Sabtu, 28 November 2026

 Assalamualaikum Malam.

Kak Yah call,  Alhamdulillah dapat cakap 11minit.(12.50) Itu pon cukup.  Moga mendapat Umrah yang Mabrur. InsyaaAllah.  Kak Yah Call tanya ku belum tidur lagi kah.  Ya kadang2 daku tidur awal .  Jika hari daku puasa ,letih pasti lena awal.  Harini tak lena  baca ayat2 Allah untuk bawa tidur tapi tak lena tak pa.Mataku dah segar kembali. So...It's okey...

"Inni uhibbukumfillah"

Jumaat, 27 November 2026

 

Friday, 27 November 2026

 

Monday, 22 June 2026

 

Bersabarlah! Rencana Allah Jauh Lebih Baik | Ustadz Khalid Basalamah

  UPDATE 30/1/26 BERSAMAAN 11 SYAABAN 1447 H 

Bersabarlah! Rencana Allah Jauh Lebih Baik | Ustadz Khalid Basalamah

UPDATE : AHAD 25/1/26 BERSAMAAN 6 SYAABAN 1447 H.  

Bersabarlah! Rencana Allah Jauh Lebih Baik | Ustadz Khalid Basalamah


Bersabarlah! Rencana Allah Jauh Lebih Baik | Ustadz Khalid Basalamah Dari Abu Mas’ud Radhiyallahu anhu berkata, “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Barangsiapa menunjukkan suatu kebaikan, maka ia mendapatkan pahala seperti pahala orang yang melakukannya” [HR. Muslim]

Sabar itu merima takdir Allah dengan Redho. Langkah kedua ikhtiar semampunya.
Sesuai dgn syariat Allah.
Berubatlah dengan yang Allah haruskan.
Meninggalnya orang yang kita cintai..."Sabar"
Jangan sedih dan berkeluh kesah...Urus jenazahnya...jangan merampuh...

Sabar adalah salah satu perangkap yg Allah sediakan. Kita sedang bahaskan bab Sabar
"Surat Surah Al Imran ayat 200"





Menyakini Janji2 Allah.
Setiap kesulitan ada Kesenangan...Setiap kesulitan ada Kesenangan"
Beratnya ujian itu adalah di awalnya sahaja. Hari pertama kematian...kehilangan.

Surah Al Baqarah ayat 155...

                            


     
Ujian dan cobaan...Beriman, Muslim atau Kafir.
Umum itu...Sudah biasa itu.
Bencana pulak berbeza...Bencana kena kepada Majoti" makhlok.
Sebagaimana kita sihat kita akan sakit...
Bagaimana kita muda kita akan tua"

Bagiku hidup ini daku rasa ada kenikmatan.
"SERSYUKUR" itu besarnya nikmat itu. Cubaan
membuat kita sedari kita adalah makhlok. Ada cita2 tidak di penuhi" Istirehat daripada merasa kecewa.
Kita wajib bersyukur... Allah bagi sakit bila kita sabar...maasyaaAllah allah membalasnya dengan tiada perhitungannya.
Allah berjanji Jika Hambaku mendekati hambaku sejengkal akan ku dekatinya dengan sesiku....

Dengar terus...Mukmin itu cerdas, Dosa itu sebaghagian kecil sahaja. Allah suruh pilih yang halal. Berhenti...dan manfaatkan KESABARAN itu...
Bila kita SAKIT baru kita rasa nikmatnya SEHAT.
Bersyukur banyak2.
"Begitu peringatan dari Allah dtg berhenti terus"....

Ujian dan cubaan "Al Baqarah 155"
Dalilnya...
Sungguh kami akan bagi cubaan atau ujian......
Allah tuidak mungkin ujian hambanya melainkan dia mampu menghadapinya" Berikan berita gembira kepada hambaKu'' Dalilnya

" Surah hud surah no 11 ayat 117"
<<<Tidak akan Tuhanmu membinasakan satu Negeri melainkan hambanya membuat kebaikan>>>

Dengar terus sahabatku semua.....

Al kasas Surah no 28 (Ayat 58-59)
Ustaz menulis dapat Ilmu yg tertanam dalam jiwa...
58....Dan berapa banyak penduduk Negeri yang kami binasakan ..........................maka lihat semua itu hingga jadi kenangan(sejarah)

Allah mahui kita lihat hanya tinggal kenangan sebagai sejarah


Ayat 59"
Dan tidak ada TuhanMU , mustahil dia membinasakan kota2 melainkan Allah telah sampaikan RasulNya sebagai peringatan, membacakan ayat2 kami , melainkan mereka membuat kezaliman."

Dengar terus...

