Ahad, 20 Februari 2022
Takutkan Allah
Sabtu, 19 Februari 2022
Ahad, 13 Februari 2022
Mari buat sendiri ikan terobok masin ala2 Terobok Serawak
Sabtu, 12 Februari 2022
Menjelang Ramadhan...
Assalamualaikum!
Hari2 Solat Tahajjud 8 Rakaat. dan bagi peluang sempurnakan witir.
(Belajar doa dari orang Bangladesh) Tutup lampu ...hening sahaja...Hebatnya Bangladesh...Anak2 muda tenang...
Berdoa, satu jam berdoa. Menangislah! Lama kita tak menangis semasa berdoa...
Banyakkan membaca Al Quran.
Imam Abu Hanifah punya Fatwa wajib bagi orang Islam khatam Quran 2 kali setahun.
Tips mudah untuk khatam Quran sebulan sekali ialah 4 muka surat atau 2 helai selepas solat.
Banyak2 membaca Alquran akan melembutkan hati kata nabi.
Lepas Subuh ...Berzikir dan solat 2 rekaat Ishraq...Banyakkan membaca Al Quran.
Beriktiqaf dalam masjid dlm bulan puasa...di masjid sebulan atau 10 hari. Tak dapat satu hari sekurang2nya tidur di masjid.
2 amalan ahli syurga.
1) Didunia mereka kurang tidur
di malam hari.
2) Mereka juga sibuk beristighfar
di masa sahur.
***Bergembira dimasa menyambut bulan Ramadhan.
***Menangis menjelang Raya.
Jihat kita di akhir zaman...
Teruskan banyak berpuasa sunat.
Banyaklah berlapar di dunia.
2 Malam istimewa di bulan Ramadhan.
1) Malam Lailatulqadar.
2) Malam Hari Raya (Beribadatlah
di malam Hari Raya)
Moga kita berazam agar tahun ini adalah, Ramadhan yang terindah.
InsyaAllah.
MaasyaAllah.
Ahad, 2 Februari 2020
Nori’s Quick Score- Kajian Tindakan Saya
Assalamualaikum,
Hari ini saya cuba menulis lagi setelah sekian lama menyepi. Ramai yang mencari cari Kajian Tindakan dan saya Ianya telah mati bersama matinya account WordPress saya
Alhamdulillah saya akan kembali menulis demi membantu apa yang patut bagi saya untuk memudahkan adik-adik guru yang sentiasa melawati halaman saya untuk menjenguk Kajian Tindakan yang pernah saya coretkan dahulu.
Disini saya ingin memaklumkan kepada semua bahawa saya telah dengan rasminya bersara dari bidang perguruan bermula dua haribulan Januari 2012. Saya kembali menulis apabila saya masih lagi mendapat panggilan daripada adik2 yang bertanyakan mengenai Kajian Tindakan khlas kerana Allah saya kembali menulis. Guru yang baik adalah guru yang sentiasa ingin mengkaji demi untuk memperbaiki lagi pengajaran masing2 demi kebajikan anak-anak murid tercinta. Saya tahu betapa bagusnya jika guru-guru membuat kajian tindakan Ini pendapat saya yang tidak boleh saya lupakan semasa saya menjadi Jurulatih Utama Kajian Tindakan dahulu.
Saya sekali lagi akan mencoretkan kisah-kisah dan pengalaman saya dalam kajian Tindakan. Cadangan saya untuk mengeluarkan buku mengenai “Nori’s Quick Score” tergendala buat beberapa ketika kerana saya sakit. Banyak masa saya tumpukan kepada sakit saya. Hari ini saya masih boleh bersyukur kerana ramai murid saya membuat matematik dengan menggunakan teknik saya, malah saya melihat semasa kelas tambahan ada juga murid lain diajar oleh guru mereka dengan teknik ini. Syukur kepada Allah. Moga dengan adanya teknik ini murid yang lemah dapat memahami(menangkap) pelajaran dengan pantas.
Helmi…Saya kagum dengan anda kerana mengajar teknik ini kepada murid2 anda. Saya nampak murid anda dapat membuat matematik menggunakan teknik ” Skor Pantas Saya ” semasa kelas tambahan yang saya bantu sebelum saya pencen. Terima Kasih dari saya.
Helmi. Jika Helmi membaca artikel saya saya harap Helmi teruskan mengajar teknik ini dan bersemangat untuk menulis Kajian Tindakan seterusnya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Raja Nor Ema kerana berminat untuk belajar teknik ini…gunakanlah ia dan semoga Raja Ema juga berjaya dalam kerjaya yang mulia ini.
Saya kurang faham dengan keadaan di sini.Jika di Perak ” Satu sekolah satu kajian Tindakan menjadikan Guru Besar sangat hampir dan arif dengan Kajian Tindakan tetapi di sini ianya tidak dihighlight sebegitu rupa. Mungkin satu hari nanti ianya akan diwajibkan juga …siapa tahu???.
Tuesday, 31 January 2012
Jumaat, 20 September 2019
Gambar...Apa maknanya kepada kita...
Adalah sedikit makna nostalgia pada setiap gambar...Yang paling utama kita akan menyedari berapa lama masa berlalu, dimana kita sekarang ini, Betapa makhlok yang bernama masa itu membawa kita terus menongkah hidup...💓💓
Khamis, 19 September 2019
Kitab Iman
2. Kitab Iman






