Selasa, 18 Mac 2025

Daku yang tersedar dari lamunanku yang panjang...

Daku yang tersedar dari lamunanku yang panjang...dalam perbincanganku dengan anakku tentang berbagai hal.  Aku dijentik rasa bersalah yang teramat sangat dalam berbagai perkara  bab bab agama termasuklah bab bab politik. Sepatutnya daku dah tak upload video2 politik ...tapi terkadang2 daku upload sehingga membuatkan orang2 baca dari Blogku ini.  Sukar bagiku untuk padam.kerana  aku perlu ambil masa yang panjang untuk itu.

Aku sedari bahawa  meletakkan penulisanku disini banyak risikonya.  Risiko kesilapan jika apa yang dicakap itu tidak benar atau salah maka aku akan menanggung dosanya.  Kadang2 aku terfikir kerana Blog ini aku terlalu susah hati kerana terlibat dgn berbagai kesilap dalam menulis.  Anakku berkata mak jika bab2 politik Anis tak suka komen apa2 pon sebab kita tidak tahu kebenarannya.  Dan ia akan menyebabkan kita menyesal jika kita buat komen2 yang tiada asasnya.  Tadi aku upload lagi.  Nyesal lagi.  

Daku bincangkan pasal topik2 agama pulak, daku sedar ada benarnya kata anakku.  Mak jika pasal menutup aurat kita biarkan kerana itu dosa2 peribadi mereka.  Jika mereka telah di beri hidayah oleh Allah dengan sendirinya mereka akan lakukannya.  Kita lihat banyak bintang2 filem kita diakhirnya hidup mereka akan menuup aurat juga sudahnya.   Kita akan di kira di pengakhiran kita nanti.  Sebenarnya daku terpengaruh dengan dakwah Ustaz yg keras dan tegas.  Sedangkan dulu aku diajar dengan cara memujuk tanpa mengecilkan hati sesiapa.  Aku mohon agar Allah maafkan dakwahku yang keras, aku sedar Allah boleh maafkan aku tapi kesalahanku pada individu atau manusia.   Hanya manusia itu sahaja yang boleh memaafkan kita.  Mungkin kerana aku sayangkan dia kerana Allah aku dakwahkan dia begitu?   Maafkan lah aku.  Maka berkali2 aku mohon maaf tapi aku pon tak pasti adakah  dia mendengar permohonan maafku itu?   Dapatkah aku dimaafkannya.   Ini kesilapan besar aku.   Maafkanlah aku sahabatku.  Kau kesihanilah aku.  Di bulan Ramadhan ini kau maafkanlah aku. Aku mengharapkan kemaafan ini untuk ke akhiratku.   

Aku kena jadi aku yang dulu.  Aku tidak komen apa2.  Aku hanya menulis hal2 peribadi untuk aku simpan sebagai kenangan aku sahaja disini.  Eni sekali lagi...Kau perlu berubah....InsyaAllah...Aamiin.