Khamis, 16 Januari 2014

Skor Pantas Matematik Nori (SPMN) eBook


                                

Terbongkar: Bagaimana Anak-anak atau Anak Murid Anda Mampu Menguasai Matematik Ilmu Campur, Tolak, Darab & Bahagi dalam Masa Kurang 10 Saat  Tanpa Menggunakan Kalkulator ! 
Di sini buat julung-julung kali didedahkan, cara & teknik yang pakar matematik sahaja tahu untuk mengajar anak murid anda supaya cepat dalam pengiraan 4 operasi penting ini – Campur, Tolak, Darab dan Bahagi dengan mudah sepantas kilat ...




Daripada Meja Guru: Cikgu Noraini, Pengasas Skor Pantas Matematik Nori
Akaun Facebook: www.facebook.com/noraini.mohdsaid.3
TarikhKhamis, Januari 16, 2014
RE: Rahsia Teknik Mudah Belajar & Mudah Faham Matematik Tanpa Guna Kalkulator



Assalamualaikum & Salam Hormat tuan-puan,

Saya  faham  situasi anda sebagai seorang Guru Matematik mahupun ibu bapa yang mempunyai anak yang sedang bersekolah.

Salah-satu cabaran dan subjek yang menjadi ‘mimpi ngeri’ anak-anak ini ialah subjek ...


MATEMATIK!

Selalu sangat kita dengar rintihan yang ‘fobia’ dengan matapelajaran matematik.

Tapi tahukah anda bahawa, perkara ini sebenarnya boleh kita elakkan dan atasinya.


Nanti saya akan bongkarkan kepada anda caranya.
Sebelum kita pergi lebih jauh, saya ingin tanyakan kepada anda beberapa persoalan berikut ...


 Adakah Ini Yang Anda Idam-Idamkan Untuk Anak-Anak  Anda Pintar & Cemerlang Dalam Matematik ...
Siapa tak mahu  melihat anak-anak mereka bijak dalam ilmu matematik !
Cuba  tanya diri anda sendiri betul-betul, adakah ini  yang anda inginkan jika diberikan pilihan ?...

  • Anak-anak anda mudah faham dan mudah ‘tangkap’ setiap kali guru Matematik mengajar apa juga bab Matematik di dalam kelas.
  • Anak-anak mudah mengira dalam masa yang CEPAT & PANTAS walaupun tanpa menggunakan kalkulator. Penting sebab sekarang ni di sekolah rendah masih lagi belum dibenarkan menggunakan kalkulator. 
  • Memperbaiki prestasi anak-anak dalam penguasaan matematik yang lemah. Tiada lagi masalah keputusan peperiksaan subjek matematik yang  GAGAL lagi!
  • Anak-anak anda mampu sentiasa skor A dalam subjek matematik, tak kira apa juga ujian dan peperiksaan yang mereka ambil.
  • Menjadikan anak-anak anda setaraf dengan anak-anak  cemerlang yang lain dalam penguasaan ilmu matematik.
  • Memberikan jalan ‘short-cut’ dalam menyelesaikan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi semudah mengira 1, 2 dan 3, A, B dan C ...

Jika jawapan anda YA bagi perkara-perkara di atas, anda  WAJIB terus membaca apa yang bakal saya sampaikan dalam laman web ini sehingga habis.
Tapi sebelum tu, ingin  saya perkenalkan diri saya terlebih dahulu. Tak kenal maka tak ‘cinta’ smiley

Siapa Sebenarnya Saya Ni Nak Cakap Tentang Ilmu Matematik? Jom Kita Kenal-Kenal Sikit ...
                                                                       
al-Kenal Sikit ...
Nama saya Noraini bt Mohd Said, atau lebih dikenali sebagai Cikgu Noraini .
Ya, saya  seorang guru opsyen matematik, lulusan Maktab Perguruan Semambu, Kuantan, Pahang.
Saya berpengalaman  luas dalam subjek pendidikan matematik  selama lebih 27 tahun!
Merupakan Jurulatih Utama Matematik KOSM (Curriculum Specifications) & JU ETEMS.
Pernah dilantik  menjadi pemeriksa kertas Matematik UPSR selama 6 tahun.
Dan yang paling utama , SAYA ADALAH PENGASAS PROGRAM SKOR PANTAS MATEMATIK NORI (SPMN), iaitu sebuah program pembelajaran tambahan  untuk murid-murid Sekolah Rendah tahun 1 hingga 6 serta Kelas Pemulihan Menengah Rendah.


Ini merupakan beberapa gambar serta pengalaman yang sempat saya rakamkan sepanjang kerjaya saya sebagai seorang Guru  Matematik..
 







 
Imej-imej di atas menunjukkan ketika saya menjadi
Penceramah di Kem Motivasi Matematik UPSR ketika bertugas di LMS.



Bersama Puan Oon Lay Wah, ketika menjadi Jurulatih Utama ETEMS pada tahun 2004  semasa mengendalikan  Kursus Matematik dalam Bahasa Inggeris

                                                         


 
Gambar kenangan bersama peserta kursus yang terdiri dari Guru Matematik dari beberapa buah sekolah.

 
Gambar kenangan semasa lawatan saya ke Negeri Matahari Terbit. Saya mengambil cuti tanpa gaji selama 3 bulan kerana ingin melihat perkembangan sekolah di Jepun. Gambar di  Kelas Tadika Qurrata Aini anak saudara saya di Minami Hoen Kuen. Guru Besar berbaju petak dan dua orang  guru tadika semuanya guru-guru berijazah seperti Guru-guru Tadika kita sekarang.


