Ahad, 18 Januari 2026

Maka Wahai Pemimpin2 Islam, kita terlupakan mana yang lebih utama, mana yang Sunnah, mana yang Allah Taala mahu.

  

Kenapa yang sedikit ini yg kita cuba terokai.
Ternak yg halal apa salahnya. Islam boleh makan ,bukan islam boleh makan dan menepati Sunnah Rasulullah SAW.   Maka Wahai Pemimpin2 Islam, Jangan terlajak kalut dengan Kuasa kerana kita boleh mentadbir tetapi sampai kita terlupakan mana yang lebih utama, mana yang Sunnah, mana yang Allah Taala mahu.  Ingat sama ada kita kita Muslim atau bukan Muslim, kita semua hamba Allah yang akan dihisab oleh Allah di akhirat nanti Di dunia betul kita mengatakan itu hak beragama tetapi di akhirat tidak kira agama apa sekalipon Allah akan hisab kita. 

Dalam isue ini kita ingin menyatakan bahawa ada satu Hadith kalau kita nak lihat dari sudut nilai ekonomi disisi syaraq bukan saja makan bahkan, dengar baik2 bahkan urusan, apa2 urusan yang jelas kalau mengangkat benda2 yang haram, mengangkat babi yang haram ketaraf yang mulia sampai di ternak dalam bilik aircond dijaga serapi2nya lebih bersih daripada seorang bayi yang baru dilahirkan, lalu kita mengatakan inilah cara kenapa kita nak sekat kenapa kita nak haramkan ,dia boleh di kawal, dia boleh diurus.  Ingat perbuatan tersebut kita telah memuliakankan babi.  Kita telah memuliakan kedudukan babi yang yang diharamkan Allah SNW.  Maka perbuatan tersebut juga tercela di sisi Allah. Tercela di sisi Rasullullah. SAW. 

 Wahai pemimpin Islam tak kiralah kamu parti apa...kita semua ini bersaudara, kita semua mesti bercakap atas nama Allah SNW , maka dengarlah bahawa usaha yang kita lakukan itu tidaklah terpuji di sisi Allah, walaupon terpuji disisi manusia, kerana Rasullullah SAW telah bersabda melalui hadith Jabir RA.   Sebenarnya Rasulullah telah lama melarangkan jual arak, jual bangkai, jual babi, jual berhala.  Maka apa bentuk urusniaga yang bersifat perusahaan dalam bidang2 tadi  tidak mulia disisi Rasullullah,  malulah kita kepada Allah dalam usia yang ada ini, takkan lah kita nak mati atas nama keperluan dan pengurusan semata2.

 Cuba lah fikir, janganlah angka 500 itu dijadikan kesempatan atas nama pemindahan.  Jadi dalam konteks Malaysia ini patutkah ternak babi secara komersial?  Jadi jawapan fiqh siasah yang seimbang prinsip dasarnya muslim tak boleh makan dan wajib Negara menjaga intergriti Halal Fiqh.   Bukan Islam, negara boleh mengurus keperluan makanan mereka dalam batas undang2 dalam kemaslahatan umum.  Jadi Negara wajib menolak mudhorat awam, menjaga alam sekitar, menjaga kesihatan awam.  Jadi dalam perkara ini kita berusaha mendidik agar masyarakat sedar, tak payahlah kita bersungguh nak makan benda yang haram banyak lagi benda yang halal yang telah di taitahkan di firmankan oleh Allah  SNW.
  .
Jadi sebab itu di akhir khutbah ini kita ingin menyokong, sahabat yang di rahmati Allah, TITAH TUANKU SUPAYA MELAKUKAN KAJIAN YANG MENYELURUH, KUANTITI KEPERLUAN BABI DAN PERMINTAAN DAGING BABI KHUSUSNYA UNTUK BUKAN ISLAM DI NEGARA INI. DAN TITAH BAGINDA SUPAYA TIADA LAGI OPERASI PENTERNAKAN BABI DI KUALA LANGAT, TANJUNG SEPAT DAN SEBAGAINYA. MAKA TIADA PERUNTUKAN KEWANGAN DARIPADA KERAJAAN NEGERI UNTUK OPERASI TERSEBUT.  JADI TAHNIAH DAN TERIMA KASIH, ALHAMDULILLAH DI ATAS TITAH TUANKU DAN KEPERIHATINAN TUANKU DALAM PERKARA INI...BAARAKALLAHHU LI WALAKUM FIL KURA NILAZIM,
WANAF AL NI......................................WAYA NAJA TATTA IBIN.