Puncak kesabaran "TIDAK BERKELUH KESAH" kecuali kepada Allah. Buka semua orang tahu...
Puncak kesabaran jangan di balas dengan balasan buruk...
Akhlak yg luar biasa. Rasulullah...Sabar...
Saaat Fatul Mekah nabi Bilang kepada Abu Sofian siapa di dlam rumah Abu Sufian ...Aman...Masjid...Aman...Dalam Rumah Mereka.>>Aman" Abu sofian sampaikan kepada orang2 Mekah kecuali 10 orang...yg terbunuh ada 3 orang kerana zalim dan tidak mahu meminta maaf...Wahshi datang minta maaf dan Nabi terima,. Wahsyi yang membunuh Hamzah Paman Nabi...
Nabi menangis terisak2 bila hamzah di Bunuh...Wahsyi di lepaskan...Begitu juga Ikrimah Bin Abu Jahal.. Akhirnya Nabi bebaskan mereka masuk Islam...MULIANYA NABI MEMAAFKAN"

Ali bin Hussain...Dia dengari...
Wahai saudaraku, jika orang tahu....

Surah Assyuraa ayat 43,,,,
Orang2 yang Sabar dan suka memaafkan..."Itu teori syarie"

Alhamdulillah
Bersuci itu separuh daripada Iman. Setengah pahala Iman. Wuduq lagi gdn selalu dlm keadaan wuduk...
dan kalimat Alhamdulillah...kalim,at dsederhani tapi mahal
"Berat di timbangan amal"
Dan cubaan dan nikmat ....ucapkan alhamdulillah...
Subhanallah
Alhamdulillah
Laa illahaillah
Allahhuakbar...
Lebih baik dari matahari terbit ...zikir...baca Al Quran...Rindu dgn Pesan Allah dari langit.

Solat itu adalah cahaya....
1) Memberikan cahaya di wajah dan sang pelakunya
cahaya itu orang suka melihatnya. Meskipon kulitnya gelap tapi cantik...kerana dia selalu tahajjud...HEBATnya yang Tuhanku
2) Allah akan menjadikan solatnya bercahaya terang ..SOLAT AKAN MENDIKAN SOLATNYA PETUNJUKNYA...TIMBANGAN AMALNYA...
Sedekah,...Sedakah...makin sedekah...bakal kaya...tak pernah menabung...Royal di jalan Allah./ Jangan Menyimpan...Bersedekah.

Para sahabat itu sentiasa bersedekah....1000% kebaikan dapat kembali...MaasyaaAllah. Jangan hitung2...sedekah...
Sedekah bisa menjadi saksi sedekah itu....
Othman mengutus 1000 ekor unta... mereka beli dari Othman 1000 di beli dgn 100%...akhirnya mereka bayar Othman bin Affan 10 kali lipat....Panggilkan semua umat Islam Othman ...Allah membeli dari saya 10 kali lipat... Bestnya jika duit banya macam dikau sahabatku...

Sabar itu pelita kehidupan....Penerang di waktu gelap

Al Quran , baca, di fahami, di pelajari...InsyaaAllah...Ya Rabb...

Jeguk orang sakit, melawat orang tuanya...dll.
Kaum Ansar meminta daripada Rasulullah ,...dan Nabi Memberinya sampai habis...maka beliau menceritakan kepada ...
" Sesiapa yang tidak meminta2 akan Allah..beri karunia kpdnya...
Sedakah di jlan Allah tidak boleh ada perhitungan,...

Kata Rasullullah...Ya Aisyah ! 
Yang masih sisa adalah yang kita tinggal di dunia...yang kita berikan itu akan kita  bawa ke akhirat...

Siapa yang membuka pintu meminta2 maka  Allah akan membuka pintu kemiskinanya...
Jika kita buka pintu kemuliaan tidak meminta2 merasa cukup akan Allah mengayakannya...

Moga Majlis kita akan Allah barkahi dan semoga 
Semoga Negara kita di berkahi Allah...dan Allah menyatukan kita semua di Syurga Firdaus"Wassalamualaikum warahmatullah hiwabaraka tuh.."


Akan daku semak lagi ayat berapa...InsyaaAllah...

Jika seseorang terlepas solat tahajjud kerana tertidur atau uzur, bolehkah solat itu diganti?

 

Persoalan

Jika seseorang terlepas solat tahajjud kerana tertidur atau uzur, bolehkah solat itu diganti (diqada) dan bagaimanakah caranya?

Jawapan

Boleh. Solat tahajjud (solat malam) yang terlepas kerana tertidur, sakit atau uzur lain boleh diganti (diqada) pada siang hari. Inilah amalan Nabi ﷺ sendiri: apabila Baginda terlepas solat malam kerana tidur atau sakit, Baginda solat dua belas rakaat pada siang hari. Hukum menggantinya sunat, bukan wajib, kerana tahajjud itu sendiri solat sunat. Orang yang tidak menggantinya tidak berdosa, tetapi menggantinya lebih baik supaya amalan itu tidak terputus.

Waktu yang paling baik untuk menggantinya ialah selepas matahari naik hingga sebelum masuk waktu Zohor. Bilangan rakaatnya mengikut kebiasaan malam anda, dilakukan dua rakaat satu salam. Jika kebiasaan malam anda ditutup dengan witir, Nabi ﷺ menggenapkan bilangannya pada siang hari, contohnya 12 rakaat bagi yang biasa solat 11 rakaat. Di bawah dihuraikan dalilnya, perbezaan pendapat ulama dan cara menggantinya.