Begitulah serba-sedikit latar-belakang mengenai diri saya .
Selepas ini saya akan tunjukkan pula kepada anda beberapa success stories anak-anak didik saya hasil menggunakan teknik yang telah saya ajarkan.
Bukan  mudah untuk  menjadikan anak-anak kita pintar dalam pelajaran dan mencapai kejayaan namun demikian jika kita guru-guru dan ibubapa terus menerus  berusaha serta menggunakan kaedah yang sistematik, sasaran  ini bukan sesuatu yang mustahil.
Tentunya banyak rintangan di dalam usaha ini.

 Halangan Yang Terpaksa Ditempuhi Oleh Ibubapa, Guru dan Anak-anak Dalam Mengecapi Impian Cemerlang Dalam Matematik ...
       

Kita sering mendengar rintihan daripada kalangan ibu bapa dan anak-anak murid sendiri akan kesukaran dalam menguasai ilmu Matematik ini.
Antaranya seperti ...
Sukar untuk menguasai satu-satu bab dalam subjek Matematik dalam masa yang lebih pantas dan cepat. Kalau boleh, belajar dalam kelas terus nak faham.
Selalu dapat gred F dan gagal dalam subjek Matematik ketika Ujian Penggal mahupun Peperiksaan Akhir Tahun.
Kadang-kala, jeleous dengan anak-anak orang lain yang bijak betul dalam Matematik. Anda pula yang naik malu dengan mereka.
Kalau nak kira pantas je, perlu guna kalkulator. Itulah alasan yang biasa kita terima. Pada hakikatnya, anak-anak anda langsung tidak memerlukan kalkulator jika mampu  mengira pantas.
Untuk menyelesaikan satu-satu soalan Matematik yang mudah pun ambil masa yang lama.
Anak-anak anda sering beri alasan tak siap jawab semua soalan dalam matapelajaran Matematik ketika peperiksaan. Kecepatan menjawab soalan adalah faktor penting menentukan markah yang mereka bakal dapat.
Tak tahu teknik-teknik rahsia ‘short-cut’ untuk mengira lebih pantas untuk semua soalan operasi Tambah, Tolak, Darab malah Bahagi.
Anda pernah dengar, ada cara dan teknik-teknik yang boleh mengira pantas dalam Matematik, tapi kurang jelas dan kurang tahu bagaimana caranya.
Dan bermacam lagi masalah serta rungutan yang biasa kita dengar dalam menguasai ilmu yang amat penting ini untuk masa depan anak-anak anda.
Tapi kini anda tidak perlu risau-risau lagi ...
Anggap sahaja segala masalah yang disebutkan di atas telah selesai!
Memperkenalkan ...
Skor Pantas Matematik Nori 
Teknik Mudah Faham & Mudah Belajar Matematik
Ebook panduan ini adalah dalam bentuk format PDF. Setelah anda buat pembayaran, anda akan menerima link download panduan-panduan ini melalui email. Anda boleh bacanya di komputer anda atau boleh cetak sahaja untuk dibaca di mana-mana. Sungguh mudah dan cepat untuk anda dapatkannya.


Pakej “Skor Pantas Matematik Nori” ini mengandungi 5 Modul berasingan yang dibahagi-bahagikan mengikut 4 operasi penting dalam soalan Matematik iaitu operasi Tambah, Tolak, Darab dan Bahagi serta Tips belajar Matematik.
Teknik pengajaran SPMN ini mampu menyelesaikan masalah kelemahan murid-murid ketika melakukan operasi menolak dan menambah. Kita tidak mahu melihat masih ada murid-murid walaupun sudah di Tahun Enam tetapi masih lagi lemah di bidang ini.
Menerusi kaedah ini murid-murid akan mendapati betapa mudah dan seronoknya mempelajari matematik. Tiada lagi alasan boring dengan subjek Matematik daripada mereka.
Dengan teknik Skor Pantas Matematik Nori, anak-anak anda akan didedahkan teknik dan cara langkah-demi-langkah bagaimana menyelesaikan masalah soalan Matematik dengan mudah walaupun melibatkan angka juta, TANPA menggunakan kalkulator tapi  hanya dengan mencongak!

          
          Demikianlah  info-info ringkas mengenai program ini.
Sekarang, jom kita lihat  apakah  isi kandungan, kelebihan serta manfaat yang bakal anda perolehi dari  setiap Modul SPMN  ini:-
MODUL 1: Skor Pantas Matematik Nori Operasi Tambah
Penerangan tentang konsep K____S____. Ini lah asas dan perkara pertama yang perlu anak-anak anak kuasai bagi mempraktikkan teknik Skor Pantas Matematik Nori ini.
Dengan memahami K____ N_____, anak-anak anda akan mampu terus dapat mengira dengan pantas secara spontan.
Bagaimana anak-anak anda akan merasa seronok dan mudah tiap kali menjawab apa juga soalan operasi Tambah.
Ia dimulakan dengan latihan-latihan mengingat Nombor __ hingga __ secara m____ dan m_____
Pendedahan cara-cara untuk menggunakan jari bagi teknik K____ S_____ ini.
Penerangan apa itu sebenarnya Operasi Tambah.
Istilah-istilah lain yang digunakan untuk Operasi Tambah.
Pendedahan 2 kategori  utama Operasi Tambah.

