Sabtu, 16 Mac 2024
#728 Larang Budak-Budak Ke Masjid?! Pak Haji Tergolek Kena Tarik Kerusi

Russia Bakal Negara Islam Terbesar - Prof. Dr. Mat. Rofa

Jumaat, 15 Mac 2024
Dgn nama Allah

Permudahkan urusanku Yaa Rabb

Hari ini ialah hari Jumaat...
Ha ha ha...Barang sampai tadi. anis order aja barang. Hari ini kami dah janji nak makan mudah. Yes , anis request aku buat kuah kacang aja, nak makan cucur cicah kuah kacang...Anis akan buat cucur udang dengan kucai. Tengok nanti siapa yang dan, buat. Menu kedua ialah Tempura kegemaranku. Hi hi ...aku suka sangat makan tempura...Tak jemu2 aku, kalo tempura.
Kami janji tak mahu makan nasi hari ni. InsyaaAllah. Jadi ..Mulanya daku cadangkan masak nasi dengan "Masak Tom Yam Udang" Anis pulak request nak makan cucur cicah kuah kacang. Selain daripada tempura yg kucadangkan itu. Aku onn aja. Tempura apa ya hari ni. Ada brokoli,ada lobak merah, adacendawan butang,dan cendawan jari, tauhoo, udang,...cukup 5 bahan saja. InsyaaAllah jadi.
Daku akan buat kuah kacang. InsyaaAllah. mudah ja buat kuah kacang bagiku. Hmm...daku goreng tempura dan anis janji balik nanti dia akan buat cucurnya kerana cucur akan sedap jika di makan panas. ok lah tu kataku. Daku boleh tambah lagi satu menu ia itu "keropok lekor" goreng cara aku. Celup tepung macam buat buat tempura jugak...hmmm mantap....
MaasyaaAllah...Maznah call. Anakanda Faiz nak hantar nasi minyak. Mariam masak. Kuahnya adalah menu Bah adik Iparku...Rezeki sungguh. Sambil Faiz hantar kepada Kakak Aini Rohaya , Faiz jugak nak hantar padaku nasi minyak...Maznah kata "Hang rehat dulu hari ni jangan masak , sebab tadi daku rasa macam mengah sikit....tapi ok ja.." Maznah! Maznah!...katanya semalam Faiz hantar Nasi Ayam padanya dan Mak Ndak Hindon. Hari ini hantar pada kami pula ...laa "happening" sedekah Ramadhan mereka.
Tapi aku kena masak jugak yang ku janjikan dengan Anis tu...hihi..Tak apa...Tak susah pon daku dah biasa. Daku memang suka masak..hihi...Tahun ni daku hanya boleh hantar makanan pada Aini dan anaknya Husna aja...sebagai ganti Bah, Pin, Hairi dan Haikal...aku rindu mereka...Ya Rabb...Bah cerita padaku tadi bahawa pokok asam belimbing yang ku tanam dah berebuah...Syukur ya Rabb...Mereka baru nak ambil pisang yang dah berbuah tu tetapi terlambat dah menjadi rezeki, monyet...hahahaha...
2 b continue...
Takut Faiz datang tak sedar...Kesian dia. Faiz dah sampai..Adoi sopan sungguh anak saudaraku. Isterinya Hafizah...Mariam namanya......Dia pulak penuntut lepasan University kat Australia...Kahwin dengan adik kawannya.... Masa kahwin tu tak tengok pon si mariam sebab Mariam berniqab. Bila ada jodoh, Allah permudahkan mereka. MaasyaaAllah anaknya sangat comel macam anak Arab...Hanna dan Isa...kedua2 anak Faiz dan Mariam, comel.
Menu kami terpaksa di sedikitkan sebab nasi sampai. Nasi Minyak Mariam bersama Goreng Ayam Bawang, serta Ibu sambal....Nampak gaya tak payah buat cucur. Daku nak batalkan juga buat tempura sebab daku nak buat sayur petola yang disedekahkan oleh Maznah pada hari ni. Petola ular yang masa kecil2 kami ada tanam dan Zam beli petola tu di Surau mereka..Kelmarin Surau sedekah kepadanya. Hari ini Maznah sedekah pada ku satu ,Aini satu dan satu untuknya....Maznah sedekah juga padaku, buah limau manis.
.Syukur ya Rabb...Rezeki lagi....kami hari ini. Moga Mariam, Dan Faiz serta Maznah dimurahkan rezeki dan mendapat Rahmat Allah di atas Sedekah Ramadhan ini. Semalam daku sedekah wang untuk posa pada Pin n Bah dan rendang ayam serta acar pada anakanda Aini Rohaya, memang Allah kata hari ini kita sedekah , esok rezeki akan datang pada kita...MaasyaaAllah. Amat benarklah janji Allah wahai Eni...

Hari ini Hari Jumaat
Hari ni hari Jumaat...Aku ketinggalan hari sekali lagi...Hanyut oleh detik2 yang berlalu. Aku akan rugi macam minggu lepas. Memang aku tak pernah lalai Jumaatku tapi minggu lepas Kak Hindon datang hari Jumaat hantar Quran bertulisan besar...Aku memang suka. pemberian kawannya dan bawa masak lemak daging salai yang menjadi buah tangan kawannya kepada sesiapa yang bertandang kerumahnya. Aku rugi besar hari tu. Aku terlupa baca Suratul Kahfi. Lupaku lupa mati hari tu, bahawa hari tu hari Jumaat. Ya Rabb janganlah daku terlepas hari2 pentingku lagi mulai sekarang. aku rasa rugi sangat.
Tadi daku bersembang dengan anakku dia sebut tentang hari ini hari Jumaat bila di balik dari pejabat. aku terkejut dari lalaiku ini.... Laa sekali lagi. Nyaris aku tak sedar hari lagi. Ya Rabb janganlah hambaMu yang lalai ini di tinggalkan hari. Makbulkanlah doaku ya Rabb. Tuhan yang memegang hari. Biar hari2ku yang berlalu bermanfaat ya Rabb.
Syaitan tak ada bulan ini, syaitan diikat... cuma yang salah adalah dari kelalaian kita sendiri sahaja. TuhanKu, aku hambaMu yang lemah...Nyaris aku dilupakan oleh hari yang berlalu ini. Hari ini pulak tu Jumaat Ramadhan pertama...sayangnya kalau aku lupa macam hari tu lagi.Ampunkan lah aku...Ya Rabb peliharalah hambaMu ini...Aamiin

Assalamualaikum.

Apa. Khabar..
-
Bismillahhirrahmanirrahim InsyaAllah malam ini, Tajuk Khas berkenaan dengan Ramadhan atau tajuk di beri "Ramadhan adalah Laluan Mu...