Ahad, 16 Disember 2012
Khamisku Madagaskar
Khamisku…Madagascar November 20, 2008 Hari ini seperti hari-hari yang lain, kehidupanku dipenuhi dengan jadual yang ketat,walaupun pada hakikatnya sebagai seorang guru aku masih didalam percutian akhir tahun yang panjang. Jam 10.55 pagi, aku memulakan kelas tambahan dan pulang kerumah pada jam 12.00 tengahari. Anis,anakku yang sedang bercuti semester sedang berada didapur manakala Aini, anak saudaraku pula sedang asyik menonton siaran kegemarannya di TV. Aku terus kedapur membantu anis menyiapkan makanan.
Sebelah petang, aku,anis,suami dan Aini menuju ke Shah Alam Aquatic, tetapi sesi renang pada petang ini terpaksa dibatalkan kerana hujan dan ribut petir yang kuat. Selepas maghrib kami makan ikan bakar,satay,sotong dan kerang rebus di restoran tepi laut, di Tanjung Harapan. Kami singgah seketika di tepi pantai untuk menikmati angin laut yang sepoi-sepoi bahasa sambil memerhatikan kapal dagang berlalu lalang.
“Mak, kita tengok mid night show nak tak”? sapa Anis. Kami pun terus ke Jaya Jusco, Bandar Kelang Utama untuk memenuhi hasrat Anis dan Aini yang kelihatan begitu teruja untuk menonton “Madagascar”
. Ha…ha…ha…ha…begitulah keadaannya ketika kami memandu pulang, dan begitulah Khamisku, yang diceriakan oleh Madagascar!!!
Ahad, 2 Disember 2012
AMALAN-AMALAN NABI PADA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN
Langgan:
Ulasan (Atom)
Apa. Khabar..
-
Tuesday, 14 October 2025 AGAR SEMUA URUSAN LANCAR DAN MUDAH - Ustadz Yazid bin Abdul Qadir Jawas Dari sahabat abu Hurairah RA. Barang sia...
-
Awak...daku minta maaf di bulan Rejab ini jika daku tersalah bicara. Maafkan aku ya. Aku mahu mencari pahala.. Maafkan aku.
-
NAILAH ISTERI OTHMAN RA.. OTHMAN SUDAH TUA...BOTAK..OTHMAN 60 NAILAH 20 TAHUN...KETIKA DTG NAILAH..KATA NAILAH ADAPON DAKU YANG DATANG UNTUK...
-
UPDATE SABTU 3/1/25 BERSAMAAN 13 REJAB 1447...BANGI Kunci menyiapkan bekal akhirat tanpa meninggalkan dunia | ustadz adi hid...