Kaedah betul menyelesaikan apa jua soalan Operasi Tambah menggunakan kedua-dua tangan walaupun soalan tersebut melibatkan angka-angka ribuan TANPA perlu guna kalkulator.
Bagaimana teknik K____ S_____ boleh jadikan anak-anak anda mahir dalam congak dengan cara ‘melipatkan’ jari sahaja.
Langkah-demi-langkah menggunakan teknik K____ S_____.
Murid hanya perlu ingat 5 pasangan nombor sahaja. Ya, ini sahaja!  Dalam modul ini ada dibongkarkan.
Latihan-latihan yang bermula daripada peringkat permulaan, pertengahan sehinggalah ke peringkat lanjutan untuk mempercepatkan pengiraan tambah murid.
Teknik bagaimana kita boleh gunakan benda-benda maujud untuk kuasai konsep Kawan Nombor.
Peta Minda Bow yang meringkaskan 4 langkah utama dalam modul ini.
Contoh jelas bagaimana menambah pantas menggunakan K_____ Sem_________
Latihan-latihan bagaimana menambah bermula angka-angka yang  melibatkan Puluh sehinggalah yang melibatkan Puluh Ribu.

MODUL 2: Skor Pantas Matematik Nori Operasi Tolak

 




Pengenalan kepada konsep K_____ N_____ Operasi Tolak serta kepentingannya.
Penerangan apa itu sebenarnya Operasi Tolak.
Istilah-istilah lain yang digunakan untuk Operasi Tolak.
Pendedahan 2 kategori  utama Operasi Tolak.
Pendedahan cara betul menyelesaikan Operasi Tolak bermula dari sebelah ka_____ ke ki___.
Bagaimana teknik K____ S_____ boleh jadikan anak-anak anda mahir dalam congak dengan cara ‘melipatkan’ jari sahaja.
Langkah-demi-langkah menggunakan teknik K____ S_____.
Mengapa perlu gabungkan tambah dan tolak? Ada diterangkan dengan terperinci dalam modul ini.
Latihan-latihan yang bermula daripada peringkat permulaan, pertengahan sehinggalah ke peringkat lanjutan untuk mempercepatkan pengiraan tambah murid.

Teknik Menolak Dengan Mengumpul Semula
Contoh jelas dan latihan menolak dengan pantas melibatkan angka-angka puluh
Latihan-latihan bagaimana menambah bermula angka-angka yang melibatkan Puluh sehinggalah yang melibatkan Puluh Ribu.
MODUL 3: Skor Pantas Matematik Nori Operasi Darab




Penerangan kepada pengenalan Operasi Tolak.
Pendedahan Kaedah Sifir Mok_____ yang membolehkan murid-murid mendarab dan membahagi dengan begitu pantas menggunakan nombor yang besar termasuk nombor 2 digit sehinggalah 3 digit TANPA menggunakan kalkulator!
Bagaimana dengan menggunakan perk______ pendek mampu menjadikan teknik hafalan sifir lebih mudah dan pantas.
Bagaimana dengan menggunakan teknik SPMN ini memudahkan murid-murid menyelesaikan operasi bahagi yang melibatkan teknik pemansuhan nombor.
Pendedahan “rahsia” bagaimana saya mengajar kaedah mudah murid kelas lemah dalam menyelesaikan soalan operasi Bahagi dengan ‘short-cut’ langkah-demi-langkah.


TEKNIK POWER: Teknik menghafal sifir dengan mudah di mana murid-murid sebenarnya tidak perlu hafal hingga sifir 10, 11 dan 12. Apa yang perlu mereka hafal hanyalah sifir ___ hingga ___ sahaja untuk menguasai kesemua sifir! –Dahsyat teknik ni.
3 Langkah mudah yang  utama untuk murid-murid lakukan bagi menghafal sifir.
Latihan-latihan yang bermula daripada peringkat permulaan, pertengahan sehinggalah ke peringkat lanjutan untuk mempercepatkan pengiraan tambah murid.
Latihan-latihan menghafal sifir ___ hingga ___.
Teknik-teknik mendarab dengan nombor yang sama di mana teknik ini amat penting jika murid-murid terlupa sifir.
2 cara serta panduan untuk mengingat kembali sifir jika murid-murid berada dalam situasi mereka tiba-tiba terlupa sifir.
Gerak kerja betul menyelesaikan soalan Operasi Darab yang melibatkan 2 angka.
  MODUL 4: Skor Pantas Matematik Nori Operasi Bahagi
 
Penerangan kepada pengenalan apa itu sebenarnya Operasi Bahagi.
Operasi Bahagi hendaklah dilakukan dari ki___ ke ka____.
Tips-tips dalam memudahkan menyelesaikan soalan-soalan operasi Bahagi.
Bagaimana menggunakan sifir darab yang telah dikuasai dalam Modul #3 untuk kegunaan Modul #4 ini.
Beberapa contoh jelas melibatkan nombor satu digit sifir dua dan perlaksanaannya.
Bagaimana anak-anak anda boleh menyelesaikan operasi Bahagi dengan 2 langkah mudah sahaja!
Latihan-latihan yang bermula daripada peringkat permulaan, pertengahan sehinggalah ke peringkat lanjutan untuk mempercepatkan pengiraan tambah murid.
Petua-petua ‘rahsia’ membahagi nombor 2 digit yang selama ini dianggap sangat sukar oleh kebanyakan murid.
Langkah-demi-langkah berserta contoh jelas untuk membahagi nombor 2 digit.
Cara membina sifir melibatkan nombor 2 digit.




