Rabu, 3 Disember 2025
Wednesday, 26 February 2025 Kuliah Khas Ramadan "RAMADAN LALUAN MUDAH KE SYURGA"
Wednesday, 26 February 2025
Kuliah Khas Ramadan "RAMADAN LALUAN MUDAH KE SYURGA" 🚨🔊‼️ . 26 Feb. 2025...
Bismillahhirrahmanirrahim
InsyaAllah malam ini, Tajuk Khas berkenaan dengan Ramadhan
atau tajuk di beri "Ramadhan adalah Laluan Mudah ke syurga."
Tengok Hadith Nabi:
Selari dengan tajuk bulan Ramadhan itu "suffidat".. Dirantai, dirantai kuat2 sehingga tak terlepas
Malam pertama lagi... Dirantai kuat2 sehingga tak terlepas..
1)Allah pastikan kita buat kebaikan tiada gangguan, paling besar bagi manusia... Syaitan..
"Wahai Manusia sesungguhnya janji Allah adalah benar janganlah kehidupan dunia menipu daya kamu sehingga kamu terlepas dgn janji Allah yg begitu besar dan banyak dan jangan syaitan menipu kamu
(kebanyakan manusia 11 bulan di tipu oleh 2 benda,)
1: kehidupan dunia perhiasannya
(syaitan dan jin yg jahat)
2). Di tutup kuat2 pintu Neraka. Malah Nabi kata tidak akan di buka walaupon satu pintu."wafuttihat"...
dibuka dgn sebenarnya pintu syurga dan tidak akan di tutup walaupon satu pintu.
Dan orang yg menyeru memanggil (mungkin Allah. mungkin Malaikat)
Setelah 3 benda ini berlaku.. Seruan Allah: "Wahai org yg ingin kebaikan... Dtg cepat2 buat cepat2, jgn tangguh lagi.."
Wahai org yg inginkan kejahatan... Cukup2lah... Dan kemuncak nya.. Setiap mlm ada saja manusia yg di bebaskan dpd neraka, sepatutnya. dia masuk Neraka Allah tukarkan... Menunjukkan Bulan Ramadhan, satu hadiah yg sangat besar, satu rahmat Allah dan satu nikmat Allah yg sangat mulia, sangat agung yg Allah sediakan untuk kita supaya kita betul2 dapat syurga. Mungkin 11 bulan Allah tahu kita berperang dgn nafsu, syaitan dengan dunia... Maka tak apalah Aku berikan satu bulan hadiah... Kamu akan dapat mudah laluan kamu ke syurga.
Okey... Semak sekali lagi terjemahan dgn ustaz....
TERUSKAN...
Wahai org2 yg beriman, (mengapa org beriman?). Syarat pertama nak puasa mesti beriman kalau kamu tak beriman, tak payah puasalah. Jika Islam tapi tak solat tak payah posa lah sebab syarat nya org beriman kpd Allah.. Allah tujukan kpd org yg beriman dengan Allah dgn ghaib, malaikat, syurga. Neraka dgn dosa dgn pahala barulah layak kamu terima tanggungjawab ini. Kalau sekadar mulut sahaja beriman tapi tak ada cinta Allah lebihkan dunia dpd akhirat maka puasa tak ke mana. Kemudian Allah katakan diwajibkan keatas kamu puasa.. Apa makna puasa(ianya bukan sahaja menahan diri dari lapar dan dahaga tapi dlm buku tak sebut yg lain2 lagi ia itu, mengumpat di teruskan. Menipu di teruskan,
Maka puasa juga di wajibkan atas org2 dahulu juga,...Para Nabi dan para RASUL... Jika kamu puasa, kamu juga akan di naikkan taraf .
Jadi bertuah lah kamu di masukkan dlm kumpulan org yg beriman yg berjaya berpuasa kemudian Allah sebut, supaya kamu bertakwa... Apa ciri2 org bertakwa? Awal surah al baqarah jugak..." Zaalikalkita bulan roibafihihudallilmuttaqin. "
Ciri2 org bertakwa adalah beriman dengan benda ghaib... Apa dia benda ghaib?
