Rabu, 3 Disember 2025

Monday, 24 December 2012 Rasullullah Menyinari Kegelapan Hidup

 

Monday, 24 December 2012

Rasullullah Menyinari Kegelapan Hidup


PRAKATA
Segala puji bagi Allah yang mengutuskan para Rasul-Nya dengan membawa
keterangan dan petunjuk. Tujuannya agar mereka mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya, dan menunjukkan kepada mereka jalan Allah Yang Maha Agung lagi Terpuji.

Selawat dan salam ke atas sebaik-baik Rasul dan semulia-mulia pendakwah; Saidina Muhammad s.a.w., penyudah segala rasul. Oleh itu Allah menjadikan sirahnya sebagai contoh teladan kepada setiap mukmin dalam semua aspek kehidupan mereka; kecil dan besar. Syariat yang dibawa Baginda juga adalah penyudah segala syariat. Oleh itu Allah menjadikan risalah Baginda sebagai risalah yang paling sempurna, memenuhi keperluan manusia di pelbagai suasana dan zaman. Selawat dan salam ke atas Baginda s.a.w. dan para sahabatnya yang membawa petunjuk lagi berbakti; golongan yang diketahui Allah kesejahteraan fitrah, kebenaran aqidah dan keagungan pengorbanan mereka. Lantaran itu Allah memuliakan mereka melalui tanggungjawab menyampaikan risalah Islam kepada seluruh manusia di muka bumi ini. Mereka sanggup mengalirkan darah dan meninggalkan tanah air demi memperjuangkan risalah Islam. Mereka melakukan semua itu sehingga berjaya menunaikan tanggungjuwab yang diamanahkan, menyampaikan risalah, memberikan nasihat kerana Allah dan Rasul-Nya. Mereka memiliki jasa kepada kemanusiaan yang tidak mampu digambarkan. 

Setiap orang Islam terhutang budi kepada mereka sehingga hari Kiamat. Semoga keredhaan Allah menjadi milik mereka dan milik sesiapa sahaja yang menyintai mereka serta memperjuangkan panji-panji dakwah selepas mereka sehingga hari kiamat. Catatan ini saya tulis secara tergesa-gesa dan ketika itu saya sedang sakit tenat. Iaitu selepas saya menyampaikannya dalam beberapa kuliah kepada mahasiswa tahun pertama Fakulti Syariah. Dalam catatan tersebut saya cungkilkan beberapa aspek qudwah yang terdapat dalam sirah Rasulullah s.a.w.. Setiap individu Islam, para pendakwah, ulama dan fuqaha hendaklah meneliti dan sentiasa meneliti sirah Baginda s.a.w.. Supaya mereka memiliki kemuliaan lantaran mengambil teladan daripada Rasulullah s.a.w.. Agar mereka
juga mampu membuka pintu kejayaan dakwah kepada manusia dan mendapat keredhaan Allah serta segala amalnya diterima. Mudah-mudahan mereka mendapat kemuliaan berada
bersama Rasulullah s.a.w. di dalam syurga yang kekal abadi. Sesungguhnya Allah berfirman:


"Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, akan dimasukkan oleh
Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai,
mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar."
 
                                                                                                (An-Nisa':  13)


Saya membahagikan perbincangan ini berdasarkan metodologi berikut;

A. Muqaddimah. Ia mengandungi dua perbincangan;
􀂃 Membincangkan keistimewaan sirah Rasulullah s.a.w. dan faedah mempelajarinya.
􀂃 Membincangkan sumber sirah dan rujukannya yang sahih.
www.dakwah.info 4

