Selasa, 2 Januari 2024

Di antara doa2 lain selepas bacaan Tasyahhud Akhir sebelum memberi salam yang khusus dan terbaik serta sering diamalkan oleh Rasullullah saw



Di antara doa2 lain selepas bacaan Tasyahhud Akhir sebelum memberi salam yang khusus dan terbaik serta sering diamalkan oleh Rasullullah saw adalah dengan membaca doa berikut :

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ
“Ya Allah, Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari siksaan kubur, siksa neraka Jahanam, fitnah kehidupan dan setelah mati, serta dari kejahatan fitnah Almasih Dajjal.”
-HR. Bukhari dan Muslim

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، وَعَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ ، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : “إِذَا تَشَهَّدَ أَحَدُكُمْ ، فَلْيَسْتَعِذْ بِاللَّهِ مِنْ أَرْبَعٍ ، يَقُولُ : اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِالدَّجَّالِ ”
Daripada Abu Hurairah Radliyallaahu’anhu, beliau berkata: “Rasulullah ﷺ bersabda: “Apabila salah seorang kamu telah bertasyahud (akhir), hendaklah dia memohon perlindungan Allah daripada empat perkara.” Iaitu dengan membaca (doa di atas).
-Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

.
Dari Abu Hurairah Radliyallaahu’anhu, Rasulullah saw bersabda:

إِذَا فَرَغَ أَحَدُكُمْ مِنَ التَّشَهُّدِ الآخِرِ فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ أَرْبَعٍ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
“Jika salah seorang di antara kamu selesai tasyahud akhir (sebelum salam), mintalah perlindungan kepada Allah dari empat perkara:
(1) azab neraka jahannam,
(2) azab kubur,
(3) penyimpangan ketika hidup dan mati,
(4) keburukan Al masih Ad Dajjal.”

-HR Muslim

Mari kita berusaha menghafal, menghayati dan mengamalkan doa selepas bacaan Tasyahhud Akhir (Tahiyyat Akhir) ini untuk memohon perlindungan daripada Allah سبحانه وتعالى daripada 4 jenis perkara / fitnah besar tersebut.

Adikku datang melawatku





Dia adikku, kami besar bersama macam kembar masa kecil...Umur kami tak jarak mana...Hihi hilang rindu pada adikku Maznah...Seronok sangat berjumpa sebab dah bertahun tak bersua muka.  Hari ini Faiz datang kakaknya Aini Rohaya serta  anaknya, Nurul Husna cucu Maznah juga ada.  Seronok sangat kami bersembang santai...Hihi. Maznah ni adikku yang unik sangat di mana sahaja dia sampai ,dia rajin bergambar. Tak pernah hilang kenangan termasuklah gambar2 dan video masa anak2 masih kecil.  Hebat adikku ni.  Hebatnya dia daku katakan bila dia bersungguh2 mengajar anaknya membaca menulis mengira dlm bahasa Melayu semasa mereka baru balik dari Jepun.  Mengajar sendiri, bukan mudah bagiku, baik ilmu dunia mahupon ilmu akhirat. 

Masa Kak Hindon  dan anaknya Qurata Aini datang melawatku, kami tak rakam gambar...terlupa kami sebab gembira sangat lama tak bertemu.  Mungkin masatu daku masih lemah.  Mereka jugak lama tak balik kampung dulu...









 

2 rakaat solat sunat sebelum subuh


 

TAZKIRAH : Bab Cemburu, Dayus Dan Poligami - Ustaz Shamsuri Ahmad

Born With...Itulah Cemburu

Ha ha ha ,,,Ustaz Shamsuri...Macam ada pengalaman...hihi....




SS Dato' Dr Asri-P4LAST1NE | H4MAS telah memadamkan tahyul besar ....


Isnin, 1 Januari 2024

31-12-2023 Prof Dato' Dr MAZA | YB Dr Muhd Khalil Abdul Hadi | Ust Rizal...

Teratai