Sabtu, 17 Januari 2026

14 8 2023 UDAY Jawab 1 Ada Ustaz anjur baca Yasin 7 mubin 2 Saya tak ju...

Yasin 7 Mubin... Amalan bacaan surah yasin 7 mubin adakah dalilnya...

 Soalan:

Assalamualaikum Dato’ Seri. Amalan bacaan surah yasin 7 mubin iaitu setiap kali jumpa ayat mubin kita berhenti baca surah yasin dan ulang kembali membaca semula dari awal surah yasin sehingga habis bertemu ayat mubin sebanyak 7 kali dalam surah yasin, adakah boleh untuk di amalkan sekiranya kita diuji Allah dengan gangguan sihir atau hilang barang? Amalan ini adakah bertentangan dengan akidah ahli sunnah wal jamaah atau dibolehkan untuk kita mengamalkannya? Sekian, terima kasih.

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Membaca surah Yasin adalah satu ibadah dan mendapat pahala bagi sesiapa yang membacanya kerana ia merupakan satu surah daripada surah-surah di dalam al-Quran. Selain itu, hadith Nabi SAW juga menunjukkan bahawa  sesiapa yang membaca al-Quran akan mendapat pahala yang besar. Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَن قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ ، وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا ، لَا أَقُوْلُ آلم حَرْفٌ ، وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلَامٌ حَرْفٌ وَمِيْمٌ حَرْفٌ

Maksudnya: “Sesiapa yang membaca satu huruf di dalam al-Quran maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya. Aku tidak mengatakan “الم” satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf”. 

Riwayat al-Tirmizi (2910)

Terdapat sebuah hadith yang dinilai sahih oleh Ibn Hibban walaupun status menjadi perselisihan oleh para ahli hadith, namun Ibn Hibban meletakkan hadith ini di dalam kitabnya Sahih Ibn Hibban sebagimana yang diriwayatkan daripada Jundub bin Abdillah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ قَرَأَ يس فِي لَيْلَةٍ ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللَّهِ غُفِرَ لَهُ

Maksudnya: “Sesiapa yang membaca surah Yasin pada malam hari untuk mencari redha Allah maka akan diampunkan dosanya”. 

Riwayat Ibn Hibban (2574). Syeikh Syuaib al-Arnaut dalam Takhrij Sahih Ibn Hibban (2574) menyatakan bahawa para perawinya thiqah tetapi al-Hasan melakukan tadlis dengan ‘an’anah.

Antara salah satu yang diriwayatkan oleh orang ramai yang menganggapnya adalah sebagai hadith berkenaan kelebihan surah yasin ialah:

سُورَةُ يَسٍ لِمَا قُرِئَتْ لَهُ

Maksudnya: “Yasin tergantung niat dibacanya”

Hal ini seolah-olah menunjukkan bahawa surah Yasin menjadikan pembacanya ditunaikan hajatnya dan dipermudahkan urusannya berdasarkan niat pembacanya. 

  • Imam al-Sakhawi mengkritik riwayat ini dengan berkata: “Tidak ada asal dengan lafaz ini.” (Lihat al-Maqasid al-Hasanah, 741)
  • Al-Qadhi Zakariya pula berkata berkenaan riwayat ini: “Hadith palsu” (Lihat Kasyf al-Khafa’, 2/2215)
  • Mulla ‘Ali al-Qari berkata: “Dikatakan bahawa hadith ini tidak ada asalnya atau asalnya palsu.”  (Lihat al-Asrar al-Marfu’ah, 377)

Membaca Surah Yasin dengan Kaedah 7 Mubin

Pertamanya, membaca Surah Yasin dengan kaedah ini membuatkan doa terkabul atau mengelakkan gangguan sihir atau untuk mencari hilang barang, maka daripada sudut syara’ ia tidak mempunyai sebarang sandaran. 

Selain itu, Ibnu Kathir juga pernah menukilkan dalam tafsir dari sebahagian ahli imu, “Antara kelebihan surah Yasin ini ialah ia tidak dibacakan ketika seseorang itu berada dalam masalah, melainkan Allah akan mudahkan baginya.” (Lihat Tafsir al-Quran al-’Azim, 3/742)

Ini juga merupakan ijtihad daripada mereka dan bukannya sebagai dalil daripada al-Quran, al-Sunnah atau perkataan sahabat dan juga tabi’in. 

