Ahad, 16 Disember 2012
Khamisku Madagaskar
Khamisku…Madagascar November 20, 2008 Hari ini seperti hari-hari yang lain, kehidupanku dipenuhi dengan jadual yang ketat,walaupun pada hakikatnya sebagai seorang guru aku masih didalam percutian akhir tahun yang panjang. Jam 10.55 pagi, aku memulakan kelas tambahan dan pulang kerumah pada jam 12.00 tengahari. Anis,anakku yang sedang bercuti semester sedang berada didapur manakala Aini, anak saudaraku pula sedang asyik menonton siaran kegemarannya di TV. Aku terus kedapur membantu anis menyiapkan makanan.
Sebelah petang, aku,anis,suami dan Aini menuju ke Shah Alam Aquatic, tetapi sesi renang pada petang ini terpaksa dibatalkan kerana hujan dan ribut petir yang kuat. Selepas maghrib kami makan ikan bakar,satay,sotong dan kerang rebus di restoran tepi laut, di Tanjung Harapan. Kami singgah seketika di tepi pantai untuk menikmati angin laut yang sepoi-sepoi bahasa sambil memerhatikan kapal dagang berlalu lalang.
“Mak, kita tengok mid night show nak tak”? sapa Anis. Kami pun terus ke Jaya Jusco, Bandar Kelang Utama untuk memenuhi hasrat Anis dan Aini yang kelihatan begitu teruja untuk menonton “Madagascar”
. Ha…ha…ha…ha…begitulah keadaannya ketika kami memandu pulang, dan begitulah Khamisku, yang diceriakan oleh Madagascar!!!
Ahad, 2 Disember 2012
AMALAN-AMALAN NABI PADA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN
Rabu, 24 Oktober 2012
Sebab mengapa rezeki menjadi sempit
Ebook ini akan
membongkarkan..
- 6
Sebab Mengapa Rezeki Anda Menjadi Sempit
- 15
Amalan yang boleh anda lakukan untuk menambahkan rezeki
- 5
Petua untuk mendatangkan rezeki yang melimpah ruah di dalam kehidupan anda
Turut terkandung di
dalam ebook ini..
- Ayat
serta surah di dalam al-quran yang boleh anda amalkan untuk membuka pintu
rezeki
- Waktu-waktu
yang mustajab untuk berdoa memohon keberkatan rezeki yang melimpah ruah
- Petua
serta peraturan berniaga di dalam islam
- Keajaiban
bersedekah
- Kehebatan
ayat 1000 dinar
- Rahsia
bangun awal pagi
- Rahsia
rezeki di dalam menunaikan haji dan umrah
- dan
banyak lagi tips, panduan serta petua menarik..
Baca maklumat lanjut di sini...
segera
Semua perlakuan tersebut merupakan doa dan tidak mengundang frekuensi positif, aura dan kecemerlangan. Contohnya apabila anda bercakap tentang keburukan orang lain, kehinaan atau aib orang lain, sebenarnya dari segi Undang-undang Daya Tarikan, ia akan menarik apa yang anda lakukan itu kepada diri anda semula.
Seperti juga sekiranya kita mendoakan kebaikan untuk seseorang, doa itu akan melimpah kepada diri orang yang mendoakannya.
Bukankah al-Quran telah memberi amaran kepada kita, “Celakalah (azablah - Neraka Wail) bagi pengumpat dan pencela.” Al-Humazah: 1.
Ini juga bersesuaian dengan sebuah hadis Qudsi Sabda Nabi Muhammad s.a.w., “Wahai sekalian manusia, janganlah kamu mengutuk makhluk yang lain, kerana kutukan itu akan kembali kepada diri kamu.”
Hadis Qudsi, Imam al-Ghazali, Nasihat dan Bimbingan. Tahqiq: Dr. Abdul Hamid Salil Hamdan
Kadangkala kerana gila mengejar harta dunia, manusia terpengaruhi oleh hawa nafsu dan bisikan syaitan sehingga ada yang sanggup berbunuh-bunuhan, merompak dan memutuskan silaturrahim. Sedangkan dunia dicipta untuk menguji manusia siapakah yang paling bertakwa.
Oleh itu, terbalikkan minda dari pemikiran yang buruk itu. Fikir positif, tarik tenaga (energy) yang positif, kekuatan, kejayaan dan kekayaan agar ia melekat ke dalam diri anda. Ia adalah pekerjaan yang sangat mudah.