Amalan Nabi ﷺ apabila terlepas solat malam

Aisyah RA menceritakan kebiasaan Rasulullah ﷺ:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ إِذَا عَمِلَ عَمَلاً أَثْبَتَهُ وَكَانَ إِذَا نَامَ مِنَ اللَّيْلِ أَوْ مَرِضَ صَلَّى مِنَ النَّهَارِ ثِنْتَىْ عَشْرَةَ رَكْعَةً

“Rasulullah ﷺ apabila melakukan sesuatu amalan, Baginda akan menetapkannya (berterusan). Apabila Baginda tertidur pada waktu malam atau sakit, Baginda solat pada siang hari dua belas rakaat.”

Riwayat Muslim, no. 746

Kebiasaan solat malam Nabi ﷺ ialah sebelas rakaat termasuk witir. Apabila diganti pada siang hari, Baginda solat dua belas rakaat, iaitu bilangan kebiasaannya digenapkan kerana witir hanya pada waktu malam. Imam an-Nawawi ketika mensyarahkan hadis ini menyebut bahawa ia dalil sunatnya menjaga wirid (amalan rutin) dan menggantinya apabila terlepas. Syeikh Ibn Baz pula ketika ditanya tentang orang yang terlepas solat malamnya menjawab bahawa dia tidak wajib menggantinya, tetapi yang lebih afdal ialah menggantinya berdasarkan hadis ini.

Ganjarannya seolah-olah dilakukan pada malam hari

Umar bin al-Khattab RA meriwayatkan sabda Rasulullah ﷺ:

مَنْ نَامَ عَنْ حِزْبِهِ أَوْ عَنْ شَىْءٍ مِنْهُ فَقَرَأَهُ فِيمَا بَيْنَ صَلاَةِ الْفَجْرِ وَصَلاَةِ الظُّهْرِ كُتِبَ لَهُ كَأَنَّمَا قَرَأَهُ مِنَ اللَّيْلِ

“Sesiapa yang tertidur sehingga terlepas wiridnya atau sebahagian daripadanya lalu dia membacanya antara solat Fajar dan solat Zohor, dicatat baginya seolah-olah dia membacanya pada waktu malam.”

Riwayat Muslim, no. 747

Hadis ini menyebut wirid bacaan malam. Solat malam termasuk dalam maknanya kerana para sahabat membaca wirid al-Quran mereka dalam solat malam dan hadis Aisyah di atas menunjukkan Nabi ﷺ sendiri menggantikan solat malamnya pada siang hari. Hadis ini juga menjadi dalil tentang waktu menggantinya, iaitu sebelum Zohor.

Maksud yang sama difahami oleh sebahagian ulama salaf daripada firman Allah SWT:

وَهُوَ ٱلَّذِى جَعَلَ ٱلَّيْلَ وَٱلنَّهَارَ خِلْفَةً لِّمَنْ أَرَادَ أَن يَذَّكَّرَ أَوْ أَرَادَ شُكُورًا

“Dan Dia lah yang menjadikan malam dan siang silih berganti untuk sesiapa yang mahu beringat (memikirkan kebesaranNya) atau mahu bersyukur (akan nikmat-nikmatNya itu).”

Surah al-Furqan: 62

Ibn Kathir dalam tafsirnya menukilkan daripada Ibn Abbas RA (pendapat yang sama turut disebut oleh ‘Ikrimah, Sa‘id bin Jubair dan al-Hasan) bahawa sesiapa yang terlepas sesuatu amalan pada waktu malam, dia boleh menunaikannya pada waktu siang dan sesiapa yang terlepas amalan siang boleh menunaikannya pada waktu malam. Beliau juga menukilkan bahawa Umar RA pernah memanjangkan solat Dhuha lalu ditanya sebabnya. Umar menjawab masih ada baki wiridnya yang belum selesai dan dia ingin menyempurnakannya, kemudian beliau membaca ayat ini.

Catatan kuliah tafsir Surah al-Furqan ayat 55-62 di laman ini turut menyebut faedah yang sama ketika menghuraikan ayat 62: “Begitu juga amalan wirid atau zikir waktu malam sekiranya tak sempat habiskan zikirnya sebelum tidur kerana keuzuran atau tertidur, boleh dilakukan gantinya pada siang hari esoknya.” Catatan yang sama menyebut: “Jika tak sempat solat witir kerana keuzuran boleh ganti pada keesokannya.”

Witir yang terlepas

Witir juga boleh diganti. Abu Sa‘id al-Khudri RA meriwayatkan sabda Rasulullah ﷺ:

مَنْ نَامَ عَنْ وِتْرِهِ أَوْ نَسِيَهُ فَلْيُصَلِّهِ إِذَا ذَكَرَهُ

“Sesiapa yang tertidur sehingga terlepas witirnya atau terlupa, hendaklah dia menunaikannya apabila dia teringat.”

Riwayat Abu Daud, no. 1431; dinilai sahih oleh al-Albani

At-Tirmizi turut meriwayatkan hadis yang semakna (no. 465 dan 466). Riwayat no. 466 daripada Zaid bin Aslam secara mursal berbunyi “hendaklah dia solat apabila tiba waktu pagi” dan at-Tirmizi menilainya lebih sahih daripada riwayat yang bersambung sanadnya melalui jalan ‘Abd ar-Rahman bin Zaid bin Aslam. Riwayat Abu Daud di atas pula datang melalui jalan lain yang dinilai sahih.