Allah, Malaikat, syurga Neraka, dosa pahala, jin azab kubur..dsb.. Semua itu wajib kita beriman dan sebelum beriman wajib kita belajar... Di mamá cerita benda2 baik?... Dalam Quran. Jika kamu tidak beriman dgn benda ghaib... Kamu tak mungkin menjadi org yg bertakwa. Mustahil. Itu yg masuk puasa keluar besok balik asal... Sebab kamu tidak beriman dgn ciri2 utama org berilmu.
Setelah yakin pada Allah, yakin pada akhirat, maka dirikan solat
". Innassolatatanha anil fahsya iwalmungkar"
Solat yg boleh mencegah kan kemungkaran. Tak cukup dgn itu mesti ada satu lagi..." Hablunminallah hablunminannas.)
Apa yg Kami beri rezeki kpdnya itu mereka infaq... Bukan hanyalah Ramadan sahaja sepatutnya di hari2 biasapon dan benyak2 lagi di bulan Ramadhan.
Manakala Rasullullah memberi tanpa meminta dan mendapat balasan.
Rasulullah paling banyak infaq. Nabi itu pemurah nya sangat2 luar biasa. Walaupon tak banyak tapi bila dia bagi macam orang banyak harta. Bila bagi tak pernah takut miskin. Dan bila masuknya bulan Ramadhan, bertambah pemurah Nabi kita.
Teruskan mendengar ceramah ustaz...Moga Bermanafaat.
Monday, 24 December 2012 Rasullullah Menyinari Kegelapan Hidup
Monday, 24 December 2012
Rasullullah Menyinari Kegelapan Hidup
PRAKATA
Segala puji bagi Allah yang mengutuskan para Rasul-Nya dengan membawa
keterangan dan petunjuk. Tujuannya agar mereka mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya, dan menunjukkan kepada mereka jalan Allah Yang Maha Agung lagi Terpuji.
Selawat dan salam ke atas sebaik-baik Rasul dan semulia-mulia pendakwah; Saidina Muhammad s.a.w., penyudah segala rasul. Oleh itu Allah menjadikan sirahnya sebagai contoh teladan kepada setiap mukmin dalam semua aspek kehidupan mereka; kecil dan besar. Syariat yang dibawa Baginda juga adalah penyudah segala syariat. Oleh itu Allah menjadikan risalah Baginda sebagai risalah yang paling sempurna, memenuhi keperluan manusia di pelbagai suasana dan zaman. Selawat dan salam ke atas Baginda s.a.w. dan para sahabatnya yang membawa petunjuk lagi berbakti; golongan yang diketahui Allah kesejahteraan fitrah, kebenaran aqidah dan keagungan pengorbanan mereka. Lantaran itu Allah memuliakan mereka melalui tanggungjawab menyampaikan risalah Islam kepada seluruh manusia di muka bumi ini. Mereka sanggup mengalirkan darah dan meninggalkan tanah air demi memperjuangkan risalah Islam. Mereka melakukan semua itu sehingga berjaya menunaikan tanggungjuwab yang diamanahkan, menyampaikan risalah, memberikan nasihat kerana Allah dan Rasul-Nya. Mereka memiliki jasa kepada kemanusiaan yang tidak mampu digambarkan.