B. Fiqh sirah. la mengandungi 10 bahagian
• Kehidupan Baginda sebelum diutuskan menjadi Rasul
• Kehidupan Baginda selepas menjadi Rasul sehingga hijrah ke Habsyah
• Kehidupan Baginda selepas hijrah ke Habsyah sehingga hijrah ke Madinah.
• Penghijrahan Baginda sehingga kedudukan Baginda stabil di Madinah.
• Peperangan Baginda bermula dari peperangan Badar sehingga Pembukaan         Makkah.
• Perkembangan Islam di semenanjung tanah Arab selepas Pembukaan                   Makkah.1
• Kehidupan Baginda selepas Pembukaan Makkah sehingga kewafatan.
• Ciri-ciri perundangan Islam di Madinah.
• Akhlak Baginda serta fitnah orientalis dan missionaris.
• Pengaruh Baginda dan risalahnya kepada alam.
Saya memohon kepada Allah agar memberi taufiq kepada saya untuk meneliti dengan detil Sirah Nabi s.a.w. dalam tempoh masa yang singkat dan tergopoh-gapah ini. Supaya matlamat pengajaran subjek ini di Kuliah Syariah dapat dicapai. Pihak Kuliah Syariah sedang berusaha menanam minat kepada para mahasiswa dan mahasiswinya agar mempelajari pengajian Sirah Baginda yang bersih. Oleh itu mereka akan membawa nilai-nilai dan pengajaran sirah ke dalam jiwa mereka. Hasilnya, sikap istiqamah, perjalanan hidup yang bersih dan usaha-usaha pengislahan yang mereka lakukan akan menjadi teladan kepada orang
ramai. Hingga seolah-olah Rasulullah s.a.w. hidup dalam kehidupan umat Islam umpama sinaran mentari yang menyinari kegelapan kehidupan mereka. la membekalkan tenaga kepada hati, akal dan tingkah laku mereka. Lantaran itu kemurniaan, istiqamah dan idealisme masyarakat Islam dapat dikembalikan. Sekaligus bakal menempatkan mereka sekali lagi di persada kepimpinan dan peneraju bangsa-bangsa di dunia. 

Firman Allah Taala mengenai umat Islam dapat dicapai sekali lagi:  3 .   "Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan
bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala
perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk
dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar
iman)."
                                                                                          (Ali 'Imran: 110)

Ya Rabb...Jadikanlah penamat ini menyenangkan hatiku. Rabb yang Maha Kaya.

 Hari ni daku catat.

Anis dapat Mesej dari Shah.


Shah mesej anis . mintak untuk cakap denganku.  Daku  rasa dah tak perlu apa2 penjelasan lagi.  Entah kenapa Shah nak bercakap denganku.  Bagiku, semuanya dah berakhir.  

Daku tanya anis apa pendapat Anis.  Anis seperti daku ...Diapon rasa aku tak perlu cakap apa2 lagi dah.  Anis kata kalau mak susah hati mak Istiqarah minta Allah bagi petunjuk.  Dakupon fikir begitu mulanya.  Tapi rasaku, macam tak payah..Ianya akan membuatkan  aku terluka kembali.   

Daku rasa paling baik adalah jika daku minta anis sampaikan  pada  Shah.  " Mak dah maafkan ayah dunia akhirat begitu juga Anis harap ayah pon sama.  Mak kata ayah jangan risau lagi.  Mak dah malas nak ingat perkara lepas.  Mak tetap doakan ayah , agar ayah selamat dan sihat di sana."   Cukuplah sekali selepas berpisah dulu dia call daku dan daku dah habis pesan agar dia baca Quran jangan tinggal, solat malam dan jaga kesihatan.  Dia juga kata padaku, dia banyak berzikir.  Itu sudah cukup bagiku. 

 Saling bermaafan di dalam Mahkamah Khadhi pon sangat besar ertinya, bagiku.  Daku mohon maaf dan cium tangan macam biasa.  Itulah  tanda hormatku yang terakhir yang dapat daku berikan padanya.  Ya Rabb...Jadikanlah penamat ini menyenangkan hatiku.  Rabb yang Maha Kaya.

Jumaat, 10 Januari 2025 Jumaat Penghulu Segala Hari...

 

Jumaat, 10 Januari 2025

Jumaat Penghulu Segala Hari...

Assalamualaikum.

Jumaat 12.48pm.   Twelve forty eight post meridiem.  12.48 selepas tengahari.

Eni...Apa cerita hari ni?

Entah lah.   Cerita tak besar mana .  Hanya cerita2 bersangkut paut pada hari.  Hmm,   Hari ini  Hari Jumaat.  Jumaat adalah penghulu segala hari.  Mari ku ceritakan.  Pada setiap hari Jumaat daku akan panggil semua murid Asrama RISDA ku itu  berkumpul di bilik kecilku.  Jumlah mereka hampir 40 orang.  Mereka balik sekolah awal.  Hmm.   Jom!.Jom!  .Kumpul dalam bilik Kak.   Hihi...Ceria sungguh budak2 kampong itu.  Aku sayang mereka dan mereka pon sangat sayang padaku.  Dengar kata dan tak lepas laku.  

