Rabu, 13 Mac 2024
HARI HARI AKHIR ISRAEL DI BUMI PALESTIN

Perjalanan Hidup Samsuri, Masa Depan PAS & PN, Prestasi Kerajaan Madani

Daku buat acar buah,acar Limau.
Hari ini daku buat acar...Acar buah, acar limau. Daku kekurangan cuka minta anakku beli cuka untuk buat Acar...Daku masak acar buah dimana anakku dapatkan buahan2 jeruk yang di belinya dari kedai Acheh... dan daku buat juga jeruk remia/kundang, musim lalu. dan jeuk limaunya daku buat sebagai kenangan limau yang diberi oleh Kak Yah (Abang Halid). Limau ini hasil titik peluh Abg Halid tanam di kebunnya. Daku nak buat kenangan pemberian merekamaka maka daku jerukkan. Hari tu semasa pulang dari rumah Abg Halid dan Kak yah di Grik ,mereka ajak kami singgah tengok kebun abang Halid..Abg halid tanam durian dlm kebunnya dengan bermacam2 lagi pokok buah2an. Abg Halid aja yang ikut Pak. Dia belikan tanah kebun dan usahakan hingga berjaya. Hebat Abg Halid berkebun...Macam Pak ngan Mak dulu2 ,Pokok durian Pak semua puluhan pohon. di Kebun Gua Badak..Pak berjaya jadi peladang guru yg berjaya sebenarnya. Cik Gu Said dengan kebun buah2annya...Makpon ..Dulu kampong ku sebelum naik rumah anak2, penuh dgn pokok durian rambutan pulasan,buah setiai, manggis ,pokok kerian ,limau pakling banyak pkok limau manis,mempelam kuini,sakhlat pon pokok kopi pon ada...Mak buat kopi sendiri, tu sebab daku tahu cam mana nak buat kopi sendiri. Harumnya kopi mak hmmm...bau sampai ke anjung rumah...sedap sungguh "aroma" kopi mak...hihi..
Abg Halid pergi, anak2nya nak terus jaga kebun , mereka akan upah orang jaga...Sayang sangat...Setiap musim buah Abag Halid bawa pulang ke kampung Buah2an dan di sedekahkan nya...Boleh dikatakan semua orang dapat merasa hasil kebun Abg Halid,,,pahala dia.Anak abg Halid yg Sulung Fatihah, kadang2 berulang dari KL pergi memantau kebunnya.Fatihah dan Jeff rajin balik tengok kebunnya. Kak Yah dah balik dari Trengganu setelah Eddahnya habis. Aina anak bongsu Abg Halid hantar. Sunyi dia, kesaorangan di Grik.
Masa Abg Halid pergi daku dapat mesej dari kawanku Imam Surau di belakang rumah Abg halid" Ain tak ada lah Cik Khalid...sunyi rasa kenangan ja yang tinggal" Fadzil kawan sekelasku dulu tulis padaku,..Fadil dulu tak salah Pegawai FELCRA dah pencen, Fadilni pernah datang ramai2 kerumahku semasa aku sakit...Dia selalu sebut aku masa kecik selalu sakit, dah tua pon mereka datang ramai2 geng darjah 6 datang melawatku...hihi Fadil siap Isteri dia buat sateh lagi hari tu...Masa kawan2 djh enam ku datang daku tempak pada Bah buat Laksa Siam...mereka kata sedap sgt....
Fadil, Jadi Imam kat Surau tu.....Memang sedeh...Sebelum accident dia dah turun pakai kasut di surau itu dan Abg Halid naik kembali ke surau pi masukkan duit ke tabung Surau...mereka tegur dia..Dia hanya senyum aja. Akhir mereka dengan senyuman Abg Halid...
Keluar dari surau tu dia cakap Pada Kak Yah isterinya (Kawan Maktabku) dia nak beli terung...nak masak kari ikan letak terung nak sahur esok hari...Hari Khamis... Nak puasa Khamis...Abang Halid nak masak sendiri kari...Abg Halid suka kari cara Mak masak...Abg Halid suka selera Perak..Kak Yah masak,selera Terengganu...Dah niat puasa dah Abg Halid masa tu...Malam tu accidence tu berlaku...Abg Halid di bawa ke Hospital Grik..dan malam tu di bawa ke Hospital Taiping...Abg Halid meninggal mlm Jumaat tu kiranya masih dlm berpuasa...Rezeki masing2...
Cakap pasal kebun, daku rindu juga kebunku...Kebunku hanya sekangkang kera aja di pinggir rumahku. Semua tu daku serahkan pada Allah, moga Allah jaga kebunku. Ya Rabb Jagalah kebunku...Moga berbuah apa yang ada di kebunku..nescaya boleh daku bersedekah.
Tangguhkan kejap...solat Israk ...kalo boleh jangan tinggal tambahan Ramadhan ni...
Kan ku sambunglagi..
Maaflah daku... tulis pon bahasa kampong org dulu2 aja ...hihi...kemudian daku semak sikit2 ja..tulis cuma boleh baca ja...aku kan cikgu yg dah ikat guruku kat kaki meja sekolah...tu sebabnya...
Sambung lain kali Eni...

