Memaparkan catatan dengan label Assalamualaikum. 'Berilah daku kemaafan ". Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Assalamualaikum. 'Berilah daku kemaafan ". Papar semua catatan

Ahad, 2 Mac 2025

Assalamualaikum. 'Berilah daku kemaafan "

  Assalamuaalaikum Sahabatku.

Selamat Menyambut Ramadhan.  Semoga Mendapat Pahala melimpah dalam menjalani ibadat di Ramadhan yang mulia.  Daku ingin memohon maaf atas apa2 sahaja yang daku tulis yang mengecilkan hati sahabat.  Sepatutnya permohonan maaf ini daku buat sebelum Ramadhan .  Oleh itu di hari pertama Ramadhan ini daku harap sahabat dapat maafkan daku mengenai pendapat tentang menutup aurat yang agak tidak berapa kena dan agak keras dariku.  Salah  rasanya untuk menyalah ibu dan bapa  sahaja jika anak2 tidak bertudung dengan benar seandaikan  kita telah mengajar mereka.  Daku sedar pendapat yang keras tentang menutup aurat dariku itu sangat menyentuh perasaan.  Maka Maafkan daku.  Daku akur kerana  hidayah itu milik Allah.  Sekali lagi maafkan daku  dalam menyatakan mendapatku itu.  Daku mohon maaf kerana Allah.

Wassallam.