Ahad, 5 November 2023
13 Julai 2020 || Tadabbur Surah Adh Dhuha ayat 4-8 || Ustaz Abd Muein Ab...
Nasihat Kubur
Nasihat Kubur
Nasihat Kubur:
1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah .. aku dengan TAHAJUD2). Aku adalah tempat paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHIM .
3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan banyak membaca AL-QUR'AN.
4). Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH.
5). Aku yg menyepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT.
6). Aku adalah tempat utk merendammu dg cairan yg sangat amat sakit,bebaskan rendaman itu dgn PUASA.
7). Aku adalah Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan banyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"
Kirim ini semampumu dan seikhlasmu kepada sesama Muslim, sampaikanlah walau hanya pada 1 org..Ketika anda ingin menyebarkan ini, lagi2 syaitan pun mencegahnya. Syaitan berbisik; "Sudahlaaaaaah tak payah di SEBARKAN, tak penting pun, BUANG MASA saja, tak mungkin akan di baca "... Sekecil apapun amal ibadah, Allah SWT menghargainya puluhan kali ganda .. InsyaAllah.
Syaitan! Engkau kalah!!!
Kopratasa-Masihkah Kau Ingat
Sabtu, 4 November 2023
MAYAT TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT
Sabtu, 4 Januari 2014
MAYAT TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT
Disebutkan oleh hadis Rasulullah SAW bahwa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam keadaan tubuh asal pada hari Qiamat :
1-Para Nabi-Nabi
2-Para Ahli Jihad Fisabilillah
3-Para Alim Ulama Menegakkan Kalimah Allah.
4-Para Syuhada sentiasa memperjuangkan Islam.
5-Para Penghafal Al Quran dan Beramal dengan Al-Quran.
6-Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat Allah.
7-Tukang Azan yang tidak meminta habuan.
8-Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa TAAT pada perintah Allah.
9-Orang mati dibunuh atau dianiaya kerana mempertahan Maruah dan Agama.
10-Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum agama semasa hidup di atas dunia
Jom kita Kongsi kepada rakan anda . insyaAllah siapa yang Share ini , selagi ada orang yang m'baca dan beramal . anda turut dapat pahala..
Solat Tahajjud Rasullullah...
Rasullullah biasanya mengerjakan Solat Tahajjud 8 rakkat. Jika makmumnya orang yang muda contohnya Saidatina Aishah RA, baginda akan membuat 4 rakaat satu salam dan jika orang lemah "Isteri Baginda yang lain2" baginda akan membuatnya 2 rakaat satu salam. Baginda akan tutupi dengan solat witir 3 rakaat. Menjadi jumlahnya 11 rakaat.
Amalan Rasullullah dan di ikuti sahabat2 ,semasa selepas tahajjud ialah membaca sebanyak mungkin ":Subbuhun khud dus sun Rab buna warab bul mala ika tuar Rukh.."
Dan bacaan semasa waktu sahur baginda mengajarkan banyak2 berastaghfar kepada Allah.
" Astaghfirullah"
Rujuk ceramah pendek Ustaz Zulkifli AlBakri...
Saidina Abu Bakar Assidik biasanya membuat witir sebelum tidur dan Saidina Umar membuatnya Setelah Tahajjud ini adalah pertanyaan Rasullullah terhadap sahabatnya. Rasullullah berkata Abu Bakar orangnya "Berhati2" kerana beliau bimbang sekiranya tidak terjaga waktu tgh malam.
Menurut Ustaz Zainol Asri, Seandainya kita tidak tersedar untuk mengerjakan Tahajjud maka kita boleh Mengkhadonya semasa solat Dhuha. Dan ada yang mengatakan Rasullullah membuat Solat Dhuha sejumlah 12 rakaat sebagai mengantikan ketinggalan Tahajjud tersebut. 'Wallahuaqlam"
Jumaat, 3 November 2023
Nabi Isa menghidupkan orang mati
Daku ingat saat daku dengan muridku, pertama sekali selawat atas Nabi jangan mereka lupa. Dalam apa2 slot nasihatku daku suka ambil kisah "Nabi Isa dengan Si Penjual Kayu api"Daku dengar kisah ni masa daku masih kecil lagi. Daku bawa kisah ini pada murid2ku. Kisah Nabi Isa dengan seorang penjual kayu api.
Daku dengar cerita ini semasa kecil dulu. Masa ni abang2 saudaraku kebanyakannya yang belajar di sekolah agama datang kerumahku Mereka menjadi pendakwah bebas mahirlah membaca cerita2 dari Al Quran dan macam2 lagi ceramahnya untuk didengar oleh anak2 Pak Lang mereka Mohd Said bin Hj Saad. Keluargaku sebelah bapak dari Parit Buntar dan jugak banyak di Bandar Baru Kedah, kebanyakannya belajar dalam bidang Agama. Mereka Arif dalam bidang itu. Jika mereka datang tidak lupalah bapakku mengambil peluang agar mereka membaaca tafsir Al Quran kepada kami anak2nya.