Setiap orang Islam terhutang budi kepada mereka sehingga hari Kiamat. Semoga keredhaan Allah menjadi milik mereka dan milik sesiapa sahaja yang menyintai mereka serta memperjuangkan panji-panji dakwah selepas mereka sehingga hari kiamat. Catatan ini saya tulis secara tergesa-gesa dan ketika itu saya sedang sakit tenat. Iaitu selepas saya menyampaikannya dalam beberapa kuliah kepada mahasiswa tahun pertama Fakulti Syariah. Dalam catatan tersebut saya cungkilkan beberapa aspek qudwah yang terdapat dalam sirah Rasulullah s.a.w.. Setiap individu Islam, para pendakwah, ulama dan fuqaha hendaklah meneliti dan sentiasa meneliti sirah Baginda s.a.w.. Supaya mereka memiliki kemuliaan lantaran mengambil teladan daripada Rasulullah s.a.w.. Agar mereka
juga mampu membuka pintu kejayaan dakwah kepada manusia dan mendapat keredhaan Allah serta segala amalnya diterima. Mudah-mudahan mereka mendapat kemuliaan berada
bersama Rasulullah s.a.w. di dalam syurga yang kekal abadi. Sesungguhnya Allah berfirman:
"Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, akan dimasukkan oleh
Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai,
mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar."

(An-Nisa': 13)
Saya membahagikan perbincangan ini berdasarkan metodologi berikut;
A. Muqaddimah. Ia mengandungi dua perbincangan;
Membincangkan keistimewaan sirah Rasulullah s.a.w. dan faedah mempelajarinya.
Membincangkan sumber sirah dan rujukannya yang sahih.
www.dakwah.info 4
Membincangkan keistimewaan sirah Rasulullah s.a.w. dan faedah mempelajarinya.
Membincangkan sumber sirah dan rujukannya yang sahih.
www.dakwah.info 4
B. Fiqh sirah. la mengandungi 10 bahagian
• Kehidupan Baginda sebelum diutuskan menjadi Rasul
• Kehidupan Baginda selepas menjadi Rasul sehingga hijrah ke Habsyah
• Kehidupan Baginda selepas hijrah ke Habsyah sehingga hijrah ke Madinah.
• Penghijrahan Baginda sehingga kedudukan Baginda stabil di Madinah.
• Peperangan Baginda bermula dari peperangan Badar sehingga Pembukaan Makkah.
• Perkembangan Islam di semenanjung tanah Arab selepas Pembukaan Makkah.1
• Kehidupan Baginda selepas Pembukaan Makkah sehingga kewafatan.
• Ciri-ciri perundangan Islam di Madinah.
• Akhlak Baginda serta fitnah orientalis dan missionaris.
• Pengaruh Baginda dan risalahnya kepada alam.
Saya memohon kepada Allah agar memberi taufiq kepada saya untuk meneliti dengan detil Sirah Nabi s.a.w. dalam tempoh masa yang singkat dan tergopoh-gapah ini. Supaya matlamat pengajaran subjek ini di Kuliah Syariah dapat dicapai. Pihak Kuliah Syariah sedang berusaha menanam minat kepada para mahasiswa dan mahasiswinya agar mempelajari pengajian Sirah Baginda yang bersih. Oleh itu mereka akan membawa nilai-nilai dan pengajaran sirah ke dalam jiwa mereka. Hasilnya, sikap istiqamah, perjalanan hidup yang bersih dan usaha-usaha pengislahan yang mereka lakukan akan menjadi teladan kepada orang
ramai. Hingga seolah-olah Rasulullah s.a.w. hidup dalam kehidupan umat Islam umpama sinaran mentari yang menyinari kegelapan kehidupan mereka. la membekalkan tenaga kepada hati, akal dan tingkah laku mereka. Lantaran itu kemurniaan, istiqamah dan idealisme masyarakat Islam dapat dikembalikan. Sekaligus bakal menempatkan mereka sekali lagi di persada kepimpinan dan peneraju bangsa-bangsa di dunia.

Firman Allah Taala mengenai umat Islam dapat dicapai sekali lagi: 3 . "Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan
bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala
perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk
dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar
iman)."
perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk
dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar
iman)."
(Ali 'Imran: 110)
Langgan:
Ulasan (Atom)
Apa. Khabar..
-
(💙❤❤😵)ENGKAU & KELUARGAMU PUNY RENCANA APA DI RAMADHAN | Ustadz Syafiq Riza Basalamah(💙❤❤😵)