Memaparkan catatan dengan label Update pagi ini. Ramadhan ke 18.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Update pagi ini. Ramadhan ke 18.. Papar semua catatan

Selasa, 18 Mac 2025

Update pagi ini. Ramadhan ke 18.

Assalamualaikum...

Waktu subuh hari ini...Terasa goncangan pada bangunan ini.  Update daripada Group Penduduk VT.  Anakku panggilku supaya cepat daku dari bilik air bersegera untuk solat  kerana bimbang kalau terpaksa ambil tindakan seterusnya jika apa2 berlaku seandainya lebih serius dpd ini.   Dia search dan dapati baru berlaku gempabumi di Danau Toba...Aku tak pasti.

Peristiwa ini mengingatkan aku dengan Tsunami yang berlaku dahulu.  Pada ketika gempa itu berlaku, daku berada di atas katil dan daku terasa katilku begitu kuat goncangannya.  Daku pulak masa tu tengah tengok filem" Titanic"  yang bagiku sangat menarik dari segi teknik persembahannya.   Daku terasa goncangan pada katilku yang teramat sangat.  MaasyaaAllah.  Daku terus call anakku..."Katil mak bergoncang kuat"  pada masa tu daku ingat hantu yang menggangguku.  Tapi anakku terus kata ada gempabumi berlaku dan mereka yang ada di Flat2 heboh dan dlm keadaan  "alert"  Loo......daku ni tak pernah rasa peristiwa pelik macam tu...hihi.  Daku ketika itu berada di Kamunting Taiping.  Rupa2nya kuat sungguh goncangannya.  

Daku mula teringat semasa berada di Jepun.  Di takdirkan berlaku gempa..sangat mengejutkan Lampu gantung terhayun 180 darjah ..wow..terkejut daku.  Air ku dalam gelas pon turut berkocak.  Maasyaalah..rupa2nya begitu keadaannya kataku.  Pada hari itu ia berlaku dua kali.  ooo begitu rupanya jika gempa kataku.     Jika berada di Negeri yang ada gempa bumi kita  mesti sentiasa berpakaian lengkap kerana bimbangkan berlaku sesuatu runtuhan atau sebagainya makanya aurat kita terjamin tidak nampak.  Semua itu adalah di tangan Allah.  Jika berlaku apa2 kejadian kita kena pasrah..Allah telah tentukan semuanya.

Syukur..  Sambung doa pagi dan baca quran...

Selamat berpuasa dan doaku semoga kita semua dapat mengerjakan ibadat puasa dengan sesempurna yang mungkin dan letakkan juga doa kita untuk jaminan terhadap keluarga kita, isteri/suami dan  anak anak kita agar mereka juga terjamin bersama2 kita untuk masuk ke syurga Allah nanti.  Doakan juga kedua ibubapa kita yang telah pergi meninggalkan kita semoga mereka dalam peliharaan Allah dan doa minta diampunkan dosa2 mereka. Jangan lupa juga doa kita buat muslimin dan muslimat agar di ampunkan dosa2 mereka semuanya.  Jika kita doakan untuk sesiapa sahja kebajika n maka malaikat akan mendoakan kita.   Aamiin

"Selamat Beribadat Di Ramadhan Barokah."

Apa. Khabar..