Penerangan kepada pengenalan apa itu sebenarnya Operasi Bahagi.
Operasi Bahagi hendaklah dilakukan dari ki___ ke ka____.
Tips-tips dalam memudahkan menyelesaikan soalan-soalan operasi Bahagi.
Bagaimana menggunakan sifir darab yang telah dikuasai dalam Modul #3 untuk kegunaan Modul #4 ini.
Beberapa contoh jelas melibatkan nombor satu digit sifir dua dan perlaksanaannya.
Bagaimana anak-anak anda boleh menyelesaikan operasi Bahagi dengan 2 langkah mudah sahaja!
Latihan-latihan yang bermula daripada peringkat permulaan, pertengahan sehinggalah ke peringkat lanjutan untuk mempercepatkan pengiraan tambah murid.
Petua-petua ‘rahsia’ membahagi nombor 2 digit yang selama ini dianggap sangat sukar oleh kebanyakan murid.
Langkah-demi-langkah berserta contoh jelas untuk membahagi nombor 2 digit.
Cara membina sifir melibatkan nombor 2 digit.



Latihan-latihan bagaimana menyelesaikan soalan operasi Bahagi bermula angka-angka yang melibatkan Puluh (2 angka) sehinggalah yang melibatkan Ribu (4 angka).
TEKNIK TAMBAHAN: Tips-tips menyelesaikan operasi tambah dan tolak nombor pecahan.
MODUL 5: Skor Pantas Matematik Nori Tips-tips Belajar Matematik
                                                                
Tips bagaimana melakukan Perbandingan Nombor
Tips bagaimana melakukan Pembundaran Nombor
Tips bagaimana melaksanakan Operasi Bercampur, tolak, tambah dan bahagi.
Tips menyelesaikan soalan yang melibatkan pecahan dan perpuluhan. operasi yang melibatkan tambah, tolak, bahagi dan darab
Tips bagaimana mnyelesaikan masalah yang berkaitan dengn unit isipadu, berat, dan lain-lain







Tips bagaimana melakukan Perbandingan Nombor
Tips bagaimana melakukan Pembundaran Nombor
Tips bagaimana melaksanakan Operasi Bercampur, tolak, tambah dan bahagi.
Tips menyelesaikan soalan yang melibatkan pecahan dan perpuluhan. operasi yang melibatkan tambah, tolak, bahagi dan darab
Tips bagaimana mnyelesaikan masalah yang berkaitan dengn unit isipadu, berat, dan lain-lain

Dan banyak lagi tips, rahsia serta panduan yang bakal anda ketahui dalam pakej “Skor Pantas Matematik Nori”  yang anda akan dapati dalam MODUL 5.
Memang hebat bukan isi kandungannya?

Anda masih lagi ragu-ragu akan kehebatan panduan ini?

Mari saya kongsikan bersama-sama anda apa kata mereka yang telahpun memiliki dan menggunakan teknik-teknik Skor Pantas Matematik Nori ini dengan jayanya …

Apa Kata Mereka Yang Telahpun Memiliki & Mencuba Teknik Hebat Ini … 


Mereka semua ini terdiri daripada anak-anak murid saya, bekas anak murid, cikgu-cikgu serta ibu bapa kepada murid-murid saya yang telah mendapat hasilnya daripada menggunakan teknik yang saya bongkarkan ini ...
Jom baca dengan penuh teliti, satu-persatu kisah kejayaan mereka ..














Saya bersyukur kepada Allah kerana Cikgu Noraini telah mengajar saya Teknik Skor Pantas Nori semasa di Tahun 5 hinggalah saya ke Tahun 6. Saya telah mendapat A dalam UPSR 2011.
Dengan Skor Pantas Nori, saya boleh mengira dengan cepat dalam Matematik. Skor cikgu menyebabkan saya dapat menambah dan menolak pantas dan masa mengira tidak perlu lama dan ianya menjadikan menyelesaikan masalah Matematik sangat mudah.
Dengan Teknik menghafal sifir yang diajar menjadikan saya rasa mudah menyelesaikan masalah bahagi.
Saya suka belajar dengan Cikgu Noraini.

Terima kasih Cikgu!










Sejak saya belajar Matematik dengan Cikgu Noraini dan mengikuti program ini, saya dapat memahami formula Matematik dan setiap bab yang diajar dengan mudah. Bahkan saya sudah boleh menyelesaikan masalah Matematik dengan cepat.

Jika sebelum ini, saya sangat lambat mengira dan selalu mendapat markah yang sederhana saja dalam ujian atau peperiksaan, tetapi keadaan ini berubah sejak saya mengikuti program ini. Bahkan saya dapat memperbaiki prestasi ujian Matematik saya dengan cemerlang. Ini terbukti apabila saya mendapat ” A” Matematik dalam UPSR tahun 2011.

Melalui cara pengajaran yang mudah, langkah demi langkah, saya mudah memahami dan cepat menguasai apa yang diajar. Saya juga semakin mahir sifir dan dalam masa yang singkat saya boleh selesaikan sehingga sifir 12.

Program ini berjaya memenuhi impian saya untuk mencapai Matematik “ A “dalam UPSR.  G
Terima Kasih Cikgu!

 










Gideon Pengiran Edward



E-book ini diterbitkan sebagai suatu usaha yang baik dan perlu mendapat sokongan. Ini adalah kerana pendekatan yang dipakai iaitu kaedah Pantas Nori amat mudah di fahami. dengan cara ini, pembaca dapat mengikut kaedah yang diajar tersebut.

Oleh itu, pendekatan ini dapat menggalakkan pembaca mengerti dan memahami operasi asas Matematik. Ianya dilengkapi dengan tunjukcara yang relatif lengkap, sehinggalah pembaca tidak akan mengalami kesilapan dalam mengira bahkan lebih pantas!

