Sabtu, 17 Januari 2026

MGPerak: Yasin 7 Mubin Medium Dekatkan Diri Kepada Allah, Kukuh Perpadua...

Keponakanku datang bertemu di rumah Anis.

Daku Bersama Anak Pin dan Bah(Haikal Dan Hairi)
Hari ni Haikal sampai dari Gombak mai jumpa Hairi.
  Haikal baru 2 bulan bekerja.
Sayang aku pada anak2 Pin dan Bah ni. 
Kalau di Lenggong daku dapat lihat mereka membesar dari kecil
Masa Haikal kecil Pah masih ada.  Hakal membesar semasa ada Opah dan Opah sangat manjakan dia.  Masa dia membesar Pah suruh masak makanan anak berasingan.  Membesar dengan Opah menjadikan Haikal manja dan tak makan pedas seperti Hairi.
hihi!


Minggu2 kami balik akan bawa buah tangan buat mereka.  Semua orang sayang depa ni.  Mahupon yg balik dari KL, dari Ipoh dari Taiping semua
Ziarah depa  2 orang ini.
Mereka yang paling bongsu dalam banyak2 cucu Opah. 


Haikal tak makan pedas, tapi Aie kata aie boleh pulak makan pedas. Ya lah masa Aie membesar Bah masak makan
 pedas dan Aie boleh makan.
Tapi mereka berdua ni lama sangat bersahur makan 
roti dengan susu aja tak makan nasi.  
Mujurlah mereka tahan tak lapar.     


Mak Cik masa duduk kat Lenggong happy ada depa ni.  Jika Pin tak hantar makan , Bah hantar.  Jika bukan Bah Hairi hantar makan Mak Cik..Hihi Jika bukan Hairie Haikal yang kena hantar.
 Mak Cik pulak makanan jika mereka ada
 mereka yang kena datang ambil.  
Seronok betul tinggal kat kampong.


Dua beradik ni datang jumpa kat Rumah Kak Anis.
Daku suruh Anis buat Laksa hari ini.  Daku tahu Aie suka makan Laksa.  Masa kecil dia suka sangat makan Laksa Mak Cik pedas pon dia makan.  Jadi Anis buat Laksa. Elok pulak tu tiba2 Haikal sampai.  Hihii Haikal tak tahan pedas.  Kesian Haikal anak Pin dan Bah ni...


Abang dan adik di rumah Mak Cik.


Abang  baru kerja 2 bulan.  Moga abang berjaya
 dlm bidang kerja yang abang ceburi.

























Rendahnya daku berbanding keponakanku berdua.


Adik dan Abang  di rumah Kak Anis. 


Daku masih boleh gembira lagi.  kadang2 Dua beraduik ii datang rumah anakku.  Dapat bertemu walau tak bertemu Pin dan Bah.  Mereka berdua dapat hilangkan rinduku pada Pin dan Bah serta  kampungku.

Pin selalu kata tanya padaku tentang Syah.  Pin kata takkan Pin tak boleh tahu lansung tentang Abg Syah. Daku beri penjelasan bahawa daku dah tak mahu cakap apa2pon dengan Syah.  Ianya dah Tamat.   Cuma anis masih ada hubungan kekeluargaan dgn Syah. Mereka tak batal air sembahyang sampai bila2.  Mereka tak putus itu sbb Syah minta jumpa , Anis pergi dengan Qurata Aini.  Qurata Aini  selalu kerumah kami dulu. 

Daku cakap pada Anis hasrat PakCu. Anis berikan nombor
 telefon  Syah Pada Pin  
Baru2 ni bila Anis jumpa Syah , Syah kata kalau boleh 
nak jumpa daku sekali pon jadilah.  Daku tak mahu dah berjumpa Syah.  Biar hubungan ini tamat dalam
 keadaan baik sebagaimana Allah takdirkan dulu. 
 Allah takdirkan Syah sakit dan terus ke hospital dan daku terus datang habiskan eddahku di Bangi  

Kelmarin Syah kirim salam melalui Anis.  Daku Jawab salamnya dengan baik.  Daku tak mahu simpan perasaan marah dan daku maafkan Syah Dunia Akhirat.  Aku sangat dambakan Istana Emas di Syurga yang Allah janjikan apabila memaafkan orang.  Syukur.  Daku Boleh. 
 Bila Maznah tanya, mahukah lagi daku jumpa Syah.  Daku terus terang, daku  tak mahu jumpa dia lagi mahupon bercakap dengan dia.  Maznah bimbang!!! aku ketawa aja.  Kataku..
Tak mungkin kawin lagi...melainkan dgn orang yang aku cinta sebagaimana daku ceritakan kepada Kak Hindon dulu. 
  Itu pendirianku. Tapi kita tak boleh bercakap tanpa letak kata InsyaaAllah. Takut Allah terbalikkan hati.  MaasyaaAllah. Moga Allah selamatkan daku. Aamiin. 
  Sebenarnya, daku impikan ketenangan hari ini berpanjangan.