Tentang cara menggantinya pada siang hari, Syeikh Ibn Baz menjelaskan berdasarkan hadis Aisyah bahawa witir yang terlepas diganti dengan bilangan kebiasaannya tetapi digenapkan dengan tambahan satu rakaat dan salam pada setiap dua rakaat. Contohnya, orang yang biasa solat lima rakaat solat enam rakaat, yang biasa tujuh rakaat solat lapan dan yang biasa sebelas rakaat solat dua belas. Sebahagian ulama lain pula berpendapat witir diqada seperti asalnya iaitu dalam bilangan ganjil. Kedua-dua cara mempunyai sandaran dan mengikut amalan Nabi ﷺ dalam hadis Aisyah RA lebih dekat kepada nas.

Perbezaan pendapat ulama tentang qada solat sunat

Para fuqaha berbeza pendapat sama ada solat sunat yang terlepas daripada waktunya disyariatkan untuk diqada. Ringkasan pendapat mazhab sebagaimana dinukilkan oleh Dar al-Ifta' al-Misriyyah (fatwa no. 7054):

  1. Mazhab Syafie: solat sunat yang mempunyai waktu tertentu sunat diqada menurut pendapat yang azhar (paling kuat dalam mazhab). Imam an-Nawawi dalam Raudhah at-Talibin (1/337) menyebut: “وأظهرها: تُقضَى” (pendapat yang paling kuat: ia diqada). Solat malam dan witir termasuk solat sunat yang mempunyai waktu, iaitu antara Isyak dan terbit fajar.
  2. Mazhab Hanbali: pendapat yang masyhur ialah sunat menggantikan solat sunat rawatib yang terlepas, sebagaimana disebut oleh al-Mardawi dalam al-Insaf (2/178). Syeikh Ibn Baz juga berpendapat solat malam yang terlepas afdal diganti pada siang hari.
  3. Mazhab Hanafi: solat sunat yang terlepas tidak diqada kecuali dua rakaat sunat Fajar bersama fardunya, sebagaimana kata al-Kasani dalam Bada'i' as-Sana'i' (1/287). Namun witir dalam mazhab ini hukumnya wajib, maka witir yang terlepas wajib diqada.
  4. Mazhab Maliki: solat sunat yang terlepas tidak diqada kecuali dua rakaat sunat Fajar (hingga tergelincir matahari), sebagaimana dalam asy-Syarh as-Saghir oleh ad-Dardir (1/408).

Pendapat yang menyunatkan qada solat malam, iaitu pendapat mazhab Syafie dan Hanbali, lebih dekat dengan hadis-hadis di atas kerana ia bersandar kepada perbuatan Nabi ﷺ sendiri (hadis Aisyah) dan sabda Baginda (hadis Umar dan hadis Abu Sa‘id). Bagi pengamal mazhab Syafie di Malaysia, menggantikan solat tahajjud dan witir yang terlepas adalah amalan sunat yang dianjurkan.

Cara dan waktu menggantinya

  • Waktu: hadis Umar menyebut antara solat Subuh dan Zohor. Yang terbaik ialah selepas matahari naik kira-kira segalah hingga sebelum masuk waktu Zohor, iaitu waktu solat Dhuha. Ini juga keluar daripada khilaf tentang waktu yang dilarang solat selepas Subuh, walaupun dalam mazhab Syafie solat yang mempunyai sebab terdahulu seperti qada tidak termasuk dalam larangan itu.
  • Bilangan: ikut kebiasaan malam anda. Jika kebiasaannya termasuk witir, ikut amalan Nabi ﷺ dengan menggenapkannya, contohnya 11 rakaat menjadi 12 rakaat (sebahagian ulama membolehkan witir diqada dalam bilangan ganjil). Jika anda hanya mampu sebahagian, solatlah sekadar yang mampu.
  • Cara: dua rakaat satu salam seperti solat sunat biasa.
  • Niat: niat dalam hati untuk menggantikan solat malam (atau witir) yang terlepas. Lafaz niat tidak diwajibkan.
  • Bukan kewajipan: qada ini sunat. Jika anda tidak sempat menggantinya, tiada dosa. Teruskan solat malam pada malam berikutnya.

Niat bangun malam tetap diberi pahala

Bagi orang yang tidur dengan niat untuk bangun bertahajjud tetapi tidak terjaga, Rasulullah ﷺ memberi khabar gembira:

مَنْ أَتَى فِرَاشَهُ وَهُوَ يَنْوِي أَنْ يَقُومَ يُصَلِّي مِنَ اللَّيْلِ فَغَلَبَتْهُ عَيْنَاهُ حَتَّى أَصْبَحَ كُتِبَ لَهُ مَا نَوَى وَكَانَ نَوْمُهُ صَدَقَةً عَلَيْهِ مِنْ رَبِّهِ عَزَّ وَجَلَّ