Insya-Allah buku ini dapat dijadikan sebagai salah satu rujukan, khusus para pelajar yang hendak menguasai operasi asas Matematik dengan mudah dan dapat jawapan secara tepat dan betul ...


Muhamad Nor bin Bakar,
Guru Matematik di Sk Taman Jana,
Kamunting Perak


My name is Daalleni Inndra Indraraja and I am an ex-student of Puan Noraini. She coached me in Mathematics when I was in Year 6 in the year 2005. At that point of time, my calculations were very poor. However, Puan Noraini guided me thoroughly, introducing me to new techniques which made difficult calculations seem simple to me.
My Mathematics improved immensely and I managed to get an A for it in my UPSR, PMR and also an A+ for my Additional Mathematics and Mathematics in my SPM.
Not only that, my fundamentals were so strong that I even managed to score a 95% for my Mathematics in my Canadian Pre-U. Puan Noraini had indeed played a big role in boosting my confidence and strengthening my understanding in this subject. After all, strong fundamentals and understandings are definitely the key to succeed in anything at all.
Thank you, Puan Noraini for having made Mathematics a breeze for me.


Daalleni Inndra Indraraja,
First Year MBBS Student,
AIMST University, Kedah.


Saya Hasiah bt Zaini telah mengenali Cikgu Noraini bt Mohd Said sejak Tahun 2004. Beliau merupakan salah seorang Guru Matematik yang sangat gigih dan berdidikasi dan ramai daripada muridnya telah berjaya memperolehi 5A dalam matapelajaran berkenaan dibawah bimbingan beliau. 

 

Beliau juga telah mencipta Program Skor Pantas Matematik Nori yang sangat berkesan dan boleh digunakan bagi memperkukuhkan asas kemahiran matematik murid-murid sekolah rendah malah Program beliau juga digunakan dengan jayanya di Pemulihan Sekolah Menengah.
Puan Hasiah bt Zaini

Bekas Guru Pemulihan Sekolah Kebangsaan Taman Jana, 

Kamunting Perak

Berapakah Pelaburan Kecil Anda Untuk Menjadikan Anak-Anak Anda “Genius” Matematik Ini?
Pasti anda kini tertanya-tanya berapakah harga sebenar bagi keseluruhan pakej panduan ini.
Panduan seperti ini saya berani jamin, memang anda TIDAK akan dapat temui di mana-mana pun di Malaysia ini.
Anda carilah di mana-mana kedai buku yang ada di negara kita, tak kiralah MPH ke Popular ke Kinokuniya ke atau lain-lain kedai buku. CONFIRM anda takkan dapat temuinya.
Panduan ini telah ditulis dan disusun berdasarkan daripada pengalaman real-life experience:-


Diri saya sendiri yang berpengalaman luas dalam mengajar dan mendidik murid-murid Sekolah Rendah bermula Tahun 1 hinggalah Tahun 6. Malah murid-murid Kelas Pemulihan sekalipun.
Saya yang menjadi Guru  Matematik  lebih 27 tahun. Pendek kata, saya memang dah betul-betul ‘masak’ dengan segala teknik dan cara pengajaran subjek Matematik ini.
Teknik & cara yang merupakan hasil ciptaan formula saya sendiri untuk memberi jalan ‘short-cut’ kepada anak-anak murid untuk mengira pantas sebarang soalan masalah Matematik walaupun melibatkan angka berjuta-juta!

Banyak maklumat-maklumat ‘sulit’ rahsia-rahsia formula besar yang terkandung dalam panduan ini.
Jika saya letakkan nilai harga RM50 untuk setiap modul dalam pakej panduan ini, ianya masih lagi jauh lebih rendah daripada nilai sebenar ilmu yang terkandung di dalamnya.
Jumlah nilai keseluruhan bagi pakej ini yang mengandungi 5 buah modul menjadi RM50 x 5 modul = RM250!

Tapi untuk anda saya berikan harga potongan diskaun mampu milik.

Untuk hari ini, jika anda lakukan tempahan sekarang, pelaburan kecil yang hanya perlu anda lakukan ialah RM250 RM50 SAHAJA!

Cukup murah pelaburan yang perlu anda lakukan ini berbanding pulangan yang bakal anda terima iaitu menjadikan anak-anak anda seorang yang pintar, bijak dan ‘genius’ Matematik!

Lakukan tempahan sekarang dengan klik butang tempah di bawah …


Ooopsss ... Nanti Dulu, Jangan Buat Tempahan Lagi! Saya Nak Bagi Bonus-Bonus Tambahan ...

Dengan setiap pembelian Pakej Lengkap Skor Pantas Matematik Nori ni, anda akan diberikan sekali dengan bonus-bonus tambahan yang bernilai lebih daripada RM200!
 

Akan tetapi, ada syaratnya ...

 

Anda WAJIB lakukan tempahan Pakej Lengkap Skor Pantas Matematik Nori ini, pada hari ini juga atau dalam tempoh 24 jam ini!

 

Jika anda lewat, saya tak jamin anda akan diberikan sekali bonus-bonus tambahan yang hebat-hebat belaka ini kepada anda di lain waktu.

 

Ke semua bonus-bonus tambahan ini akan anda dapat secara PERCUMA sahaja!

 

Berikut adalah bonus-bonus tambahan tersebut yang saya maksudkan ..