Bilik kecilku tak besar mana.  Kelakar sangat.  Bilik Warden Asrama Anak2 Pekebun Kecil Getah.  Bangunan Asrama ini adalah kepunyaan RRI dahulu.  Rubber Reach Institude.  RISDA jadikan Asrama anak2 Pekebun Kecil Getah.  Bilik aku tak besar mana mungkin office agaknya dulu sebab ada SATU HALL , SATU TANDAS DI LUAR BANGUNAN TU DAN SATU BILIK KECIL yang boleh memuatkan hanya sebuah katil bujang ,almari bersikat dan satu meja kecil dan cukup  pula untuk ruang solat.   Jadilah!  untuk seorang Warden Asrama seperti aku.   Steady ja aku tinggal kat situ dgn penuh rasa redho dan bertanggungjawab terhadap anak kampong dan ada yang hampir umurku mungkin .  Pada masa tu usiaku baru 19 tahun plus.  MaasyaaAllah mudanya aku masa tu.

Masa Interview , aku di interview di bilik kecil itu...Bilik tu bilik pejabat masa tu.  Terdapat 3 Pegawai.  Salah seorangnya En. Nordin.  Pegawai RISDA Negeri, En Nawi dan .....   Mereka terima aku dan bagi tarikh aku kena datang.   Dapat nasihat sedikit sebanyak , aku pon  datang pada tarikh yang diberi.  

Semuanya berjalan dengan lancar dan baik atas pemantauan Dari Pegawai2 RISDA Grik yang ada.  Tuan Syed dan Tuan Syeikh yang rajin datang berurusan denganku masa itu.  Termasuklah En. Mior berurusan denganku dgn penuh berhemah.  Mereka baik2 belaka.  Aku suka Tuan Syeikh lembut orang selalu menyelesaikan masaalah di asramaku.   Jika murid sakit banyak  dia yang datang untuk membawa ke hospital.  Ada apa berita tentang Asramaku dia yang datang beritahuku.  Aku hampir jatuh cinta pada dia kerana kebaikan dia.  Ha ha ha.  Mereka lain selalu kata, memang Syeikh jatuh cinta padaku.  Aku nafikan untuk elak dpd fitnah.

  Pada suatu hari Syeikh Buat Parti di rumah bujangnya.  Mungkin Harijadi dia agaknya.  Jemput aku datang sama.  Betapa beratnya aku nak datang.  Macam2 aku buat helah tak mahu datang tapi Kak Bibah pujuk jugak aku dengan Eni.   Aku suruh kak Bibah dan Eni Mak Ngah Hindon pergi sahaja tanpa aku.  Mereka tak mahu jika aku tak pergi.  Aku beli "koyok" nak letak kat dahi aku , kata aku tak sihat.  Akhirnya aku datang jugak.   Nasib aku datang.   Dengar Syeikh kata.   Ha ah...Inilah tetamu yang kita tunggu2 itu.  Mereka lain pakat berkata,   Siapa? siapa?   Syeikh kata ...Hmm...Ada la...

Rupa2nya  kami bertigalah  tetamu yang di tunggu2 itu.    Aku terfikir kalau aku tak datang ...macam mana.?  Nasib baik aku datang.  Aku datang dalam keterpaksaan.  Rumah bujang mereka penuh dengan tetamu  pada masa itu, mostly di kalangan guru2 perempuan.  Pada masa tu yang aku kenal hanya Ai___ A.... kawan sekelasku dan kakaknya.   Ai___ F....  Kedua2 mereka dah jadi guru masa tu.  Ai___A datang dengan kekasih dia kakitangan Pejabat Hutan tak salah aku.  .Akhirnya mereka berdua ni sampai jodoh.   Pada masa itu  Cikgu Ai___ F hangat  bercinta dengan Tuan Syed,  tapi cinta mereka tak kesampaian.  Cikgu Ai___ F, akhirnya berkahwin dengan seorang guru.   Emak mereka ni ada juga kekerabatan dengan keluarga ibu ku.   Ai___A  ni rajin jugak datang ke Asrama RISDA jumpa dan sembang2 denganku.  Ajak aku datang rumah, makan2.    Rasaku Uji dan Abu pon ada dlm majlis Syeikh tu.  Mereka dah bertunang.

  Tuan  Syeikh akhirnya dapat naik pangkat dan berpindah   Mereka baik denganku macam adik berdik aja.   Aku suka   Hihi.  Bila aku berjalan kaki untuk ke Pejabat Pos,  selalu aja Tuan Syeikh berhenti kereta jemput aku naik.   Malu2 alah, aku terima.   Ha ha itu lah yang arwah Abang Halid cemburu sangat.  Pergi ketingkap Asramaku.  "Eni! abang Halid bawa basikal mari sini ya?  "Tak Mahu"   itu kataku.  Dia akur ja kata adik dia...Abang Halid!  Abang Halid !... Abang Halid kelakar sangat bagi Eni. Hmmmm...Kenangan....Dia dah Pergi Mengadap Allah.... Aku sayang dia...