Namun begitu, kaedah ini diamalkan lebih kepada tajribah atau mujarrabah (pengalaman yang dilakukan) sebahagian ulama atau orang-orang soleh dan hasil yang didapati adalah tercapai cita-cita atau kehendak pembacanya. Tetapi ia bukanlah fatwa dan tidaklah semestinya berlaku kerana ia hanya sekadar pengalaman mereka yang mereka kongsikan. 

Tidak ada sesiapa boleh meletakkan kelebihan atau fadhilat sesuatu surah melainkan apa yang disebut dalam nas dan juga syara’. Bahkan sesiapa yang meletakkan tajribah dan pengalaman untuk menetapkan kaedah sesuatu surah itu dibaca disebabkan oleh hasil yang diterima oleh orang-orang soleh sebelum ini, maka bagaimana pula dengan pengalaman kebanyakan orang yang membaca surah yasin dengan kaedah ini untuk memenuhi hajatnya, tetapi Allah tidak memenuhinya?

ٍSyeikh Taqiyuddin Abu al-Abbas berkata: “Dari sini ramai orang yang keliru. Sesungguhnya telah sampai kepada mereka bahawa sebahagian orang soleh beribadah dengan suatu ibadah atau berdoa dengan suatu doa dan berhasil mendapatkan kesan daripada ibadah dan doa itu. Maka mereka menjadikan sebagai dalil kebaikan daripada ibadah dan doa itu dan menjadikan hal itu sebagai suatu sunnah, seakan-akan telah dilakukan oleh seorang Nabi. Hal ini merupakan suatu kekeliruan seperti yang telah kami sebutkan. Apalagi kesan daripada amalan itu adalah kerana keikhlasan hati pelakunya ketika melakukannya. Kemudian dilakukan oleh pengikutnya hanya sekadarnya dan bukan dengan keikhlasan sehingga mereka merosakkannya. Hal ini kerana amalan itu bukanlah amalan yang dianjurkan sehingga mereka mendapatkan pahala daripada orang yang mengikutinya dan juga tidak dilakukan dengan ikhlas oleh pelakunya, yang apabila dilakukan dengan permintaan yang ikhlas dan niat yang benar pelakunya dapat menghapuskan dosa pelakunya.” (Lihat Iqtidha’ al-Sirat al-Mustaqim, 2/698-700)

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, kami katakan hadith-hadith yang menceritakan akan kelebihan surah Yasin ini, para ulama’ menyatakan bahawa kebanyakan hadith yang menceritakan akan kelebihan surah Yasin adalah dhaif (lemah) atau palsu. Walaupun begitu, kita sangat digalakkan dan dituntut untuk sentiasa melazimi dan membaca al-Quran tidak kira masa atau tempat, berdasarkan dalil umum yang terdapat di dalam al-Quran dan juga di dalam al-Sunnah al-Sahihah.

Selain itu, membaca Surah Yasin dengan kaedah seperti yang dinyatakan oleh saudara yang bertanya membuatkan doa terkabul atau mengelakkan gangguan sihir atau untuk mencari hilang barang, maka daripada sudut syara’ ia tidak mempunyai sebarang sandaran sama sekali sebagaimana perbahasan yang kami sebutkan di atas.

Namun begitu, kami katakan juga bahawa dari sudut amalan untuk kita baca dan lazimi mana-mana surah bukanlah satu kesalahan bahkan ia lebih kepada tajribah (pengalaman yang dilakukan) sebahagian ulama atau orang-orang soleh. Hasil yang didapati adalah tercapai cita-cita atau kehendak pembacanya. Maka, kami katakan ini kerana doa mereka dan juga kurniaan Allah SWT atas keikhlasan mereka dalam membaca ayat-ayat Allah SWT serta berdoa kepada-Nya. 

Semoga Allah SWT memberikan kita kefahaman dalam memahami agama ini dan menjauhkan kita daripada terlibat dengan sebarang urusan kesyirikan.

Wallahua`lam.

Bertarikh: 13 Julai 2023 bersamaan 24 Zulhijjah 1444 H

Amalan bacaan surah yasin 7 mubin


 

MGPerak: Yasin 7 Mubin Medium Dekatkan Diri Kepada Allah, Kukuh Perpadua...

Keponakanku datang bertemu di rumah Anis.