Course Power Point Slideshow  - Introduction to Question Answering Techniques Bernilai RM50




Menerangkan bagaimana cara untuk skor dalam subjek matemaik
Membongkar rahsia teknik skor dalam "Kertas 2"
Membongkar rahsia teknik skor dalam "Kertas 1"
Kaedah-kaedah menjawab soalam Matematik


Course  Power Point Slideshow - MOTIVASI Tahun 6




Membincangkan tips sebelum dan semasa menjalani peperiksaan
Membincangkan "Hot Topic"  dalam UPSR
Teknik Menjawab Soalan Matematik Kertas 1
Teknik Menjawab Soalan Matematik Kertas 2

Course  Power Point Slideshow - Program Pemuafakatan Ibu Bapa


Pendedahan Topik –topik  dalam  UPSR  yang     terdiri daripada Kertas 1 dan Kertas 2
Pendedahan bentuk-bentuk soalan Matematik yang popular
Cara-cara Ibu-bapa boleh membantu anak dalam  mengulangkaji pelajaran.  

Kini anda tak perlu ragu-ragu lagi untuk memiliki pakej “Panduan Lengkap Skor Pantas Matematik Nori” ini …


Untuk Siapa Ebook Panduan Ini Sebenarnya Sesuai?

Jikalau anda atau anak-anak anda terdiri daripada mereka yang disebut di bawah ini, maka anda WAJIB dapatkan ebook panduan ini.
Panduan ini amat sesuai bagi mereka ...


Anda yang mengajar di sekolah rendah
Anda yang merancang untuk ajar sendiri anak-anak, Pelajaran  Matematik
Anda yang ingin menaikkan Prestasi Pengajaran Matematik anda dari segi Kuantiti dan Kualiti
Anda yang berhasrat mendapat anak yang bijak Matematik
Anda yang tidak sempat menghantar anak ke kelas Tuisyen
Anda  yang bergelar guru matematik,guru pemulihan Sekolah Rendah atau Menengah, guru Linus, guru Protim dan sebagainya
Anda yang mengajar di kelas-kelas Tuisyen, Kelas Tadika dsb.
Anda yang bergelar pensyarah pendidikan untuk cuba mengenal rasionalnya teknik ini
Anda yang bergelar student  yang  mempunyai masalah lambat mengira atau mencongak dan ingin mengatasinya.
Anda yang bersekolah di luar bandar atau di  pedalaman yang sukar menghantar anak ke kelas tuisyen
Anda guru yang mengajar di segenap ceruk rantau yang ingin melihat anak didik anda pintar, cemerlang dan maju dalam pelajaran matematik.
Cepat Bertindak, Makin Anda Lambat, Makin “Tercicir” Anak Anda Nanti!




Jika anda benar-benar sayangkan anak-anak atau anak murid anda,  anda dah tak boleh tunggu lagi !  Ini lah masanya untuk memperbaiki prestasi akademik mereka dalam penguasaan subjek matematik.
Panduan Skor Pantas Matematik Nori ini adalah ‘jalan pintas’ yang telah terbukti berkesan untuk mengatasi kelemahan anak-anak dalam matematik dan seterusnya mempertingkatkan lagi daya kepantasan mereka menyelesaikan operasi matematik.
Jangan terkejut, setelah anak-anak anda menguasai teknik ini,  mereka akan mendapat keputusan di luar dugaan anda.
Tapi jika anda masih lagi  bertangguh untuk memberikan ilmu penting ini kepada anak-anak anda, maka prestasi mereka dalam matematik akan sampai bila-bila pun lemah, lemah dan lemah!
Kemungkinan  rakan-rakan sekelas mereka  telahpun  mula menggunakan teknik ini!
Jangan tunggu lagi, lakukan tempahan Pakej Lengkap Panduan Skor Pantas Matematik Nori hari ini juga .


"Ya Cikgu Noraini !, saya ingin buat tempahan Pakej Skor Pantas Matematik NORI ini Sekarang Juga!"
Jadi dapatkan ebook ini sekarang juga pada harga yang mampu anda miliki cuma..
RM250
RM100
TAWARAN PROMOSI
RM00 sahaja Saya sedekah...
Email kepada saya 
aini_norain@hotmail.com

Tawaran harga promosi ini sah dalam jangkamasa yang singkat  .  Harga eBook ini akan dinaikkan pada bila-bila masa.

Jangan berlengah…Sila dapatkan eBook ini sekarang juga!
Klik butang tempah di bawah untuk dapatkannya ...


 
Belian anda selamat dan tetap diterima walaupun pukul 3 pagi. Anda boleh buat  pembayaran dengan  Bank-in, samada bank- in online, cash deposit, kad kredit dan lain.
Text Box: Gambar Kak Noraini
Ikhlas,

Guru  Matemaik dan
Pengasas Teknik Skor Pantas Matematik Nori


P.S: Anda tidak perlu lagi kecewa dengan keputusan peperiksaan anak-anak atau anak murid anda dalam subjek matematik . Kini saya bongkarkan  teknik termudah dan terpantas untuk mereka  menyelesai  segala soalan operasi Tambah, Tolak, Darab dan Bahagi. Klik sini untuk menempah

P.P.S: Teknik yang saya kongsikan dalam panduan ini adalah hasil pengalaman dan formula ciptaan saya sendiri selama  27 tahun  mengajar subjek Matematik. Dapatkannya sekarang!

P.P.P.S:  Dapatkan dengan segera pakej lengkap panduan Skor Pantas Matematik Nori ini pada harga promosi    RM250 RM00 SAHAJA sekarang! Anda juga bakal memiliki BONUS-BONUS tambahan bernilai lebih RM200 SECARA PERCUMA! Klik di sini sekarang

 




















Ahad, 5 Januari 2014

Itik berenang2 maanja...


                                                         Shinrinkuen dalam kenangan.