Daku  akan balik ke Lenggong pada masa mereka akan pergi ke Perkampungan Sunnah nanti.  Entah bila.  Syukur Pin tolong siram pokok2ku.Terima kasih Pin dan Bah.

Bye!


 

Makan Nasi Kandar RPS Setia Alam Sari dengan Aie.

                                           


Setia Alam Sari.  Berblok blok dah Pangsapuri yang naik.  Dahsyat.


Ni dah sampai ke kawasan Bangi lama dahulu. 
Begitu sekali pesat membangunnya.  
Dah tak ada hutan dah.

                                                                                       
Cantik betul gambar dari phone dia.
Tak pa daku just nak buat kenangan aja.
           

Dari VT nak kesini kena lalu kat GMI.
Rupa2 nya Kak Timah  dtg belajar (Out Campus)  kat sini, daku tak tahu
Bila Abg Manaf dtg baru daku tahu
Tapi Kak Timah Tidur di Putrajaya rumah Abg Ijad. 


   Gambar dari phone Aie ini cantik


Jelas.  Pnoneku tak cantik tapi tak kisahlah hanya 
untuk kenangan aja.


Dahsyat betul bila tengok perumahan
Ramainya manusia
Bila di lihat dari Pangsapuri ni..




Jelas sungguh kamera dari phone Aie.


cantik..




Phoneku punya gambar..Kelakar


Roundabout ada tanam pokok Kurma


Perumahan kat sini mereka buat ada sikit2 konsep Timur Tengah.



Nampak lampu tu.. silau dari phone ku.





Makan Nasi Kandar RPS Setia Alam Sari.  Daku tak pernah trai lagi Nasi Kandar RPS
ni.  Ni kali kedua daku makan disini tapi nasi Kandarnya
 belum pernah daku cuba.  
Sekali ni anis makan Nasi kandar ada telur ikan. Daku tengok telur ikan macam yang Bapakku dulu selalu beli .  Bapakku minta mak masakkan Gulai Lemah.  Masa kecil2 dulu daku makan . 
Bila dah tua2 anakku bagi cicip sikit ja untuk rasa.  
 Daku tak berani banyak...hihi.
Daku rasa sikit tu sedap... tapi tak berani rasa banyak.
Anis letak cili hijau besar
Kari telur ikan.  Ayam goreng, kueh wadai.


Anis siap tambah papadom lagi.  
Anis memang suka Nasi Kandar.




Daku pulak makan nasi dengan soup ekor dan  telur dadar.
Ini kali pertama daku makan soup ekor di kedai.  Daku biasa kalau soup tak suka sebab ada masam. 
Tapi hari ini daku makan gandingan dua ni sedap sangat.
Dalam soup ini termasuk tomato, hirisan bawang holand, hirisan batang saleri, cili kecil.
Daku rasa sebab2 daku boleh makan sebab masamnya hanyalah
 masam tomato aja.  Ianya just nice...tak masam sangat. 
                                     



"Soup buntut".  Teringat daku masa kat Kanten RTM satu masa dulu daku 
jumpa Herman Tino dan Noraini Ibnu order "Soup Buntut"
hihi rupa2 nya soup itu ialah soup ekor. Itu panggilan mereka.
Pada masa tu mereka dah suami isteri lama.  Mereka segaja rahsiakan. 
Kelakar kan artis.  Takut hilang populariti.


Ini hidangan Nasi Kandar Anis.  Pilihannya. 
Ayam goreng, 


Ini pilihan Aie, ayam goreng  , sedikit rendang dan 
cili dari kari tersebut


Nasi  Anis


Pilihan Aie


Mereka dah biasa dgn Nasi Kandar.
Next time Nasi nak cuba Nasi Kandar.  Daku selaku rasa
 Nasi Kandar Melayu Di Kg 
Lubuk Merbau tu dan pernah sekali Makan Nasi Kandar Mamak di 
Pasaraya Maideen Ipoh.  Tapi masih tak pandai makan lagi.
Nanti boleh cuba yg kat sini one day.