Cerita ini ialah "Cerita Nabi Isa dengan Si Penjual Kayu". Nabi Isa boleh menghidupkan orang mati. Itu syaffat yang dimilikinya. Pada suatu hari Nabi Isa melalui sebuah kuburan. Nabi Isa AS mendengar ahli kubur itu menjerit2 kesakitan kerana sedang mendapat siksaan azab kubur atas dosanya. Besar atau kecil dosanya belum tahu. Maka Nabi Isa A.S pon mengunakan syafaat yang dipunyainya menghidupkan orang mati tersebut kerana ingin mengetahui apakah salah orang itu sehingga begitu sekali azab siksaan yang diterimanya..
Lalu Nabi Isa bertanyakan kepada anak muda itu apakah salahnya sehingga begitu sekali azab siksaan atasnya. Orang itu menceritakan bahawa dia adalah seorang Penjual Kayu Api. Pada suatu hari dia telah dipesan oleh pembeli kayu api untuk dihantar kerumahnya. Orang muda itu bersetuju dengan jumlah wang dan akad beliannya dengan seberkas kayu api tersebut. Orang muda itu memikul kayu tersebut untuk dihantar kepada pembeli kayu api.
Setelah sekian lama dalam perjalanan yang jauh itu penjual kayu api tersebut singgah di sebuah kedai makan untuk makan bagi mengalas perutnya yang kosong. Hari itu dia makan daging. Dia makan hingga habis dan tidak lupa dia mengucap syukur atas makanan tersebut. Dia pon menyambungkan porjalanannya ke rumah pembeli kayu tersebut. Dalam perjalanannya itu dia merasa tidak selesa dengan serpihan daging yang dimakanya tadi terlekat di celah2 giginya. Dia menolak2 daging tersebut dengan lidahnya. Masih melekat dan tidak juga terkeluar. Orang muda ini mengambila air minuman bekalannya untuk berkumur2 agar terkeluar daging yang melekat itu.
Tidak juga berjaya keluar. Maka diapon mengumpil kayu api tersebut, serpihan kecil sahaja umpilannya di korek2 giginya hingga terkeluarlah daging itu. Orang muda tersebut mengatakan bahawa dia terlupa dan cuai sangat kerana terlupa meminta izin kepada tuan kayu tersebut menggunakan kayu umpilannya itu. Maka itulah sebabnya daku bersalah menggunakan kayu yang bukan milikku untuk ku gunakan untuk mengorek gigiku ini meskipon ia nya kecil. MaasyaaAllah besarnya dosa menggunakan atau mengambil barang orang lain dari segi hukumnya. Jadi janganlah kita mengambil barang orang samaada sebatang pensel kah atau apa sahaja milik orang lain itu.
Dengan adanya terdengarnya cerita ini ,daku mengajar muridku jika ada terambil barang2 kawan cepat kembalikan dan minta halal. Begitu juga daku kadang terbawa pulang barang muridku segera kucari tuannya. Jika tidak ketemu tuan punya barang maka, daku akan menyesesaikan dengan sedekahku kepadanya. Ada sebatang pemberis dirumahku daku anggap sedekahku ada bahagian untuk muridku yang pemberisnya masih ada padaku. Daku lihat muridku dapat belajar dari cerita ini, dengan penuh berhati2 dan menjaga hak orang lain dengan baik.
Pelajaran dari cerita ini , menjadikan muridku bertambah amanah terhadap harta yang di miliki oleh orang lain memandangkan penjual kayu api yang hanya menggunakan cebisan dari umpilan kayu ,milik orang lain tanpa izinpon bersalah dan berdosa. Cerita ini juga mengajarku hinggalah daku tua untuk tidak memandang remeh terhadap barang2 orang lain. Moga kita lebih jujur dalam masa kita bertugas. Jika mempunyai pen milik pejabat ,kami tak mungkin menggunakan untuk menulis sebarang urusan peribadi kami begitu juga jika kita menggunakan mesen photostat maka kita tidak boleh menggunakan untuk kegunaan peribadi...Moga langkah2 menjaga hak orang lain menjadi manaafaat bagi kita semua untuk keselamatan kita di akhirat nanti
Sekian ...Waallahhuaqlam...

-
Ramai orang di dunia yang mengalami kencing manis. Berikut adalah penawar mudah untuk kencing manis. Kacang Bendi adalah sayur-sayuran ...
-
Assalamualaikum...Dengar ceramahnya...Nota perlu di edit lagi... Ketua perompak Fudhail bin Iyyart yang membuat Transformasi...di jentik ol...