Daku Bersama Anak Pin dan Bah(Haikal Dan Hairi)
Hari ni Haikal sampai dari Gombak mai jumpa Hairi.
  Haikal baru 2 bulan bekerja.
Sayang aku pada anak2 Pin dan Bah ni. 
Kalau di Lenggong daku dapat lihat mereka membesar dari kecil
Masa Haikal kecil Pah masih ada.  Hakal membesar semasa ada Opah dan Opah sangat manjakan dia.  Masa dia membesar Pah suruh masak makanan anak berasingan.  Membesar dengan Opah menjadikan Haikal manja dan tak makan pedas seperti Hairi.
hihi!


Minggu2 kami balik akan bawa buah tangan buat mereka.  Semua orang sayang depa ni.  Mahupon yg balik dari KL, dari Ipoh dari Taiping semua
Ziarah depa  2 orang ini.
Mereka yang paling bongsu dalam banyak2 cucu Opah. 


Haikal tak makan pedas, tapi Aie kata aie boleh pulak makan pedas. Ya lah masa Aie membesar Bah masak makan
 pedas dan Aie boleh makan.
Tapi mereka berdua ni lama sangat bersahur makan 
roti dengan susu aja tak makan nasi.  
Mujurlah mereka tahan tak lapar.     


Mak Cik masa duduk kat Lenggong happy ada depa ni.  Jika Pin tak hantar makan , Bah hantar.  Jika bukan Bah Hairi hantar makan Mak Cik..Hihi Jika bukan Hairie Haikal yang kena hantar.
 Mak Cik pulak makanan jika mereka ada
 mereka yang kena datang ambil.  
Seronok betul tinggal kat kampong.


Dua beradik ni datang jumpa kat Rumah Kak Anis.
Daku suruh Anis buat Laksa hari ini.  Daku tahu Aie suka makan Laksa.  Masa kecil dia suka sangat makan Laksa Mak Cik pedas pon dia makan.  Jadi Anis buat Laksa. Elok pulak tu tiba2 Haikal sampai.  Hihii Haikal tak tahan pedas.  Kesian Haikal anak Pin dan Bah ni...


Abang dan adik di rumah Mak Cik.


Abang  baru kerja 2 bulan.  Moga abang berjaya
 dlm bidang kerja yang abang ceburi.

























Rendahnya daku berbanding keponakanku berdua.


Adik dan Abang  di rumah Kak Anis. 


Daku masih boleh gembira lagi.  kadang2 Dua beraduik ii datang rumah anakku.  Dapat bertemu walau tak bertemu Pin dan Bah.  Mereka berdua dapat hilangkan rinduku pada Pin dan Bah serta  kampungku.

Pin selalu kata tanya padaku tentang Syah.  Pin kata takkan Pin tak boleh tahu lansung tentang Abg Syah. Daku beri penjelasan bahawa daku dah tak mahu cakap apa2pon dengan Syah.  Ianya dah Tamat.   Cuma anis masih ada hubungan kekeluargaan dgn Syah. Mereka tak batal air sembahyang sampai bila2.  Mereka tak putus itu sbb Syah minta jumpa , Anis pergi dengan Qurata Aini.  Qurata Aini  selalu kerumah kami dulu. 

Daku cakap pada Anis hasrat PakCu. Anis berikan nombor
 telefon  Syah Pada Pin  
Baru2 ni bila Anis jumpa Syah , Syah kata kalau boleh 
nak jumpa daku sekali pon jadilah.  Daku tak mahu dah berjumpa Syah.  Biar hubungan ini tamat dalam
 keadaan baik sebagaimana Allah takdirkan dulu. 
 Allah takdirkan Syah sakit dan terus ke hospital dan daku terus datang habiskan eddahku di Bangi  

Kelmarin Syah kirim salam melalui Anis.  Daku Jawab salamnya dengan baik.  Daku tak mahu simpan perasaan marah dan daku maafkan Syah Dunia Akhirat.  Aku sangat dambakan Istana Emas di Syurga yang Allah janjikan apabila memaafkan orang.  Syukur.  Daku Boleh. 
 Bila Maznah tanya, mahukah lagi daku jumpa Syah.  Daku terus terang, daku  tak mahu jumpa dia lagi mahupon bercakap dengan dia.  Maznah bimbang!!! aku ketawa aja.  Kataku..
Tak mungkin kawin lagi...melainkan dgn orang yang aku cinta sebagaimana daku ceritakan kepada Kak Hindon dulu. 
  Itu pendirianku. Tapi kita tak boleh bercakap tanpa letak kata InsyaaAllah. Takut Allah terbalikkan hati.  MaasyaaAllah. Moga Allah selamatkan daku. Aamiin. 
  Sebenarnya, daku impikan ketenangan hari ini berpanjangan.