“Sesiapa yang datang ke tempat tidurnya dengan berniat untuk bangun solat pada waktu malam, lalu dia dikuasai oleh matanya (tertidur) sehingga subuh, dicatat baginya apa yang diniatkannya dan tidurnya itu menjadi sedekah kepadanya daripada Tuhannya ‘azza wa jalla.”
(Riwayat an-Nasa'i, no. 1787; Ibn Majah, no. 1344; dinilai sahih oleh al-Albani. An-Nasa'i menyebut Sufyan meriwayatkannya secara berbeza, iaitu secara mauquf sebagai kata-kata Abu Dzar dan Abu ad-Darda' RA)

Maka jangan berputus asa jika sesekali terlepas. Pasang niat sebelum tidur, gantikan pada waktu Dhuha jika mampu dan bagi yang bimbang tidak terjaga, solat malam dan witir boleh dilakukan sebelum tidur selepas Isyak sebagaimana dihuraikan dalam soal jawab “Solat Malam dan Witir Terus Selepas Isyak” di laman ini. Tip praktikal untuk bangun malam ada dalam tulisan “5 Tip Bangun Awal untuk Solat Tahajjud & Solat Subuh Berjemaah di Masjid”.

Kelebihan solat tahajjud yang menjadikan ia wajar dijaga dan diganti apabila terlepas turut dihuraikan dalam nota tafsir Surah al-Isra' ayat 78-81 (perintah tahajjud kepada Nabi ﷺ), Surah as-Sajdah ayat 15-17 (orang beriman yang merenggangkan diri dari tempat tidur), Surah adz-Dzariyat ayat 15-19 (sedikit tidur pada waktu malam dan beristighfar pada waktu sahur) dan Surah al-Muzzammil ayat 1-4 dan ayat 20 (perintah solat malam dan keringanannya).

Kesimpulan

  • Solat tahajjud yang terlepas boleh diganti pada siang hari. Nabi ﷺ sendiri solat dua belas rakaat pada siang hari apabila terlepas solat malam kerana tidur atau sakit.
  • Hukum menggantinya sunat, bukan wajib. Ia pendapat mazhab Syafie (solat sunat berwaktu sunat diqada) dan Hanbali, manakala mazhab Hanafi dan Maliki tidak mengqada solat sunat selain sunat Fajar.
  • Waktu terbaik ialah selepas matahari naik hingga sebelum Zohor. Menurut hadis Umar RA, wirid malam yang diganti antara Subuh dan Zohor dicatat seolah-olah dilakukan pada waktu malam.
  • Bilangan rakaat mengikut kebiasaan malam, dua rakaat satu salam. Menurut amalan Nabi ﷺ, witir yang terlepas digenapkan pada siang hari, contohnya 11 rakaat menjadi 12 rakaat.
  • Orang yang tidur dengan niat untuk bangun malam tetapi tertidur tetap dicatat pahala niatnya.

Wallahu a'lam.

 

Ahad, 5 Julai 2026

 Assalamualaikum. !  

Awak....Ingat Allah awak !   Kena ada Redho, Sabar dan Syukur. Serah pada Allah 100% dan bertawakkal..  InsyaaAllah   selamat.

Ahad, 3 Mei 2026

You needed me...

 

Jumaat, 27 Februari 2026

You needed me...

UPDATE  27/2/26 BERSAMAAN 9 RAMADHAN 1447 H.


UPDATE  27/2/26 BERSAMAAN 9 RAMADHAN 1447 H.

 

Tafsir Surah Abasa Ayat 7 – 16 (Buang sombong dengan Al-Qur’an)

Ayat 7:

وَما عَلَيكَ أَلّا يَزَّكّىٰ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And not upon you [is any blame] if he will not be purified.¹

  • The Prophet (ṣ) was responsible only for conveying the message, not for ultimate guidance.

(MALAY)

Padahal tidak ada (celaan) atasmu apabila dia tidak membersihkan diri (beriman).

Allah ﷻ buka apa yang dalam hati mereka, di mana Allah ﷻ beritahu yang mereka memang tidak mahu membersihkan hati mereka pun. Kita dapat faham begini kerana Allah ﷻ letak أَلّا dalam lafaz ini. Bukan Allah ﷻ kata, ‘kalau dia tidak bersihkan diri’, tetapi Allah ﷻ kata ‘apabila dia tidak membersihkan diri’. Itu bukanlah salah Nabi ﷺ dan Allah ﷻ nyatakan dengan jelas dalam ayat ini.

Dan lagi satu makna yang kita boleh ambil dari ayat ini, bukan tanggungjawab Nabi ﷺ pun kalau mereka tidak bersihkan hati mereka. Kerana itu adalah tanggungjawab mereka sendiri. Dalam surah lain disebut yang Nabi ﷺ hanya beri ancaman sahaja, sampaikan sahaja, pemberi peringatan sahaja. Maksudnya, kalau memang mereka tidak mahu terima agama tauhid dan belajar dengan Nabi ﷺ, itu bukan salah baginda. Kerana tugas baginda hanya menyampaikan sahaja.

Begitu jugalah kita dengan orang yang kita sampaikan dakwah sunnah. Bukan tanggungjawab kita untuk memastikan mereka beriman atau tidak; tanggungjawab kita adalah menyampaikan sahaja, dengan cara terbaik yang kita boleh lakukan. Kalau mereka tidak terima juga, bukan salah kita, kalau kita sudah sampaikan.