 Di Taman Shinreen berbasikal dengan menyewa dari penjaga taman dan mengayuh basikal di sekitar taman yang agak luas sangat menyeronokkan.  Sampai di tepi tasik yang mana terdapat itik berenang2  manja.  Seronok sangat kerana suasana dingin menjadikan kita tidak mudah penat walaupun mengayuh basikal menaiki bukit...hmm menyamankan.

Jepun dalam kenangan.  Qurrata dan Aini dekat Tokyo Bay . Shopping.

Baru sampai di Taman Shinrin dengan Qurrata yang pada masa ini dia sahaja tahu berbahasa Jepun.
Mummy Qurrata terpaksa tanya Qurrata nak cakap nak sewa basikal di Taman.  Qurrata yang cakap dengan penyewa basikal di taman.  Indahnya kanak2 baru Pra Sekolah fasih berbahasa Jepun.

 Bergambar dengan kawan-kawan Qurrata Aini Tadika Minami. Guru Besar berbaju petak dan guru tadika Aini. Guru Tadika telah lama berijazah di Jepun dan mendapat kedudukan tinggi di Negeri Matahari Terbit ini.  Bila Malaysia akan mengangkat martabat guru setinggi mereka?...Bukankah guru yang menghasilkan seorang Perdana Menteri ? dan....
 He he he ...Seronoknya main salji.  Bukan apa terasa teruja sikit dan kagum dengan keajaiban Illahi...maklumlah kita bukan selalu nak ke negeri 4 musim ni melainkan orang2 kaya dan pelajar2 yang belajar disini.  Menurut jiran sebelah merekapun teruja bila salji turun...anak2 mereka bersorak ...yuki!...yuki!... cam tu lah keadaannya....  snow!...snow!...salji....salji...he he he...
                                                    Qurata dan Mak Cik di Taman Shinreen
wow sejuknye...Indahnya...Jepun dlm kenangan






MAYAT TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT


Disebutkan oleh hadis Rasulullah SAW bahwa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam keadaan tubuh asal pada hari Qiamat :

1-Para Nabi-Nabi

2-Para Ahli Jihad Fisabilillah

3-Para Alim Ulama Menegakkan Kalimah Allah.

4-Para Syuhada sentiasa memperjuangkan Islam.

5-Para Penghafal Al Quran dan Beramal dengan Al-Quran.

6-Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat Allah.

7-Tukang Azan yang tidak meminta habuan.

8-Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa TAAT pada perintah Allah.

9-Orang mati dibunuh atau dianiaya kerana mempertahan Maruah dan Agama.

10-Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum agama semasa hidup di atas dunia


Jom kita Kongsi kepada rakan anda . insyaAllah siapa yang Share ini , selagi ada orang yang m'baca dan beramal . anda turut dapat pahala..

PERLU DIKETAHUI Berikut 15 perkara struktur Kaabah yang merupakan keajaipan.



 PERLU DIKETAHUI Berikut 15 perkara merupakan keajaipan yang kurang diketahui ramai tentang struktur Kaabah dari sudut sains  

.Ini adalah beberapa petikan yang saya petik dari facebook yang saya rasa baik untuk saya share buat pembacaan kita bersama.
 
 1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
 2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
 3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.
 5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman.kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
 6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
 7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
 8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itulah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
 10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
 12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

Sabtu, 4 Januari 2014

Dosa-dosa besar dan yang paling besar

2. Kitab Iman
Bab 31. Menerangkan dosa-dosa besar dan yang paling besar
( HR.MUSLIM No:127 )
Hadis riwayat Anas ra.: Dari Nabi saw. tentang dosa-dosa besar, beliau bersabda: Menyekutukan Allah, mendurhakai kedua orang tua, membunuh manusia dan persaksian palsu.
( HR.MUSLIM No:129 )
Hadis riwayat Abu Hurairah ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Jauhilah tujuh hal yang merusak. Ada yang bertanya: Ya Rasulullah, apa tujuh hal itu? Rasulullah saw. bersabda: Menyekutukan Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali dengan alasan yang benar, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan pertempuran dan menuduh berzina wanita-wanita yang terjaga (dari berzina) yang lalai dan beriman.

