Jumaat, 22 Mac 2024

KM Melaka pertahan Akmal lantang isu stoking kalimah Allah

Pesananan khas buat Farhash dan Anwar dari Isham Jalil!!

Makanan miskin ku tapi aku tetap bersyukur


Menu petang semalam...menu mudah orang miskin jugak..Anakku nak makan telur goreng di masak sambal...Menu ini anakku minta kerana teringat semasa Alya sepupunya mengidam nak daku masak telur goreng masak cabai semasa  makan dirumahku di Shah Alam ,lama dulu...Anis request daku masak..sambil belajar...hihi.


bubur pulut hitam di campur dengan mempelam manis yang di potong dadu, sangat sedap bila di letakkan ice kiub...Mantab...
 

Menu ini anakku minta kerana teringat semasa Alya sepupunya mengidam nak daku masak telur goreng masak cabai semasa  makan dirumahku di Shah Alam ,lama dulu...Anis request daku masak..sambil belajar...hihi.

Ini sambal Nyiur/sambal kelapa anakku buat...Daku dapati ianya cukup syarat seperti yang aku buat.
Cicah dengan kacang kelisa...Waw mantap...


Kacang kelisa muda2 lagi...Sedap rasanya.  Pokok kacang kelisa dirumahku telah mati...Adikku Bah beritahu...Sayangnya...Aku sedeh...Tapi aku syukur jugak dgn ketentuan Allah padaku...



Eh eh kuih kami semalam , untuk anis kueh badak dan daku pulut udang yang kami frozenkan tu...Terima kasih sahabatku kerana kau sudi membaca cacatanku...
Sekian dulu Aamiin...TQ

Makanan miskinku tetap bersyukur dan ingat Allah...

Makanan miskin ku semalam,  Gulai rempah ikan pari kegemran bapakku menjadi enak bila daku dapat membuatnya dan makan dengan anakku.  Daku seorang ibu/nenek yang kurang ambil protein dari ikan daging dsb kerana daku sangat memilih ikan.  Ikan pari... daku nikmati sungguh gulai rempah ikan pari kali ini ,ntah kenapa.  Anakku suka sangat.  Memang anakku bertuah kerana dapat aku berpuasa dengannya musim ini.  Selalu daku dapat berbuka puasa dengan anakku 2 hari atau satu hari sahaja.
Syukur Ya Rabb dalam bulan Ramadhan.


Menu kami hari ini ialah Kari ikan pari letakkan kacang bendi...Sangat sedap kerana kita buat cara kampong.  Semasa nak tumis mesti ada halba campur bawang merah dan putih yg di rencis halus.
Rempahnya pula di campurkan  sedikit  serbuk cili dan jintan putih yg di tumbuk dengan bawang putih...Sangat membangkitkan aroma gulai kari...

Hanya sebiji sahaja terung yg bakar sudah mencukupi buat kami berdua...

Sambal cili yang mantap sedap untuk di cicah terung bakar...hmmm..Yummmy...

Special cara makan dari anakku..daku lihat dia makan mempelam yang di kocak2 dengan asam masin merah, dlm tupperware hingga menjadi merah mempelam epal itu...hihi kreatif betul cara makan orang sekarang...sedap...

Menu pengat pisang serawa pisang ini adalah dari pisang berangan,anak ku buat Daku 
kata kalau nak sedap masakkuah terlebih dahulu kerana pisang berangan itu sudah terlalu masak/cukup masak
dan di masukkan sebentar sahaja  di dlm kuah dan tutup api.   Excelence...hihi sedap ja...



Gaya Kepimpinan Saidina Umar al-Khattab

Tazkirah Khas Ramadan

Keajaiban Sedekah