Isnin, 4 Disember 2023

Balasan bagi orang yg bertakwa. (AN-NAHL. 30,31,32)

 


30. Dan dikatakan kepada orang yg bertakwa:"Apakah yg telah diturunkan oleh Tuhanmu?". Mereka menjawab :  "(Allah telah menurunkan) kebaikan."  Orang yg berbuat baik di dunia ini mendapat(pembalasan) yg baik.  Dan sesungguhnya negeri akhirat adalah lebih baik dan itulah sebaik-baik tempat bagi orang yang bertakwa.                        (AN-NAHL. 30)

31. (Iaitu) syurga sebagai ' Adn. yg mereka masuk ke dalamnya, mengalir di bawahnya sungai-sungai, di dalam syurga itu mereka mendapat apa yg mereka kehendaki.  Demikianlah Allah memberi balasan kepada orang yg bertakwa.                                             (AN-NAHL. 31)

32.  (Iaitu) orang yg di matikan dalam keadaan, oleh para malaikat dengan mengatakan (kepada mereka) :  " Salamun 'alaikum. Masuklah kamu ke dalam syurga itu disebabkan apa yg telah kamu kerjakan.".                                                                        (AN-NAHL.)

Hidup ini hanya sementara. KepadaNya kita akan kembali...

 


Assalamualaikum

Selamat Sejahtera.  Moga mendapat damai dihati.   Hidup yg sementara ini perlu dimanafaatkan dengan sehabis baik... KepadaNya kita akan kembali...  Aamiin

Ahad, 3 Disember 2023

Dari Allah. Kita datang kepadaNya kita kembali.

 



Innalillahhiwainnailaihiraajiuun.

Allah hummaajurni minannar.

Daripada Allah kami datang dan kepadaNya kami kembali

Ya Allah. JAUHKANLAH. KAMI DARI API NERAKA. 

Matlamat hidup

 Assalamualaikum, 

Jadilah seperti pohon di tepi jalan, dibaling orang dengan batu dibalasnya dengan buah. 

Aku mahu menjadi pohon itu... 


Sabtu, 2 Disember 2023

Rahmatilah kami

 


Assalamualaikum... Daku panjatkan syukur pada Allah.. Moga Allah Rahmati kami... dan Allah Redhokanlah kami... AAMIIN... YA RABB... Ya ZalJala liwalikram... Salam hari kelima...Sabtu 2 Disember, 2023...Kesihanilah kami... Ya Rabb... 

Jumaat, 1 Disember 2023

Dah sampai

 Daku dah sampai. 5.15pm...Kami jln ikut jln biasa tak mahu ikut Tol Manora... Masuk lebuhraya kembali ikut Tapah... Selamat dlm perjalanan. Tunggu anis ambil kunci...Bawa baby bersama. Baby nampak letih.  Daku  kiranya  sihat.. Sat2 tadi  kak Hendon call selamat dtg... Depa sini banyak yg demam doktor pesan, demam tak boleh melawatku dulu begitu juga batuk... INSYAALLAH... Dpt berkumpul macam dulu2. HIHI... Ingat masa kecik2... 

Aku Redhoo Ya Rabb. Ini kehendakMu.

Hari keEmpatku... Moga Dalam RahmatMu Yaa Rabb. 

Subhanallah,walhamdulillah,Walaillahaillallah,walallahuakbar.

Walahaulawala khuwataillahbillah.

Rabbighfirli.


Hidup yg penuh kesedihan kena lalui juga dgn Redho,  Aku Redhoo Ya Rabb. 

Ini kehendakMu.  Tabahkan terus hatimu Eni.  Sebenarnya duka ni kecil saja berbanding 

duka mereka di Ghaza.  Moga mereka di Ghaza terus tabah dan sabar menanti Husnulkhatimah

 mereka Ya Rabb.  Mereka telah diKau cipta hadir di abad ini.  Kuatkan mereka dengan

 RedhoooMu.   Berikanlah daku serpihan daripada kekuatan mereka...Aamiin....


Kesian lihat anakku.  Inilah nasib anak tunggal yg aku ada.  Seorang diri mengharungi 

keletihan berbanding mereka yang ramai adik beradiknya.  Daku doakan agar dia

mendapat pahala dari Allah Moga anis kuat  dan daku nampak, dia begitu kuat sekali. 

  InsyaaAllah.  Syukur daku kepadaMu.

Cuti tahunnya dah habis. Pada 7 hb Disember daku kena mengadap second Check Up

ku di Taiping.  Doktor tetap mahukan segala kerja2 kedoktoran mereka habis 

ditangan mereka dengan selamat.  InsyaaAllah ku tunaikan.  Moga Allah permudahkan

 segala urusan ku.


 Mungkin anis kena ambil cuti tanpa gaji .  Ya Allah daku Redhoo dengannya Ya Rabb. 

Kau Redhookan lah dia dan tempatkanlah dia di Syurga FirdausMu nanti Yaa Rabb.

  Doaku mengiringi setiap usahanya.  Moga dia tabah Ya Rabb. Kasihanilah dia.

"Yaa Haiyuya Khaiyumm.Birahmatiastaghisuu. Ashlekhli Syakni.Kullahu Wala takilni illa 

Nafsan tarfata ain. "

. "Yaa Allah Tuhan yang Maha Hidup, Maha Berdiri Sendiri daku serahkan segala urusan 

diriku kepadaMu dan jangan Kau lepaskan kepada ku walau sekelip mata tanpa mrndapat

 pertolonganMu.  Aamiin."

Hari ni terima berita gembira anakku...Ibu murid tuisyennya mengkhabarkan bahawa anaknya yang mendapat C dahulu telah mendapat A ujian baru2 ini...Syukur ya Rabb...Anakku mengajar Maths Cara Skor Pantasku...Aamiin.  Kedua anak kawannya mendapat A.  Tahniah Buat Linda.