 

Ayat 8:

وَأَمّا مَن جاءَكَ يَسعىٰ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But as for he who came to you striving [for knowledge]

(MALAY)

Dan adapun orang yang datang kepadamu dengan bersegera (untuk mendapatkan pengajaran),

Lafaz يَسعىٰ bermaksud seseorang yang berjalan laju, tapi tidak sampai tahap berlari. Macam kita saie di Baitullah, ada tempat berlari-lari anak, bukan?

Ayat ini hendak menjelaskan bagaimana Abdullah Ummi Maktum itu datang dengan bersungguh-sungguh. Dia datang dengan bersemangat sebab dia memang hendak mendapat ilmu dan berbeza dengan pemuka Quraisy yang rasa diri mereka cukup dan tidak memerlukan apa-apa.


Ayat 9:

وَهُوَ يَخشىٰ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

While he fears [Allāh],

(MALAY)

sedang dia takut kepada (Allah),

Abdullah ibn Ummi Maktum takut dengan Allah ﷻ. Dan takut kepada Allah ﷻ adalah penting. Kerana apabila takut kepada Allah ﷻ, maka kita takut untuk buat dosa. Apabila diberitahu yang beliau takut, maknanya dalam masa yang sama, ada yang tidak takut iaitu Musyrikin Mekah. Musyrikin Mekah tidak kisah dengan Allah ﷻ.


Ayat 10:

فَأَنتَ عَنهُ تَلَهّىٰ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

From him you are distracted.

(MALAY)

maka kamu mengabaikannya.

Lafaz تَلَهّىٰ dari katadasar ل ه و yang bermaksud bergembira, hiburan – sesuatu yang kita buat sampai leka, terlupa kepada perkara yang lebih penting lagi. Begitulah kita dengan hiburan, bukan?

Allah ﷻ hendak beritahu kepada Nabi ﷺ, yang baginda telah leka dengan perkara yang lain, sampaikan baginda terlupa kepada Abdullah Ummi Maktum رضي الله عنه itu. Nabi ﷺ telah melebihkan orang lain yang tidaklah lagi penting dari orang buta ini.

Dalam masa yang sama, Allah ﷻ hendak memberitahu kita yang orang buta ini lebih penting dari pemuka-pemuka Quraisy itu. Allah ﷻ tahu hati orang kafir itu dan hati Abdullah رضي الله عنه itu. Allah ﷻ beritahu Nabi ﷺ jangan buang masa dengan mereka yang tidak mahu belajar, tidak mahu berubah.

Kalau kita berdakwah dan kita lihat ada harapan yang orang itu mahu kebenaran, maka tidaklah salah kalau kita teruskan. Kerana kita tidak tahu sama ada dia akan terima kebenaran atau tidak. Kerana kita tidak tahu dalam hati manusia.

Akan tetapi dalam kes ini, Allah ﷻ beritahu sendiri kepada baginda, kerana Allah ﷻ tahu apa yang dalam hati mereka. Oleh itu, jangan salah faham dengan ayat ini – ayat ini bukanlah suruh kita jangan hiraukan dakwah kepada non-muslim. Kita kena tetap terus dakwah kepada mereka.


 

Ayat 11: Ayat ini sehingga ke ayat 16 adalah Perenggan Makro Kedua. Ia mengajar kita untuk buang kesombongan hati dan hendaklah beriman dengan Al-Qur’an.

كَلّا إِنَّها تَذكِرَةٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

No! Indeed, they [i.e., these verses] are a reminder;

(MALAY)

Sekali-kali jangan (demikian)! Sesungguhnya ajaran-ajaran Tuhan itu adalah suatu peringatan,

 

Kalimah كَلّا ini ada banyak pentafsiran tentangnya. Yang pertama, ia mungkin Allah ﷻ sedang menempelak orang kafir. Kerana ia adalah sambungan kepada ayat-ayat sebelum ini. Sebagai teguran berat kepada mereka yang rasa mereka sudah cukup. Maksudnya, Nabi ﷺ tidak ada masa hendak layan mereka lagi. Lagi elok kalau Nabi ﷺ layan orang yang ikhlas hendak belajar.

Atau lafaz كَلّا itu sebagai penekanan kepada apa yang hendak disebutkan selepasnya. Allah ﷻ hendak tekankan yang sesungguhnya Al-Qur’an ini adalah peringatan yang amat besar. Maka jangan tidak beri perhatian kepadanya.

Kenapa Al-Qur’an digelar sebagai pemberi peringatan? Bukankah ia bawa benda yang baharu? Sedangkan kalau beri ingat, tentulah kepada perkara yang kita sudah tahu, bukan? Memang begitu kerana sebenarnya Al-Qur’an mengingatkan manusia kembali tentang syahadah kita semasa kita dijadikan dahulu. Ini disebut dalam Al A’raaf Ayat 172.