Eh!    Aku tengah cerita pasal Hari Jumaat.   Anak2 asramaku berkumpul...Untuk apa.?   Hmm. hanyalah untuk mendengar Khutbah Jumaat dari Radio Aiwa buatan Jepun yg ku beli masa nak datang kesitu.  Setiap Jumaat semua anak2 buahku  aku ajar mereka dengar Khutbah Jumaat.  Aku tak pandai berceramah jadi dapat juga ilmu agama  meresap masuk ke otak anak2 buahku ...  Syukur Ya Rabb,  aku tak lupa untuk mesra2kan anak2 buahku mengingatiMu.  Aamiin.

2 be Continue.

 

 

Selasa, 23 Julai 2024 Diaryku Kenanganku...hihi

 

Selasa, 23 Julai 2024

Diaryku Kenanganku...hihi

 


Wow...kenangan Masa Mudaku..

23hb Julai 1981 Bersamaan 21hb Ramadhan 1401 adalah hari terakhirku berada di Grik zaman silamku.  Semalam sedang daku bersiap2 untuk datang daku terjumpa "diary hijauku" masih ada tersimpan elok dalam bilikku bersama Buku Biodata Muhammad Rasullullah dan sebuah buku Yassin  daku ambil dan bawa kesini...hihi...Kenanganku kembali mengikutku ...Daku buka pagi ini...Hari ini Pada Tarikh hari tersebut...puluhan tahun dulu, daku masih muda belia, kurus cantik sangat lagi, sihat lagi  berbanding daku sekarang ...hihi...dah tua sangat, gemok dah tak cantiklagi  macam dulu dan tak sesihat dulu...hahaha...Mari kita lihat apa yang ku catatkan pada diary kenanganku ini...Sengaja daku tulis di Blog ku Diaryku kenanganku...ini..Daku Happy. (Saja Seronok Ja)

Mari ku tulis di sini, apa yang Noraini tulis puluhan tahun dulu...Semasa dia masih cantik masih lawa sekarang ianya kenangan mengusik jiwa...hihi.. Daku akan tulis sebiji apa yg ku catat dengan pena matabola puluhan tahun dulu.


23hb Julai 1981 Bersamaan 21hb Ramadhan 1401    (Hari ini dalam Sejarah hidupku)

Hari penghabisan aku di Grik.  Selamat tinggal segala kenangan.  Selamat tinggal kakak dan adik adik. Asrama , Aza , Kak Jah dan Kak Leha  Sebelum pulang ke kampong aku ke Malayan Banking Grik.  Inilah hari terakhir aku di Malayan Banking Grik.  Akhir di Pejabat RISDA.  Akhir melihat wajahmu Suria Grik.  Pertemuan pasti ada Perpisahannya  Sekarang aku dipisahkan oleh Allah.  Semoga sentiasa di dalam kerahmatanNya selalu.

Ha ha ...masa dulu..Aamiinpon  tak tulis...hihi..Eni Eni...


Pengalaman Demi Pengalaman…Dahulu Dan Kini. April 7, 2009

 

Selasa, 25 April 2023

Assalamualaikum...Artikelku Wordpressku Pada April 7, 2009...

 

Pengalaman Demi Pengalaman…Dahulu Dan Kini. April 7, 2009

Filed under: Uncategorized — wordpress.com @ 3:49 pm
Tags: 


Assalamualaikum.

Selamat Berpuasa dan selamat mengerjakan ibadah di bulan mulia ini.  Semalam anakku Anis menyambut hari lahirnya ke 23.  Pada 2 minggu lepas dia gembira di majlis konvokesyennya yang kami hadiri Di UNIMAS  ( Universiti Malaysia Serawak) 


 Sebulan sudah dia bertugas dan mula merasa gaji pertamanya.  Pada masa ini saya terkenangkan betapa perjalanan anak-anak sekarang mudah berbanding kami  dahulu.

Mula bekerja , belikan bapa sehelai T shirt Pagoda,  Sehelai kain Batik buat Ibu dan Sebuah Basikal Mini Chopper untuk pergi bekerja….Hah Bagaimana…?  Berbanding dengan anak2 sekarang,  segulung  ijazah belum terima, kerja sudah bermula.  Sebulan bekerja telah memiliki sebuah kereta.  Yalah…. Alia dan Anis.  Keretapun sama , warnanya aja berbeza…Naza Bestari .   Hai untungnya anak sekarang.  Kemudahan pinjaman bank ada buat  mereka untuk mendapatkan semua ini.