Sedekah
PENDAHULUAN
BAB 1 : Pengertian Bersedekah
BAB 2 : Sedekah Wajib dan Sunat
BAB 3 : Luasnya Makna Bersedekah
BAB 4 : Bersedekah Adalah Dinding Dari Api Neraka
BAB 5 : Tujuh Golongan Manusia yang Dinaungi di Akhirat
BAB 6 : Istimewanya Orang Bersedekah
BAB 7 : Azab Bagi Peminta Sedekah
BAB 8 : Hamba Allah yang Paling Baik
BAB 9 : Bersedekah Menambah Rezeki dan Keberkatan
BAB 10 : Sedekah Tidak Mengurangi Harta
BAB 11: Pahala Orang Bersedekah Sampai Bila-Bila
BAB 12 : Sedekah Yang Tidak Diterima
BAB 13 : Satu Pintu di Syurga Bagi Orang Bersedekah
BAB 14 : Sedekah Yang Paling Afdhal
BAB 15 : Allah Menyusutkan Harta Riba’ dan Memberkati Sedekah
BAB 16 : Setiap Sedekah Akan Diganti
BAB17 : Sedekah Menghubungkan Silaturrahim
BAB 18 : Balasan Bagi Orang Munafik yang Mencela Orang Besedekah
BAB 19 : Bersedekahlah, Walaupun Dengan Sebiji Kurma
BAB 20 : Sedekah Orang Melayu Terkaya di Malaysia
BAB 21: Jangan Takut Miskin
BAB 22 : Sedekah Nabi Muhammad s.a.w dan Para Sahabat
BAB 23 : Kisah Orang Berhenti Mencuri Kerana Sedekah
BAB 24 : Sedekah Dapat Menghapuskan Kesalahan
BAB 25 : Sedekah Menyucikan Hati
BAB 26 : Sedekah Digandakan 700 kali ganda
BAB 27 : Bersedekah Menolak Bala
BAB 28 : Amalan yang Melebihi Pahala Bersedekah
BAB 29 : Ubat Penyakit Dengan Bersedekah
Bab 30 : Kehebatan Sedekah di Bulan Ramadhan
Bab 31: Balasan Bagi Orang yang Kedekut/Kikir
Bab 32: Orang Kaya Yang Banyak Berderma
PENUTUP DAN KESIMPULAN
Jumaat, 13 Julai 2012
Doa' Khatam AlQuran
(Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani)
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam, pujian orang2 yang bersyukur dan kesudahan yang baik adalah bagi orang2 yang bertakwa. Dan selawat dan salam keatas Rasul kita Muhammad dan juga keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
Ya Tuhan kami terimalah doa dan amalan kami, sesungguhnya Engkaulah yang maha mendengar lagi yang maha mengetahui. Dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah yang maha penerima taubat lagi maha mengasihani. Tunjukkanlah dan bimbingkanlah kami kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus dengan berkat Al Quran. Ya Allah, kasihanilah kami dengan berkat Al Quran, dan jadikannya sebagai pimpinan,cahaya,petunjuk dan rahmat untuk kami. Ya Allah, ingatkanlah kami apa yang kami lupa dari Al Quran, dan ajarlah kami apa yang kami tidak tahu tentang isi Al Quran, dan kurniakanlah kami keupayaan untuk membaca sepanjang malam dan siang, dan jadikanlah Al Quran itu, sebagai cahaya untuk kami, wahai Tuhan pemelihara sekalian alam.
Ya Allah, hiaskanlah diri kami dengan keindahan Al Quran, muliakanlah kami dengan kemuliaan Al Quran dan serikanlah kami dengan ketinggian martabat Al Quran dan pakaikanlah kami dengan pakaian permata Al Quran, masukkanlah kami kedalam syurga dengan syafaat Al Quran, selamatkanlah kami daripada segala bencana dunia dan azab hari akhirat dengan berkat kehormatan Al Quran.
Ya Allah, Jadikanlah Al Quran semasa hidup kami didunia rakan dan didalam kubur sebagai kawan yang mesra, pada hari kiamat sebagai pemberi shafaat dan di atas titian sirat sebagai cahaya penyuluh, semasa menuju syurga sebagai teman, sebagai pendinding dari api neraka, dan jadikanlah Al Quran untuk kami sebagai panduan dan ikutan kepada segala kebaikan, dengan limpah kurnia, kemurahan dan kemuliaan jua Ya Allah, Tuhan yang maha pemurah.
Ya Allah, tunjukkanlah kami dengan petunjuk Al Quran, selamatkanlah kami daripada api neraka dengan kemuliaan
Al Quran, tinggikanlah darjat martabat kami dengan kelebihan Al Quran, dan hapuskanlah dosa kejahatan kami dengan membaca Al Quran, Ya Allah Tuhan yang memiliki segala kelebihan dan ihsan. Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Mahasuci
Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan dari apa yang mereka katakan dan selamat sejahtera kepada sekalian Rasul. Dan segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir seluruh alam.
Posted in Agama dan nasihat|Tagged berkat Al Quran Quran, cahaya Al Quran, doa' khatam Al Quran, kelebihan Al Quran, kemuliaan Al Quran, pendinding neraka, petunjuk Al Qura|Leave a comment| Edit
Sabtu, 7 Julai 2012
10 SAHABAT IBLIS
Selanjutnya Rasullullah s.a.w. bertanya pula,
"Berapa banyak kawan-kawanmu dari umatku?"
Hakim yang tidak adil
Orang kaya yang sombong
Pedagang yang tidak jujur
Peminum arak
Penghasut orang lain
Orang yang beramak kerana ingin nama (riak)
Orang yang memakan harta anak yatim
Orang yang mempermudahkan solat
Orang yang tidak mahu berzakat
Orang yang suka termenung(Melamun)
(Petikan dari Hari Besar Islam oleh H.A. Fuad Said)

"Berapa banyak kawan-kawanmu dari umatku?"
Hakim yang tidak adil
Orang kaya yang sombong
Pedagang yang tidak jujur
Peminum arak
Penghasut orang lain
Orang yang beramak kerana ingin nama (riak)
Orang yang memakan harta anak yatim
Orang yang mempermudahkan solat
Orang yang tidak mahu berzakat
Orang yang suka termenung(Melamun)
(Petikan dari Hari Besar Islam oleh H.A. Fuad Said)

Langgan:
Catatan (Atom)