وَإِذ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَني آدَمَ مِن ظُهورِهِم ذُرِّيَّتَهُم وَأَشهَدَهُم عَلىٰ أَنفُسِهِم أَلَستُ بِرَبِّكُم ۖ قالوا بَلىٰ ۛ شَهِدنا ۛ أَن تَقولوا يَومَ القِيامَةِ إِنّا كُنّا عَن هٰذا غافِلينَ

Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): “Bukankah Aku ini Tuhanmu?” Mereka menjawab: “Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi”. (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: “Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)”,

Maknanya, dalam diri kita sebenarnya sudah ada fitrah untuk mendapat peringatan kerana kita sudah kenal Allah ﷻ dari sebelum kita dikeluarkan ke dunia lagi. Akan tetapi kita sudah lupa tentangnya. Kerana itulah ada agama-agama yang lain dari Islam, sedangkan Islam adalah agama fitrah.

Agama lain itu terjadi kerana manusia sudah lupa perjanjian dan ikrar mereka sebelum mereka lahir. Oleh itu, wahyu Al-Qur’an mengingatkan kita kembali kepada apa yang kita telah ikrarkan dahulu. Ini bukan peringatan dari manusia tetapi dari Allah ﷻ sendiri. Kalau mereka tidak mahu dengar, bukan salahmu Muhammad ﷺ!

Atau Allah ﷻ menegur Nabi ﷺ dengan lafaz كَلّا yang bermaksud ‘jangan begitu’. Maknanya, Nabi ﷺ tidak boleh begitu terhadap Abdullah Ummi Maktum  رضي الله عنه itu. Al-Qur’an ini adalah untuk semua orang, tidak boleh dibahagi-bahagikan, tidak boleh dikhususkan kepada orang-orang tertentu sahaja. Oleh itu Allah ﷻ suruh Nabi ﷺ jangan lebihkan orang kafir itu daripada orang mukmin.


 

Ayat 12:

فَمَن شاءَ ذَكَرَهُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So whoever wills may remember it.¹

  • The revelation. Or “Him,” i.e., Allāh (subḥānahu wa ta‘ālā).

(MALAY)

maka barangsiapa yang menghendaki, tentulah dia mengingatinya,

 

Kepada siapa yang mahu, akan mendapat peringatan. Tugasmu hanya menyampaikan.  Sesiapa yang hendak, dia boleh ambil, terpulang kepada mereka. Iaitu mereka yang masih ada lagi cahaya fitrah dalam diri mereka. Yang masih mahu mendengar suara hatinya.

Jadi, adakah kita mahu mendengar suara hati kita dan belajar tafsir Al-Quran ini sampai kita boleh faham? Sepatutnya begitulah sikap kita terhadap Al-Qur’an. Kita kena ada usaha untuk mempelajari dan memahaminya. Kita belajar tafsir, belajar bahasa Arab, belajar bahasa Al-Qur’an, baca berulang-ulang supaya kita lebih faham dan amalkan apa yang kita belajar.

Kerana kalau tidak faham, bagaimana kita hendak amalkan? Akhirnya, kita kena sampaikan kepada orang lain, kerana itulah yang Allah ﷻ suruh kita lakukan. Adakah kita lakukan semua itu? Berapa ramai yang tidak kisah pun mereka tidak faham Al-Qur’an?

Dan berapa ramai yang salah faham dengan pelajaran Tafsir Al-Qur’an ini, sampai ada yang kata kita tidak akan dapat faham, bukan bidang kita, ulama sahaja faham, bahaya kalau belajar dan macam-macam lagi alasan, sampai mereka tidak belajar tafsir langsung? Dan bagaimana pula yang sampai sanggup melarang orang lain dari belajar kerana takut sesat?


 

Ayat 13: Allah ﷻ sambung cerita tentang Al-Qur’an. Kenapa Al-Qur’an itu hebat?

في صُحُفٍ مُكَرَّمَةٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[It is recorded] in honored sheets,

(MALAY)

di dalam kitab-kitab yang dimuliakan,

 

Al-Qur’an itu tersimpan di dalam suhuf yang mulia. Lafaz صُحُفٍ bermaksud helaian-helaian. Allah ﷻ memberitahu betapa mulianya Al-Qur’an ini kerana ia terjaga. Dalam ayat ini Allah ﷻ menyebut tentang Al-Qur’an yang asal, yang disimpan di Lauh ul Mahfuz.

Ianya bukan kitab yang sebarangan, ianya amat tinggi, tetapi malangnya ramai yang buat tidak tahu sahaja. Allah ﷻ hendak beritahu, kalau mereka tidak inginkan, tidak endahkan perkara yang mulia, mereka pun tidak layak kerana mereka itu rendah.

Jadi tidak perlu terdesak sangat hendak hulur kepada mereka. Ianya adalah sesuatu yang mulia sampaikan tidak layak untuk disogok-sogok kepada orang yang tidak mahukannya.


 

Ayat 14:

مَرفوعَةٍ مُطَهَّرَةٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Exalted and purified,

(MALAY)

yang ditinggikan lagi disucikan,

 

Al-Qur’an itu bersifat yang tinggi dan suci. Allah ﷻ menekankan bahawa wahyu yang dibawa Nabi ﷺ adalah tinggi dan suci. Jadi mereka yang tidak mahu mendengarnya adalah di dalam kerugian.

