku serahkan gagang telefon kepada Aini untuk bercakap dengan makcik Aninya. Selesai masalah. Terima kasih Eni.

Moto Eni, semua orang boleh mengusai maths…

Jumaat, 21 April 2023

Selamat Hari Raya

 Tiada yang lebih Istimewa...Hanyalah ucapan Selama Berpuasa buatmu. 

Masih ada lagi dua hari lagi untuk kita berbadat kepadaNya di Ramadhan kali ini... Teruskan berqiyam...Malam ini dan Malam esok, Malam hari Raya Aidul Fitri.  Mari kita banyak berdoa kepada Allah Azzawajalla.

Akhir kata...

Jalanilah hidup selepas ini dgn penuh kejujuran pada Allah  kerana "Kita akan MengadapNya tidak beberapa lama lagi."

 Tiada apa yg Istimewa dlm hidup ini ...melainkan  yang jujur dan yang ikhlas.  REDHOLAH KEPADA ALLAH... Bekerja hanyalah kerana Allah... Ibadat, hanyalah keranaNya.

Kalau kita pergi....Tamatlah sudah duka di dunia dan bermulalah Indah atau parahnya hidup sebenar kita....Moga kita semua selamat disisiNYA...Aamiin...

30 Ramadhan Tahun 2023.  Ibadat malam akhir kita diRamadhan ini, sahur lagi satu hari.. ibadat di malam raya dan seterusnya.... "SELAMAT HARI RAYA"

Isnin, 17 April 2023

BACALAH SEBAGAI PENGAJARAN DAN ILMU (December 28, 2013)

 BACALAH SEBAGAI PENGAJARAN DAN ILMU

December 28, 2013

#..BACALAH SEBAGAI PENGAJARAN DAN ILMU..#

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

– Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

– Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

– Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

– Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

– Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau 

manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

– Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

– Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

– Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

– Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

– Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

– Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

– Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

– Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

– ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

– Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

– Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

– Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

– Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

– Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

– Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

– Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

– Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

– Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

– Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

– Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani.

Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain..

https://cikgumathsn.wordpress.com/2013/12/28/bacalah-sebagai-pengajaran-dan-ilmu/










Akhirat itu benar

 Akhirat itu benar

Berlantaikan besi berbumbungkan tembaga…itulah Padang Mashyar Berbentuk huruf ba dengan ukuran panjang = lebar = sebulan/ 30 hari perjalanan seekor unta = 1500 km …. itulah telaga Al-Kautsar (telaga nabi kita, Rasulullah s.a.w di akhirat) 40 tahun berdiri pandang ke langit = 40 000 tahun di dunia…. itulah manusia yang menunggu hari perhitungan di padang Mashyar. Haiwan yang di korban pada Aidiladha…. itulah kenderaan yang akan digunakan di padang Mashyar 93 000 000 batu = jarak matahari di dunia = 38 •c = musim kemarau di Malaysia Sejengkal (terjemahan Melayu), Sebatu (terjemahan Arab)= jarak matahari dgn kepala… itulah jarak manusia dgn matahari di hari akhirat ( Ustaz Badlishah… tajuk: Telaga Al-Kautsar)