Ahad, 20 Oktober 2013

Share Solat Sunat Wuduk by Shafi-Q

Solat Sunat Wuduk Posted by Shafi-Q. . Sesudah seseorang mengambil wuduk (air sembahyang) disunatkan untuk mendirikan Solat Sunat Wuduk sebanyak dua rakaat. Solat ini dikenali juga dengan nama ‘Solat Syukur Wuduk’. Jika kebetulan berada di masjid, maka boleh dikemudiankan Solat Sunat Tahiyatul Masjid. Solat sunat ini termasuk ke dalam solat sunat ‘muqayyad’ iaitu solat bersebab yang dikaitkan waktunya dengan wuduk. Dengan itu Solat Sunat Wuduk boleh dilakukan walaupun dalam waktu larangan melakukan solat sunat. Bagi mereka yang telah menyempurnakan wuduknya lalu mengerjakan solat sunat dua rakaat dengan penuh khusyuk kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala, maka dia akan dimasukkan ke syurga. . Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah; Bahawasanya Rasulullah SAW bertanya kepada Bilal pada waktu solat Subuh: “Hai Bilal ….! Ceritakanlah kepadaku, amal apakah yang telah engkau lakukan dalam Islam sehingga aku mendengar derap bunyi sandalmu di syurga?” Bilal menjawab: “Aku tidak melakukan sesuatu amalan yang aku sangat harapkan pahalanya melainkan daripada kalau aku habis bersuci pada waktu malam ataupun siang, kecuali aku tentu bersolat dengan kesucianku (wuduk) itu, sebagaimana yang disarankan kepadaku untuk melakukan Solat Sunat Wuduk.” (Muttafaq ‘alaih) . . CARA MENGERJAKAN SOLAT WUDUK . 1. Solat Sunat Wuduk sebanyak dua raka’at amat baik jika dapat dilakukan setiap kali selepas kita selesai mengambil wuduk. . 2. Lafaz dan niatnya ialah: . 3. Bacaan surah selepas Fatihah: Rakaat pertama: Surah Al-Ikhlas Rakaat kedua: Surah An-Nas . . KEUTAMAAN SOLAT SUNAT WUDUK Solat Sunat Wuduk memiliki keutamaan yang sangat besar sepertimana yang terkandung di dalam hadis-hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam (SAW): . 1. Diampunkan Dosa-Dosa Lampau ‘Uthman menyatakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: مَنْ تَوَضَّأَ نَحْوَ وُضُوئِي هَذَا ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ لاَ يُحَدِّثُ فِيهِمَا نَفْسَهُ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ. “Sesiapa berwuduk seperti wudukku ini lalu mendirikan solat dua rakaat, yang pada solatnya dia tidak berbicara pada dirinya sendiri (yakni mendirikannya dengan khusyuk) nescaya Allah SWT akan memberikan ampunan kepadanya atas dosa-dosanya yang lalu.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari) . 2. Mengerjakannya Akan Dimasukkan Ke Syurga Dari ‘Uqbah bin ‘Amir, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَتَوَضَّأُ فَيُحْسِنُ وُضُوءَهُ ثُمَّ يَقُومُ فَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ مُقْبِلٌ عَلَيْهِمَا بِقَلْبِهِ وَوَجْهِهِ إِلاَّ وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ. “Tidaklah seorang Muslim berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian mengerjakan solat dua rakaat dengan menghadirkan hati dan menghadapkan wajahnya, melainkan telah wajib baginya syurga.” . . http://shafiqolbu.wordpress.com/

Khamis, 5 September 2013

Mengubah Ciptaan Allah

MENGUBAH CIPTAAN ALLAH S.W.T. Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a, sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w pernah melihat seorang kanak-kanak yang telah dicukur sebahagian rambutnya dan sebahagian yang lain dibiarkannya. Lalu baginda melarang mereka dari berbuat sedemikian sambil bersabda: “Cukurlah semuanya atau biarkanlah semuanya.” (Hadis riwayat Abu Daud). Kesimpulan Hadis: 1- Larangan dari mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang lain. Larangan di sini ialah larangan yang sangat dibenci manakala hikmat dari larangan ini ialah kerana dia cuba mengubah ciptaan Allah s.w.t. 2- Harus mencukur rambut keseluruhannya dan harus juga membiarkannya kesemuanya dengan syarat kebersihannya hendaklah dijaga dan tidak menyerupai kaum perempuan. BUMI AKAN MENJADI SAKSI Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w membaca ayat ini: Yang bermaksud: Pada hari itu bumi menceritakan beritanya. Kemudian baginda bertanya: Adakah kamu tahu apakah yang akan diberitahu oleh bumi itu nanti? Para sahabat menjawab: Allah s.w.t. dan RasulNya yang lebih mengetahui. Baginda s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya berita yang akan disampaikan oleh bumi ialah bumi menjadi saksi terhadap semua perbuatan manusia, sama ada lelaki ataupun perempuan terhadap apa yang mereka lakukan di atasnya. Bumi akan berkata: Dia telah melakukan itu dan ini pada hari itu dan ini. Itulah berita yang akan diberitahu oleh bumi.” (Hadis riwayat Imam Tirmizi). Kesimpulan Hadis: 1- Dorongan supaya melakukan amalan soleh dan menjauhkan diri dari melakukan maksiat. 2- Kemampuan Allah s.w.t menjadikan benda-benda yang keras dapat bercakap di mana bumi akan memberi saksi terhadap setiap perkara yang berlaku. 3- Larangan keras terhadap orang yang melakukan maksiat, walaupun dia jauh dari pandangan orang lain tetapi bumi tetap akan memberi saksi di hadapan Allah s.w.t yang menjadi hakim di hari kiamat kelak. KELEBIHAN MEMBERI MAKAN KETIKA BERBUKA PUASA DIBULAN RAMADHAN Diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhaniy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut.” (Hadis riwayat Imam Tirmizi). Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis: 1- Penjelasan tentang kelebihan orang yang menjemput orang yang berpuasa berbuka malah disunatkan berbuat demikian serta dorongan supaya melakukannya. 2- Dalam tindakan menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka terdapat seruan kepada kasih-sayang, persamaan dan bantu-membantu di kalangan umat Islam. 3- Pahala seperti ini akan diganjarkan kepada sesiapa sahaja yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka walaupun hanya dengan sebiji kurma, seteguk air minum atau seteguk susu. AMALAN PEMBERI SYAFA’AT DIHARI KIAMAT Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: “Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat kepada seseorang hamba pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Imam Ahmad). Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis: 1- Di antara kelebihan ibadat puasa ialah ia akan memberi syafaat kepada orang yang berpuasa pada hari kiamat kelak apabila umat Islam menunaikannya secara sempurna dengan meninggalkan makan, minum, hawa nafsu, bercakap dengan percakapan yang diharamkan, melihat kepada benda yang diharamkan dan mencari rezeki melalui cara diharamkan. 2- Kelebihan bacaan Al-Quran di mana ia akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya pada hari kiamat kelak.