Kalau ia tinggi tidak dapat dicapai dan ianya suci, maksudnya Al-Qur’an itu terjaga dari kekotoran dan penipuan. Tidak boleh sesiapa pun memasukkan perkara yang salah di dalamnya, juga tidak dapat dikurangkan. Maka salahlah fahaman puak Syiah yang mengatakan Al-Qur’an yang ada sekarang ini telah diubah, malah banyak yang dikurangkan. (Mereka kata Al-Qur’an yang sebenar sekarang disimpan oleh Imam Mahdi mereka).

Oleh kerana mulia dan tinggi Al-Qur’an itu, mereka yang mendengar dan belajar tafsir Al-Qur’an ini sepatutnya rasa beruntung. Tidak layak kalau mereka pandang rendah wahyu itu. Tidak patut mereka rasa diri mereka sudah cukup tanpa Al-Qur’an.


 

Ayat 15:

بِأَيدي سَفَرَةٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[Carried] by the hands of messenger-angels,

(MALAY)

di tangan para penulis,

 

Lafaz سَفَرَةٍ bermaksud ‘penulis’. Siapakah yang dimaksudkan?

Pendapat jumhur mengatakan ianya adalah para malaikat. Maksudnya, Al-Qur’an itu terpelihara di tangan malaikat-malaikat yang menyalinnya dari Lauhul Mahfuz.

Begitulah pendapat Ibnu Jarir رحمه الله yang mengatakan bahawa pendapat yang sahih ialah yang mengatakan bahawa safarah adalah para malaikat yang menghubungkan antara Allah ﷻ dengan makhluk-Nya. Dan termasuk ke dalam pengertian ini dikatakan safir, yang ertinya orang yang menghubungkan di antara kedua belah pihak yang bersangkutan untuk tujuan perdamaian dan kebaikan.

Maka, safarah dalam ayat ini bermaksud penghubung antara Allah ﷻ dan makhlukNya. Dalam satu hadis, digunakan kalimah ‘safarah’ ini yang merujuk kepada para malaikat.

قَالَ الْإِمَامُ أَحْمَدُ: حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ، حَدَّثَنَا هِشَامٌ، عَنْ قَتَادَةَ، عَنْ زُرَارة بْنِ أَوْفَى، عَنِ سَعْدِ بْنِ هِشَامٍ، عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “الَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَهُوَ مَاهِرٌ بِهِ مَعَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ الْبَرَرَةِ، وَالَّذِي يَقْرَؤُهُ وَهُوَ عَلَيْهِ شَاقٌّ لَهُ أَجْرَانِ”.

Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Ismail, telah menceritakan kepada kami Hisyam, dari Qatadah, dari Zurarah ibnu Aufa, dari Sa’d ibnu Hisyam, dari ayahnya, dari Aisyah yang mengatakan bahawa Rasulullah ﷺ pernah bersabda: Orang yang membaca Al-Qur’an, sedangkan dia pandai membacanya (kelak akan dihimpunkan) bersama-sama dengan para safarah yang mulia lagi berbakti. Adapun orang yang membacanya, sedangkan dia melakukannya dengan berat, baginya dua pahala.

Ada juga yang mengatakan ia merujuk kepada para penulis Rasulullah ﷺ yang ditugaskan untuk menyalin Al-Qur’an selepas dibacakan oleh Nabi ﷺ. Rasullullah ﷺ telah melantik para penulis wahyu Qur’an dari sahabat-sahabat terkemuka, seperti Ali bin Abi Thalib, Muawiyah, ‘Ubai bin K’ab dan Zaid bin Tsabit رضي الله عنهم. Ada lebih kurang 40 orang penulis wahyu yang ditugaskan oleh Rasulullah.

Setiap kali ada ayat turun, baginda akan memerintahkan mereka menulisnya dan menunjukkan tempat ayat tersebut dalam surah, sehingga penulisan pada lembar itu membantu penghafalan di dalam hati.


 

Ayat 16:

كِرامٍ بَرَرَةٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Noble and dutiful.

(MALAY)

yang mulia lagi berbakti.

 

Malaikat yang menulis dan menjaga Al-Qur’an itu mulia lagi banyak berbakti. Allah ﷻ hendak beritahu kepada kita betapa mulianya Al-Qur’an dan peringatan itu. Oleh kerana kedudukan Al-Qur’an itu, maka para malaikat yang tinggi dan mulia yang menyalin Al-Qur’an itu dan menjaganya.

Dan manusia amat beruntung jika dapat mempelajarinya. Oleh itu, kalau mereka tidak mahu dengar dakwah dari Al-Qur’an, maka bukan salah Nabi ﷺ. Yang rugi adalah mereka.

Bagaimana Al-Qur’an yang mulia itu mereka tidak hiraukan? Bagaimana masyarakat kita boleh belajar agama tetapi tidak belajar lagi tafsir Al-Qur’an? Kitab berjela-jela mereka belajar, tetapi tafsir Al-Qur’an belum belajar lagi. Ini adalah satu perkara yang amat pelik. Seolah-olah Al-Qur’an ini bukan sumber rujukan utama kepada pelajar agama. Sedangkan para sahabat dahulu tidak benarkan anak-anak mereka belajar sumber lain sebelum habis belajar tafsir Al-Qur’an.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini 25 September 2019