Janji nak berubah...
Janji nak berubah tahun ini. Pada bulan puasa ni kita jangan beli sangat kerana jika kita beli akan berlebih2an makanan. Lambakan makanan berdosa tambahan pulak jika kita fikirkan mereka yg kat Gaza tu. tak ada makanan. InsyaAllah. daku cuba. Daku masak sendiri.
Puasa pertama tamat dengan menu sederhana. Tumis udang kacang buncis...Hamm sederhana saja cukup satu menu sahaja sebab di situ sudah cukup untuk keperluan protein dan sayur berserat. Kueh pulak daku buat kueh cucur badak...Keledeknya di sedekah oleh Maznah adikku...Sedap sangat daku buat sebab lembut tak macam yg orang nak berniaga...hihi masih ada lagi yang daku goreng suku masak sebagai kueh cucur badak frozen...
Minuman pulak, minuman ice cream buah kuini yang kubuat dan dimasukkan buah mempelam masak yang di potong kuib dan letak susu segar. Mantab sebab tak manis sangat hanya manis buah sahaja. Ditambah satu piring lagi jambu batu yang dipotong/hiris nipis bersama serbuk asam masin untuk dicicah. Daku memang suka makan buah yang dicicah samaada dengan asam masin atau pon sambal belacan ataupon kuah rojak.
Daku tak kira masa, jika nak makan buah masam untuk cicah , orang kelantan panggil (colek) Walaupon masa sahur daku boleh makan asam lagi. Dulu masa kecil2 dulu waktu sahur sanggup keluar rumah ambil buah setar,remia, atau kundang dia macam buah merapoh...untuk dicicah semasa lepas sahur. Ambil lampu suluh dan pergi ambil buah yang pohonnya melampai kebawah...hihi...Dahsyat kami masa kecil. Seronok ingat masa kecik...Sedehnya sekarang kita dah tua...hmmmm. Anakku pon sekarang dah pandai belajar makan colek2 atau cicah2 macam ku...hihi...seronok selera orang kampong ni.. Tambahan kami lepas demam suka makan buah masam2..
Cukup dulu diaryku hari puasa pertama...Ini diaryku semalam....

Doa pagi dan petang yang diajarkan Rasulullah kepada Abu Bakar Assidiq
Abu Bakar al-Siddiq R.A. berkata kepada Rasullullah S.A.W, Wahai Rasullullah ajarlah saya beberapa perkataan untuk saya mengamalkan nya pada waktu pagi dan petang,dan ketika hendak tidur. Rasullullah SAW mengajarkan doa ini supaya di amalkan ketika waktu pagi, petang dan ketika hendak tidur. Hadith riwayat al- Tamizi(3392)Abu daud(5067). "Sahih"
Ya Allah , Tuhan pencipta Langit dan bumi, yang mengetahui perkara yang ghaib dan nyata, Tuhan setiap sesuatu dan pemiliknya, aku mengaku bahawa tiada Tuhan yang berhak di sembah melainkan Engkau, aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan diriku dan kejahatan syaitan dan gangguannya(kesyirikan), dan aku berlindung daripada terbabit melakukan kejahatan terhadap diriku atau aku mendorong orang Islam melakukannya. Aamiin...

You can give with what you have now....

Shekh Idris Al Marbawi...
Kamus Al Marbawi dan Kitab Bahrul Mazi (dan banyak kitab lain2 lagi) karya Shekh Idris Al Marbawi ,Dari Lubuk Merbau
Meninggal di Ipoh dan di kebumikan di Perkuburan Islam Lubuk Merbau...Masjid Lubuk Merbau di namakan sempena nama beliau, Masjid Al Marbawi...Masjid ini adalah ditepi rumah beliau dulu.

Apa. Khabar..
-
Bismillahhirrahmanirrahim InsyaAllah malam ini, Tajuk Khas berkenaan dengan Ramadhan atau tajuk di beri "Ramadhan adalah Laluan Mu...