Daku  akan balik ke Lenggong pada masa mereka akan pergi ke Perkampungan Sunnah nanti.  Entah bila.  Syukur Pin tolong siram pokok2ku.Terima kasih Pin dan Bah.

Bye!


 

Makan Nasi Kandar RPS Setia Alam Sari dengan Aie.

                                           


Setia Alam Sari.  Berblok blok dah Pangsapuri yang naik.  Dahsyat.


Ni dah sampai ke kawasan Bangi lama dahulu. 
Begitu sekali pesat membangunnya.  
Dah tak ada hutan dah.

                                                                                       
Cantik betul gambar dari phone dia.
Tak pa daku just nak buat kenangan aja.
           

Dari VT nak kesini kena lalu kat GMI.
Rupa2 nya Kak Timah  dtg belajar (Out Campus)  kat sini, daku tak tahu
Bila Abg Manaf dtg baru daku tahu
Tapi Kak Timah Tidur di Putrajaya rumah Abg Ijad. 


   Gambar dari phone Aie ini cantik


Jelas.  Pnoneku tak cantik tapi tak kisahlah hanya 
untuk kenangan aja.


Dahsyat betul bila tengok perumahan
Ramainya manusia
Bila di lihat dari Pangsapuri ni..




Jelas sungguh kamera dari phone Aie.


cantik..




Phoneku punya gambar..Kelakar


Roundabout ada tanam pokok Kurma


Perumahan kat sini mereka buat ada sikit2 konsep Timur Tengah.



Nampak lampu tu.. silau dari phone ku.





Makan Nasi Kandar RPS Setia Alam Sari.  Daku tak pernah trai lagi Nasi Kandar RPS
ni.  Ni kali kedua daku makan disini tapi nasi Kandarnya
 belum pernah daku cuba.  
Sekali ni anis makan Nasi kandar ada telur ikan. Daku tengok telur ikan macam yang Bapakku dulu selalu beli .  Bapakku minta mak masakkan Gulai Lemah.  Masa kecil2 dulu daku makan . 
Bila dah tua2 anakku bagi cicip sikit ja untuk rasa.  
 Daku tak berani banyak...hihi.
Daku rasa sikit tu sedap... tapi tak berani rasa banyak.
Anis letak cili hijau besar
Kari telur ikan.  Ayam goreng, kueh wadai.


Anis siap tambah papadom lagi.  
Anis memang suka Nasi Kandar.




Daku pulak makan nasi dengan soup ekor dan  telur dadar.
Ini kali pertama daku makan soup ekor di kedai.  Daku biasa kalau soup tak suka sebab ada masam. 
Tapi hari ini daku makan gandingan dua ni sedap sangat.
Dalam soup ini termasuk tomato, hirisan bawang holand, hirisan batang saleri, cili kecil.
Daku rasa sebab2 daku boleh makan sebab masamnya hanyalah
 masam tomato aja.  Ianya just nice...tak masam sangat. 
                                     



"Soup buntut".  Teringat daku masa kat Kanten RTM satu masa dulu daku 
jumpa Herman Tino dan Noraini Ibnu order "Soup Buntut"
hihi rupa2 nya soup itu ialah soup ekor. Itu panggilan mereka.
Pada masa tu mereka dah suami isteri lama.  Mereka segaja rahsiakan. 
Kelakar kan artis.  Takut hilang populariti.


Ini hidangan Nasi Kandar Anis.  Pilihannya. 
Ayam goreng, 


Ini pilihan Aie, ayam goreng  , sedikit rendang dan 
cili dari kari tersebut


Nasi  Anis


Pilihan Aie


Mereka dah biasa dgn Nasi Kandar.
Next time Nasi nak cuba Nasi Kandar.  Daku selaku rasa
 Nasi Kandar Melayu Di Kg 
Lubuk Merbau tu dan pernah sekali Makan Nasi Kandar Mamak di 
Pasaraya Maideen Ipoh.  Tapi masih tak pandai makan lagi.
Nanti boleh cuba yg kat sini one day. 


 

Apa. Khabar..