Aku ingin mengimbau kisah 25 tahun dahulu…Baru bekerja di sekolah rendah di kampungku sendiri.   Berulang pergi bekerja menaiki basikal chopper.  Seronok sebenarnya.  Waktu pagiku, melayang2 seperti P. Ramli dalam filem  “Ali Baba Bujang Lapok.   ” He! he!  seronok betul.  Masa tu kat kampung ku akulah yang mula menjadi guru.  Kakak ku ada ijazah menjawat jawatan di banda,  begitu juga dengan abang2ku yang lain semuanya berhijrah kebandar kerana bekerja.  Aku Allah letakkan di bandar kecil bernama Lenggong.   Tempat lahirku.


Pada mulanya, aku bayangkan akan di tempatkan ke tempat lain agar dapat melihat negeri orang ,  malangnya polisi Kementerian Pendidikan pada masa itu ialah posting ketempat sendiri.  Jadinya aku mengajar di sekolah yang  berjasa kepadaku dahulu.   He he…aku murid tua di sekolah tersebut.


Aku bertemu dengan kawan lamaku (classmate) Cikgu Azmi.  “Hai, Noraini, ada kabel besar ke dapat sekolah ni?  Sebenarnya kabel besar yang teramat besar yang menempatkan aku di situ.   Allah Azzawajalla.   Masa itu Azmi mengajar di Sekolah Kebangsaan Bukit Sapi…tidak salah aku.


Aku bertemu Cikgu Asmah ,Cikgu Fatma Bee …mereka ini adalah classmateku juga. Cuma Azmi classmate aku  Form Five Art 1, yang sering berlumba-lumba mendapat markah lukisan terbaik di bawah didikan Cikgu Mohammad bin Yaakub yang sangat kami hormati.  Dia berkelulusan luar negeri…Seorang Guru Seni yang pandai melukis. He he …Lencana Sekolah Kebangsaan Lenggong ini adalah ciptaan beliau.


Aku dapat tahu, kawan ku Ainal Akmal Mustafa juga menjadi guru,mereka kebanyakannya diterima sebagai guru sementara di sekolah2 di Hulu Perak. Tidak salah ku  Norathmah , Fatma Bee, Ainal Akmal semua mengajar di Grik. 

Semasa aku menjadi Warden Asrama RISDA di Grik aku selalu bertemu mereka .  Pada masa itu aku terlibat dengan pengawasan anak-anak pekebun kecil getah dimana pengambilannya ialah anak2 pekebun kecil dari Selinsing Kuala Kangsar hingga  ke kampong Pahit di Grik Perak.


 Seronok juga menjadi warden Asrama RISDA dulu. He he…Semasa lawatan  Pengawai RISDA Negeri,   “Di antara Asrama yang terbersih yang saya ketemu buat masa ini”  (Syukur) Thanks God.  (He he. 

Setelah dua tahun setengah di sini, isi borang pengambilan guru melalui UKELP.  Ujian kelayakan.  Periksa  Ujian Matematik dan Bahasa.  Tiba-tiba dapat panggilan Isi penuh dengan JPA.   Pegawai Kerani Am di Kementerian Kewangan Kuala Lumpur. Di Jalan Duta.   Lain Pulak caranya. Masa itu bekerja di bawah 5 orang bos.  Noraini…Noraini…Noraini… tapi mereka semua baik2 belaka.  


Encik Rahman Mohd Noor, En Harriet Supramaniam, En Tan Swe Yeong dan En Saat bin Mat dan Cik Zarina.   Semua nya baik2 belaka.  Berganding pula dengan Saraswati kerani yang pangkat kakak dengan ku.   Baiknya dia...aku mula kenal ‘tose’ bila dia selalu bawa’ tose’ ke tempat kerja.  


Saat manis mengenali Umi Kalsom Yusof , Umi Kalsom, Naimah…pergi makan sama2, bekejar menaiki bas semasa pulang amat menyeronokkan.  Berlumba menaiki bas kejalan Duta, pada masa itu bas Seri Jaya.  Ambil tiket bulanan.  Berhimpit2 seperti ikan sardin. Penuh kenangan. 

 

Masa telah berlalu begitu pantas dan kamipun kini telah semakin kurang bertenaga seperti dahulu.

 

Selasa, 28 Mei 2024

Apa. Khabar..