Rabu, 20 Mac 2024

Menuku semalam

Petang semalam kami buat menu mudah dan ringkas.   Menu kami adalah Sambal sotong Kering berkacang,Laksa Utara dan rebus kangkung cicah dengan sambal belacan serta buah mempelam dan tembikai...  Alhamdulillah sederhana tetapi menyelerakan.  Allah beri selera kepada kita menu miskin tapi sedap dan syukur Ya Rabb...

Ini adalah rebusan kangkung uang di cicahkan dengan sambal belacan.  Biasanya saya akan buat sambal belacan di campur dengan telur ...Menu itu pon sedap....Syukur rebus kangkung menu orang kampong macam saya..hihi.  Sedap


Buah tembikai dan mempelam sebagai pembasuh mulut.   Manis tembikai ini dan mempelam ini adalah sedekah dari seorang jaga di sini kepada anakku.  Baik sungguh mereka ,moga sedekah mereka bermanfaat dan mendapat pahala di Ramadhan  Mubarak ini.  MaasyaaAllah , semua orang Islam Malaysia sangat berkesedaran dengan Pahala memberi orang makan di Bulan Ramadhan.  Syukur Ya Rabb.


Sotong kering yang di tumis cabai sangatlah mengancam bila di letakkan kacang goreng yang di mesen halus.   MaasyaaAllah sedap sangat .  Ini kegemaranku.   Semasa makan ianya sedap juga bila di campor kangkung yang di rebus...Alhamdulillah sama ada nak cicah sambal atau makan terus dgn sambal sotong ini pon mantap dan boleh masuk seleranya.  Ngam...hihi...
 
Ini llaksa utara.  Daku memang peminat Laksa Tega.  Hihi Makku gelar aku Puteri Laksa.  Kelakar makku.  Apabila Makku sakit saat akhir2 hidupnya dia request nak makan Laksa.  Eni bat kat mak laksa..Hihi mak kata...Mak bersalah selaklu kata kat hang Puteri Laksa...Sekarang mak dah jadi nak makan laksa.  Memang jika kita dah tua ada sikit2 sakit kita akan cari makanan yang ada sedikit asam2, sayur2 dan isi beras macam laksa Utara ni...Mak! Mak! ... Eni ingat mak...Moga Mak damai dan di kumpulkan bersama orang2 yang soleh di sana.   Aamiin.





Sedapnya Laksa Penang ni.  Daku rasa sedap bila letak bawang kecil banyak masa buat kuahnya...Bangkit rasa dan bawang mentah mesti bawang besar kena banyak juga...Hihi makhroh, makan bawang mentah, tapi tak sedap laksa jika tak berbawang mentah...Timun juga main peranan dlm laksa sayur salad dan bunga kantan yang di hiris sangat membangkitkan rasa Laksa...Hihi Puteri laksa punya komen tentang Laksa...Kegemaranya...Yummy...Tq

Bersatulah Melayu







 

4 kalimah di baca 3 kali berat dlm timbangan,


 

Pada suatu pagi Rasullah SAW  keluar dari rumahnya . Pada ketika itu Juwairiah isterinya berada di tempat solat.  Sewaktu Nabi SAW kembali, matahari sudah tinggi, sedangkan Juwairiah masih berada di tempat solat.  Rasullah bertanya ,kamu masih berada di tempat solat masa saya keluar tadi? Juwairiah menjawab "Ya."   Rasullullah SAW memberitahunya yang bermaksud " "Sesungguhnya saya membaca empat kalimah ini sebanyak 3 kali ketika meninggalkan kamu.  Kalau ia ditimbang dengan bacaan yang kamu baca pada hari ini, Timbangannya lebih berat lagi."  Soheh Muslim 2726  


 Subhanallahhiwabihamdihi

Maha suci Allah dan aku memuji-Nya 

A' da da khal khihi

 Sebanyak Makhlok ciptaan-Nya

Wari dhoo nafsihi

Keredhoan diri-Nya

 Wazienata  Arshihi

Seberat timbangan Arash-Nya 

Wamida dakalimatihi.

Dan sebanyak tinta kalimah-Nya.


APA PANDANGAN DATO' ATAS KENYATAAN POPULAR SEORANG USTAZAH?!

19-03-2024 SS Dato' Prof Dr MAZA : Tadabbur Surah Al-Kawthar

Amalan Pemberi Syafaat di Hari akhirat kita...


 

AMALAN PEMBERI SYAFA’AT DIHARI KIAMAT

 AMALAN PEMBERI SYAFA’AT DIHARI KIAMAT

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
“Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat kepada seseorang hamba pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:

1- Di antara kelebihan ibadat puasa ialah ia akan memberi syafaat kepada orang yang berpuasa pada hari kiamat kelak apabila umat Islam menunaikannya secara sempurna dengan meninggalkan makan, minum, hawa nafsu, bercakap dengan percakapan yang diharamkan, melihat kepada benda yang diharamkan dan mencari rezeki melalui cara diharamkan.

2- Kelebihan bacaan Al-Quran di mana ia akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya pada hari kiamat kelak.

Apa. Khabar..